Thursday, December 17, 2009

salam maal hijrah

Sudah tentunya sudah lama menyepi dari mengarang mahupun membebel di laman blog aku ni..dan pastinya alasan itu adalah kerana malas yg teramat sgt..hi2..
Sempena hari yang mulia ini..iaitu maal hijrah..aku ingin memohon maaf atas segala ketelanjuran bahasa dan teguran terhadap korang...actuly my friend mahupun my friendster...aku pun dah maafkan korang semua..walaupun ada yg segan2 nk minta maaf kat aku..hi2..
Dan aku nk mngkhabarkan pada semua kengkawan mahupun genglawan..kurang lagi sebulan kawe nk pekse nih..so doakan yer..dan sekaligus aku merasmikan TAWAQUF SEMENTARA daripada new post,untuk laluan pekse yg hampir tiba..wasalamualaikum W.B.T.

Saturday, November 28, 2009

Ziarah vs Tidur

Dua tahun lalu seperti kebiasaanya pada cuti hari raya aidil adha ini..mahasiswa al-azhar kerdil seperti aku akan menziarahi kawan-kawan yang mempelawa aku untuk menghadiri ke majlis jamuan makan ke rumah mereka,sampai x cukup kaki bila ada tarikh dan dan waktu yg sama..hehe..tp pada tahun ini..tidak bagi aku..oleh kerana baru pulang bercuti di Malaysia,aku lebih berat ke arah menidurkan diri dikatil kawan aku setelah katil aku telah di duduki oleh penghuni lain..sungguh sedih buatku..huhu..walaubagaimana pun kita semua tahu bahawa ALLAH itu maha pengasih dan penyayang,makanya aku telah mendapat katil yang amat mewah dari dulu dalam beberapa hari setelah aku kehialang tempat tidurku itu...ALHAMDULILLAH..dah x mau taip panjang-panjang,nanti kawan boring plk,hehe..dengan kesempatan ini.aku nk ucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA buat keluargaku khasnya buat KEDUA IBU BAPAKU..dan kawan karibku sekalian..

Tatkala

Syukur ke hadrat ilahi yang masih memberi peluang untuk aku bernafas di buminya yang amat luas...Syukur aku telah selamat sampai pulang ke tempat pengajianku di mesir ardu kinanah...
Syukur aku telah mendapat penempatan baru setelah di BARRAH kan dari rumah negeri pahang..Syukur aku dengan kehidupan aku sekarang ini yang tidak terlalu mewah dan miskin..just sekodar je...Syukur aku terhadap doa Ibu dan Bapa yang tidak putus-putus..begitu kawan karib yang perihatin pada aku..Syukur aku di MAKTUBKAN dengan sebegini...

Wednesday, August 26, 2009

Dah Lama Kan??

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN EL MUBARAK KEPADA TEMAN-TEMAN BLOGGER SEKALIAN.....

SAYA HARAP DENGAN PELUANG MERASAI KEMANISAN DI BULAN MULIA INI DAPAT KITA MANFAATKAN DENGAN AMALAN-AMALAN YANG DI REDAI ALLAH S.W.T.....

RASANYA ITU SAHAJA YANG DAPAT SAYA SAMPAIKAN,MOGA KITA HIDUP DIREDAI DAN DIBERKATI.

Wednesday, July 29, 2009

ku kembali menemanimu

eh apasal tajuk kali ini cam jiwang2 je..hihi klw untuk awek2 iyerlah kot..tapi jika ianya sebuah ungkapan yang paling bermakna buat si ibu dari anaknya...maka amatlah terharu untuk si ibu..

aku mula bertolak ke airport cairo,terminal three pada pukul 12:40..dan aku ditemani member2 manja aku iaitu mohd alwee,bro madnor,en.hairi el-drivers,and penasihat manja pmram abee achul..haha..jgn marah eaaa...abes aku kene gam ngan pmram balik nnti kang..



tak sangak la plak boleh masuk dalam...



apa yg masuk dalam tu toi...baju aku la..hahaha...perghh rasa nk pengsan pon ada...sbb org semua kat airport tgk aku lain macam je..yerlah sebelum ni asyik pakai kopia jer klw p mana2..haha(jangan pecayakan aku)..sesekali aku dressing macamni... teringat plak aku kat sekolah al-attas dulu..sebab macam lebih kurang je pakaian aku ketika dibangku akhir sekolah..



sampai klia kul 11:30..mak bapak aku rupanya dah tunggu aku lebih dua jam dah..sian plak aku..tp nk buat camana..pesawat boing 33 456 airbush dah pecut abes dah time tu..kemudian stay umah abang aku yg baru kahwin ni..kat kajang....esok paginya aku terus dibawa pulang kerumah..dan aku sangat pelik degan pembaharuan umah bapak aku ni ha...haha...apa apa pon..janji bapak aku happy sudah...





last but not least...for information...hati dan jasadku terasa masih lagi di bumi anbi'a nun jauh disana..
and aku juga risau tentang resultku.
rabbinaj'al na minannajihien wa l fai zein

aku tersentak

sebenarnya aku nk masukan entry ni dah lama dah...sejak 5 hari yang lalu sewaktuku berada di bumi anbi'a lagi..atas berbagai aral yg telah aku lalui...makanya terlepas juga untuk menaip sebuah cerita terakhir sebelum pulang ke tanah air....cerita pertama yang ingin dikongsi bersama adalah tentang kealpaan kita berbuat dosa di muka bumi ini..bukan mahu berceramah tapi aku mahu berkongsi rasa dengan kalin semua..

dalam perjanlanan pulang dari luar...aku mula melambatkan langkahku pabila sampi di jalan hujung bawabat talta...aku mencari yang x pasti bagi aku..kupikir..sebelum balik rumah lantas merebahkan nyawaku..ada baiknya aku tgk email or bka ym dan blog dan seumpanya dengan kebiasaaan aku lakukan.. dalam mengintai blog-blog kawan aku... tetiba aku aku terpandang satu artikal yang bertajuk ttg ASAL USUL NERAKA...tersentak aku dibuatnya..lalu aku menfokuskan anak panah komputer ke laman web berkenaan....

jadi bagi korang yg sedang baca blog aku ni..aku sarankan untuk membacanya..mmg sangat berfaedah.lebih-lebih lagi untuk mematangkan hidup kita ini..
rabbina musta'an


Wednesday, July 22, 2009

Ketegaan lutfi









sehari sebelum berangkat...












kononya rai member la kan..hihi boleh la layan dengan juadah ni..alhamdulillah..syukur...
ni kalau mak aku tgk ni..mesti dia senang dengan keadaan aku disini yang makanya sedap2 aja..hihi





and then....


beberapa jam lagi ingin bertolak..sempat lagi merasa keenakan copicino versi cinamoon,yg dibeli di cafe syeikh soleh...rasa yang amat enak sekali dan telah dibikini untuk kali terakhir bagi sesi tahun ini dari sahabat yg ingin pulang ...so buli la sikit kan..hihi..sbb pas ni..dah kene buat sorang2 dah..






sampai di airport...

..kawan yg nk balik teringin plak nk bergambar kat batu terapung..hihi..ambik la nk satu...hihi dan x banyak juga yang dapat diambil untuk malam permergian lutfi meninggalkan mesir(aku sekali)...sbb suasana x berapan elok ketika itu..apa2 pon alhamdulillah..dia selamat dari membawa beratan yg berlebihan..hihi..terima kasih ye pi bawakan aku punya kiswah..






bila selesai semua...

aku sampai umah x tw nk buat apa..lalu meng'on'kan ym dan menunggu kawan2 yg celik membuzz aku..hihi..namun sampi subuh putih pon x da org nk buzz aku..lalu aku la buzz2 org untuk bagn subuh..hihihi..

ko memang tega meninggalkan aku sorang ye pi...sorang aku kat umah...huhuhu.apa2 hal..sampi umah nnti buzz aku orait..


Saturday, July 4, 2009

Ku Ubati sepi dikota Alexandria

“Aduh”suara keluhan yang terhasil dari bibirku apabila aku diberitahu oleh pihak penyelia markaz,yang kelas aku akan di tunda lagi buat kali ketiga bagi meneruskan pelajaranku di Markaz Niel dalam pengkhususan Bahasa Arab“.
Kemudian aku merancang langkahku ingin ke rumah sabik.Dengan langkah yang lemah,aku cuba menaiki anak-anak tangga setinggi lima tingkat untuk menuju sampai ke rumah sabik.Niatku hanya ingin mengutip wang lowrate(wang cas talifon prabayar).setibanya aku disana,aku dapati semua kawan-kawan aku tengah lena melentokan diri..maklumlah musim panas ni,malam-malam sukar nak tido,maka lepas solat subuh la jawapanya sebagai ganti.

“Eh toi.. jom alex.jom ar jom ar”tetiba je ijan menyapa aku tanpa rasa bersalah,dan ketika itu,aku yang sedang sebok mengutip wang lowrate terus terleka seketika dengan kata-katanya yang membuatkan aku terbayang-bayang keadaan laut disana…dalam aku terkantoi menghayati lamunan itu,ijan menyapa lagi sekali,”jom ar…ala rilexs la toi,markaz ko x start lagi,ambik peluang keemasan ini kita jalan sama-sama”sambil mukanya yang beriya-iya sangat nk ajak aku.Aku yang dalam keadaan konfius itu mula berfikir sejenak….macamana plak dia tahu markaz aku tak start lagi…aku pun cuba mengkorkulatarkan masa aku untuk mengulang kaji kitab markaz,dan mengkorkulatarkan keadaan wang sara diri..

Dan apabila semua agak clear dari segala aspek..dan di campuri dengan perasaan yang exited ingin melihat akan keidahan lautnya itu..aku mula bersuara….OK..i’allah..

Tetiba plak teringat kat lutfi..x kan nak tinggalkan dia sensorang plak kat umah..kang sapa nk bagi dia makan dan minum nanti..hihi…Setibanya aku di rumah..aku terus mengajak lutfi..maka respondnya…mestilah nak ikut…siap dia kata kat aku”kau sanggup ke tengok aku sensorang kat umah”.”alololo..ayat sedih la plak aku dengar” balas aku.ok esok kita gerak kul 8:15 dari ramsis.(sebuah tempat pengangkutan awam untuk segala pengangkutan dari kaherah ke serata mesir)…yang Join kami ketika itu,loloq,alwee dan anjut.semuanya enam orang..































































perlu ke tidak perlu

بسم الله الرحمن الرحيم

Pendapat peribadi untuk kawan saya yang berada di singapura ke atas satu masalah yang dikemukakan terhadap saya semalam..ingin saya katakan disini kepada saudari..ini adalah sebagai satu perbincagan yang ingin di kongsi bersama dan bukan sebagai niat untuk mengajar pada sesiapa,kerana saya bukanlah orang yang layak dalam mengajar sesiapa sahaja dimuka bumi ini,saya masih belajar.

Begini…

Bagi soalan pertama:adakah perlu kita berdoa selepas solat?

Jawapanya:Adalah sangat perlu untuk kita sebagai hamba allah yang sering membuat kesalahan agar berdoa selepas selesai solat kerana ia adalah sunnah yang amat digalakan oleh Rasuluallah S.W.T.Walaupun kita tahu bahawa solat itu sahaja maknanya adalah doa dari sudut bahasa,namun rasanya kurang lengkap untuk diri kita jika doa selepas solat tidak dilakukan.Bukan sahaja doa sahaja,zikir juga turut memainkan peranan yang penting untuk melengkapkanya.dan dari situ juga akan terhasil pahala yang terlalu banyak sepertimana yang di janjikan oleh allah s.w.t.

Sebagai dalil:

Saya ada membaca kitab yang bertajuk ‘soheh sifat solat nabi s.a.w’.dan di situ saya dapati hadis dari Saidina Umamah R.A.berkata kepada Rasuluallah S.A.W”Doa apa yang paling didengarI oleh ALLAH S.W.T?.Berkata Rasuluallah:”ketika di tengah-tengah malam dan ketika selepas solat fardu’’.

Maka rugi sangat la terhadap hamba-hamba yang tidak mengambil kesempatan ini.

Ingin saya selitkan lagi tetang berzikir selepas selesai solat juga adalah sunnah yang di galakan oleh rasuluallah s.a.w.Bukan sahaja dikurniakan pahala,bahkan di hapuskan juga dosa-dosa kita.

Sebagai dalil:

Dari saidina abu hurairah R.A.:barangsiapa yang bertasbih(سبحان الله) selepas selesai solat sebanyak 33 kali,dan bertahmid(الحمد الله) sebanyak 33 kali,dan bertakbir(الله اكبر)sebanyak 33 kali,maka bilangan semua itu adalah 99,dan berkata rasuluallah:cukupkan seratus dengan:

لا اله الا الله وحده لا شريك له الملك,وله الحمد وهو على كل شيء قدير.

Maka diampunkan dosa-dosanya walaupun dosanya itu sebanyak buih-buih di pantai.

غفرت حطاياه وان كانت مثل زبد البحر

Jelas disini bahawasanya setiap pekara yang dilakukan selepas selesai solat seperti berzikir dan berdoa adalah sesuatu pekara yang tiada sia-sianya.Bagi contoh lain untuk perbuatan sunnah selepas selesai solat fardhu adalah mendirikan solat sunat ba'diah.kata ulama'(اركعو و اركعوا)maksudya:solatlah sunnat,dan dengan solat itu dapat menampal apa yang lobang(lalai)ketika kamu solat fardhu tadi.

Sebagai penutup perbincangan kali ini.ingin saya nyatakan bahawa saya tidak pernah dengar lagi bahawasanya baginda Rasuluallah S.A.W.tidak berdoa selepas selesai solat.oleh itu,ini sahaja yang saya mampu jelaskan untuk anda,sesungguhnya yang baik datang dari allah,dan yang buruk dan cacat cela dari kelemahan saya sendiri.moga segala kebaikan dapat kita rasai bersama.wa allahu a’lam.

*sekodar je syai*

Thursday, July 2, 2009

Bagaimana pula denganKU

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Sorga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".

Tuesday, June 23, 2009

pendedahan tentang faisal bin idris

lagi satu..lagi satu satu lagi......hihi kini giliran jepon aka faisal gempakz plak pulang ke tanah air..hihi..maka sepi la umah aku tanpa suaranya yang halus itu selalu bernyanyi lagu yang bertajuk"bila rindu" hihi..


apa-apa hal kepada sang jepon...moga ko happy kat sana..jgn suka hilangkan diri je dgn kereta baru eh..entah tetiba dah kat singapore plak kang..hihi....ops terlebih sulah...tp kalau ke al attas x pe.

semoga selamat pergi dan pulang i'allah..kim salam kat your parent eh..aku taw..diorang mesti tgh tgk sekali blog aku ni kan? hihi..hye mak cik,hye pakcik..hye semua..kabare?hihi


buat pengetahuan ko pon..lutfi benar2 rindukan ko pon..haha..begitu juga dgn abg ko sorang ni ..pezal el sabhon...x abes2 sebut2 nama ko..sedih dier x dpt antr ko kat airport..dan klw ko nk tw..bila aku balik dari antar ko..pezal terus tumbuk aku...nasib baik aku mengelak..maka kene la cermin ko..maka......berkecai la cermin ko sudah...hihi..



x da la aku gurau je...haaaaaaaa takut....takut...aku jaga baik barang ko kat sini i'allah..tp sweater ko kat bilik air tu camana..hihi

lastly ni sebagai balasan kerana kau menghantar mesej kat aku yang berbunyi" bye2 cairo"hihi..makan dalam beb..hihi.

pulang ke malaysia on axxer and bard





aduhai...sorang2 hilang dari pandagan mata aku..kali ni kawan baik aku dari al attas telah kabur dari mata buat seketika..





ala kulihal jaga diri elok2 ok..alahamdulillah dah sampi mereka berdua kat sana..alhamdulillah..




tp yang aku geram tu..siap antar mesej kat ym...bestnyer malaysia..hihihih...kureng ko wah...tp x pe..kita yang kat sini..rilex2 je la kan....dah dewasa...x kan nk merenggek plak kot..hihi..kata lelaki sejati..(aceh)..




bard ngan axxer bertolak dari kaherah pada pukul 4:30 petang..dan telah transit di dubai dan kemudian terus ke tanah air..

p/s:jumpa disana eh..hihi

selamat jalan buat macha dan din


pergi jua akhirnya bagi dua orang ahli baitku...iaitu salahuddin dan mohd ridwan untuk menunaikan umrah...beruntung korang berdua yer...aku ni ntah bila mahu dapat menyahut seruan itu..sabar adalah jawapan yang perlu aku ungkakpkan pada waktu ini...

kisah mereka ini..mereka berdua bertolak dari mahattoh abassiah kaherah menuju ke nuaibaq dengan menaiki bas yang berhawa dingin dan menuju ke salah satu lagi destinasi dengan menaiki kapal laut..kemudian mereka menaiki lagi sebuah kenderaan untuk menuju ke tempat betul2 bandar jordan atau ordun dari bahasa arabnya kerana disana kawan2 meraka telah menungguinya..dan dari sanalah mereka bertolak menuju ke saudi arabiah(makkah)..

timbul la persoalan..kenapa x bertolak ke umrah dari kaherah sahaja(mesir)...sbb jiika anda mahu ke saudi arabiah,mereka tidak menjual tiket kapal terbang secara one way sahaja.nak tak nak mesti kene beli secara return..sama seperti negara-negara lain seperti united kingdom.

so mereka pada awalnya mereka merancang mahu pergi ke jordan kemudian ke syria kemudian ke makkah kemuadian akhir sekali ke yaman..kira mahu jamak semua tempat la kiranya..tp ada banyak muskilah yg berlaku terhadapa mereka berdua..dan salah satunya ,muskilah dia atas ni.. lantas mereka memilih bertolak dari jordan dan bila pulang nanti kembali ke jordan semula dan terus ke syria dan tempat2 lain yang mereka mampu pergi la..

tapi apa yang aku sampaikan pada korang semua..x tw lagi terjadi ke tidak..sama2 la yer mendoakan mereka agar dapat mengapai impian mereka dan agar dapat merasai kemanisan beribadah di rumah allah yang suci itu..

doaku untukmu wahai temanku..semoga kau selamat pergi dan pulang membawa sinar hidayah yang baru terhadap kami disini..


Dari kiri:macaha,lutfi,dan din at mahattoh abassiah kaherah.

Monday, June 22, 2009

16/06/2009

terima kasih kepada ahli bait aku,terutama cik faisal idris yang telah bersusah payah menempah kek kat kawan sebelah..hihi..

tak sangka aku pada malam tu aku dapat sambutan secara diam2..kira suprise la jugak..hihi.terharu pun adalah..

apa2 pn aku terselamat dari bermandi dengan tepung....hihihi..sebab aku pulang lewat malam tu..hihi..

























lastyly..bila umur dah meningkat ni...banyak2 la beribadah ye...doakan aku selalu..

Wednesday, June 10, 2009

Ku mula meninggalkanya


























Madah qodoya fiqhiah mu asarah adalah mada terakhir aku pada fasa thani..agak killer juga madah ini kerana ia membincangkan hukum-hukum fiqh masa kini,sebagai contoh hukum menyewa rahim,hukum klon(manusia-haiwan-tumbuhan),hukum menggunakan jen-jen pada ujikaji dan perubatan,hukum pada membahagikan janin(laki@perempuan),hukum melambatkan haid dan mempercepatakn haid,hukum menjual dan membina bank susu ibu,hukum pembedahan kecantikan dalam konteks islam,hukum menanam rambut,dan hukum menjual,sedeqah,dan perpindahan organ manusia ke organ manusia yg lain....










tentu sekali sukarkan..itu adalah suatu kepastian..ilmu ini memerlukan daya fikiran yang luas untuk kita mudah faham,kenapa sesuatu hukum boleh jadi begini dan begini..

allahu yusahhil kullu ummurina.....jawapannyer wa allahu a'alm jika ada sahabat cuba menanyakan apa respon terhadap segala madah yg telah aku lalui sebelum ini..sebagai hamba allah yang lemah aku akui kesilapan aku,teringat aku kata-kata dari seorang sahabat yang berbunyi ''usahla kau risau dengan keputusan akan datang,risau lah akan kekurangan kau dalam berusaha menuntut ilmu"

pas aku tamatkan mata pen aku,akupekse,aku p tengok org arab dulu yang sedang disoal jawab oleh para dokter-dokter atas kitab yang ditulisnya...dahsyat aku tengok..
















kemudian kawan2 aku ajak plak pi suq khan khalili untuk membeli barang untuk kuarga di malaysia..aku hanya menemani sahaja...kerna aku tidak membawa wang..hihi x da mengena langsung dengan cerita diatas....kacau............

Mongolia friends

Disini la kisah bermula...


















































Telah ku hidangkan untuk mereka dengan santapan masakan asasi di setiap kali majlis perkahwinan diadakan.ala kulihal terima kasih buat macha kerana sudi masak nasi briyani dan terima kasih juga buat mat nor kerana sudi masak ayam masak merah..korang memang best....

Alamak..tetiba mereka membuat isyarat pedas..aku tyer la.."pedas ke ayam tu"?pastu diorg cakap" tak,tapi nasi ni yang pedas"(selepas diterjemahkan)..aku blur...pas tu aku kaji selidik pasal nasi tu..x lah pedas sgt,mungkin kesan kayu-kayan terhadap nasi tu yang mmbuatkan nasi jadi pedas..bila aku cakap ngan mereke,masakan sebegini adalah amat biasa bagi kami,mereka terus mengelengkan kepala..lastly rupenye diorg ni x tahan pedas,bangsa diorg x makan pedas sgt..adoyay...hihihi.lantas teringat aku dengan perbualan seorangt turki dengan aku di pasar buah,yang menceritakan bangsa mereka pon x makan pedas sgt..hanya org2 asia sahaja yg suka makan pedas.kira org2 asia ni best la eh..hihihi..


Pernah juga sekali aku dijemput untuk menghadiri makan malam bersama kawan2 dari negara turki di rumah mereka..adat makan dan cara masakan mereka sangat berbeza dgn kita..sungguh berbeza..apa-apa pon jika ingin mengetahui apa kelainanya dari kita ..sila la cari kawan dari turki.suh dier buat jamuan makan malam bersama anda secara peribadi..hihihi..selamat mencuba..

Saturday, June 6, 2009

Kawan lama

..segala-segalanya berbeza dengan tempat kerja lamaku..

celebrations
.....for old my team kfc holdings in pontian...
miss wana
miss mas
miss mimi
miss lin
sir lan
fiza
is
kak ikien
gagal
dol
munir
razif
kamarul
acong
dua nepal
dan ramai lagi yang aku dah lupa
adoyay camana nama kawan boleh lupa ni
hihi
teruk betul la aku ni
balik nanti refresh la kat diorang

Friday, June 5, 2009

Sebuah hadiah

....Kawan kita semua...














....Al-fatehah untuk allahyarham qamarulzaman bin dzulkarnain....

TERIMA KASIH YUSRI

Alhamdulilah sejuk mata memandang....dari warna kegelapan ke warna kewanitaan...hihi..ok la ni kot..aku pun dah suka..ok la tu...hihi..tp i'm still men oraits...


mamat ni memang best..haha..(bodek :p)


Thursday, May 28, 2009

psikologi&kelemahan



Setelah beberapa paper yang telah aku jalani,mindaku makin lembab,jasadku makin lemah,bukan kerna ujian cuaca disini,tp ujian psikologi yang aku terima darinya.mesir is mesir,x boleh nk salahkan mesir,sbb mesir adalah kota yang penuh dengan rahsia tersendiri,maka salahkan diri sendiri sahaja.klw ku ingt ayat suci al-quraan yang bermaksud"tidaklah allah menduga kamu dengan pekara yang kamu tidak mampu kamu lakukan"...mesti sahaja hatiku ini redha dengan kehendaknya...namun pearasaan itu selalu hilang,kadang kala hidup ini ingin mencari makna sebenarnya..tp jangan lupa dalam mencari makna itu...orang lain juga patut difikirkan..itulah keluaga dan sanak saudara.wang dikirimkan bukan hanya sebagai penyambung hidup semata-mata,malah sebagai amanah yang patut dipertanggung jawabkan kelak..dimana dia kesedaran,bila kau mahu datang,adakah aku perlu menunggu atau kau sudah lama menungguku.."ya rabb yusahhil kullu umuri fid dunia wal akhiroh,wa yasfi kullu maradhi,wa yasfi kullu maradh ihkwani"..ingat kata bapak yang aku penggang setiap saat"walauapapun terjadi jangan berputus asa,teruskan sahaja dengan hati yang redha,bapak selalu doakan untuk mi"..jazakallahu khoiran ya abi..

Monday, May 25, 2009

RAHSIA & KELEBIHAN KAYU KOKKA


Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.


Sepertimana kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan. Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.
Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti
bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk
Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:

Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.


Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.

Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.

Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.

Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.

Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.

Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.

Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.

Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.

Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.

Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.

Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.

Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.


Penulisan Kelebihan Kayu Kokka di atas adalah bertujuan supaya setiap individu memiliki walau hanya sebiji dengan berkat amalannya bagi kesejahteraan Agama, Diri, Keluarga dan Negara dari gangguan dan anasir jahat pihak tertentu.2001 MAG © Darul Nu'man

Monday, May 18, 2009

Amanah



Tahukah anda mengetahui hakikat amanah?
amanah terbahagi kepada berbagai jenis,contohnya amanah terhadap allah,terhadap rasul,terhadap malaikat,terhadap kitabuallah,amanah terhadap kawan-kawan dan sebagainya.kesimpulanya segala amanah telah tercipta dengan pelbagai kaitan yang perlu kita sedari sekarang,faham bukan?.makanya disini ingin saya berkongsi kalam dari sayyidina ali (kw) untuk semua
" اداء الامانة مفتاح الرزق "
maknanya:menunaikan amanah,adalah salah pintu rezeki.selain mendapat apa yang telah dinyatakan,menunaikan amanah juga ada menghidari diri kita dari sifat-sifat orang munafiq.

Saturday, May 16, 2009

guru-guruku

sempena hari guru yang telah tiba ini..saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saya yang telah mengajar saya sejak dirumah pengasuh lagi (tadika kg jawa) kemudian melanjutkan pelajaran ke skkj(sekolah kebangsaan kampung jawa).."eh ko ni org jawa ke?semua sekolah jawa belaka"."ha la..kenapa..ni jawa moden punya keluaran taw..cuma loghat seleng menyeleng je x de..klw ada..mmg korang dok ketawakan aku jer lah..hihi..erm ape la aku ni..nk buat ucapan selamat hari guru pon boleh melalut sampi ke timur plak..dan seterusnya kepada guru-guru saya yang mengajar di madrasah al-attas al-arabiah al-islamiah johor,dan juga yang tidak dilupai kepada doktor-doktor kuliah saya dan kuliah- kuliah lain.semoga allah menerima segala jasa dan baktimu terhadap tugas-tugas yang telah di amanahkan...hanya allah sahaja yang layak membalas jasa budi baik kalian semua.sebelum mengakhiri ucapan ini ada beberapa bait sajak dan pantun yang ingin saya sampaikan..hihihi..tapi versi amplug la..hihi..(gurau2 je)

(sajak)

tubuh kecilku telah kau merahi,
bukan benci tapi untuk diingati,
aku meradang setelah kau pergi,
menjadi memori hingga hari ini,

lantang suaramu buatku terpaku,
demi untuk kefahamanku yang jitu,
aku berasa sedih dan berasa juga malu,
jika aku tak dapat apa yang kau mahu.

dosaku padamu setebal buku sejarah,
kerap dimarah lalu tak endah,
aku seorang murid yang banyak masalah,
kene panggil mak abah baru settle masalah.

(pantun)

hari ini hari guru,
hari esok hari ahad,
harapan ini untuk semua guru,
ajarilah kami hingga ke liang lahad.


hari yang ceria disambut penuh gembira,
lagikan pula hari yang ditunggu-tunggu,
salah silapku minta diampuni hendaknya,
khas untukmu selamat hari guru.

Tuesday, May 12, 2009

streak?



hari-hariku telah kulewati,
tidak pasti apa yang kucari,
masa terus berlari dan terus berlari,
meninggalkan manusia tanpa disedari.

aku seorang perenung,
dan bukan mudah untuk ditenung,
sifat diri yang sering menjadi binggung,
itulah aku yang lahir dihujung-hujung.

aku bukan penyair mahupun penyajak,
sekodar peminat lantas tidak layak,
berbilang-bilang bait telah ku rabak,
maknanya yang luas lagi ber'otak.

asyikku dan rinduku pada bonda,
bukan sementara bahkan selamanya,
apakandaya ku ingin bersua muka,
telah dipisahkan antara dua benua,

Tuesday, May 5, 2009

dah boleh jadi ummi dah

  • semoga allah memberkati umurmu itu...dah semakin dewasa dah ni..jangan main-main sangat dalam kehidupan,lagi pun ummu dah boleh jadi sebaris dengan para ibu dah..hihi..i'allah jodoh akan datang,x pelah itu kerja tuhan,kerja kita hanya berdoa dan bersabar..
  • apa-apa pon do the best of this year and year-year akan datang..saya di sini mendoakan yang terbaik untuk segala urusan dan pilihan yang ummu buat..
  • jika kau sedih,sedar lah cepat-cepat....kerna allah itu selalu disampingmu,maka mengadu la padanya,jika kau bergembira,sedar la cepat-cepat,adakah tuhan setuju dengan kegembiraan ini,maka bertaubatlah..wa allahu a'alam..


Related Posts with Thumbnails