Monday, November 28, 2011

NASI LEMAK

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.


PROLOG


Sekadar hiasan

"Pintu besar Al-Azhar tutup lah toy,Aku di arma (Embassy of Malaysia)sekarang,Nak join jom lah.Budak-budak pun tak ramai yang buat urusan!"

Sedikit perbualan dengan seorang housmate yang sangat baik hati,Telah membuat kaki aku keluar dari rumah di musim sejuk ini.Pada asalnya tidak mahu keluar atas sebab malas hendak berempuh-rempuh dengan orang arab yang mana mereka pada hari ini akan melangsungkan pilihan raya pertama untuk membentuk sebuah kerajaan baru mereka.

Alhamdulillah,sewaktu dalam perjalan tadi,segala yang aku fikirkan,tidak pun terjadi walaupun keadaan sekeliling agak begitu bising dan kelam kabut.

Seusai aku dapat cop dari seorang pegawai yang menandakan urusan aku sudah selesai dengan cepatnya,terus aku menuju ke tingkat atas untuk menjamu selera walaupun perut terasa masih kenyang (mana tak buncit bro!).Tiba-tiba..

Tiba-tiba aku ternampak gerai yang menjual nasi lemak! (my interest food!) hehe.Apa lagi! "Bang nasi lemak ayam satu!" hehe..Alhamdulillah again!

Sumpah dah lama aku mengidam.Maklumlah hendak masak sediri tak sedap.Apa-apa pun syukur atas nikmat yang di berikan untuk hari ini.Tidaklah seronok mana cerita ini,Namun bagi aku "setiap sesuatu yang telah tuhan tetapkan kepada kita samada baik atau pun kurang bernasib baik,haruslah ada perkataan alhamdulilah" semoga kata-kata aku ini tidak menjadi setitik nokhtah perasaan riak pada hati yang sentiasa hitam .Wal iya zu billah.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:00 pm.Abdeen House,Egypt.

Sunday, November 27, 2011

AKU BERMOHON


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.


PROLOG


Sekadar hiasan...


Kelas fasa awal kian rancak,Peperiksaan pun bakal hampir.Mohon doanya ya teman-teman.Andai aku telah berbuat dosa dengan sengaja.Maafkan aku.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:03 pm.Abdeen House,Egypt.

Monday, November 21, 2011

BIG MUFFIN SAYA

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



Sekadar hiasan...

Sebelum mengulangkaji teringin pula hendak membuat kek coklat sendiri.(sounds good).Padahal aku tidak reti langsung nak membuatnya.Alhamdulillah tuhan anugerahkan aku seorang sahabat yang kaki masak ini (Ustad mat)

Aku beranikan diri untuk keluar rumah pada malam tadi.Kelihatan trak-trak polis berderet tidak jauh dari kawasan rumah aku.Ini semua ekoran kejadian semalam dan kelmarin yang mana sebahagian dari rakyat mesir masih berada di dataran Tahrir.Untuk apa?Aku pun tak pasti.Yang boleh aku rungkaikan adalah,Rakyat mesir memang terkenal dengan sifat keras kepalanya!.Ok enough!

Buat sambil belajar,jika sedap dan menjadi,boleh buat lagi.Itulah monolog yang aku cuba terjemahkan pada korang.Akhirnya selepas satu jam.Itulah yang aku mampu buat untuk sentuhan pertama aku.hehe.Serius aku tak sangka boleh jadi!Aku tahu,korang mesti buat muka seposen kan bila aku cakap jadi? Yerlah sebab korang buat lagi best!.Tapi sayanglah,korang kedeks dengan aku.hehe.

Sudah-sudah!Sila ambil pingan dan sudu sendiri yer! :p

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:49 pm.Abdeen House,Egypt.

Wednesday, November 16, 2011

OBSESI DI MUSIM SEJUK

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



Sekadar hiasan

Musim sejuk telah pun menyengati tubuh setiap pelajar-pelajar yang berada di bumi anbia' ini.Alhamdulillah,Walaupun keadaan mesir pada azalinya yang kita semua fikirkan adalah hanya ada padang pasir bersama gurun-gurunya dan juga haiwan ternakan mereka yang banggakan namun mereka ada empat musim!Malaysia ada?Terima sajalah ya.(senyum)

Perbezaan musim sejuk di bumi anbia ini dengan beberapa negara lain adalah,kota ini tidak mengeluarkan salji atau ais pada musim sejuk.Hanya ada angin yang tajam menusuk ke liang-liang roma tubuh manusia.Oleh itu setiap pelajar disini harus menjaga diri dengan sebaik-baiknya.Gunalah baju yang agak tebal,kerana di khuatiri akan menyebabkan diri anda bakal berhadapan dengan maut di usia muda!

Ini kerana sudah ramai bekas-bekas pelajar disini mengalami sakit-sakit sendi dan tulang dek malas mengenakan baju yang tebal pada musim sejuk.Oleh itu awasilah diri anda dengan sebaik-baiknya.

Penamat kata untuk kali ini,Dengan menyayangi diri anda sendiri secara automatik akan juga menyayangi orang lain.I think you all can better then me from understand that words.So,wish you save! (senyum)

RUNNING FROM TITLE

Dimusim sejuk juga,Tiada makna untuk anda semua ingin berdiet!seriously perut akan cepat berasa lapar dan ingin memakan makanan malaysia secara amnya (aku je yang lebih ni)So,Biarkan perutmu buncit asalkan ayatmu boleh buat orang semua tercuit.(tetiba bah!)

Baiklah,salam satu mesir!*sigh*

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:44 am.Abdeen House,Egypt.

Thursday, November 10, 2011

NIAT BERNIKAH

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan (sayang sangat dengan si comel ini!)


Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:
Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:

1)Cinta kepada Allah.

2)Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah.

3)Cinta kepada Rasulullah serta memperbanyakkan kebanggaannya.


Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan,kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu.”

Ada banyak lagi yang beliau (habib ali) sebutkan,Namun cukuplah untuk 3 niat asasi ini dari kita langsung tiada niat yang jelas.Niat yang baik dan murni akan membawa kepada keintiman hubungan dalam rumah tangga yang bakal dibina kelak insyallah :p

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:27 pm.Abdeen House,Egypt.

Monday, November 7, 2011

SALAM UNTUK SEMUA



Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Anda usah main zoom zoom,Kang jatuh hati pulak kang kat ustad-ustad ganteng semua ni (kecuali aku)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:03 pm.Abdeen House,Egypt.

Saturday, November 5, 2011

DUDUK TERDIAM

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


sekadar hiasan...


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terbayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

-Happy eidul adha-

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:03 pm.Abdeen House,Egypt.


Wednesday, November 2, 2011

HARUS KUAT MENERIMA


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.


PROLOG



Sekadar hiasan...


Tundukkan BASARMU (mata kasar) ketika bersama manusia.Tundukkan BASIRAHMU (mata hati) ketika bersama Allah.

Tika saat waktu kita bersama manusia.Pelbagai cubaan dan godaan yang sentiasa mencuba untuk menyelinap masuk ke hati kita.Sesungguhnya dengan menundukkan basar akan membantu dan menguatkan IMAN dari luar.

Lain pula tika saat waktu kita bersama sang pencipta.Pelbagai angota harus di kawal rapi dari berfikir dan bertidak tanpa diduga.Hanya menundukkan basirah akan dapat membantu dan menguatkan IMAN dari dalam.

Materealistik dan lempiasan nafsu adalah suatu perkara yang harus kita kengkang.Aku percaya,Untuk mengharap orang lain membantu kita untuk menjadi insan yang soleh@solehah bukanya mudah.Dari itu haruslah setiap insan membantui dirinya sendiri dengan segenap kekuatan yang kau miliki.Harus paksa diri untuk sesuatu yang baik.Jangan mudah salahkan manusia sekeliling tanpa kita cuba untuk mengawasi hati diri masing-masing.Setelah mencuba serahkan pada tuhan,Pasti dia membantu.Ini kalam dari Habib Ali Al Jufri,Ulama muda dari Negara Yaman.

Ujian dan taqdir adalah suatu perkara yang harus pula kita terima.Tidak semua yang apa harapkan akan datang dengan mudah lagi tinggal menghulur tangan saja.Tidak wahai teman-temanku.Setiap kali kau kecewa dengan ujianya.Ada catatan yang kurang elok tanpa kau sedari.Namun sebagai manusia yang lemah.Tuhan tidak menduga hamba-hambnya tanpa kekuatan yang kau milik sedia ada.Percayalah dan pujuklah hati itu untuk bakal menerima sesuatu yang indah lagi mengembirakan setelah kau di uji untuk yang kesekian kali.

Maafkan aku teman-teman.Ini catatan dari Tuhan,Tiada daya untuk aku melepaskan diri.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:31 am.Abdeen House,Egypt.

Tuesday, November 1, 2011

AKU JADI MALU


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan.


Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Aku bagai tak percaya
Apa yang telah pun kurasa
Engkau bagaikan ohhh...permataku
Engkau pun jua ratuku

Terlayan Awie di keroncong sinar.fm.Petang aku menjadi musim bunga pula,Padahal di luar sana semua manusia sedang mengenakan jacket tebal lagi bersnowcap dan berstokin khuf.

Rupanya si dia selalu mengintip aku disini! Oh aku terperangkap.Usah kamu menduga aku lagi.Pipiku kian menebal.Aku ini cawan gelap lagi kilat.Kau pula.....(mesti lagi likat!)hehe..

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:30 pm.Abdeen House,Egypt.

Related Posts with Thumbnails