Tuesday, April 26, 2011

Ciri-ciri wanita solehah

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Apa khabar teman blogger sekalian?ada senyum tak arini?(kopipes dari AMOI kecit).Hope health wif ur parent n ur sweetheart too (yang halal ok!!)..

actually,Pagi ini kawan baikku dari terengganu telah memberi santapan rohani baik punya untuk aku,Bila tengok je tajuk video ni,Terasa disakat pon ada...diperli pon ada...Maklumlah ramai peminat..(perasannntan!!)
hehehe...Siapalah.. nak kat ceq bangla ni yang tak habes-habes study lagi ni...hohoho..(sedih x? sedih x?).Apa-apa pun aku terima dengan hati yang lapang agar ada faedah dengan perkongsian yang ditujukan oleh beliau buatku dan kawan-kawan lain..

Ayuh kita luangkan masa sekitar 10 minit ye?sekejap je....

What? tak boleh? Y...? ala... tengok maharaja lawak berminggu-minggu tak peeee pooonn...

Hehehe..jom layan jap..pasti anda tersenyum simple not simpul....zaman dah berubah
ok!...hehe

V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

PUTARKAN LAGU

Impian kasih

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanyaBisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realit

Kasih kusedari kekurangan iniKasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

( 1 )
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

( 2 )Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

( ulang 2 )
( ulang 1 2X )

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsanaKupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan


P/S:

Moga teman-teman bloggerku semua mencapai martabat diri yang tinggi dan sempurna selepas ini insyallah...

Sebelum terlupa nak ucapakan "SANAH HELWA" buat ahli bait aku (Housemate) Mohamad Aizuddin bin Jarkase pada 24 april lalu,Begitu juga dengan Ayu Najwa Syafiqa bte Azlan yang lahir pada hari yang sama..Semoga kalian berdua di limpahi rezeki yang melimpah ruah dan hidupnya senantiasa diberkati...amen..amen...


-Musolla APJ Rabaah-
Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:13 am.Abdeen House,Egypt.

Friday, April 22, 2011

Masa itu telah tiba

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Bismillahir rohmair rohim,Selamat petang buat teman-temanku yang amat aku rindui semua.Harap semua dalam keadaan sihat walafiat di samping family dan orang tersayang.

Posting ini sebernanya ingin dilampir pada 2 hari lepas.Oleh kerana masa kosong aku yang tak menentu,Sempat aku mengSAVEkan dahulu sahaja post ini.Syukur alhamdulillah,Saat ini dapat juga aku berkongsi pengalaman dengan kalian di luar sana.Mudah-mudahan ada faedah disebalik posting ini.

JEMPUTAN SYUGAWI

Nah,Ini dia suasana sebenar yang kami lalui pada
Hari Rabu (17 Jumada al-uula/20 April),Nama
Tempat Zullah al-Fatimiyyah, Jami' al-Azhar as-Syareef ,tepat pada
Jam:9 pagi ...Kalian pasti kagumkan?..Aku yang hina lagi tidak punya apa-apa ilmu ini pun...Bila melihat terus mengigil...hati berdegup kencang..Tak tw kenapa..Mungkin sahaja,Para malaikat sedang duduk bersama dalam majlis itu,bahkan juga para malaikat sedang menjaga keamanan majlis mulia itu dengan sayap kepaknya yang tak terduga luasnya..Subhanallah..Allah maha besar.

EPISOD CUCI MATA



Mihrab dan mimbar masjid Al-Azhar.Hanya digunakan untuk solat jumaat dan solat hari raya serta majlis-majlis besar.





Mihrab Masjid Al-Azhar As-Syarif yang sentiasa digunakan untuk solat 5 waktu. Kecuali solat Jumaat.



Ketibaan ulama' yang paling disegani dan disanjungi.Untuk makluman kalian.Setelah beliau tamat memberi nasihat kepada kami,Tiba-tiba seorang arab menjerit "HASAN SYAFIE WALIYUALLAH!!" Laungan tanda hormat yang berulang 3 kali itu,Telah di sokong oleh sekalian jemaah yang hadir ketika itu..MASYALLAH!!..Bergegar majid al-azhar ketika itu.Nama penuh beliau adalah;Syeikh Hasan bin Mahmud bin Abdul Latif as-Syafi`i al-Azhari. (Gelaranya:Syeikh Hassan Syafie)



Pentas utama.Berebut-rebut manusia ingin menghampiri para ulama'-ulama' mesir.Semata-mata ingin mendapat berkat bila berada dengan tubuh yang selalu hatinya cenderung dengan sang pencipta agung.



Ternyata kopiah putih dan tudung labuh lebih ramai dan memenuhi ruang. Menandakan ramainya anak-anak Malaysia yang hadir dalam majlis ini.

Semoga bukan hanya majlis penutup ini yang kalian hadir, tetapi dalam setiap majlis ilmu di bumi barokah ini. Setiap daripada kalian Allah beri kefahaman yang berbeza, maka sama-samalah kita hadir, moga kefahaman yang lebih dapat membantu mereka yang kurang, yang kurang dapat memberikan semangat kepada yang lebih untuk terus memahamkan diri dan mereka yang kurang. Fahimtum?.

Bersatulah kita mencorakkan rakyat Malaysia tercinta, semoga negara sentiasa aman dan sejahtera dan diredhai Allah SWT.

Kita adalah cahaya-cahaya kecil, maka untuk menerangi dunia yang luas, cahaya-cahaya ini perlu kita satu dan sebarkan bagi menerangi seluruh alam.



Dicelah ribuan manusia, tidak ketinggalan para muslimah. Moga hadirnya kalian tidak membawa fitnah, tetapi membuka pintu rahmah, mahabbah dan barakah buat sekalian ummah. Kalian bakal mendidik anak-anak harapan ummah.

Ditangan kalianlah kami menaruh cita-cita, memberikan amanah agar lahirnya zuriat seperti Sayyidatina Sumayyah, Fatimah, Aishah, dan Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah.

Dan harapan itu hanya akan sempurna apabila si mujahid itu 'berusaha' menjadi pemuda yg berjiwa pemurah spt S.Abu Bakr, berani spt S.Umar, lemah lembut spt S.Uthman, pintar spt S.Ali & ikhlas spt S.Bilal. Allahu Allah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Muslimah pembangun Ummah. Pembantu si mujahid menuju jannah.





Insan yang senantiasa dinanti-nantikan kehadirannya. Fadhilatul Syaikh Dr. Ali Jum'ah Rahimahulloh wa hafizohullah.

Apa yang sempat aku tangkap daripada kalam Syeikh semalam, Syeikh mahukan ilmu dan sanad yang diberi, disampaikan pula kepada orang lain. Agar ia bukan pengijzahan semata-mata, tetapi penyampian ilmu yang berterusan. Allahurobbi. Mampukah aku?

BTW,

Sohibussamahah Mufti Hafizohulloh. Teringin sangat untuk mencium tangan beliau, walaupun seringkali terdetik dalam hati, "tidak layak sungguh tangan yang hina, kotor dan penuh dengan maksiat ini, untuk menyentuh apatah lagi mengotorkan tangan insan mulia ini." Allohurobbi.

Beliau amat payah untuk membenarkan manusia mencium tangannya. Allahurobbi. Mungkin beliau merasakan tidak layak dilayan sebegitu. Alloh.. Tawadhuknya beliau. Apabila berjalan sentiasa tangan kanannya memegang tongkat.



Hero of the Day. Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari. Selaku pengerusi majlis sekaligus menkhatamkan bacaan Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah dan menyampaikan sanad.

Syukran ya sayyidi, keranamu, seluruh syeikh Azhar turun menerangi kami yang dahagakan ilmu, menambahkan rindu dan cinta kepada Rasulullah SAW. Moga Allah swt sentiasa merahmatimu sepanjang masa.



Ya Allah, kau rahmati dan lindungi Al-Azhar dan seluruhya, agar dapat terus berbakti, menyedar, memahamkan dan benteng pertahanan ummah.

Ya Allah berilah kami kekuatan, kefahaman dan dapat terus menyebar dan mempertahan kalimah La ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah SAW.

Terbitkan dan pancarkanlah cahaya Habibuna Mustafa SAW kedalam hati-hati kami. Agar dapat kami mencintai-Mu dan para kekasihmu. Ampunilah segala dosa-dosa kami, agar dosa itu tidak menghijab kami daripada melihat nur dan hidayahmu.

Bimbinglah kami jalan menuju rahmat-mu.




Suasana semasa Majlis Khatam Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah di Masjid Al-Azhar semalam. Allahuakbar!! Ribuan hadirin memenuhi segenap ruang Zullah Fatimiyyah. Khusyuk mendengar kalam daripada Syeikh Ali Jum'ah.


Kawan aku ada berkata pada aku dalam status FB nya yang berbunyi ''Kalau saya ada wide lens, pasti lebih ramai yg masuk dalam gambar ni. Opss.. Kalau fb boleh letak gambar lebih panjang, pasti lebih besar n luas gambar ni.


p/s:

Syukran jazilan buat sahabat baik lagi tampan aku ni.Sapa lagi kalau bukan AL-AMIN HJ SALLEH (empunya nikkon).Sungguh bahagia kau dengan kamera powerMU itu.Moga-moga kamera itu menjadi bukti dakwah yang kau cuba sebarkan..Tak puas rasanya jika tak menyebut JAZAKALLAHU KHOIRAN JAZAK!!..

Syukran jazilan juga buat saudara perjuangan,SIFU TOPECT,yang telah memberi aku semangat untuk terus kekal di ruang-ruang kecil di masjid al-azhar as-syarif.Btw.Mohon doanya juga ye pect untuk terus istiqomah ke kelas "Muqadimah hadramiah'' (kelas fiqh) dan "Sunnan Imam Tirdmidzi RA (kelas hadis).

Syukran jazilan juga buat kawan-kawan yang berada di mesir mahupun di tanah air serta di mana pun dikau berada...Sememangnya kalian tak berkesempatan untuk kesini usah la dikau cemburu,Cukuplah hatimu yang berhajat ingin kesini.Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat masing-masing.Moga kalian juga mendapat faedah dari kecenderungan hati-hati kalian itu...AMEEN.

Untuk menonton majlis yang penuh barakah ini,Sila klik (disini)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

07:55 pm.Abdeen House,Egypt.

Monday, April 18, 2011

What the meaning of OMG

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG


Kembali menemani korang lagi.Baru je tadi aku terjumpa satu posting dari rakan-rakan luar yang menceritakan tentang perkataan OMG,OOO M.G.HOMAIGOD,and etc.


Tetiba terdetik di hati..Adakah layak kita mempelbagaikan nama tersebut,Sedangkan kita ini hambanya...ciptaanya...DIA itu siapa?? (jawab sendiri) Justeru perkataan tuhan dalam bahasa arab adalah ROB.tiada pula yang berani sebut aaaaallllllaaaahhh @ haaallllaaahhhh @ rrrroooobbb @ ghobbb @ etc..


Jika niat untuk mempersendakan nama itu..sudah terang-terang kalian semua mencari bala.So sebagai muslim dan muslimah yang baik.Berhati-hatilah bila mengunakan perkataan yang boleh menganggu sensetifviti agama.


Bukankah jika kita menyebut atau menulis dengan perkataan ''YA ALL
AH" itu tampak lebih jujur akan sesuatu perasaan yang ingin di luahkan.Tepuk dada tanya iman.


Bukankah juga dengan mengingati allah itu,hati ini akan tenang?..BTW..I'm man full of shortcomings.Sapa nak tegur silakan.no body perfect in de world.Aku cuma lontarkan apa yang aku rasa janggal saja.


Mood:RINDU BONDA DI KAMPUNG!!RINDU JUGA DENGAN SESEORANG YANG TELAH PERGI!!

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:40 am.Abdeen House,Egypt.

Wednesday, April 13, 2011

Jemputan syurgawi

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG



Berita Gembira buat penuntut ilmu: Jemputan Khas Ke Taman Syurga Dunia. Ada orang nak bagi Harta Pusaka Yang Nabi Tinggalkan. Rugi ar kalau sape tak datang ambil harta ni.
Majlis khatam bacaan hadis kitab as-Syamaa'il al-Muhammadiyyah akan dilangsungkan seperti berikut:

Hari:Rabu (17 Jumada al-uula/20 April)
Tempat:Zullah al-Fatimiyyah, Jami' al-Azhar as-Syareef
Jam:9 pagi
Tetamu:Mufti Mesir dan para Masyayikh al-Azhar

Nota:Syaikh Usamah meminta utk disebarkan berita gembira ini kpd semua di akhir kelas kelmarin..harap maklum.

Asalnya Syaikh Usamah mahu membuat majlis khatam pada hari Selasa, ttp Syaikh Ali menyuruh utk dibuat pada hari Rabu, lantas beliau bertanya apa hikmah dibuat pada hari tersebut, lalu Fadhilatul Mufti menjawab pada tarikh 20 April merupakan... tarikh kelahiran baginda Nabi sollallah 'alaihi wasallam mengikut taqwim Masihi..

Antara Syeikh yang akan Hadir,
- Mufti Mesir, Dr. Syeikh Ali Jum'ah
- Sheikh MuhamMad Ibrahim alKittani
- Sheikh Jamal Faruq adDaqqoq
- Sheikh Saad Garwish

Allah, satu kebetulan yg penuh barakah..jadi, jangan ketinggalan utk hadhir pada hari tersebut yer!

Mood:Diri ini terasa semakin sayang dengan tanah berkah ini (mesir).Terasa juga ingin menghabiskan sisa-sisa hidupku disini.(mak!!izinkan ye mak??)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

07:55 pm.Abdeen House,Egypt.

Monday, April 11, 2011

Alhamdulilah

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Bersyukur kehadrat ilahi yang telah mengurniakan nikmat islam dan beramal dengan ajaran kekasihnya Rasuluallah S.A.W di saat keadaan dunia yang sedang melanda perlbagai tragedi yang amat menakutkan oleh seluruh penduduknya.Namun dengar berkat para wali-wali allah yang masih ada inilah dapat kita semua menumpang sedikit keamanan dari mereka yang senantiasa di awasi oleh tuhan yang maha berkuasa.allahu akhbar!!.

MENGAMBIL PELUANG

Setelah puas bercuti hampir 2 bulan lamanya.Cukuplah bagi aku untuk bersantai-santai selama ini.Musim masuk kuliah sudah bermula sejak 3 minggu lalu.Lagi dengan kelas-kelas tambahan dalaman dan luaran semakin laju di laksanakan.Siapa yang strugle..dapat la lebih..Namun aku yang dah tua ini,Hanya mampu mengikuti mana yang mampu sahaja lah.Moga tuhan kuatkan hatiku untuk terus beritiqomah hendaknya.Ameen...

Salah satu kelas luar yang aku ikuti adalah kelas ini.Wait!!Mohon maaf jika aku terlambat berpesan,Aku cuma mahu berkogsi sedikit hal-hal aku sahaja dalam post kali ini dan ingin memPROMO kelas sekaligus pada masa yang sama,Namun bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk bahkan mahu berkongsi sahaja.(wal iya zu billah!!) mohon dijauhkan dari niat kotor itu!.

IKLAN YANG DI TEMPA KHAS UNTUK RAKAN-RAKAN




WAJAH SYEIKH YANG MENGAJAR

Ya Allah... aku menangis dalam doaku, semata-mata takutkan azab dan murka-Mu dan mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.


SEKITAR DALAM MASJID AL-AZHAR

Masjid Al-Azhar As-Syarif. Dimimbar atas itulah seorang Panglima dan Khalifah Islam bernama Salahuddin Al-Ayyubi pernah menjejakkan kakinya dan menyampaikan khutbah. Allahuakbar.. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk berada ditempat beliau berpijak.


SUNTIKAN SEMANGAT RAMADHAN UNTUK TAHUN INI


Masjid Al-Azhar As-Syarif yang sudah berusia ribuan tahun ini telah menjadi saksi kelahiran ribuan bahkan jutaan Ulama' dan Umara'.

Teringat kata-kata Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki suatu ketika dalam pengajiannya, menegur para ikhwah pada bulan Ramadhan yang hanya bersolat tarawikh di Hostel sahaja. Beliau mengatakan, mengapa kalian tidak merebut peluang untuk bersolat dimasjid tua yang ratusan tahun umurnya. Disana, para sahabat pernah bersolat, awliya'illah pernah beribadat. Jutaan para malaikat telah mendoakan keampunan dan kerahmatan buat pengimarahnya sejak daripada mula ia dibina.

Kalau kalian hanya solat di rumah, di asrama. Berkat siapa yang kalian dapat? Berkat mereka yang banyak tidur? banyak makan, banyak menonton filem, mereka yang gagal? Mereka yang mumtaz? Allahurobbi..


TUMPANG MARKET

Sahabat aku daripada Johor yang bersama-sama mengikuti sejak daripada awal pengajian Kitab Syamail Muhammadiah di Anjung Al-Atrak, Masjid Al-Azhar oleh Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari. Semoga dia sentiasa diberikan oleh Allah kekuatan dan kesihatan untuk terus istiqamah mengikuti pengajian bersama Syeikh.

Btw,Beliau lah yang mengajak aku untuk mengikuti kelas ini.Terima kasih ye pect.Sayang aku kat ko lebih la..lebih dari budak jordan..TETTT..hehe.


P/S:Credit to al amin hj saleh...Jazakallahu khoiran wa zaujaka bikro..(Hehehe)
Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:18 pm.Abdeen House,Egypt.

Thursday, April 7, 2011

My iQa+L

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG



Name:Siqaloren El Entoyangensem
Popular Name: Ciqal @ Qalo @Iqal
Age:3 years old
Born on:i not remember
Ic:not
Status:It is complicated
Sex:not
From:cairo
Live in:Abdeen
Work:Mr.Entoy exulusive driver
Dream:Need to come like lembrate @ vespa for my boss.
Activities and Interests:Up-Up,Wikang-Wikang,an Tourist
Favorite Quotations:Prengggg...Prengggg...
Phone:I don't Know want to get simcard from malaysia or egypt.
Power:Can running 5 minutes for 1 km insyallah.

ASAL USUL

Hahaha..lawak betul dia punya latar belakang.Actualy nak ucapkan terima kasih pada topect,Sebab dialah yang telah meng'DEAL 'kan basikal mustakmal ini kat aku (basikal second hand).Molek-molek orang pertama beli dengan harga LE 800 kemudian orang kedua beli darinya dengan harga LE 400,Dan aku yang terakhir pula telah membeli dengan harga lelongan,yang bernilai LE 200 sahaja.Sahaja??wut the sahaja.Mahal la beb!.Tapi tak pelah,tolong kawan-kawan.Tapi dah tak nama second hand la ek..third hand pun third hand la yunk.hehe.

SITUASI

Apa-apa pun alhamdulilah sekarang ini,Hidup perjalanan aku semakin laju dan lincah sikit.Biarpun mengunakan tulang 4 kerat untuk mengayuh dan mengawal basikal ,Namun ia amat berfaedah untuk my sexy stomach ni.Stomach yang ber'BABY-BABY' di dalamnya..haha.Say little hello to my friend baby...Please...(sambil menepuk-menepuk my sexy stomach ni)haha.

LASTLY

P/S: Nak ikutkan hati tak ada masa nak hapdet-hapdet ni.Coz ada benda yang lebih afdal nak di hapdetkan sekarang ini.Maaf ye teman-teman.Begitu juga dengan teman-teman di ym.Aku dah mula jarang on9 guna ym.So jika ada apa-apa,Just mesej kat my FB,EMEL or HP.Terima kasih pada yang selalu mengambil berat tentang aku disini.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:21 pm.Abdeen House,Egypt.

Wednesday, April 6, 2011

Maafkan kami

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Rasanya dah lama tak hapdet.Actly this week aku dah mula sebok dengan kelas sikit la (poyo kecoh!).But memang so sory if ada yang tegur bila nak hapdet.oh tidak..aku ada peminat.hehe.(perasan sendiri).by the way,memang mahu hapdet je untuk tiap-tiap hari,tapi tu la.so aku aku harap kalian semua sehat-sehat belaka ye hendaknya.

Aku yang sekarang ini baru je lepas balik lepak kat kedai syai (kedai teh)sambil menonton perlawan bola sepak,antara MU VS CHELSEA.Teruk gak MU kene serang.Lastly MU menang gak,1-0.By the way,Aku sorang je yang layan bola tadi.Roomate aku pergi umah ustad lama pula.So lonely..oh ngade-ngadenyer koo!!

Balik-balik terbuka lagu ni pulak.So cool.I like it.But like aku ni faham-faham jelah.Cepat bosan!.jom layan sat.




Semoga terhibur.Maafkan aku juga jika ada silap salah kat kalian semua ye.Aku disini akan i'allah akan sedia memaafkan kat kalian juga.Jadilah manusia yang kenal hakikat diri sendiri.Jika kalian kenal diri sendiri maka kalian tidak akan sebuk dengan hal orang lain..i means kalian takkan ada perasaan sangka buruk pada sesiapa sahaja.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:20 pm.Abdeen House,Egypt.

Sunday, April 3, 2011

Book plus english

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Aku remaja yang agak lewat meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap.Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga.


SEBUAH LAKONAN

Saat mata-mata yang melihat gambar ini,Pastinya ada di hati @ di mulut mereka akan berkata''POYO GILER!!!"haha.Tidak mengapa,Memang segaja aku letak gambar ini semata-mata ingin mendapat ganjaran pahala free dari korang semua.haha...(auta sikit).

Tampak seperti budak genius je baca bahan inglish!.Padahal....sepatah kata pun aku tidak mengerti.hehe.Begitulah lakonan yang cuba dilakonkan.Penuh tipu dan daya bukan?.

Nah,berhati-hatilah dengan mamat seperti ini (gambar di atas @ di sisi kanan blog ini!).

WHAT U DO?

Hanya cuci mata sahaja,Melihat longgokan buku yang tersusun rapi dan adakalanya ala-ala old school (i like!).Di bahagian luar pula ada jual mafela cantik-cantik.Nasib baik lah single lagi,Kalau tak,dah lama aku belikan untuk orang umah aku satu.(satu je!) hehe.Alamak....Tersentuh bab orang umah la pulak!Actualy,Aku enggak mahu fikir langsung tentang hal ini!(gelabah).Btw for insan yang bernama izzati,Saya tak jumpa la pulak baju" 25 januari" yang kononya mahal dan smart tu.Haaiiss..kempunan nak beli.

RAIN AND RAINBOW

Today My egypt was rain...rain selebat-lebatnya!hehe.Seronok hati ini dapat melihat air hujan jatuh membasahi bumi berkah ini.Maklumlah,Hujan setahun 2@3 kali je.(Hampir-hampir tak dapat nak pegi book fair).

Lastly bersyukur dapat pergi juga kesana,Walaupun hujan turun rintik-rintik.Waktu petang sebelum magrib,Hujan telah berhenti sepenuhnya.Tetiba segerombolan manusia yang empunya handphone-handphone mahal telah mengangkat tangan lalu men'YENAP' suatu keindahan alam iaitu 7 garisan warna pelangi.Kebetulan pula,7 garisan itu betul-betul ada dia atas American university Building,Tempat pelancaranya festival buku tersebut.

p/s:

almarhumah atteya ada pesan pada aku dalam suratnya "Jangan berhenti belajar english,Di samping b.melayu dan arab yang awak dah kuasai,English lah yang boleh buat awak maju"

Al-fatehah....

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:16 pm.Abdeen House,Egypt.

Aku dan Salad

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Akibat kebinggungan,Maka aku cuba melangkah keluar rumah untuk mencari sedikit ketenangan.Akibat yang melangkah itu hanya aku sendirian,makanya jalan itu ikut dan(mode) aku sendiri.Akibat dan(mode) itu hanya aku yang rasa,makanya tak da makanya lagi dah....Jalan keluar main langgar je tadi.Mesti korang bingung dengan ayat aku ataupun stress je.sebab ayat entahapahapajekan.

Selepas satu jama lamanya aku bersiar-siar tanpa arah tuju,Mode ngantuk sudah memberi isyarat.Tahap penguapan pun tidak terhitung kiraanya.hehe.Alhamdulilah juga,Sebab mode BINGUNG aku pun sudah pulih.

MO'MEN TIME

Dalam perjalanan pulang kerumah.Boleh pulak ternampak restoran MO'MEN ni.Lagi aku benggang,Nafsu WESTERN aku mula meronta-ronta (dasar orang kampung!jakun sangat @ batak sangat).

Nasib baiklah tak lapar sangat (sebelum keluar tu dah melantak 3 pingan dah)hehe.Haloba gila.Order pun just ngade-ngade nak try GARDEN SALAD kat situ.Ternyata......Memang fresh+taste!!!.(macam betul je lagak BI aku tuh).huhu

TERPALIT KISAH LALU

Terpandang salad sahaja tadi pun pada awalnya,Aku dah teringat kat seseorang.Sebab dia suka sangat makan salad dan suka buat salad sendiri (DIY) dari membeli.Haiss...(Come on beb...Yang hidup perlu hidup dengan yang hidup)




*Dapat CEWEK baru dekat restoran mo'men.(cewek yang agak peramah,tergoda dengan rambut robornd aku la tu)
*Esok nak g tahrir.(the tahrir book fair jap! tak mahu beli baju 25 january!)hehe.esok last!.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:09 am.Abdeen House,Egypt.
Related Posts with Thumbnails