Friday, July 29, 2011

SEDIKIT RUANG


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...


Alhamdulillah..

Aku kaya dengan kisah buat minggu pertama percutian musim panas ini.Ingin saja setiap apa yang aku rasa mahu terus ditulis diruang ku punyai ini.

Menjadi anak yang sedia memahami setiap lintasan hati para kedua ibu bapa itu bukan mudah.Terkadang aku rasa itu sudah cukup memuaskan,namun dalam hatinya,Wallahu a'lam.Aku begitu seronok bila dapat berjumpa lagi dengan orang tuaku.Tuanya mereka masih sama seperti awal dahulu aku tinggalkan.Didoakan agar mereka di beri kesihatan yang sempurna untuk setiap hari.

Dunia kesepian aku di kota lama dulu kian terubat dengan keberadaan aku di kampung halaman.Biar pun hidup ini hanya melihat muka orang tua sahaja.Aku puas,dan aku rasa mereka berdua lagi puas!.

Subhanallah.pelbagai jenis buah-buahan aku bedal heh.Rasanya kurang dari 5 tahun aku tidak merasa musim seperti ini.kepulangan yang dahulu pun aku hanya dapat merasa hujung-hujung saja.Rezeki.Alhamdulillah.

Durian,rambutan.pulasan,mangis,cempedak,nangka,pisang lemak manis,dan biji kelapa sawit..err..(gurau).Macam-macam ada.Kakak kata"kau balik malaysia dah montel..apa lagi balik sana nanti!"Aku tahu tu ayat dengki.Malas layan!.

Tika menaip ini,duduk ku jarang kekal untuk ke sampai ke 5 minit.Pasti ada saja emak menginginkan bantuan dari aku.Aku tiada kesah dengan semua itu.Biar pun mood menulis naik turun,Mesej di facebook dan di talifon bimbit tidak di balas,Janji emak tidak kecil hati dengan aku.Maafkan aku teman jika kau terasa di abai.Inilah sebab aku.

Buat teman-teman di mesir,Nasib korang memang baik.kerana tulisan entri aku kali ini tidak mengeluarkan bau durian yang amat mengiurkan.heh.Maklish ya beyy!!

Tidak mampu untuk menceritakan segalanya disini.Tahap merenung dalam menulis amat sedikit terganggu dengan keberadaan budak comel si aisyah umaira.Semoga bersua kembali hendaknya.Assalamualaikum..

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:38am.Teratak kumasi murni,Johor bahru.

Thursday, July 21, 2011

SEGELAS COFFEE LATTE


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan..

Duduk elok di kerusi costa coffee bersama seorang sahabat di BAI (Bahrain International Airport).Meleset sungguh sangkaan dihati.Bahrain kian maju!!Tidak seperti 4 tahun lepas aku singgah sementara disini sebelum menuju ke bandar lama Kaherah,Mesir.

7 jam itu sangat lama bila di tunggu tapi tidak pula jika di nikmati dengan beberapa helaian novel inglish atau melayu,kitab rujukan kuliah,Majalah hiburan dan lain-lain lagi.Itulah yang aku lihat di depan mata aku sekarang.Mahasiswa takkan membuang waktu mereka dengan sia-sia!

Aku jadi kagum sangat!,Adakalanya malu sendiri dengan budaya ini.Sejuk perut ibu mengandung bila melihat sendiri suasana yang aku rasa ini..Perjalanan pulang yang amat aku khuatiri ini seakan-akan hilang rasa gusarnya bila melihat semua ini.Mungkin dibantu oleh doa emak itu sendiri membantu semua ini.Alhamdulillah.

Kali ini kurma yang biasa aku bawa pulang untuk para tetamu dan sanak saudara yang datang,Telah aku gantikan dengan buah anggur yang begitu ranum sekali.Moga mak tak marah aku jika aku buat semua ini.Bukan apa.Kurma di mesir lebih kuran sama sahaja dengan kurma-kurma yang ada di malaysia.Lagi pula tekak melayu yang bukan kebiasaanya selari dengan buah kurma.Lain pula ceritanya jika buah durian sengaja di gandingkan dengan buah kurma.Pasti tekak melayu menolak sekeras-kerasnya pada buah kurma.heh..Namun buah kurma itulah buah yang paling diminati oleh Rasuluallah S.A.W.

Saat ini teman serumah baru aku (Mr.Taufiq),Sedang enak melayan kitab rujukan kuliah "TUHFATUL SANNIAH".Kitab yang ke arus jurusan sastera bahasa arab.Kencang habis kau beb!.Aku pula sedang terpinga-pinga mencari buku yang aku bawa.Rupa-rupanya aku telah kargokan semua kitab itu.Argh!!.Kesudahanya aku hanya melayan cerita tahajud cinta episod kedua.(Dengar-dengar ramai orang boikot cerita ini)

Buat teman saya di mesir.Manfaatkan waktu pada musim cuti ini.Biarpun angin panas sentiasa singgah di pipi dan hati,Namun dari situ kita akan di ajar agar menghargai dan membalas jasa orang tua kita.Buat aku di tanah air.Jangan duk termenung tanpa arah.Rebuti peluang keredhaan dalam berbakti terhadap orang tua kau!.Anyway wish me safe at my this journey.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:00 pm.Costa Coffee,Bahrain International Airport.

Saturday, July 16, 2011

AKU AKURI DIA


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...

Aku jadi bimbang bila tidak dapat melihat suasana ini lagi.Suasana selepas hujan yang amat mendamaikan hati.Kepulanganku hanya untukmu ibu!Tiada yang dapat aku lawani melainkan kata-kata orang tua itu.Lewat malam ini,Aku cuba kuat untuk menyebut nama ibu demi melawan perasaan bimbang yang aku tidak ingini sama sekali.

Mesir,Kau buatku tersenyum sejak aku mendapat surat tawaran menyambung pelajaran di tempatmu.Lebih tersenyum bila aku dapat rasai sedikit pengetahuan dari dada para alim ulama'mu disini.

Aku begitu berat untuk melangkah pulang untuk kali ini berbanding 2 tahun lepas.Kotak fikiran aku jadi kacau.Selawat saja aku jadikan lawanya.Ibu! jika kau mengerti ayatku ini.Pasti kau sedar betapa rumitnya di ruang mindaku hari ini.Namun demi ibu yang satu,Aku korbankan rasa gusar ini demi rindumu terhadap anak kerakmu yang sentiasa mendoakan dan mengingatimu selalu.

Malaysia,Pendirianku masih belum kukuh untuk berdiri lama ditempatmu.Bukan lupa diri,Tapi itulah kenyataan yang harus aku hadapi.Kesian kau wahai diri,kesian lagi orang yang sangup menanti diri ini.Maafkan aku.

Sesekali ingin aku menjerit kalimah ini "Tak nak balik!"Maafkan aku emak.Aku terpaksa jujur namun aku tetap akur dengan kehendakmu.Ya allah..Mulutku begitu redha,kau redhakanlah juga hatiku ini.Kawan doakan aku...

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:15 am.Abdeen House,Egypt.

Friday, July 15, 2011

DIA SEMULA JADI


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan...


Hati dan perasaan adalah sama.sekadar perbezaan antara dua nama,namun kuasanya tetap satu.Hati,sesuatu yang kita boleh lihat dengan mata kasar,Tapi lain pula dengan perasaan yang hanya boleh dirasa melalui mata halus,mata sanubari yang aku maksudkan.

Sedang melayari kehidupan yang penuh ranjau ini.Manusia seringkali terkuncandang pada suatu sifat yang semula jadinya ada pada diri setiap insan.Dia melihat kau pada sesuatu yang tidak dimilikinya.Dan kau melihat padanya sesuatu yang tidak kau miliki.

Dari kesinambungan antara dua pandangan inilah akan tercetusnya suatu sifat yang aku maksudkan ini.Itulah C.E.M.B.U.R.U.Ya cemburu.Sebelum itu aku cuba mengambil inisiatif lain untuk tidak bertindak menghukum secara berat sebelah.Kerana aku tahu,dan cuba untuk mengetahui yang sesuatu perkara itu pasti ada baik buruknya.Setuju?

Sifat cemburu itu sungguh mulia bagi aku.Jika ia betul-betul kita niatkan agar ada perubahan yang baik terhadap diri kita sendiri.Misalnya,cemburu melihat seseorang yang sudah berkahwin pada usia muda.Sedangkan kita juga boleh seperti dia.Baiklah,Apa yang kita harus sedar agar ia menjadi cemburu yang mendatangkan kebaikan keatas kita?

Pertama,seharusnya kita cepat-cepat kembali kepada fitrah manusia itu sendiri.Kita sebagai hamba ada tuhan,ada pencipta,ada yang memerhati,ada yang maha berkuasa.Bukankah allah mendatangkan kepada kita sesuatu ujian itu mengikut kemampuan diri masing-masing?.Ya aku tahu terkadang ujian itu buat kita rasa ingin menangis bukan!Kerana itu juga allah tahu kau seorang yang mampu.Dalam erti kata lain.Kau seorang yang kuat!.Menangis tidak melambang seorang yang lemah menurutku!.Menangis adalah suatu kuasa luahan yang sangat suci.

Kedua,seharusnya juga kita perlu tahu bahawa adakah sesuai sifat kecemburuan itu dengan kondinasi kita sekarang.Guru aku dulu pernah berpesan"Lihatlah apa yang awak perlu dengan kedudukan yang awak berada sekarang"Dan aku tahu,Apa yang aku perlu waktu itu adalah cuba untuk mengaut seberapa banyak ilmu.Bukan mengejar kepada pekara yang lain,Seperti memiliki kereta misalnya.

JIWA-JIWA

Cemburu dengan adanya seseorang dalam hidup orang yang kita minati itu tidak wajar.(yang kita minati harap maklum).Ini kerana ia boleh membuatkan hati kita tertekan dan terasa sempitnya hidup yang luas ini.Damaikanlah hati kalian.Usahlah bersangka yang tidak baik terhadapnya.Kerana itu adalah mainan syaitan yang cuba untuk melalaikan hati dan nurani kita dari bersifat redha dengan ketentuan tuhan.Bersifat sangka buruk itu terkenal dengan sirosis hati,kehancuran hati itu dari sifat mahmudah.

Seperti mana yang kita ketahui,ramai di antara dokter-dokter cinta islam menggalakan bahawa,Jika kau meminati seseorang.Cukuplah simpan perasaan itu dalam hatimu.Ini kerana ia lebih selamat berbanding kau luahkan.Takut-takut kau memakan diri sendiri.Semaikanlah perasaan kau dan si dia dengan benih kesinambungan yang erat pada sang pencipta,agar kau terasa cintamu punyai tali penyelamat dunia dan akhirat.Maka pada allah jualah sebaik-baik kau sandarkan sesuatu.Wa allahu'lam.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:50 am.Abdeen House,Egypt.

Thursday, July 14, 2011

RUNNING AGAIN !

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


sekadar hiasan...


Kami terus mengorak langkah lagi pada pagi ini bersamaan 12 sya'ban 1432.Sedikit kekecewaan melanda di hati kami semua apabila seorang rakan kami tidak dapat turun serta dalam larian ini.Qusyai,diharapkan kau cepat sembuh.Dah nak dekat dah tarikh perkahwinan kau tu.Badan perlu sehat kuat tahu!.heh.

Kali ini hero ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiah) pun turut serta dalam larian ini.Katanya tetiba teruja ingin mengikuti sekali larian kami disini setelah membaca entri yang lepas ini.Sebut saja nama faiz esa di kota cairo ini.Pasti semua orang kenal!Seorang pelajar kuliah syariah tahun 4,seorang broker tiket kapal terbang,seorang yang over aktif dalam segala sukan yang di sertai.

Terima kasih pada uncle putera dan uncle aizuddin kerana anda main short cut dalam larian tadi.Anda gagal!Nasib baik aku lari sebelah hero ARMA,kalau tidak mungkin aku akan turut bersama-sama dengan yang gagal tadi.heh.

Ok,aku terima alasan korang yang hari ini lebih 1 km dari yang kelmarin 4 km.cett..Apa pun tak boleh!.Teringat kat budak nakal nih!ye ye o jika ingin berbicara sesuatu.heh.

Insyallah,aku ingin kupas isu cemburu di entri akan datang.Ada seseorang yang aku dapat hidu dia sedang merasa cemburu dengan segala apa yang tulis pada entri lalu.Harap dia membaca nanti.heh.Assalamualaikum!

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

07:05 am.Abdeen House,Egypt.

Wednesday, July 13, 2011

OUR RELATIONSHIP

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Subhanallah.Terlalu penat rasa badan ini.seharian yang penuh dengan rancangan tanpa diduga buat aku lupakan segala-segalanya dengan ruangan alam maya yang dimiliki.Namun begitu aku rasa puas kerana dapat memenuhi hajat kawan aku sendiri,walapun kaki ini rasa mahu tercabut saja.

Saat ini saja aku baru saja pulang dari masjid solleh al-jaqfari di Darrosah.Bersama teman termanja pernah aku miliki,Bro ai al -cha'ahi.Kami baru saja pulang dari airport cairo,menghantar kawan lama bro ai yang memerangkap kakak sekolah lama aku suatu ketika dahulu.

Kawan aku yang juga anak pak kiyay pun kebetulan turut balik pada tarikh yang sama.Alhamdulillah dapat berjumpa lantas memohon doa darinya ketika berada dalam tempoh pemusafiran ini.


PART ONE


Pagi itu...Segaja aku dipelawa untuk semua ini.Rupanya meraka semua betul-betul mahu merealisasikan apa yang telah dirancang pada malam itu.Aku dan tiga orang rakan lain telah memulakan larian pada tepat jam pukul 4:30 pagi lagi.Betul-betul selepas selesai solat subuh di masjid.Aku yang terkedek-kedek mencari seluar trek suit di almari menjadi nevous takut-takut seluar itu tak jumpai.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Setibanya dirumah masing-masing terbongkang! maklumlah kali pertama saja dah berlari sejauh 4 km.Namun aku yang paling muda ini masih gagah dah terus menjalani perjumpaan yang kedua.Apa-apa pun best join korang,Uncle putera,Uncle qusyai dan Uncle ai.heh..


PART TWO



Tengah hari itu...Pergi membeli cenderahati di asfour crystal adalah salah satu perkara yang paling popular dikalangan pelajar-pelajar mesir ketika ingin pulang ke tanah air.Aku yang dianggap boleh menjadi pakar memilih sesuatu yang unik (perasan sendiri) telah di pelawa untuk menemani seorang rakan aku yang kuliahnya berada di zaqzig.Katanya untuk hadiah hantaran,Wow! Takut aku mahu pilihkan.heh.

Apa-apa pun semoga pilihan yang kau dah pilih tu mendatangkan kegembiraan kepada kawan kau nanti.

PART THREE



Malam itu..Teman kawan beristirehat di city star selepas habisnya peperiksaan yang telah dilaluinya.Sekadar pusing-pusing,makan-makan,borak-borak dan sedikit shopping.(kebetulah ada sale).Alhamdulillah semalam tidak ramai anak melayu turun ke sana.Jika tidak ada saja membataskan pergerakan disana.Apa-apa pun terima kasih pada kau raqib! belanja kawan minum air mahal.heh.

Duit yang tetiba susut dalam akaun bank kau itu insyallah,allah akan di gandakan lagi dengan benda yang lebih bermanfaat kelak.sabar bro sabar.(Mana la tahu bos butik ZARA mahu payung kau kasut.heh..


aku dah penat!

Seorang manusia itu seharunya berlaku adil sesama sendiri dan teman.Dan aku seorang manusia yang sedang mencuba untuk melakukan semua itu.Terkadang banyak perkara yang aku terlepas pandang demi menjaga hak sekeliling.Tapi itulah hakikat manusia.sering melakukan kesilapan dan terus akan berlaku lagi.Dan sesungguhnya hati ini tidak relevan untuk menanggung semua kesedihan yang telah di tanggungi itu.Kau kawan.Maafkan aku jika buat hatimu tersinggung.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:45 pm.Abdeen House,Egypt.

Monday, July 11, 2011

MALAM DAN NEIL

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sedang berehat sambil menanti seruan azan solat magrib.Kedengaran pula bunyi talifon di hujung katil sana."bro! malam nih free tak?"Habis saja bual.badan tetiba rasa malas.Baldi yang sarat dengan baju tu pun belum selesai lagi.Geleng kepala dengan jejaka gemini nih!.hehe.

Aku aminu yang digelar oleh dirinya sendiri.Nampak seperti seorang yang seni tapi aku pun tak tahu apa makna disebalik nama yang suka sangat dia gunakan tu.Asalkan dia bahagia sudah.Aku yang selalu guna nama entoycairo or bangla men apa cerita?Asal kau bahagia sudah la fahmi.(err fahmi ea...)

Aku aminu inilah yang ngada-ngada pelawa aku jalan-jalan malam tadi.Kawan lama sejak di sekolah menengah agama al-attas johor lagi.Seorang yang mudah untuk didekati atas sifat toleransi yang tinggi dimilikinya.(wah min... aku promote kau ni!)

Bermula dari rumah usang aku menuju ke sungai neil hanya memerlukan kepada 15 minit sahaja.Dengan mengunakan kudrat yang telah di anugerahkan,Alhamdulillah sampai jua disana.Ternyata ramai juga manusia menikmati angin sungai neil pada malam tadi.Sedangkan bersebelahan dengan tempat yang kami tuju,Telah berlakunya pengumpulan sejuta manusia rakyat mesir ingin menuntut hak-hak mereka yang masih tergantung.

Didoakan agar Negara Mesir cepat pulih seperti suatu ketika dahulu.Begitu juga dengan Negara Malaysia tanah tumpahnya darahku.Di doakan agar pemerintahnya dapat berlaku adil dan saksama kepada rakyatnya sendiri.Usah lupa diri dengan memekakkan telinga dari mendengar suara rakyat yang kian di abaikan.


Panorama malam di atas jembatan sungai neil


Jom naik bot meriah lagi bising tuh..



Amboi bro..gelek jangan tak gelek..heh


HUMUS!! ala-ala cendol la jika di malaysia.heh.



torbaik la aku aminu!


aku aminu sedang melayan peminat majalah SOLUSI..



mamat cover!benci mak nyahhh!


P/S:weh aku aminu...kau balik kenapa tak kejut aku tadi?Ker lepas subuh tadi kau terus kelik?risau aku cari kau satu umah nyahh.Tahu lah dah dapat speck idaman hati!.Cessss...Anyway..thank bro for ur happy planning.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

03:27 pm.Abdeen House,Egypt.

Saturday, July 9, 2011

CEPAT BERTANGGAPAN


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan...

Sebuah pertemuan yang tidak di duga itu di ibaratkan seperti dapat melihat pelangi tatkala terhentinya hujan rahmat itu.Aku percaya pada suatu perkara yang terjadi tanpa dirancang kadang kala membuahkan pengalaman yang terindah dalam hidup.Alahai jiwa-jiwanya.

Aku bukan membahaskan soal cinta atau perasaan,tapi tentang soal kehidupan yang kita semua lalui dari kecil hingga saat kini.namun dalam soal kehidupan itu sendiri pasti ada cerita cintanya sendiri bukan?.Oleh itu hiduplah dalam penuh kecintaan.pada diri.pada keluarga.pada sahabat dan pada yang maha kuasa paling penting

Ada orang suka cepat mentafsir seseorang dengan pandangan pertamanya.Bahawa dia percaya yang pandang pertama itulah segala-galanya yang ada pada diri seseorang tersebut.Apa ya yang ingin aku cuba sampaikan ini.Begini,Aku cuba kemukan suatu misal.

Aku.Aku seorang pelajar yang jalurnya menuju kepada bidang agama.Namun apakah tiada ruang untuk aku menjadi seperti seorang pelajar yang jalurnya berbeza dengan aku.Aku juga ingin menyelami perasaan seperti mereka.

Ya bakal ustaz.Siapa kata ianya boleh membekukan segala apa yang aku ingin rasakan.Aku bukan seorang yang terlalu duduk dalam satu tempat.Aku cuba melayani seseorang mengikut kebiasaanya sebelum mengikut kebiasaan aku sendiri.kerana aku kerap menangkan lawanku dahulu.

Kau lawanku.Aku cuba mampu untuk mempertahankan langkah kau dalam kehidupan yang kau ingini.Biarkan kau menang dalam satu rasa tapi alangkah baiknya jika dua rasa yang kau miliki.Hidup itu bermuamalah kawan.Kau pembaca kau takkan faham apa yang cuba sampaikan ini.Biarlah aku sahaja yang mengerti.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

03:45 pm.Abdeen House,Egypt.

Thursday, July 7, 2011

NO MORE SUGAR


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


sekadar hiasan...

Today I tried to make a recipe my sister's favorites.Apa lagi if not masak asam pedas.Previously, if I cook, no one will say "you less tasty cuisine" Everything just looked down and eat. But on this day.so complain me in an all-out.

You want to know what mistakes I made? just because there is sugar in my cooking.oh my god. so far I am ... I have made a clear mistake on my cooking.anything I was lucky.I willing to be reprimanded by a friend of the sisters greeted by my own later.heh.Anyway,i want to say thank you to ustaz putera for the humble comment.You are the best bro! heh.

Alahai lecehnya speaking guna google.Baik aku guna bahasa english aku sendiri yang agak broken ni.so..we contineu about my lucky story ok..

Rupa-rupanya jika kalian hendak masak asam pedas.Tak letak gula pun takpa.Biarkan rasa manis keluar dari tomato itu sendiri.Gotcha!!.Tak pelah.Mungkin lepas ini aku perlu cuba lagi.tempoh nak pulang ke malaysia pun lama lagi.so usah kalot malot dok?heh..

Oleh itu kawan-kawan.aku sebenarnya ingin sekali hebat dalam masakan melayu ini.Tapi emak aku tidak izinkan dan dia hanya suruh aku hebat dalam masakan western saja.(jelir lidah).dah lah abaikan!.Tapi memang betul.Aku ini memang suka masak tidak kiralah masak campak ke sampai terjatuh-jatuh then kutip balik.Janji aku suka masak.itu sebab lah yang mak aku sayang aku lebih tu.Kerana suka duduk dapur dari mengurut kaki bapak aku kat depan.hoho.

Mood hari ini agak kucar kacir sedikit.Gaya penulisan pun agak serabai lagi serabut.Maklumlah dah habis periksa.Dan terus terang aku sangat tak suka dengan penulisan yang begini.Kerana bahasa aku penuh rojak dan asmah.Salah satu untuk menarik perhatian pembaca adalah dengan mengunakan bahasa yang agak teratur tanpa mengikut nafsu pengayaan bahasa kita sendiri.so aku minta maaf sangat jika ada yang tidak suka dengan entri kali ini.Assalamualaikum..

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:32 pm.Abdeen House,Egypt.

Wednesday, July 6, 2011

ERTI MENEGUR


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan...

Ku pinta maaf atas entri yang kurang menyenangkan buat beberapa pihak.Aku rasa itu semua sudah cukup aku tapisi untuk di lampirkan ke arena yang aku miliki ini.Sungguh pun bahasa kasar yang telah aku gunakan,namun sedikit pun tidak memadai dengan apa yang aku rasa saat itu yang kian melarat di saat ini.Aku yang rasa.Akulah jua lafaznya.

Soal sakit atau tidak itu harus kau soal dahulu sebelum kau menuduh dia seorang yang boleh kau sangsi lagi tidak boleh di percayai.Aku anak yang terlalu pantang dengan sikap sedemikian.Dimana rasa hati kecil kalian.Apa semua yang kalian nampak buruk mudah untuk di campak?Ya aku tahu.Akulah anak yang kau campak itu.

Jika ada di antara kalian menganggap aku orang yang terlalu baik atau seorang yang bisa memberi cahaya pada hati yang gelap,mahupun bisa membasahi hati yang kering,Oh itu bukan aku.Aku hanya seorang penggemar memberi pemahaman tentang hidup yang aku lalui saat-saat emas ini.Meskipun aku seorang yang sedang menuntut ilmu di bumi barakah ini.Salah betul itu tidak akan dapat memisahkan kami-kami disini dengan manusia yang berada di luar sana.

Lepaskan geram itu biasa.Siapa pun akan melepaskan geram bila merasakan suatu yang tidak puas hati.Aku ini lelaki,lelaki itu ego.kau itu wanita,wanita itu emosional.Hati aku bukan tidak boleh untuk menerima teguran itu,hanya sedikit kecewa dengan apa yang kau telah lemparkan.

Aku maafkan.Jika kau menyoal dahulu sebelum kau menuduhiku bukan-bukan.Sumpah aku bukan anak yang suka menyimpan dendam.Ya aku terus bersabar.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:43 pm.Abdeen House,Egypt.

ANAK JOWO IKI WES GUYU KOK

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



ANAK JAWA INI TELAH KETAWA (The meaning from tittle)

Subhanallah.Dahlah tengaharini aku akan menghadapi peperiksaan yang terakhir.Boleh pula ada seorang akak manja ini mention'kan nama aku kat vedio ini.Dalam hati rasa sekeh-sekeh je akak ini.Tetiba teringat kat emak dan bapak di kampung.Apa la berita mereka berdua tu agaknya.

Asalnya buka laptop hanya mahu cas ipod je.Akhirnya terbuat juga entri baru pula pagi-pagi ini.Haish..ENOUGH la BANGLA! heh..Anyway,Terima kasih ya kak amie,Kau buatku tersenyum pagi-pagi ini.

Kepada seorang gadis yang selalu kononya hebat cakap jawa ini.Ada berani nyanyi lagu ini.Heh..(Makcik komeng,riko meneng wae yooo).LOL.

Baru ingat mahu kongsi dengan kalian satu laman web ini yang memuatkan segala makna perkataan-perkataan dalam bahasa jawa,Tapi web itu sudah hilang.Kemana pun aku tak tahu.I'm sory! via amir.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:09 am.Abdeen House,Egypt.

Monday, July 4, 2011

SANAH HELWA MAT

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


sifu and mat..


ice cream cake...


me and bufdayboy and razi...


Thank you pria-pria!..heh

Di doakan semoga kau panjang umur,dimurahkan rezeki dan mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini dan tahun mendatang,

Terima kasih kepada aunty maharani dan ruman yang sudi menjadi chef untuk malam tadi.Ayam masak merah dan rojak ala-ala acar korang memang best nyahh.heh.

Malam tadi juga sebagai malam bakal berpisah sementara dengan dua orang ahli rumah yang bakal pulang malaysia pada 6 dan 18 july ini.Didoakan semoga saudara fakhrurazi dan saudara qusyai selamat sampai ke tanah air.

Terima kasih sifu topect and razi zaqziq.Datang juga kau malam tadi.kepada mohd faiz isa.Dah pandai demand dah sekarang.Anyway,Wish you luck for your exams.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:00 pm.Abdeen House,Egypt.

MANGSA ITU AKU


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


sekadar hiasan...


Apa dosa aku pada kau.
Aku tak kenal kau melaikan harini.
Sia-sia aku rasa selama ini.
Kejam sungguh kau mumtaz!

Menggigil bila membaca warkah itu.
terdiam seribu bahasa dengan kenyataan kau.
Aku tak tahu pada siapa harus aku lepaskan.
kejam sungguh kau mumtaz!

Soal musuh dan kawan.
Aku tak boleh fikir lagi.
hati dan akal aku mati.
kejam sungguh kau mumtaz!

Malu ini tiada tepinya.
Tak mudah untuk aku semua ini.
Menerima dan membuang sesuka hati.
kejam sungguh kau mumtaz.

Dalam aku tanam erti sahabat.
Dalam lagi aku tanam erti kepercayaan.
Segenap ruang kau hancuri.
Kejap sungguh kau mumtaz!

Kawan-kawanku kau saja akui.
Aku tak mahu berkongsi lagi.
erti kasih suci habis kau kotori
kejam sungguh kau mumtaz!

Aku tak mahu cerita lagi.
Makin sakit bila dinyatakan.
Apa maksud dari semua ini.
Kejam sungguh kau mumtaz!

Atteya tetap atteya.
Alina juga tetap alina.
mumtaz,kau tetap mutaz.
Kejam sungguh kau mumtaz!

Oh tuhan sedang berbicara erti kesabaran.
Kau diam!Aku mahu jalan bersendirian.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:56 am.Abdeen House,Egypt.

Sunday, July 3, 2011

SEMBUNYIKANLAH

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan...


Perlukah menunjukan kecantikan yang kau miliki itu.Ya bagi naluri setiap perempuan pasti ingin kelihatan angun dan cantik sentiasa di mata manusia yang memandangnya.Sungguh pun aku bukan seorang wanita.Aku cuba untuk memahami sifat wanita yang satu ini.

Siapa kata untuk kelihatan cantik itu salah.Bahkan cantik itulah yang disukai oleh tuhan jika selari dengan syarat-syarat yang ditetapkan.Namun ramai dikalangan wanita suka menunjukan kecantikan mereka di mata lelaki secara umumnya.Sedikit untuk menyimpan kecantikan itu untuk suaminya.

Zaman sekarang,Duduk di dalam rumah saja pun sudah boleh melihat wanita-wanita cantik yang sedang memperagakan kecantikanya itu.Itulah kuasa alam maya dan kuasa dunia hiburan.

Wahai wanita dunia.Jangan ajar pada kaum lelaki dengan kecantikan yang kau miliki.Kelak kau pasti akan merana.Ajarlah mereka dengan sifat lemah lembutmu tanpa bisa kau terpedaya dengan pujukan nafsu liarnya.Agar mudah kaum adam ini untuk kau pilihi sebagai suamimu suatu hari nanti.

Kuasa wanita itu sangat hebat berbanding lelaki jika golongan wanita itu menggunakan segenap sifat semula jadinya kearah yang betul.Kau wanita,kau lebih arif tentang dirimu.Aku lelaki,aku lebih arif diriku.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:05 am.Abdeen House,Egypt.
Related Posts with Thumbnails