Thursday, December 18, 2008

MENJELANGYA IMTIHAN FASA AWAL

Bila dgr perkataan imtihan@pekse ni..terkaku aku dibuatnyer,buku x abis baca lagi..isi kandungan x hafal lagi..yg aku pasti adalah masa main aku lebih banyak dari buat semua itu..rabbina yusahhil alaina.fasa awal ni aku ada 5 madah@subject tarikh tasyriq,tafsir,ulum hadis,nahu sarf.dan bahasa inggeris.

kepada yg sedang membaca aku punya create ni..doa2kan la untuk aku berjaya pada tahun ni..sedih aku tahun lepas x dapat masuk kuliah.sob.. sob.. sob...

last sekali..kepada sahabat2 ku yg berada di bumi anbia' ni dan untuk aku sekali..tuntutlah ilmu sehabis daya..
ingtlah susah payah mak bapak kita mencari rezeki demi mengharapkan ankya pulang membawa satu kejayaan yg bermakna baginya..

salam imtihan buat semua..

Sunday, December 7, 2008

YASINAN &TAHLILAN

Peningzzz.....nak masak ape yer nnti untuk tetamu..erm..nasi mandy ke?mee rebus ker?fathirah jer ker?macam2 la aku pk kan lagi..biasalah gugup sikit sbb ni lah kali pertama buat yasinan dan tahlil kat umah baru aku ni..sebelum ni nk buat kat umah baru ni gak..tp x jd,so buat kat umah johor..
alhamdulillah akhirnya dapat juga menu utama untuk ari tu..ni semua bard pyer idea,iaitu mee rojak sambal kacang tambah ayam panggang madu tiga..hihi.cam kelakar menu ni..tp layan kan ajer kepala kawan aku ni..hihi..
pada 26 nov 2008 yg lepas,aku,bard,arwah,alwee,dan lutfi telah bergerk ke city star untuk beli barang masakan disana...pakai semua nk smart je kan..yerlah nk p mall yg terbesar di mesir ni..setibanya disana je terus menuju ke spiney(sebuah market)..perkara sampai sana adalah memilih bawang..adoi aku cakap..dah la pakai lawa2 tp dah macam pekerja kat sana je..sbb nk beli bawang kene ambik sendiri,pastu tempat dier dah la berabuk..memang tangkap gagal la market dier..so buat dalam keadaan terpaksa jer kan..huhuhu..
balik umah terus rendam ayam dan rewang ape yg patut.. yg chip masak adalah bard..setiusaha dier alwee..aku dan yg lain2 ajk terhormat jer huhuhu.
waktu yg di tunggu2 dah tiba.sekali org yg datang x mencukupi ruang2 sempit kat umah aku ni..huhu..aku ape lagi x pasal2 p umah jiran sebelah suh datang umah aku waktu tu juga..mmg kelakar time tu..entah jiran tu tgh sedap2 layan blues dier..aku plak kacau daun,sory yer...khususnya untuk muhsin la.hahaha
lastly...semuanyer berjalan dgn lancar..terima kasih untuk semua kawan2 aku yg sudi nolong aku menjayaka majlis ini..
and tanpa aku mengecilkan hati kawan aku yg bernama axxer..dier kata, cerita la yg aku buat kecoh kat dapur tu..hahaha..ok la axxer aku cerita kan sikit ni..camni.....dalam kesibukan didapur untuk proses penyedian makanan,adalah baki ayam panggang madu..si axxer ni kecoh la..."eh eh ni ada banyak ni..ni untuk ustad tuttttttttttt punyer ni"..hahaha..(nama telah dirahsiakan)semua mase tu ketawa giler la..lutfi yg jaga kat bahagian luar mengatakan,axxer cakap kuat giler..pergh malu kitaorg satu dapur..hihihi
akhirnya si axxer berasa bersalah lalu bertaubat dgn perilakuan itu ..hahaha

p/s..jauhilah dari mengumpat org.lain..haram hukumnya..

Sunday, November 9, 2008

Saturday, November 8, 2008

Friday, October 31, 2008

MUTIARA SAIDINA ALI KARAMALLHUWAJHAH



أداء الأمانه مفتاح الرزق
Menunaikan amanah adalah kunci rezeki.

البخلُ جامع لمساوئِ العيوبِ وهو زمام يقاد به إلى كلِّ سوءٍ.
Kebakhilan adalah himpunan segala keaiban,ia ibarat tali kekang kuda yang mengepalai perjalanan ke arah setiap kejahatan.

اشجع الناسِِِِِِِ , أثبتهم عقلا فى بُداهةِ الخوفِ

Orang yang paling berani adalah orang yang paling tetap akalnya {boleh berfikiran dengan baik}di kala menghadapi ketakutan.


Khas untuk anak Pakcik Omar


Selamat menghadapi peperiksaan stpm,Semoga dapat menjawab dengan penuh keyakinan dan penuh kesabaran,Ana di sini selalu mendoakan untuk anti agar mendapat sesuatu yang baik di dunia mahu pun di akhirat.
Ana ingin berkongsi sedikit tips sebelum melangkah masuk ke dalam medan peperiksaan,Walaupun hakikatnya ana ini bukan yg terbaik untuk diberi kepercayaan dalam berkongsi tips atau sebagainya,Namun sebagai sahabat yg baik,kita saling memerlukan nasihat antara satu sama lain.
Ape yg ingin ana sampaikan hanya ringkas sahaja,iaitu:pergilah meminta maaf dan memaafkan insan yg selalu kita bergaul..hatta kita ini yg hakikatnyer tidak bersalah..cb yer...
Semoga berjaya ya mushohibi

setelah berusaha,
doa,
dan tawakal

Sedikit tentang Universiti Al-Azhar As-Syarif

Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali al Azhar, sebuah pusat pengajian yang membekalkan ramai ulama'-ulama yang terkenal dan terbilang. Namun, tidak ramai yang mengetahui sejarah dan perkembangannya. Di blog ini saya cuba bentangkan, sejarah dan pengenalan al-Azhar secara ringkas untuk pembacaan semua.

Ianya mula dibina oleh Kerajaan Fatimiah. Langkah pertama yang dilakukan ialah membina Masjid Al Azhar pada hari Sabtu Bulan Jamadil Awal, tahun 359 Hijrah. Pembinaannya mengambil masa 2 tahun, dan berakhir pada hari sabtu 7 Ramadhan tahun 361 Hijrah bersamaan dengan 22 Jun tahun 972 Masihi. Pembinaan ini telah dimulakan oleh Jauhar as Saqali seorang panglima perang di zaman Fatimiah. Masjid ini pada awalnya dibina sebagai Masjid Rasmi bagi Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah sebagai pusat penyebaran dakwahnya dan bagi menunjukan kemajuan Kerajaan Fatimiah itu sendiri.

Keadaan ini berterusan sehingga tiba Kerajaan al Ayubiah (Salahuddin al Ayubi) yang berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan Kerajaan al Ayubiah ini bertungkus-lumus dalam memerangi pemikiran Syiah dan mengembangkan Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Keadaan ini berterusan selama sekurun hinggalah Zaman Kerajaan Beraja di Mesir.

Majlis ilmu yang julung kali dijalankan di Masjid al Azhar pada tahun 365 Hijrah (975 Masihi) oleh Kadhi Abu Hassan Ali Ibnu An Nu'man. Idea untuk menjadikan al Azhar ini sebagai sebuah Maahad timbul daripada seorang Menteri yang bernama Yaaqob ibnu Kals dengan izin Khalifah Al Azizu Billah pada tahun 378 Hijrah (988 Masihi). Dan beliau (Khalifah) menentukan Ulama'-ulama' yang mengajar disana pada setiap kali selepas mengerjakan Solat Jumaat sehingga waktu Asar, yang diketuai oleh Al 'Uqbah Abu Yaaqob. Kesimpulan dari maklumat diatas, bolehlah dikatakan al Azhar ini mula menjadi pusat pengajian semenjak awal zaman Al Fatimiah lagi.

Kemudian tibalah Zaman pemerintahan al Ayubi dan terbinalah sekolah-sekolah dan maahad-maahad.Maahad yang pertama dibina pada zaman ini ialah Madrasah an Nasiriah bersebelahan dengan Masjid Amru' al 'As yang mengajar Fekah Syafi'e. Pada tahun yang sama (566 Hijrah), Madrasah al Qomhiyah yang mengajar Fekah Maliki dibina, juga berhampiran dengannya. Kemudian diiukuti dengan pembinaan madrasah-madrasah yang lain, pada zaman tersebut dan zaman selepas itu, yang merangkumi pelbagai mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Pertumbuhan yang pesat ini berlaku pada kurun ketujuh dan kelapan, dan ia memberi kesan kepada sejarah pembelajaran di Universiti al Azhar. Serta pertumbuhan pusat-pusat pengajian ini seolah-olah mencabar kewibawaan al Azhar. Tetapi dengan keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki oleh al Azhar itu sendiri, seperti menyediakan sistem pembelajaran yang berbentuk umum bukannya khusus untuk sesuatu mazhab sahaja berbanding dengan madrasah-madrasah yang lain dan juga kedudukannya yang strategik, disamping sokongan daripada Sultan-sultan dari segenap pelusuk negara Islam dan juga pembesar-pembesarnya, serta tumpuan Ulama'-ulama' dan pelajar-pelajar luar, Azhar mampu menyaingi madrasah-madrasah yang lain.
Al Azhar pernah mendapat beberapa nama dalam lipatan sejarah. Di peringkat pertama al Azhar dikenali sebagai Jamiah Kaherah iaitu disandarkan kepada ibukota Mesir dimana masjid itu terletak.

Pendapat pertama mengatakan lafaz al Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan panggilan az Zahra'. Gelaran inilah yang diabadikan pada nama masjid tersebut.Mengikut pendapat kedua pula, nama ini dikaitkan dengan istana az Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Dan yang ketiganya pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan besesuaian dengan kedudukan dan martabat al Azhar yang tinggi sebagai pusat penyebaran ilmu islam.

Kini masjid ini tetap utuh dan kekal walaupun ianya bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti di zaman beliau. Fungsinya sebagai tempat pusat penyebaran ilmu islam tetap gemilang hingga sekarang.

Turutan para MaSya'eikh al Azhar ( 1101 Hijrah sehingga 1970 Masihi ).

* Syeikh Muhammad Abdullah al Kharsi al Maliki
* Syeikh Ibrahim bin Muhammad al Barmawi as Syafie
* Syeikh Muhammad an Nasyrati al Maliki
* Syeikh Abdul Baqi al Qalaini Maliki
* Syeikh Muhammad Syanan Maliki
* Syeikh Ibrahim Musa al Faiyumi Maliki
* Syeikh Abdullah as Syabrawi Syafie
* Syeikh Muhammad bin Salim al Hufni al Khalwati
* Syeikh Abdul Rauf as Sajaini
* Syeikh Ahmad bin Abdul Mun'im ad Damanhuri
* Syeikh Ahmad al 'Arusi Syafie
* Syeikh Abdullah as Syarqawi Syafie
* Syeikh Mahmud Syanwani
* Syeikh Muhammad 'Arusi
* Syeikh Ahmad bin Ali ad Damhuji
* Syeikh Hassan bin Muhammad al 'Ator
* Syeikh Hassan al Quwaisni
* Syeikh Ahmad as Soim as Softi
* Syeikh Ibrahim al Bajuri
* Syeikh Mustofa al 'Arusi
* Syeikh Muhammad al 'Abasi al Mahdi al Hanafi
* Syeikh Muhammad al Ambabi
* Syeikh Hasunah an Nawawi al Hanafi
* Syeikh Abdur Rahman an Nawawi al Hanafi
* Syeikh Salim al Busyra al Maliki
* Syeikh as Sayed Ali al Bablawi
* Syeikh Abdur Rahman as Syarbini
* Syeikh Hasunah an Nawawi
* Syeikh Salim al Busyra al Maliki
* Syeikh Muhammad Abul Fadli al Jaizawi
* Syeikh Muhammad Mustofa al Maroghi
* Syeikh Muhammad al Ahmadi az Zawahiri
* Syeikh Muhammad Mustofa al Maroghi
* Syeikh Mustofa Abdul Razzak
* Syeikh Muhammad Ma'mun as Syanawi
* Syeikh Abdul Majid Salim
* Syeikh Ibrahim Hamrush
* Syeikh Abdul Majid Salim
* Syeikh Muhammad al Khadar Hussien
* Syeikh Abdur Rahman Taj
* Syeikh Muhammad Syaltut
* Syeikh Hassan Ma'mun
* Syeikh Muhammad Faham
* Syeikh Sayyid Muhammad Tantawi

Mari berkongsi petua


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yang mana ia diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

* Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a katakanlah :" Ya,Allah jadikan hatiku bersih, " Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100x sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

*Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

*Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Surah 3 Qul" sebanyak 3x. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan ( bisikan kepada diri perkara yang positif ). Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehandiri sendiri. Katakan lah " Aku sebenarnya......( perkara yang elok-elok belaka )
* Programkan minda/cucikan minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati " Ya,Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif ". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. CUBALAH!!

* Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. Cuba ingat tentang mati ( Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

* Kekalkan wuduk.

* Bersedekah. Jaga makanan. Jangan makan makanan yang syubhah.

* Berkawan dengan ulama. Berkawan dengan orang miskin ( menginsafi ).

* Menjaga pancaindera ( mata, telinga, mulut...dsb ), jangan dengar orang mengumpat.


"Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat DiMata,
Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan
Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"

Tuesday, October 28, 2008

taqdirnya kuew teow

''penat betul berdiri..nk cangkung lagilah penat.."ketika tu aku tgh dgr ceramah Dato Seri Haji Hadi Awang kat dataran..saja nk tgk kemeriahannya je..ramai giler tu,sedikit sebanyak ada la jugak,aku memunggut permata-permata yg dicurahkan...

sedang aku asyik berlawan dengan kelenguhan yg di alami...telah datang bau semerbak bawang goreng cuba mengusik tumpuanku..."peh..sedapnya bau ni"..lantas aku menghubungi mohd lutfi bin salim,yg sedang khusuk mndgr ceramah.''ha..ada ape..''pantas lutfi menjawab pangilan aku.."jom beb pekene ,aku dah x khusuk dah ni..pikiran aku kacau..klw dapat pekene ni,baru masyuk nk dengar ceramah".lutfi dah fed up je ngan ayat aku td..hihi.

aku mmg suka tambah-tambah masalah dan mengkecohkan keadaan,hihih..bila lapar misalnya..aku akan cakap kat ahli bait aku.."eh masak la sesuatu yg best,masak seafood ke,kari kepala ikan ke,ayam masak ungkep ke,arnab dalam tin ke,baru la bermakna hidup ni..ini tidak hari hari masak nasi goreng,lauk ikan masin,tambah tomato kosong..sedih aku,ni kalau mak aku nampak aku makan camni..mesti dier nk kirimkan lauk untuk aku hari hari"hahaha.padahal aku saje je,aku ni jenis tak kesah je sebenarnya ttg makanan(cover diri),hatta tojjien yg dua genih nus tu ha..kira ini la dalil aku yg menunjukan aku suka mengecah-ngecahkan keadaan..hihi.tp tu semua skill aku nk rapat ngan kawan..hahaha.

lutfi pon setuju dgn pelawaan aku td..ape lagi..."ustad mintak dua,pedas sikit ye.."muka ustad td terus lain macam jer,semacam ada benda yg nk dirahsiakan dr aku..aku sampuk lagi"kenapa ustad"ustad tu cuba menyengihkan diri sambil menjawab segala persoalaan yg bermain di mindaku"errr tak berani nk cakap la,klw ada lagi saya buatkan"peh...hati aku mula risau akan kehabisan stok kuew teow udang galah.

tunggu punya la tunggu..x sampi2..tp si mamat depan aku ni dah sedap dah,cubamengopek udang yg tersadai dihujung pingan..sesekali menjeling jeling mata aku kat mamat depan ni.sedikit demi sedikit kuew teow yg belom dimasak td berkurangan kat atas meja tukang masak.

aku terus menunggu dengan penuh harapan,terpandang kat bekas kuew teow sudah kosong,rasanya yg di masak tu la yg terakhir..ruang mata aku mula penuh dgn air..hati aku mula menyusun perasaan..adakah ada yg didalam kuali itu milik aku atau ada yg lebih berhak dari aku..aku mula pasrah..member depan aku dah menjilat sudu dengan penuh kepuasan yg teramat sangat agaknya..aku terus menunggu dan tidak kering bibirku menyebut..tolong la tolong la tolong la yg dimasak tu milik aku..hahaha.

Perut aku dah bernyanyi lain macam je,itu sebagai isyarat dier mahu merontak,tp usus ususku cuba mententeramkanya.."nah ustad..kuew teow pedas"alhamdulillah...aku rasa macam nk bersujud je kat situ..kang org kata aku sujud syukur tak bertempat plak kang..haha..lantas aku memakan dgn penuh ke takjuban hahaha ok la kengkawan semua..aku nk makan dulu..klw korang mengidam..pandai2 la korang cari yer..

p/s:rezeki itu lebih pantas dari kematian,maka rezeki itu tetap ada selagi kita masih ada.

the last syawal

Rasanya belum terlambat nk buat ucapan untuk mengucapkan selamat hari raya...tp agak peliks la..yerla dah senja akhir syawal baru nk ucap itu ini lah...hihi..

Dari kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya dari perantauan terutamanya kepada semua ahli keluarga saya,khususunya kepada ibunda dan ayahnda,semoga kalian bergembira selalu ketika di bulan yg di nanti-nantikan ini dgn penuh kesyukuran..maaf la tak dapt nk balik kampong..sbb tiket kapal terbang dah abis..hihihi..so terpaksa la tunggu tahun depan gamaknya..

kepada kak mur dan kak ni..terima kasih banyak2 atas segala pertolongan penghataran dari malaysia ke mesir ni..acik kat sini happy dapat kuih raya..walaupun bahulu sudah hancur..hihihi.tp alhamdulillah masih rangup lagi.dan x lupa juga pada anak sedara sy:anis,biha.lokman,lutfi,naim.razi,arif.fateha,sabri,dan sape2 lagi yg tak di sebut tu..terima kasih banyak2,kerana sudi menolong mak tok melayani tetamu.jazakallahu khoiran...

Dan tidak dilupakan juga sahabat-sahabat yang berada di malaysia,biar jauh dimata tp dekat dihati..saya ingin meminta maaf jika ada terasa hati selama mana sy bersama2 kalian semua..saya doakan kalian semoga dipanjangkan umur,sambil tidak lupa akan keperluan kita di akhirat kelak.

dan tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yg berada di mesir ni..antum sabar jelah ye kerana tak dapt nak balik beraya dgn sanak keluarga,hihi.ala ana pon sama gak macam antum.ape2 pon ana ingin meminta maaf atas salah silap ana selama mana kita bertaaruf..dan ana doakan juga untuk antum semua,yg bakal menjadi ulama ni..belajar sehabis daya.jgn putus asa..(ceh..yeye.. je ana ni..)doakan ana eh!.

And last but not least kepada ibunda dan ayahnda..saya minta maaf diatas kesilapan saya yg besar dan kecil dari kecil hingga dewasa..halalkan makan minum saya..redhakan la hidup saya selama ini..ikhlas dari hati kecil saya.. ibunda dan ayahnda lah insan yg paling saya hormati dan saya sayangi selama-lamanya..moga allah memberkahi hidup kalian berdua serta dipanjangkan umur...
dan allah S.W.T telah berfirman"redhaku terletak pada kedua dua org tuamu,dan murkaku terletak pada kedua dua org tuamu"

Monday, October 27, 2008

mimpi dari hadralmaut

..salah satu tempat perkuburan di yemen..

Buat julung kalinya....si mimpi datang tanpa di duga...kami semua tidak menyangka dgn kehadiranya...namun kami harus terima dgn takdir ini.terima la....

''Betul ke dier nk dtg?"sampuk aku.''iyer...aku pon x sangka ni ha"Yaban membalas.."ok la ..esok kita siapkan bilik dier..skang ni aku ada kelas la beb"..aku lantas bersiap untuk ke kelas formalku..

Lagi memeranjat kami..ibunya juga turut datang kesini..tp x lah terperanjat sgt..sbb kami ada bilik yg selese untuk mereka...hanya ape yg kami risaukan adalah..rumah kami tinggi awi..tingkat 5,no 502.tetapi setelah mereka datang...kami bernasib baik kerana ibunya masih ada kemampuan untuk naik turun kerumah kami..

Selama 14 hari si mimpi bersama aku..segala suka dan duka..kami merasai bersama...sehinggalah satu hari tu... si mimpi tiada sehari bersamaku..si mimpi ketika itu bersama kawan-kawan baru mengahadir haflah perkahwinan sahabat aku ditanta..aku dirumah keseoarangan sambil melayani iternet..niat hati mmg nk ikut p tanta..tp aku pyer visa dah tamat plak(berhati-hati la konon kan).

Malam tu aku call dier,sbb asal x balik pada waktu yg ditetapkan..si mimpi cakap kat handphone"aku balik esok pagi la toy..bebudak tgh lepak agaknye skang ni.." aku pon lega bila dier kata camtu..aku bukan ape,entah tetiba aku rasa risau sgt kat si mimpi ni satu macam jer..tp aku x rasa yg ada benda yg bakal berlaku..cuma yg aku risaukan adalah..si mimpi tu baru je sampi mesir..x kenal dgn suasana kat sini..dalam kesunyian didalm bilik...aku pon cuba membayangkan dier bagaimana sewaktu mana si mimpi melanjutkan pelajaranya di mukala,hadralmaut,yemen.sampai la aku terlena di ulit angin yg sejuk dimalam hari di bumi barakah ini..

P/S :jika anda mahu kisah selanjutnya,datang la umah saya.

..sewaktu bersama ketika dahulu..
Related Posts with Thumbnails