Sunday, April 26, 2009

bestnye benda ni


ha best ape ni?? best la kerana berpeluang menghafal kalimat-kalimat bahasa arab ni lah...pada siapa yang menghafalnya..i'allah mudah padanya untuk bergaul dengan org arab mahupun kawan-kawannya yang melazimi berbicara dengan bahas arab..ingatlah bahasa arab adalah bahasa quraan,maka disitu kita telah menghidupkan bahasa-bahasa quraan..maka besarlah faedahnya dan ganjaranya..begitu juga bahasa arab adalah bahasa thobiah yang rasulullah tuturkan pada siang dan malamnya..maka kata ulama' siapa yang bertutur dengan bahasa arab..ia menandakan ia ada pertalian dengan rasulullah melalui bertutur dalam bahasa arab...beruntung la ia..begitu juga bahasa arab adalah bahasa perbualan ketika di syurga...masya allah...mulianya bahasa arab ini,apabila allah memperkenankan ianya berada di dalam syurga,yang mana dituturkan oleh para manusia yang bertaqwa kepada alllah..subhanallah...akhir sekali ingin dinasihati untuk anda dan saya sendiri... niatkanlah diri ingin mempelajari ilmu bahasa arab demi mencapai salah satu pertalian atau hubungan terhadap rasuluallah....dalam quraan menyebut bahawasnya"barangsiapa yang cintakan allah.maka cintailah aku (rasuluallah) maka nescaya aku (allah) cinta akan kamu". kepada anda yang tiada berkesempatan untuk mendalaminya..niat la sebagaimana yang saya katakan td..i'allah manfaat untuk kikta semuanya amin... wa allahu a'alam..



الكَلِمَاتُ المُتَدَاوَلَةُ بَيْنَ الطُّلاَبِ


غَيْرُ مَوْجُوْدٍ\لاَ يُوْجَدُ\مَا هُوْ مَوْجُوْدٌ Tidak ada

الدَّفْتَرُ ضَاعَ Buku tulis telah hilang

لَمْ يَأْتِ\لَمَّا يَأْتِيْ Tidak datang\belum datang

مَا حَضَرَ هُوَ يا أستاذ! Dia tidak datang ustaz!

تَأَخَّرَ هُوَ يا أستاذ! Dia lambat ustaz!

مَا عِنْدِيْ مَرَضٌ Ana tidak ada sakit

مَا شِيْ إِشْكَالٌ Tidak ada masalah

أَيُّ شَيْئٍ! Apa-apa sahaja sajalah

الحَوْضُ مَلْئَانٌ Air itu penuh

الفَصْلُ فَاضِيْ Kelas itu kosong

المَسْجِدُ هَادِئٌ Masjid itu tenang tidak bising

الفُلُوْسُ نَاقِصٌ Duit tidak cukup

الشَّوَارِعُ مُكَسَّرَةٌ Jalan pecah-pecah\rosak

الكَهْرَبَاءُ مَقْطُوْعٌ Elektrik terpadam

المَاءُ مَقْطُوْعٌ Bekalan air terputus

الصَّلاَةُ فِيْ أَوَّلِ وَقْتٍ Solat diawal waktu

المَطَرُ ناَزِلٌ Hujan turun

الطَّرِيْقُ زَحْمَةٌ Jalan jem\sesak

المَطْعَمُ مَقْفُوْلٌ/مُغْلَقٌ Kantin\restoran tutup

الرَّائِحَةُ مُنْتِنَةٌ\كَرِيْهَةٌ Bau busuk

المَجَارِيُ مَسْدُوْدَةٌ Longkang tersumbat

الخَرْطُوْمُ مَخْرُوْمٌ Getah paip itu bocor

الشِّبْشِيْ مُكَمْكِمٌ Keropok itu sudah lemau

المَاءُ مُكَدَّرٌ Air itu keroh

الطَّعَامُ حَامِضٌ\مَرْكُوْنٌ Makanan itu basi

الطَّعَامُ لَذِيْذٌ Makanan itu sedap

الدَّرْسُ الإِضَافِيُّ Tusyen

تَنْظِيْفٌ عَامٌّ Gotong-royong

الثَّوْبُ مَبْلُوْلٌ Baju itu basah

البَنْطَلُوْنُ نَاشِفٌ Seluar itu kering

المَشْيُ بَطِيْئٌ Jalan lambat\lembab

مُكَبِّرُالصَّوْتِ عَطْلاَنٌ Mikrofon rosak

التَّصْوِيْرُ هُناَ رَخِيْصٌ Fotostat di sini murah

أَوْرَاقُ الإِجَابَاتِ Kertas-kertras jawapan

أَناَ مُتْعَبٌ Ana terasa penat

الشَّايُ سَاخِنٌ Teh ini panas

القَهْوَةُ باَرِدَةٌ Kopi ini sejuk

إِنْتَظِرْنِيْ هُنَا Tunggu ana di sini

أَنَا زَعْلاَنٌ مِنْكَ جِدًّا! Ana betul-betul marah dengan ente

الأُسْتَاذُ يَدْعُوْكَ الآنَ! Ustaz panggil ente sekarang

إِنْزِلْ تَحْت! Turun ke bawah

Friday, April 24, 2009

Antara sosej-aiskrimgoreng-exam.

Semangat+seronok+penat+pening+takut+gementar+harapan+sedih+pilu+sebak+ dan macam-macam lagi perasaan yang aku alami untuk beberapa hari yang lepas...

pertamanya tentang sosej el-barakah aku........kini semakin hangat dan hanggit dibibir dan perut org mengatakan sosej el-barakah aku sangat sedap...hihi alhamdulillah sedap padahal aku main campak je time masak tu..tp adalah aku letak perencah rahsia..hihi..seronok berniaga kat sini..tapi biar beruntung la...kalau x..baik x yah..pada mulanya aku suka-suka je letak sosej el-barakah ni kat umah selangor..tetiba kawan-kawn suh letak kat umah pahang pulak..aku pon try la..erm alhamdulilah dapat sambutan yang memberansangkan la juga..apa-apa pon aku x buat sorang-sorang...buat ngan ahli bait yang lain...tapi setakat ni aku x berapa serius sangat la nk berniaga sampai ke rumah negeri lain..sebabnya fatrah imtihan semakin tiba...so bak kata jepon..klw nak buat tu..bau-bau bacang pon jadilah..maksudnya..buat sikit pon x pe..janji bisnes berjalan ..hihi..

keduanya tentang aiskrim goreng......baru dua ari lepas..aku telah di jemput ke sebuah rumah untuk membuat secret resepi aku di hayyu sabi'..dengan tetamu yang hampir-hampir dua belas org yang hadir dalam jamuan itu..apa yang diminta dalam tempahan,aku perlu membuat sebanyak dua kali ganda untuk setiap hidangan...gawat aku di buatnyer...walaupon aku penat sangat2 time tu...aku lawankan je demi nak bahagiakan tetamu yang hadir..aku buat tanpa helper...memang penat tahap bazar asean la..walaupon aku terlepas dari menjoinkan diri pada ketika itu..tp x pe..aku reda dgn ketentuanya mungkin ada la rahsia yang allah sembunyikan dariku....lastly aku puas hatilah dapat buat yang terbaik untuk jamuan tu..diorang pon puas hati...yang mana first time makan aiskrim goreng tu..memang jakun sangat la..hihi..teruta ma moon la...jangan mara eh moon..nanti boleh belajar buat sendiri..balik dari jamuan kul 1:15 lebih kurang...naik motor ngan arwa..nasib baik naik motor,klw x penat aku nak naik tramco...

yang ketiganya tentang exam.......uishhhhh cuak aku dibuatnyer,,exam kali ni mebuatkan aku antara mati dan hidup la...paham-paham jerlah..kat sini markah dier bukan di ambil dari kedatangan kuliah mahupon assingment dan mata-mata lain untuk dimasukan dalam markah keseluruhan pekse nanti..kat sini hanya pada kertas yang aku jawab selama 3 jam tu jer...tu kat sini cabaran dier tinggi,sampai kadang-kadang lelaki yang sejati cam aku ni pon boleh menitiskan air mata bak dugaan yang melanada...hihi..tapi nangis aku bukan tanda gembeng or ciwek or kememeh or etc...tapi aku nangis tanda aku ni lemah dengan dugaan darinya...klw x dulu semasa di malaysia..mak aku boleh sabarkan aku dengan cara membisik ketelingga aku sambil mengatakan.."sabar mie..sabar sangat-sangat..tuhan nak uji tu..allah tu kan adil..allah x kan cipta satu benda yang sia-sia akhirnya..",erm terima kasih mak atas pergorbananmu selama ini..moga allah membalas segala jerih payahmu selama ini dengan syurga firdausi nan abadi..amin ya rabb...

Thursday, April 16, 2009

aku mencari kawan,tp dimana dia?

aku sedang mencari sahabat....tp x ku kelihatan dari dulu,jika ada pun.. aku x dapat tahan lama untuk merasai nikmatnyer bersahabat..arrgghh....dimana dia sekarang ni..adakah pengaruh zaman yang membuat aku buntu mencarinya..atau pengaruh lain yang yang datang secara perlahan-lahan lalu menghacurkan diri (lupa pada nikmat yang diberinya)..ataupun sifat peribadi aku sendiri yang sukar untuk mendapatkanya... ohhh...aku mula kacau...ya tuhan maha pencipta...kurniakanlah aku beribu sahabat agar dapatku menyempurnakan diri sebagai seoarang hamba yang bertaqwa..

kata-kata yang ingin dikogsi bersama-sama...

kata-kata yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sunday, April 12, 2009

bersama-sama???


lalala...Buat kali pertama semua ahli bait aku keluar membeli barang dapur di city star,sebelum ni ahli bait aku x perbah cukup..ada je alasan yg diberi..tp x mengapa,lalala..dan kali ni kami pergi bersama-sama dengan penambahan seorang lagi ahli bait baru kami iaitu..mohamkairo...lalala hihihi..(mohd salehuddin bin ibrahim)beliau merupakan mahasiswa tahun dua,dalam pengkhususan usuluddin kaherah,amik ko din aku promote ko..lalalala.berbalik pada kisah di city star...total-total harga barang yang telah dibeli adalah sebanyak le 161:83...ok la tu kot..

sebagai pembalas segala keletihan,RIDZ CAFE menjadi tempat pegisian perut kami..hihi..

ada lagi sorang ahli bait aku ni..gambar dier sedang di hiddenkan dulu atas kes panas yang berlaku sebelum ni..hahaha...lalala..

Saturday, April 11, 2009

selamat lagi

seawal jam 8 pagi...berlangsungya akad nikah kawan rapat aku dari terengganu,yg mana aku masih terkedu sampai sekarang yg dia kata dia nak kahwin..sebab sebelum ini dia x pernah citer pasal bab kahwin langsung..bila di tanya kenapa awal sangat,lalu menjawab dengan spontan dan bernas"ni semua qodo' dan qadar''..kawan baik aku ni,umur sama la ngan aku,tahun dua dalam jabatan syariah al-islamiah.zaujah dia pulak tahun 3 di jabatan yang sama di mansoura,ketika ditanya,tempat mana yang bakal didiami bersama si isteri..lalu menjawab ''hanya dibawabah talta"..oooo kata aku..dekat la dengan umah lama...hihi..ape2 pon do da best la for your family...

disamping itu,moga allah memayungi keluarga baru ini..

terjawab sudah


alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat dan kurnianya yang telah memberi aku kesihatan yang sempurna selepas aku terlantar di tiga buah hospital selama empat hari secara kasarnya,akibat dari tubuhku yang tersalah menerima makanan(keracunan makanan la :p ).pada awalnya penyakit ini memberikan tanda-tanda aku berasa keletihan dan dan kurang bermaya..dan keesokan paginya selepas solat subuhku yang aku anggarkan separuh khusuk,mulalah tekak memberi respon yang amat loya..perut bak menendang-nendang..akhirnya terkapai-kapai aku di ranjang sendiri..

hospital pertama yang aku lewati adalah hospital rabba'ah(swasta)kemudian hospital ain syams(kerajaan)kemudian hospital peribadi(katilku sendiri la).perjalanan untuk menuju ke hospital memang sungguh memualkan aku..x kira dimana sekalipon..jika ada rasa mual..ha kat situ la jadi mahhalnya(tempatnya)..dan nasib baik ada kawan manja aku..klw x ..tiang-tiang jalan tempat aku berpaut..

macam-macam ubat yang aku diberikan...banyak la juga kos yg aku kene tanggung..nk buat camna deh..nasib baik duit mak bapak aku bekalkan aku wang saku yang banyak lagi terlebih..syukur alhamdulillah.

apa-apa pon teringin sangat aku nk ucapkan jazakallah khoiran jazak pada ahli bait aku dan yang sudi bantu aku ketika aku dalam ujian yang aku tidak menjangka akan berlaku...itulah kelemahan manusia yang sangat jelas..tapi masih ada lagi riak dengan kelebihan diri sendiri..cukup la saudara-saudaraku..kadang-kadang sahaja apa yang kita perolehi bukan la semata-mata untuk kita..tetapi untuk sesama hamba allah yang lain..

syukran awie kepada:lutfi,jepon,,macha,din,alwie,faizal,fuad,dokter izairi dan kawan-kawan lain yang mendokan aku dari jauh (malaysia dan mesir) ceh...cam sakit teruk sangat je...hihih dan juga kawan-kawan yang x kenal nama tu.. hanya allah sahaja yang layak membalas jasa perngorbanan kalian..
Related Posts with Thumbnails