Monday, May 23, 2011

Pernahkah kau merasainya

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Air mata ini tidak dapat di bendung lagi bila melihat ciuman kasih yang diberi oleh para waris kepada mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di hulu langat di laman akhbar metro tadi."jadi! maka jadilah"Kalam itu tak mengenal siapa yang bakal di tujukan asalkan mereka itu hamba allah yang maha lemah.Secebis ayat al-quraan imilah yang perlu kita tanamkan dalam-dalam di hati sanubari kita.al fatehah untuk mereka-mereka yang di pilih untuk menghadap ilahi dengan cara yang sedemikian rupa.Kasihan mereka.

Meskipun aku sendiri lemah dalam menerima atau menghadapi sebuah pemergian yang tiada kembali,Namun aku cuba untuk sedaya upaya bersifat akur atas kehendaknya.Alhamdulillah atas kekuatan yang tak seberapa ini.

Bila bercerita soal mati,Sudah tentu disana ada sebuah tangisan,dan sedikit senyuman tabah.Kenapa sedikit sahaja senyuman tabah itu?Tepuk dada tanya iman.Bila soalan itu di tujukan pada aku,mungkin aku akan tertunduk malu akan kelemahan iman di dalam dada.Ampunilah dosa hambamu ini ya robb..

Sesungguhnya manusia itu amat lemah dan amat memerlukan antara satu sama lain.Jika hari ini kita kuat,Itu kerana ada disampingnya seorang yang cuba membantu.Jika hari esok kita lemah,Itu kerana orang itu sudah tiada di sisi.Begitulah hakikat kehidupan.Amat memerlukan insan di sekelilingnya..Ayah,Ibu,Adik beradik,Sanak saudara,Kawan-kawan.Guru-guru,Jiran tetangga,dan orang awam yang lain.Nah,Tiada siapa yang mampu untuk hidup bersendirian.

Namun..

Ada sekumpulan kecil yang mampu hidup bersendirian tanpa mengharap pertolongan orang melainkan sang penciptanya.Segala-galanya di hambarkan terus kepada ilahi.Bertapa kuat imanya,kepercayaanya pada taqdir yang tiada mustahil bagi sang pencipta dan Kesanggupanya menanti janji yang begitu luar biasa terhadap apa yang tertulis di kitab suci itu.

Pernahkah kau merasainya wahai teman?.ohh tuhan,Hari ini aku belajar lagi tentang taqdirMu.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

03:01 pm.Abdeen House,Egypt.

4 comments:

cik sweet said...

samelh kite..

E n t o y C a i r o said...

cik sweet..

anda mmg sentiasa sama dengan sy...=)

akuamin said...

al-fatihah..buat mangsa2

cik sweet said...

EntoyCairo :
sentiasa sama? hehe
ade.. tapi x semua.. :)

Related Posts with Thumbnails