Tuesday, May 31, 2011

Secangkir air kasih


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

sekadar hiasan...

Jam menunjukan pukul 1:10 pagi.Tinggal dua jam dua puluh minit lagi akan berkumandang azan subuh bagi kawasan down town ini.Entah mengapa mata tak mampu untuk menutup kisah pada hari ini.Puas sudah mengolekkan diri ke kanan ke kiri.Namun kecewa!.hehe.

Akal cuba membayangkan sesuatu yang indah untuk si anak tekak ini yang terasa kering sejak selesai solat isyak tadi.Tetiba di dalam hati berangan semacam ini "Fuhh..bertuah rasanya jika ada ahli bait @ housemate aku yang tengah masak air pada waktu ini".Ternyata angan aku di kabuli tuhan setelah menyelinap masuk ke dapur sebentar sahaja tadi.

Secawan teh tarik berjaya di cipta khas untuk diri yang lemah lagi pening-pening lalat ini.Sekali rasa,Ummp..Semangat terus nak selak untuk beberapa helaian kitab yang harus aku ulangi sebelum ujian bakal di tempuhi tidak berapa lama lagi.Doakan aku ye kawan-kawan!.

Oh god! Tetiba teringat kat emak dan kakak di kampung yang selalu menitipkan air untuk anak manja ini.Oh aku terhutang budi pada kalian.Mungkin dengan air yang dihidang oleh tangan yang lemah itu,Membuatkan aku berada disini.Terima kasih emak.Terima kasih akak.

Uztazah yana! terima kasih daun keladi ye atas bingkisan teh tarik segera itu.Bertuah aku dapat kawan se'cool' kau yang bisa memahami selera anak tekak jawa ini.hehe.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:30 am.Abdeen House,Egypt.

Monday, May 30, 2011

Hati kena baik,mulut kena manis


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.


PROLOG

sekadar hiasan..

Kini aku melihat dunia kian sempit dengan keramaian teman yang aku telah kenali mahupun kenal atas kenalan aku.Samada melalui perantaraan alam maya ataupun alam realiti.Sungguh aku tidak percaya dengan keajaiban yang di peruntukan ke atasku.Jika aku memandang dari sudut yang lebih ilmiah.Tidak lain tidak bukan ini semua adalah sebuah anugerah yang berbentuk ujian yang harus aku lalui.Do you know what i means?

Itulah dimaksudkan dengan amal ma'ruf dan nahi mungkar terhadap kawan-kawan.Ingat dan mengingati.Dimana islam amat menitik beratkan tentang itu.Sesungguhnya kau dan aku adalah saudara.Tiada siapa yang mampu menegurkan kita melainkan kita kita.

SI RAJA DAN SI FAKIR

Sehubungan dengan itu.Aku mula teringat dengan sebuah kisah yang amat membuatku terdiam seribu bahasa.Dimana seorang fakir miskin yang hanya memiliki sehelai jubah dan sebuah tongkat yang ingin menjadi seorang yang kaya raya dengan menerima cabaran dari pihak istana yang berupa agar dapat menemani seorang raja yang baru meninggal dunia di dalam kubur.Maka berlalulah 2 hari si fakir ini di dalam kubur bersama mayat si raja itu.Namun pada keesokanya,si fakir itu pun keluar dari tempat persemadian raja itu.Maka seluruh pihak istana ingin memberi ganjaran sepertimana yang di janjikan.Tiba-tiba si fakir menolak segala yang ingin di hadiahkan ke atasnya.Lalu dia menjawab."cukup lah dengan dua barang ini yang aku punyai (mengisyaratkan pada jubah dan tongkatnya) itupun aku tak mampu untuk menjawab segala pertanyaan dengan apa yang aku punyai harini!" I think you get my guess.

Kenalan kita adalah milik kita jua.sama seperti barang-barang yang kita ada.selain diri ini kau juga termasuk dalam tanggung jawabku.

Oleh itu,Aku mengingatkan ke atas diriku dan kalian semua.Terimalah segala ujian allah dengan hati yang luas,Mudah-mudahan tuhan membantu kita.Sungguh pun hati kita lemah dan tak berdaya.Tidak rugi pun jika kita punyai ramai kenalan.Bukankah yang dinamakan murahnya rezeki itu selalunya ada pada orang yang punyai ramai kenalan?So,Terimalah kenalan anda itu dengan seadanya dia.

PEDOMAN

Pedoman Imam As-Syafie Rahimahuallah taala:
“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku"

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:51 pm.Abdeen House,Egypt.

Sunday, May 29, 2011

Aku terlalu sayang engkau emak


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


gambar hiasan..


Hari ini aku melihat orang lain memimpin ibunya yang baru balik dari pasar,Entah esok atau lusa dapatkah aku memimpin ibu aku sendiri.Tahap kesihatan emak memang sukar di jangka.Kelmarin baru menghubungi emak di kampung.Ternyata emak baru keluar dari hospital!APAKAH..

Anis hanya mampu memesan pesanan ringkas dengan mengatakan "acik,call la maktok.maktok tak sehat nih".Sekali aku cuba menghubungi emak,Ternyata kakak atas aku belah emak yang menyambut.Habis dari awal dan akhir dia berseloroh menceritakan semuanya.Aku yang empunya hati sayang kuat pada emak tidak mampu nak kata apa-apa.Cukuplah air mata anak manja ini terus mengalir dengan memahami apa yang dimaksudkan dengan sebuah ambulan yang di jemput khas,kerusi roda yang menjadi bantuan pergerakan seharian,sebuah alat bantuan penafasan,dan sebuah katil khas di rumah sakit bandar pontian untuk tiga hari yang lalu.

Sengaja anis tidak berpesan yang mak tok sebenarya ada di hospital.Aku tahu ini semua gara-gara kakak sulung aku yang faham sangat dengan naluri adik bongsunya ini.Anis adalah anak sedara aku yang paling rapat dan bijak walaupun mulutnya sangat lasser.

Coretan ini bukan mahu mengadu pada sesiapa.Tapi inilah ruangan aku punyai untuk meluahkan apa yang terpendam dalam lubuk hati.Mungkin ada diluar tidak suka dan mula merasa mual dengan kisah kuno aku yang tiada akhirnya.Namun,aku tidak pernah hindar sekali pun sedih dengan apa yang ingin di lemparkan,Aku ambil semua buat sifir-sifir kehidupan.Bukankah kehidupan seorang penulis,akan ada nadanya yang tidak dapat lari dari tekanan?

Benar,aku tidak pernah putus asa,Selalu berdoa dan berharap yang terbaik.Allah telah melakarkan nyawa hidup aku pada rona yang cukup untuk aku mengerti mengapa.Mungkin setiap cabaran yang mendewasakan ini akan membuatkan aku mengerti mengapa semua ini terjadi.

Aku mahu menjadi anak yang kuat,Seperti kuatnya gadis fida aisyah yang terkenal dengan kisah sedihnya yang memanjang.Namun dia tidak pula berputus asa untuk mencari pelangi indah untuk dirinya.Begitu juga aku.Terkadang melawan perasaan sedih dengan membuat entri-entri yang boleh buat kalian tersenyum.

Aku anak bongsu yang bertunggal dua belas.Aku tidak pernah mengenal apa itu kasih sayang melainkan dari emak aku sendiri.Rela aku juga tidak berkahwin semata-mata ingin menjaganya,kerana...Aku terlalu sayang engkau emak.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:52 am.Abdeen House,Egypt.

Wednesday, May 25, 2011

Aku tak mahu bertunang!

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

gambar hiasan..

Sudah tiga hari aku mimpi yang sama (alamak! mesti korang semua dah fed up nak baca kan?),iaitu mimpi tengah tunang...tengah tunang...tengah tunang...Stress juga mimpi yang sama walaupun situasinya amat meriah sekali pada waktu tu,Dengan warna baju yang sama,tangan yang berinai.Namun bagi aku tak meriah pun dalam mimpi tuh.

Kadang-kadang sehari tu mimpinya bersambung-sambung,Macam berepisod-episod pula.(kantoi kuat tidur).Lagi peliknya bila watak yang pergi merisik aku tuh orang yang sama.Ah!!!!! Tak da orang lain ke wahai mimpi?.Nak juga rasa di risik oleh tiz zaqiah ke,fazura ke,diana danielle ker...bienda pun layan gak...hehe.(nonsense!).

Actually watak si dia dalam mimipi tu,Memang aku kenal sangat!.Seorang yang baik dan semua parent aku juga turut sukakanya,lebih-lebih lagi pada bondaku.Namun menurutku,gadis itu tidak pantas untukku miliki.Banyak perkara yang aku harus selesaikan dahulu sebelum menjadi imam pada si gadis yang empunya quraan dalam hati ini.Lebih-lebih lagi mengenai soal hati dan perasaanku yang masih kuat pada yang baru pergi.

Kata putus aku setelah sedar dari mimpi stress itu.Aku cuba melaung sekuat-kuatnya"alhamdulillahil lazi ah yana bakda ma amata wa illaihi nusyurr!!".Alhadmulillah semua itu hanya mimpi,Jika benar mungkin aku terpaksa menerima dan malangnya gadis itu.

Oh memang aku tak mahu bertunang,Walaupun tiada gadis yang cuba untuk trick aku dalam kehidupan realiti ini.hehehe

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:38 pm.Abdeen House,Egypt.

Monday, May 23, 2011

Pernahkah kau merasainya

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Air mata ini tidak dapat di bendung lagi bila melihat ciuman kasih yang diberi oleh para waris kepada mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di hulu langat di laman akhbar metro tadi."jadi! maka jadilah"Kalam itu tak mengenal siapa yang bakal di tujukan asalkan mereka itu hamba allah yang maha lemah.Secebis ayat al-quraan imilah yang perlu kita tanamkan dalam-dalam di hati sanubari kita.al fatehah untuk mereka-mereka yang di pilih untuk menghadap ilahi dengan cara yang sedemikian rupa.Kasihan mereka.

Meskipun aku sendiri lemah dalam menerima atau menghadapi sebuah pemergian yang tiada kembali,Namun aku cuba untuk sedaya upaya bersifat akur atas kehendaknya.Alhamdulillah atas kekuatan yang tak seberapa ini.

Bila bercerita soal mati,Sudah tentu disana ada sebuah tangisan,dan sedikit senyuman tabah.Kenapa sedikit sahaja senyuman tabah itu?Tepuk dada tanya iman.Bila soalan itu di tujukan pada aku,mungkin aku akan tertunduk malu akan kelemahan iman di dalam dada.Ampunilah dosa hambamu ini ya robb..

Sesungguhnya manusia itu amat lemah dan amat memerlukan antara satu sama lain.Jika hari ini kita kuat,Itu kerana ada disampingnya seorang yang cuba membantu.Jika hari esok kita lemah,Itu kerana orang itu sudah tiada di sisi.Begitulah hakikat kehidupan.Amat memerlukan insan di sekelilingnya..Ayah,Ibu,Adik beradik,Sanak saudara,Kawan-kawan.Guru-guru,Jiran tetangga,dan orang awam yang lain.Nah,Tiada siapa yang mampu untuk hidup bersendirian.

Namun..

Ada sekumpulan kecil yang mampu hidup bersendirian tanpa mengharap pertolongan orang melainkan sang penciptanya.Segala-galanya di hambarkan terus kepada ilahi.Bertapa kuat imanya,kepercayaanya pada taqdir yang tiada mustahil bagi sang pencipta dan Kesanggupanya menanti janji yang begitu luar biasa terhadap apa yang tertulis di kitab suci itu.

Pernahkah kau merasainya wahai teman?.ohh tuhan,Hari ini aku belajar lagi tentang taqdirMu.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

03:01 pm.Abdeen House,Egypt.

Sunday, May 22, 2011

Bola bulu ayam

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Bangun lemah setelah menelaah kitab bahas fiqh as syafie di kamar usang milik senior SMAKJ.

Aku cuba keluarkan diri di ruang balakon sebentar je tadi.Seoalah-olah nampak seperti ingin ambik angin petang di kota fustat.Tapi niat aku hanya satu.Hanya ingin merasa damainya kota barakah ini.Ternyata amat cun sekali!Namun tak sesuai pula untuk berbalas bola bulu ayam dengan cik nordin kanan (badminton game).aahhh!!

stress gedik..

Mungkin taqdir petang ini aku perlu membaca blog cik fida aisyah dan cik arif syah kot.Sangat gemar dengan mereka berdua.(cemburu kot aku ni).hehe.Tergelak sorang-sorang agankya si kacak arif tu.Jaga cik fida elok-elok ye?.=)

Alamak!Tetiba teringat ustazah cantik ni,Oh Cik nadia shafie,Usah senyum hampeh ye.Nanti ganjaranya amat malang.Hehehe.(seorang blogger yang amat cemburu bila aku cuba bercerita tentang cik fida dan cik arif).Doakanlah kawan-kawan yer.LOLZ.

P/S:Adakalanya bersendirian itu amat membahagiakan anak bongsu dari 12 adik beradik ini.Maaf jika ada yang feel sick on my statment."Seet me free.Free for my life" bak kata Ateng sepupuku..hehehe.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:34 pm.Abdeen House,Egypt.

Friday, May 20, 2011

Kau tak ubah seperti mimpi ngeri

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Hari demi hari ..
Aku menantinya disisi..
Menanti kalamnya ukhrawi..
Menanti kalamnya duniawi..

Tak ku duga rasa ini..
Semakin banyak menelan hari..
Tanpa menyusahkan hati..
Tanpa menganggu imani..
Ku rela ia selalu dihati..

Perlukah aku tamatkan semua ini..
Atau,
Ku biarkan saja sampai mati..
Ketahuilah ya ashabi..
Anganku hanya pada satu ini..
Moga dapat bersatu di negara abadi..

Terimalah bingkisan kecil ini..
Wahai pemilik hati yang murni..
Sekadar ole-ole doa mahabbati..
Agar kau tak keseorangan di alam thani..

Oh kasih..
Kau tak ubah seperti mimpi ngeri..



Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:50 pm.Abdeen House,Egypt.

Wednesday, May 18, 2011

Will u marry me?

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).



Cantik kan awek aku kalau dia pakai tudung.. :D

EC : Aku single.. Takdak awek dan memang taknak ada awek pun.. Aku nak isteri..
Tiz Tiz Tiz... Will u marry me? :D

P/S:Hallamak!! Tiz tak pakai spek la pulok.Adehhh...=P

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:50 pm.Abdeen House,Egypt.

Sunday, May 15, 2011

Sempurna 3 purnama

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

AKU "Mum..tolong aku"

MUMTAZ "ok..aku cuba i'allah"

Setengah jam selepas itu aku mendapat emel darinya aku...Dan ini la hasilnya.Dan aku lampirkan disini.TQ so much mum!!

Tak sedar aku, dah 3 bulan berlalu…gelak tawa, senda gurau, nasihat, kata-kata, bebelan, cerita, segala-galanyalah…daripada KAU masih terpahat kemas dalam memori aku…masa kat sekolah dulu, KAU pernah cakap ‘kita sama-sama baling topi konvo nanti ea..’ kita sama-sama janji nak pegang ijazah satu hari nanti…tapi KAU biarkan aku sorang-sorang membalingnya…banyak lagi janji yang kita sama-sama buat…tapi, sampai hati KAU, tinggalkan aku…tapi aku tahu, itu bukanlah kehendak KAU …itu semua kehendakNya…yang kita tak mampu dan tak layak langsung nak menolak… tapi aku tetap bersyukur kerana beberapa hari sebelum KAU tinggalkan dunia fana ini…aku diberi peluang untuk berbual dengan KAU walau seketika…seketika tu sangat bermakana dalam hidup aku…sebab seketika tula terubat rindu aku kat KAU…tak menyangka kata-kata KAU ‘kalau esok aku da takde, kau jangan sedih tau’ , yang aku anggap satu gurauan…sememangnya benar…dunia ni gelap serta merta…dah takda tempat untuk aku menumpang kasih dan masalah…hilang sorang sahabat aku yang paling cool dalam dunia… KAU sorang je yang mampu buat aku tersenyum waktu aku tengah melalak or sedih tahap maut…thanks for lending your ‘shoulder’ when I need it… even ramai yang sayang KAU kat dunia ni…tp Allah lebih sayangkan KAU … terlalu muda untuk KAU pergi menghadapNya…tapi aku tau, KAU pasti sudah bersedia dan pasti ada hikmah disebalik segala-galanya...selain 7 keajaiban dunia yang kita semua tahu…ade yg ke-8…iaitu KAU …sebab KAU diberi peluang olehNya untuk berubah…Alhamdulillah, salah satu doa aku dimakbulkanNya…thanks God again… KAU….ezzisidra atteya fakhrurazi khudri…moga rohmu dicucuri rahmatNya…moga rohmu tergolong dalam golongan wanita-wanita yang solehah…al-fatehah…Streak by MUMTAZ BINTI BOHARI.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:33 pm.Abdeen House,Egypt.


Friday, May 13, 2011

Dia Memukau via adifstory


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Selesai aku menghadap ilahi tika waktu magrib tadi.Tiba-tiba aku kaki aku tersila kemas sambil mata ini tak berkelip merenung kata-kata yang penuh kesederhanaan antara kesinambungan agama dan kehidupan seharian yang dia lalui.Sungguh tersusun ayat-ayat ketabahanya.

oh tidak...Mungkin aku perlu mengakui suatu perasaan kecil ini.Namun
kenapa aku perlu takut untuk menyatakanya bukan?.Kerana hati itu milik diri.Dan tiada siapa boleh menghalang perasaan ini.Itulah cintaku pada bait-bait santainya dan sangat menarik minatku untuk menghayatinya sehingga tak sedar yang kakiku kian sejuk dan kebas dek tiada bahan alas yang mampu untukku alasi punggungku melainkan tikar getah yang tanpak baru sentiasa namun sudah berusia hayatnya.

Ingin aku lampirkan sedikit tentang latar belakangnya.(mohon maaf cik adifstory jika maklumat ini tidak tepat)

Blogger yang mungkin berdarah orang putih inilah,yang telah buatku semangat untuk terus bersabar dalam hidup.Sedikit yang ku kenal tentang dirinya adalah:(setelah meng'usha selama 2 jam yang lalu),umurnya mungkin ke 23 tahun (sebaya la gamaknya),seorang gadis,seorang anak tunggal yang kini tinggal dengan ibunya dengan penuh kasih dan sayang,dan seorang yang sudah bertunang (moga sampai ke jinjang pelamin hendaknya).Dia lebih gemar di gelar single but not available and hehe..so new words for me,Malah dia juga ada menulis bahawa "walaupun kamu semua sudah punya pacaran sendiri namun belum bernikah itu juga dinamakan single".hehe.Ada betulnya bukan?.


Setiap kali aku ingin membaca entri-entri barunya,Aku akan berhenti di luar pintu blognya dan aku akan niatkan dalam hati ini "lihatlah kata-katanya bukan siapa yang berkata".Rasanya,anda di luar sana akan bersetuju dengan kata-kata hikmah yang masyhur ini bukan?.Namun setelah meningalkan pintu blognya.Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar,dia dapat menutup sempurna auratnya nanti.Ameen..


Dialah kawan blogger baruku " GADIS KANSER " (maafkan saya...jika kamu tidak menyukai gelaran itu,Namun saya sangat terharu dengan kesabaran anda melawan penyakitmu ini..harap kamu cepat sembuh)Amen.

oh ya allah..aku mula teringatkan si dia disana.al fateha untuk awak atteya.

Terima kasih tuan punya blogger adifstory!!!! (macamlah dia baca entry kosong aku
nih..huhh!!)

P/S:

Dah-dah..g study sana!!



pic from adifstory site
Mumtaz!!..kau kenal tak wajah adik comel ini mirip siapa? oh so :(


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:15 pm.Abdeen House,Egypt.

Thursday, May 12, 2011

Berniaga Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Tolong ingatkan pada ahli keluarga kita jika ada di kalangan mereka yang bergelar peniaga.

Jom kita saksikan sebentar.


Kebetulan pula esok hari jumaat.So mari kita saksikan.Adakah masih ada dan ramai lagi peniaga dan pembeli ketika khatib sedang membaca khutbah.

"inna zikra tan'fa ul lil mukminin" (by remembering is a good for the mu'min)

wallahu a'lam.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:33 am.Abdeen House,Egypt.

Tuesday, May 10, 2011

Sampaikan salam

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Actually tak da cerita menarik untuk post kali ini,Cumanya aku nak sampaikan sedikit amanah mama aku kat korang...Dan sebenarnya..mama aku dah kembali pulih seperti sedia kala.,.ALAHMDULILLAH.So Beliau pesan..."SAMPAIKAN SALAM MAMA KAT KAWAN-KAWAN YE".

Dia cakap camtu coz aku beritahu dia yang masa dia sakit aritu,aku cuba minta doa dari kawan-kawan.Mybe dengan itu mama cepat sembuh...Syukur tuhan kabulkan doa-doa yang ikhlas dari korang di luar sana...

Apa-apa pun...TERIMA KASIH ye teman-teman.Aku tak tahu nak balas apa.Cuma mampu cakap.Aku sayang korang lebih la..hehe..(step gedik dah bermula daaa)..


TODAY'S

Aku melayan habis episod rancangan realiti tv yang tengah hangat di malaysia kini.(imam muda 2).Memang tip top diorang punya cabaran.Dalam masa yang sama...banyak benda baru yang aku dapat pelajari dari rancangan ini,dan banyak ikhtibar yang boleh di ambil.

Aku juga dah mula pandai berjinak-jinak dengan radio singapore (RIA FM).Adalah sorang rakan blogger ni yang berasal dari singapore...cuba mencabar aku untuk melayan siaran MISTERI JAMA 12.Actually aku dah layan..dan the result is...seronok+seram+lawak...semua ada..hehe..terima kasih ya ustazah yana...if nak beat apa-apa..i'll be accept it...=)

P/S

Telah berkata imam ali ibni abi tholib:"Menunaikan amanah adalah kunci rezeki"

Mohon maaf jika aku memprivatekan account facebook aku buat sementara waktu ini.(exam mood)

Mohon doakan aku untuk terus bersemangat dalam mengulangkaji pelajaran ye kawan-kawan.TQ.

LAST!!

Aku kol mama td dalam kul 1 suku pagi waktu mesir..so skang kul 2 setengah pagi.mata pun dah ngantuk sangat...Subuh nanti tolong kejutkan ye my ehem-ehem..............hehehe.....my clock la!!!!...wassalam.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:37 am.Abdeen House,Egypt.

Sunday, May 8, 2011

Tiap hari sayang mama

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



mafhum Hadis
Dari Abu Hurairah beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali? Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, Kemudian siapa lagi?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, Kemudian siapa lagi? Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali,Kemudian siapa lagi, Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”


mama..
tiada ungkapan yang mampu acik gambarkan pd saat ini

mama..
bersyukur dan amat bersyukur acik punyai 'ratu' seakanmu

mama..
ack janji..acik janji akan cuba beri yg terbaik untuk mama,papa keluarga juga semua semampu acik

mama..
doakan acik yer

sungguh,pergorbanan mu tidak kan mampu acik balas..MAMA ;(

ya Allah ya Rabbi pelihara mama ku,berikan dia kesihatan kekuatan kemudahan kebaikan dunia akhirat.amiin..amiin

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:25 pm.Abdeen House,Egypt.

Friday, May 6, 2011

Kaulah satu-satunya

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Kedengaran suara mama di hujung corong handphoneKu.
Suaranya membuatkanKu gusar serta merta..

Bila di tanya..
Ternyata telah 10 hari dia mengerang kesiksaan..

ubat?pergi mengurut?rehat?makan?tidur?masak?kebun?

Semua ku tanya..

Mama kata "sejak 10 hari lalu,papa belikan lauk siap di pekan kg jawa"

"5 kali keluar masuk hospital"

Apa makna semua ni mama?

"Mama tak larat la mie"

Aku seakan-akan ingin membeli tiket kapal terbang sekarang jugak rasanya!!!

Ya Robb!!..addiha sehhah wal afiah !!

Mama:"Doakan mama semoga sempat jumpa acik nanti"

Aku:"Mama!!!..jangan cakap seperti itu.."

Ya Allah....lagi dua bulan Ya Allah...(Menghitung waktu yang berbaki untuk menjenguk sang penyeri jiwa)

Dialog berakhir secara mendadak...kerana....

Kehadiran papa yang dari mesjid telah datang mengambil mama untuk di bawa pulang ke rumah (mama gemar ber'magrib dan ber'isyak di rumah kakak sebab ingin bertemu dengan cucu-cucunya yang tersayang).

Dialog bersambung kembali dengan kakak sulung...

"Kau jangan risau..kat sini ada orang jaga mama.Kau teruskan kosentrasi untuk ulangkaji tu.."

(kakak memang memahami aku sejak kecil lagi...dia tahu aku memang lemah dengan berita yang ada kaitanya dengan mama)

Mana boleh!!..(aku membentak dalam hati)

Aku terdiam...

Diamku.....cepat dihidu oleh kakak...

Pujukan berlaku...

Aku menangis...

Mama....

Ya allah...

Allahuma yasfi marodho ha....=(


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:27 pm.Abdeen House,Egypt.

Ingatlah mati

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. Anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


P/S:

EVERYDAY i PRAY FOR u TEYA =(

N

EVERYDAY i PRAY FOR u ALL FRIEND =)


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:47 am.Abdeen House,Egypt.

Thursday, May 5, 2011

Siti bufday

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Di tujukan khas buat insan yang bernama SITI HAJAR BTE OMAR.Hanya dengan cara ini yang mampuKU tujukan buatMU yang jauh disana.

(seorang teman rapat aku ketika di bangku sekolah menengah al-attas ketika mengambil STAM)

SEORANG YANG:

cergas
otak bergeliga
idea yang berlambak
mudah berbincang
happy go lucky
punyai wajah yang menawan
amanah
bertangung jawab
rajin
daya sangkaan yang amat kuat
selalu di usik oleh ustad arab (ada iras2 arab kot)
suka tidur dalam kelas (opsss)
emosianal yang tinggi (letih mak)
gemar menangis (hohoho)

*sory..habis semua saya ek'rob awak..hehe...

SERIOUS PART

Janji manusia..
Janjinya tinggal janji...
janji ilahi..
Janjinya pasti akan terjadi.


You'll never be alone

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqara: 186)

SANAH HELWA YA GAMILAH!! =) (selamat ulang tahun wahai gadis yang cantik)

Di doakan semoga segala impianMU tercapai hendaknya.
Di doakan semoga kehidupanMU lebih bererti pada diri dan family.
Di doakan semoga mendapat suami yang soleh dan anak-anak yang soleh/solehah..ameen.

Allahumar zukki qolban khosyi'ah wa qolban salimah..



Cuti raya ni...ajak hafiz g secret recipes sekali ok! (kata-kata minta belanja)



Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:25 Am.Abdeen House,Egypt.

Tuesday, May 3, 2011

Remangan bulu tengkukKU

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Sebuah lagi video ilmiah yang ingin aku kogsikan bersama kalian semua.Tika ini bulu tengkuk tegak berdiri....mataku tak dapat lagi nak menampung air mata syahdu dan kekesalan diri yang aku amati.Marilah teman-teman bloggerku semua.Lapangkan masamu hanya tidak lebih kurang 13 minit untuk merasai beningnya hati seorang muslimah al hafizah (hafal quraan) yang mendapat berjumpa dengan rasuluallah dalam mimpinya.



P/S

Sampaikan pesananku walau satu ayat!!.

Ingatkan daku yang sering lupa dengan nikmatnya.

Teringinya punyai anak-anak yang hafiz dan hafizah,apa lagi si isteri yang hafizah (oh..cukup-cukup la untuk berangan)

Kawan-kawan aku yang tengah exam sekarang ni di malaysia...jawab betul-betul k..aku di sini selalu mendoakan kalian...robbuna yunajihakum!!

Buat kawan-kawan yang sedang mencari kerja setelah tamat sem yang di laluinya itu...Cari la sehabis daya..Sesunguhnya allah telah menetapkan rezeki masing-masing sebelum datangnya ajal kamu.Robbuna wassakk rezkikum!!allahuma amenn..


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:40 Am.Abdeen House,Egypt.
Related Posts with Thumbnails