Friday, February 20, 2009

sebahagian tentang wanita

Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz

( artikel ini pernah disiar di Metro Ahad & juga disiarkan di web Feb 2007 yang lalu )

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

adakah anda pernah menggunakan ini ke tempat kerja? Apa pandangan Islam tentangnya?"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.

Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."

Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.

"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.

Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.

Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah SWT :

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)

Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :

إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

Perempuan Lebih Sukar?

Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :

"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.

"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.

"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.

Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.

"Benar, InshaAllah.." Kata saya.

Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut

إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"

Imam An-Nawawi pula berkata :-

الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"

Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)

Lelaki Duduk Rumah Wanita Kerja?

semakin meningkat satu duniaYakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.

Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.

Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.!

Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)

"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.

"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.

"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"

"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.

Nabi SAW bersabda :

لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد

Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )

Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.

Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki. Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.

Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.

Keperluan Wanita Bekerja & Anak Lelaki

Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah?

"ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya.

"baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya

Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.

Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?.

"habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.

Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.

Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah.

Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.

Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.

Kelembutan & Kasih Yang Luntur

Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah.

Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.

Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.

Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangkan panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?

Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja

Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.

" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.

Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :

أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?

"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.

Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.

Nabi SAW pernah bersabda :

ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها

Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)

Komen Pedas

Mungkin ada wanita yang akan berkata :

"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"

Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.

Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertpatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

Nasihat Penghujung

Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya.

Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka. Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah..

Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

4 Safar 1428 H

22 Februari 2007 (Updated on 22 Ogos 2007)

http://www.zaharuddin.net/

Monday, February 16, 2009

Dari kekasih untuk kekasih


Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


begitu juga dengan imam ibrahim bin adham:

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Saturday, February 14, 2009

Mengapa Al-Quraan dipinggirkan???

Sedangkan......................................................

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntut orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Thursday, February 12, 2009

Pandangan hakiki

bilaku merenung kembali zaman umat terdahulu telah berfikir secara cekap dan tepat berpandukan ajaran Nabi Muhammad S.A.W..........aku mula merundum dengan keadaan umat masa kini yang berfikir berpandukan Materealistik...yang secara hakikatnya dimata kita ianya adalah hanya mainan duniawi semata-mata,namun kita tetap menafikanya..

Ape yang ingin saya menitik beratkan disini adalah..kebanyakan dikalangan umat moden sekarang lebih senang melihat orang membuat kejahatan berbanding kebaikan..sebagai contohnya masyarakat kita kini akan memandang serong pada seseorang yang ingin membuat kebaikan,malah dikutuk dan di perlekehkan,namun jika masyarakat kita melihat seseorang yang glamor dengan arus duniawinya semata-mata,maka dipuju-puji,dipuja-puja,hingga menghilangkan rasa malunya pada sang penciptanya..inilah umat islam kini..sabda Rasuluallah"islam itu mulanya asing dan akhirya juga asing,maka beruntunglah siapa yang asing ketika itu.".contoh lain yang mudah......lihat sahaja dengan diri kita sendiri,apa angapan kita bila situasi di atas berlaku???maka dengan itu membuktikan kita sudah jauh dari garisan yang dianugerahkan kepada kita..

"wahai sahabatku...usahla kau memandang hina pada manusia yang ingin membuat kebaikan...kerana membuat kebaikan itu bukan la mudah..."

"wahai sahabatku...usahla kau memandang indah pada manusia yang mudah membuat kejahatan...kerana membuat kejahatan itu adalah ajaran syaitan..."

biarkan orang lain ingin membuat kebaikan,agar kita menerima renjisan kebaikanya..sesunguhnya setiap sabda Rasuluallah"janganlah kalian semua menghina kebaikan yang kecil"..maka dengan itu..boleh jadi kebaikan yang kecil itu menjadi besar jika ikhlas kita amat tulus demi keredaanya..

wa allahu a'lam..


jejak 'MEMBERS' part nine (last)


Inilah sahaja dapatku coretkan untuk kalian,dalam seminggu yang kugelar "JEJAK MEMBERS".hihihi..
alhamdulilah sudah selesai semuanya..ampun dan maaf pada yg terasa luka..coretan ini hanyalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kita semua..salam perjuangan..

TAMAT..sob...sob...sob...sob..

jejak 'MEMBERS' part eight



Hampir-hampir x jadi nak pergi alex,kerana terlalu penat..maka dgn sokongan kawan yg datang secara halus..maka ku endahkan rasa kepenatan itu..sbb malam tu klw x dah rehat dah..tp kami numpang basuh baju di umah mael..terima kasihyer..disamping tu juga dapat juga aku berkenalan dgn org lama johor..iaitu ustad iqbal dan ustad firdaus khususnya..ustad iqbal aku dah kenal lama,tp yg lagi sorang tu jer la hihihi….yerlah org lama..bila datang kaherah mana nk stay kat umah johor,mestilah nk stay kat umah org lama…cam contoh kat umah bard asyir..umah abdeen..umah malek asyir…umah sabiq.ads….

Mula bertolak selewat jam 11 stgh pagi..nasib baik ada mael time tu..kalau x aku x taw nk cari el-tramco yg menuju ke asafiroh..ustad lokman kata naik train..mana la aku tw time tu..kali pertama menjejaki bumi alex je….mmg jauh beza dgn Bandar kaherah…korang yg belajar kat timur tgh ni korang taw la..tp for my member n my parent mana tw..alex ni mmg cantik dan bersih..terpegun aku melihatnyer..(chewah)..mmg sesuai la bagi org yg bersatatus sudah berkahwin duk disini,sbb keselesaanya amat tinggi berbanding dgn kaherah yg pesat,sesak,bising,mahal dan sebagainya..bab kebrsihan tu…aku x dapat la nk nolong…hihi.


Ziarah umah ustad lokman dulu kemudian umah ustad baru berkahwin(ustd teteh) ngan ustad baru kawin juga(ustad apai)..terima kasih for your specealservice..hihi..untung org yg dah berkahwin ni......makan sedap2 belaka je..tok sah nk pi restoran atas feri la..pi makan atas meja dapur sendiri..lagi sodap…..hihihi..

















Aku bertolak ke kaherah pada malam hari tu juga..aku x tido,sbb aku segan nk tido umah org yg dah berkahwin ni..yerlah..korang sendiri tau2 jerlah..lain la diorg yg pelawa..itu dah jadi hukum lain plak..hihihi..mael dan jepon balik semula ke dumyat..sbb si jepon ni belom habis jalan lagi kat sana..so dier x puas la kononya..hihi


Aku ngan arwa telah bertolak pada jam 9 mlm..mula2 nk naik train..tp arwa pulak x nk..tp dier yg iya2 nk naik train..rupenye train yg dier nk naik tu dah habis tiket dah..hihihi..
Last sekali naik kereta sapu..kereta sapu????? Kat Malaysia aku x heran..tp kat mesir ni yg aku gegel sikit..bukan sikit malah aku nk buka شبشى dalam kereta pun slow2..kerana bimbang dengan pekara yg tidak diingini berlaku..yg aku tahu..klw mamat arab ni lain sikit je macam dier..aku grik leher dier dari belakang..lantas aku cedok mana2 kosong…arab lagi satu tu..kerja arwa la..lantak la dier nk wat ape..nk tarik telingga dier ke..nk libas kepala dier dgn beg Liverpool ker....aku x peduli..yg penting ape2 pon bagi aku” luka sama ditanggung,selesa sama beruntung..hahahaha…akhirya alhamdulillah sampai di bustand ramsis itu semua dgn berkat doa sahabat aku yg berada dalam perjalanan pulang ke dumyat(mael& jepon)..aceh….

Memang puashati la..dapat naik kerete mewah yg baru,pastu duduk kat belakang berdua je.pastu tambang pon murah (20 junaih),semua dah best dah TP……..satu je yg x best..hati aku ngan arwa x tenteram..hihihi..yerlah2,sedap2 naik kereta mewah lagi murah,kami pula dibawa ke Israel untuk penghambaan..peghambaan ok lagi..kene untuk jual angota badan x naya gitu.....nauzubilah…just annoying…

Sampai umah dalam pukul 1:30 tepat..dan umahku dalam keadaan masih riuh lagi disebabkan ada ezoegypt yg sebok dgn assingmentnyer..hihi….

Bersambung…..

Wednesday, February 11, 2009

jejak 'MEMBERS' part seven


Gara-gara terlewat bagun..akhirnye kami menanguhkan percarian kerang seawal jam 8 pagi..ke jam 12:34 tengahari..yg pergi kali ini agak ramai..termasuk budak dari negeri perak yg menetap di muhafazah zaqziq dan tanta..dan kali ni musrif aku adalah ustad ismail.org panggil mael jb jer.hihihi..dia mmg rapat ngan aku dan arwa.. dan x lupa juga pada ahli bait aku yg baru sampi dumyat semalam..faisal aka jepon..

Dgn menyewa el-tramco secara makhsusah..dapat membawa kami secara beramai sekali gus..kalau x sblm ni..aku,arwa,mael,jepon dah mearancang nak naik basikal je..tp basikal kurang satu jer..nak bonceng siapa sangup nk duk kat besi tu..hihi..

Bila sampai je… hampeh semua dah kene kebas dek budak2 yg awal datang dulu..kita ni baru datang…depaa senyum2 je..sbb diorang dah siap kopek..hihi..aku ngar arwa x tw nk pilih kerang ni..so follow the leader je la..pabila semua kerang di persisiran pantai dah habis..apalagi..aku tgk budak2 dari negeri perak tu dah masuk kat suku laut dah….kami pon join la…oooooooo rupenyer kat dalam laut tu ada bapak kerang la..sekali dapat besar dia macam 10 biji kerang yg kecik2…hahaha..memang best time tu..sape yg dapat je…kira dier hebat la..hhihi..

Aku yg dalam keadaaan kesejukan x dapat nk nolong diorg mengutip mahu pun mengopek kerang kerana aku telah didengki oleh sahabat baik aku sendiri(arwa dan jepon) yg sengaja menarik kaki aku semasa percarian kerang,lalu kawe jatuh la… kureng punyer member..hihihihi..

Balik tu terus dimasak kerang tu..x pasal2 aku di taklifkan sebagai chef dan arwa pulak jadi assistant aku dan jepon???mael???...hihihi…maka aku buat la kerang masak sambal..alhadulillah masakan aku x jadi,hihihi..entahapentah diorg cakap time tu..yg makan lauk tu bukan kawan2 aku dari johor..tp semua yg dari perak..hihihi..lantak la nakkkkk…hihihi

Esoknye aku dan arwa akan meningalkan Bandar dumyat..sob sob sob….terima kasih ejan dan ahli bait yg lain keran sudi melayani kami dengan penuh keikhlasan..hihih.

Alexendria coming….BERSAMBUNG…

Tuesday, February 10, 2009

jejak 'MEMBERS' part six


Hari keesokanya lagi..kami mula merancang ingin pergi ke Rass el-bar ((راس البر ..iaitu suatu tempat yg mana berakhirnya sungai niel…dan disana juga menjadi tempat pertemuan antara sungail neil dan laut mediterannean mesti nk tw kan tempat dier tu camana…..hihihi…so jom kita surfver….

Bertolak agak lewat gara-gara penat yg teramat sgt…kaki aku pon rasa kebas semacam je..dalam hati rasa nk suh adib urutkan jer bila balik kaherah nanti..tp dengan azam membara…kulawani juga kepenatan itu dengan memulakan perjalanan pada seawal jam 4:34 pm..lalu menaiki el-tramco untuk kesana…sblm ke rass el-barr ni..kami pergi pantai yg hampir2 dgn rass el-barr..demi ingin melihat matahari terbenam….ceh macam x da je kat Malaysia…bahkan aku boleh tgk kat pontian lagi..hihihi..masa kami sampai tu..cukup2 untuk 10 minit lagi matahari tu kabur dari pandagan manusia..alhamdulillah dapat lihat…so misi completed…hihi





Bila matahari hilang..apa yg mampu kami lakukan adalah menangkap gambar dan menconteng khayalan masing-masing di pesisiran pantai tu..hihi.yg ejanyer mula buat namanya sendiri..yg arwanyer mula pula buat nama keduanye dalam yahoo messenger yg digunakan untuk menackle awek2 dalam chat room…hihihi..yang aman pulak hanya mampu lihat kami dgn wajah keboringan kot…hihihi,kerana dia dah biasa dah dgn tempat ni..kata otai Dumyat..dan yg aku pulak..rahsia la.hihi

Selepas selesai solat magrib..dengan berbekalkan 2 bungkus syibsyi((شبشيsejenis makanan ringan yg popular dalam masyrakat mesir disini..dan satu tin air berkabonat rendah telah menemani kami dalam perjalanan ke destinasi utama….jarak perjalan yg kami jalani itu hampir2 satu kilomiter..fuhhh mana x letih…klw nk diadaptasikan jarak perjalanan tu seperti berjalan dari pintu masuk ma’rad hingga pintu belakang ma’rad la…bila dah sampai je tempat tu…sunyi je suasana dier..dan dari sumber yg dipercayai
mengatakan
..pada mu
sim sejuk ni.pengunjung x ramai…so x mustahilah la sunyi dan kurang pengunjung yg hadir..

Apa bila sudah sampai ke penghujung tempat ini dan juga penghujung bagi sungai niel apa dapat kami rakamkan hanya la suasana gelap yg mengelilingi kami..ermm x dapt nk tgk perbezaan antara dua pertemuan itu..so misi failed..hihihihi tp dapat pi tempat t upon dah kira ok la…hihi(cover dalam sendu)

Kemudianya kami balik dan terus merebahkan diri di tilam yg empuk lagi kenyal dengan sejuta pengharapan agar dapat menghilangkan keletihan yg teramat sangat…sebelum menutup mata..aku mula mengihitung hari keberadaanku di Dumyat..ingat nk balik esok tp..misi utama belum dilangsaikan..tp tengokla camana nnti….dalam pada itu juga arwa mula menyapa aku dgn penuh sopan,yang hampir2 buat aku x jadi nk tido akan kesopanan ayatnyer itu… “erm toy..bagaimana dengan hajat kita yang ingin mengutip kerang…aku sudah mengidam ni….esok pagi-pagi kita berangkat ye ke pantai”..aku dengan selumber menjawab: “yolah-yolah”…

Bersambung…..

Monday, February 9, 2009

Jejak 'MEMBERS' -Part five

so esoknyer kami dibawa ke port said..yg dikenali sebagai lubuk barangan murah sbb disitu la kapal2 besar landing on the water…kami bukan berdua lagi tp kami berenam…aku,arwa,ejan.aman,mas,dan daus…mula bergerak pada pukul 11 lebih..dan sampai sana bukan mudah seperti yg dijangka..tp bnyk tmpt kene tukar kenderaan..so..lecehlah..tp x pe..itu kan cabaran..hihi..sampai jer kat sana..cari mesjid untuk solat zuhur..ternyata mesjid tidak kelihatan di port said so yg kelihatan adalah di tempat lain…namanya port fuad,mmg gempak la..time tu..klw nk tw kenapa..sbbyer nk p ke mesjid sahaja kat port fuad tu kene naik boat besar yg menjadi pengangkutan utama bagi kenderaan kereta,motor,basikal,dan manusia…khabarnyer..perpisahan antara tempat port saidn port fuad itu adalah membahagikan antara benua asia dan benua afrika..fuuuuhhh..mmg dalam sejarah aku rasa time tu..hahaha..nk pengsan pon ada..terkezut la katakan..hihi..best wooo..

Seterunsya…perut pula merunggut..mula la kaki menapak x tentu hala..namun alhamdulillah sahabat kami yg lain juga berasa lapar..ape lagi..p la restoran yg biasa mahasiswa2 al-azhar mencekik makanan seafood..semua order nk sama..20 junaih bagi setiap individu..makanlah puas2..hihi..subhanallah nikmat terasa dikala mencubit sotong goreng yg masih gareng dan panas…allah2..hihi..mmg time tu makan x boleh nk laju2 hatta lapar yg teramat sgt..sbb nnti x dapat merasai kenikmatanyer..inilah petua dari aku..makanlah secara perlahan-lahan demi merasai nikmat makanan tersebut..dan alamilah kenikmatanyer itu..kerana bnyk faedah apabila kita mengawal kelajuan menyuap makanan ke dalam ruang mulut kita,salah satu faedah kita dapat rasa adalah bagaimana kayanya kasih sayang allah pada hambanya yg selalu lalai dgn kehidupan duniawi mereka,maka allah tetap memberikan kita rezeki yg seenak-enaknya malah bukan calang2 manusia dapat merasai makanan yg kita rasai..fikir-fikirkanlah....

Ok la seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk memasuki lubuk port saidsblm tu aku dan arwa telah membeli sweater yg serupa colur…lantas ejan melayan kami dgn menangkap gambar ketika itu juga..hihihi..buat aku malu la ejan ni..

Dalam memilih pakaian di perkarangan port said tu..lupa terus aku dgn hajat ingin mengambil gambar..lebih kurang 5 jam kami di lubuk port said tu..maka jalan seterusnya adalah pulang kerumah la…

Bila sampi jerk at umah..ape lagi kumpulkan pitcure2 yg sempat di ambil melalui hp canggih ejan,arwa dan kamera loloq..ikutkan hati aku..mau saja aku terus upload ke blog aku..tp computer org lain pn pki gak..apa kes pakai hak org pyer macam haq depaa sendiri…x syok la..so simpan dulu hajat aku tu..hihi..

So setakat ni la dulu untuk aku habaq kat korang bila sehari berada di port said…

Bersambung….

Related Posts with Thumbnails