Saturday, August 20, 2011

TRADISI "MUNJUNG"


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



Sekadar hiasan...


Ramadhan yang hanya berbaki beberapa hari lagi membuatkan hati ini terasa kurang selesa dengan ketebalan helaian quraan yang masih belum di basahi di bibir ini.Robbuna mustaan.

Adat atau kebiasaan orang melayu bila tiba pada akhir ramdhan adalah dengan memberi makanan kepada saudara mara dan jiran tetangga.Alhamdulillah,Masih ada di teruskan tradisi yang sangat mulia ini.Selain menjadi alas perut buat si penerima,Hubungan persaudaraan sesama islam atau bukan islam semakin kukuh.Mudah-mudahan.

Orang jawa gelar tradisi ini dengan gelaran "MUNJUNG".Alhamdulillah,orang rumah aku banyak terima juadah hari ini.Mak cakap "tak payah lah arini..masak air je ye"Padahal pagi tadi aku dah merancang mahu buat ayam masak asam pedas (dendam masih membara!) sumpah aku tak akan masukkan gula walau sezarah pun!.heh..

Aku akur dengan arahan mak,Lalu aku meluruskan kaki dan tangan di ruangan luar rumah sambil melihat hujan turun yang semakin reda.Alhamdulillah,Hujan itu buat suhu malam ini jadi sejuk.Terawikhku semakin sayu lalu mudah untuk terlelap tika surah Al-Qodr mula di bacakan..hehe.

Salam sayang untuk kalian.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:05 am.Teratak kumasi murni,Johor bahru.

Tuesday, August 9, 2011

WAJAH ITU


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...

Kata orang "seorang ibu mampu untuk menjaga sepuluh orang anak,tapi takkan mampu sepuluh orang anak untuk menjaga seorang ibu"

Aku pada mula mengiyakan kata-kata itu atas sebab ada betulnya bila difikirkan.Namun setelah aku rasa semua ini.Tunduk penuh malu aku dengan semua ini.

Hari-hari yang aku lalui selama hampir tiga minggu ini hanya berkhidmat untuk orang tua sahaja.Mungkin bunyinya agak merunggut tapi aku tidak terniat sama sekali.Ini adalah salah satu ujian yang harus aku terima dan aku pasti ini semua adalah yang terbaik bagi aku.

Kesihatan emak tidak lari seperti suasananya naik turun ekonomi dunia.Adakalanya hampir membuatkan aku gundah gulana.Namun lama-kelamaan ak dapat baca apa itu ubat emak sebenarnya buat masa emas ini.Wajah anak.Ya wajah anak.

Ketahui lagi satu perkara yang aku selama ini asyik dengar sahaja"Melihat wajah kedua orang tua itu sudah dikira ibadah"Kita semua tidak akan rasa ia itu ibadah melainkan ia ada kesan sampingan terhadap diri.Kau teman cubalah cari perasaan itu.

Kepada emak.didoakan kau cepat sembuh seperti sediakala..

Teman aku sekalian.Terima kasih atas kesudian membaca entri yang tidak seberapa buat kalian tersenyum.Usah risau.Cerita ini sahaja yang tampak sedih namun aku cool degan senyuman yang di anugerahkan ini.heh..

Senyum la sikit kawan.Ujian hidup itu takkan pernah sunyi selagi kita bernyawa.Nabi pun suka kita semua senyum.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:05 pm.Teratak kumasi murni,Johor bahru.

Tuesday, August 2, 2011

BENCI ORANG SOMBONG DIRI


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...

Kelayakan manusia di sanjung terletak pada ilmunya.Aku yang baru pulang bercuti untuk musim panas ini menyedari semua itu.Ya Allah.Lindungi hati kecilku ini ya Allah.

Aku seorang yang agak sukar untuk menegur sesiapa yang aku tidak biasa aku gauli namun jika sebaliknya,Aku tidak pernah kering gusi untuk menegur demi kebaikan bersama.Padangan aku terhadap adab-adab ketika bergaul itu amat mulia dan harus ada rasa ingin menterjemahkanya.

Kata Imam As Syafie RH "Jadikan ilmumu seperti garam dan adabmu seperti tepung!"

Aku tidak mahu merungkaikan lebih tentang maksud garam dan tepung,dan hanya mahu kau cari apa bezanya antara kedua benda itu.

Ilmu akan datang dengan adanya adab yang tinggi.Tiadanya adab maka tiadalah ilmu yang mampu melekat lama di hati.Pemilik adab itu untuk semua yang empunya hati.

Terkadang manusia merasa cukup dengan apa yang di miliki secara senang hati dia memandang rendah pada golongan yang kurang bernasib baik.Bagi aku.Ayat yang bersahaja tapi maknaya mudah untuk diterima lebih istimewa dari manisnya kata-kata tapi maknanya yang sangat berbisa.

Kau perlu ingat kau punya hati yang sama seperti aku,Cuma aku sedikit sedih dengan sikap sukar kau untuk memahami hati saudaramu sendiri.Bicara ini untuk kuatkan hati,tiada ingin memendam rasa yang aku paling benci sekali.

Ajarilah aku lagi erti kesabaran di bulan mulia ini ya Allah.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:05 pm.Teratak kumasi murni,Johor bahru.
Related Posts with Thumbnails