Tuesday, May 29, 2012

SERIKANDI SAUDARIKU

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh


Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Saudariku...
Tiada kata ingin di bicarakan...
Tiada suara ingin di lunakan...
Sekadar berharap pada kebaikan...

Saudariku...
Tempat itu amat mulia...
Pasti disana kau bahagia...
Sesaat kau...
Berjuta tahun ku...
Jika ada yang tertulis...
Hati-hati dari terguris...

Saudariku...
Didoakan selamat pergi dan pulang...
Moga doaku ini tuhan pandang...

Salam hijrah ke kota suci...Serikandi Saudariku :)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:31 pm.Abdeen House,Egypt

Sunday, May 27, 2012

AWAK PILIHLAH DIA

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.



Sekadar hiasan...

Nafsu hendak menulis di ruangan percuma ini amatlah membuat aku tak mampu untuk fokus study dengan selesa.Memang cukup poyo ayat ini.heh.

Malam tadi aku sedang belek-belek kitab tentang hukum-hukum dalam kekeluargaan.Dan aku terlihat satu perenggan yang agak menarik bagi aku.Maka aku cuba kongsikanlah sedikit buat kalian yang dah lama menunggu posting terbaru dari aku ini.heh.(cukup poyo again!)

''Pabila sepasang mempelai mengikut anjuran yang disarankan dalam islam,maka berkekalanlah mereka berdua di dalam suasana yang penuh dengan mawadah dan rahmah...''. Anjuran islam buat si isteri '' Pilihlah calon suami dikalangan lelaki yang berakhlak mulia dan penganut agama islam yang baik''. Anjuran islam buat si suami pula '' Pilihlah calon isteri dikalangan wanita yang baik agamanya dan masih dara '' So..choose it !!

Aku tersenyum bila habis membaca perenggan ini.Ya...moga allah menemukan kita dengan pasangan yang soleh dan solehah hendaknya.Apa pun,perbaikilah diri lebih ke arah positive human.Sekian :)

Doakan aku ye teman-teman :) terima kasih.



Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:46 pm.Abdeen House,Egypt

Saturday, May 19, 2012

MENU BUJANG GEDIK

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan..

Sejak kebelakangan ini.Suka betul aku dengan hidangan ringkas ini.Sekadar Roti shami berlaukkan ikan tuna di gaul bersama mayonis,yogurt,sedikit air perahan limau nipis,dan beberapa hirisan timun segar.Sedikit tambahan ala-ala mister potato untuk mendapatkan rasa lebih crunchy bila memakanya.hehe.

Nampak simple dan agak mengenyangkan jugalah untuk perut aku ini.hehe.Tapi tak tahulah kenapa tetiba teringin sangat mahu makan menu ni tiap-tiap hari.Takkan dah jadi orang mesir kot? heh! Ah,Merepek saja orang tua ni!.

Apa-apa pun menu istimewa ini,banyak mengingatkan aku dengan beberapa sahabat aku yang lain ketika masing-masing sedang mem'bujang.Bila tinggal aku sorang saja masih men'dara,so i make and eat it for my self only hehe..(tak habis boleh simpan di freezer ok).

Kalau korang tetiba ada penyakit sebegini rupa (tak pandang nasi langsung dah).Just go on.Mybe tuhan ingin memberi kita suatu kelainan dalam hidup.Mungkin juga ingin kita tahu bertapa perlunya kita bersyukur dengan apa yang ada tika ini.Astagfiruallahalazim...


Keep smiling!


Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:30 am.Abdeen House,Egypt

Friday, May 11, 2012

AKU RINDU KAU

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.
Sekadar hiasan

Tetiba hati jadi sedih.Rasa ingin menalipon emak di kampung.Tapi faham saja waktu-waktu begini (04:02 pm).Line internet sangatlah lembab dek housemate yang semua sedang celik it.Heh!

Emak dan bapak akan bertolak ke madinah esok.Moga mereka berdua sihat walafiat dan selamat segala-galanya. Rasa cemburu pula rasanya!.Bilalah agaknya Allah mahu aku jadi tetamunya nanti.Untunglah juga buat bakal IBU hati! Semoga segala persiapan dalaman dan luaran berjalan dengan lancar hendaknya.

Mak aku rindu kau mak!(Inilah penyakit mega bila exam datang!)heh!

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:36 pm.Abdeen House,Egypt

Saturday, May 5, 2012

FOR IBU HATI

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Sanah helwa for bakal IBU idaman kalbu.Actually,I'm so sory for the late birthday wish! hehe.And hope so your birthday was happy and totally great.Have a wonderful years!.Doa banyak-bayak untuk keberkatan bersama ok!As aluallah an yaj aluki minal mar'ah solehah wil barakah fi dunya wil akhiroh! Allahumma ameen. :)

Ok dah tak tahu nak cakap apa.hehe.So,pergilah tidur awal ye cik bakal IBU idaman kalbu. :p


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:36 pm.Abdeen House,Egypt

Thursday, May 3, 2012

HIKMAH CASH

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...
PROLOG

Teringat suatu ketika dahulu ketika aku di suruh untuk menyampaikan sedikit pesanan atau nasihat buat orang-orang kampung di mesjid.Atas permintaan spontan dari ayahnda sebelum menunaikan solat magrib,aku terpaksa menerima dengan hati terbuka walaupun ketika itu aku memang tak tahu nak cakap apa.Dan apa yang aku ingat ketika ucapan ringkas yang aku ucapkan adalah '' Wahai pakcik dan makcik yang saya sayangi,pergilah ke mesjid jika mempunyai masalah kerana bla bla bla''.

PERMULAAN KISAH

Apa yang berlaku hari ini adalah sangat bertepatan dengan kata-kata aku pada suatu ketika dahulu.Mujur saja aku teringat,jika tidak,mungkin allah kurang beri perhatian terhadap aku.Alahai...sedihnya jika allah kurang beri perhatian pada hamba-hambanya.Jauhilah akan ia ya Robb..

Petang hari ini aku agak merasa lemah dan hilang semangat,padahal peperiksaan bakal di tempuh tidak beberapa lama lagi.Aku cuba melangkah ke mesjid walaupun jemaah sudah kerakaat kedua.Apa yang ingin aku kongsikan bersama disini adalah:Alhamdulillah secara tidak sengaja allah anugerahkan kepada aku seorang pakcik yang sangat kuat tubuh badanya walaupun kelihatan umurnya dalam lingkungan  80 tahun dan juga seorang imam di mesjid yang aku kebiasaanya bersolat.Sebenarnya aku sudah kenal lama,cuma mungkin hari ini aku dapat hikmah cash dari tuhan.Alhamdulillah

SIAPA DIA

Keberadaanya di mesjid menjadi batu loncatan dan penawar bagi aku untuk terus kekal solat fardhu di mesjid itu.Atas anugerah ini alhamdulillah setiap kali aku bersalaman,aku di hadiahkan doa darinya dan memang aku tanamkan niat jika hendak bersalaman dengan beliau hanya ingin meminta doa dan ingin sentiasa didoa darinya.

Alhamdulillah,mungkin dengan berkat doa yang ikhlas dari beliau,aku kembali bertenaga tidak semena.Tiba-tiba mode study datang tanpa di duga.Perasaan lemah tidak berdaya berganti cekal dan kuat.Mudah-mudahan perasaan ini kau lindungi dari bisikan syaitan ya allah!!..Bersyukur terhadap semua ini.Semoga allah memanjangkan usiamu Haji Mahmud berserta keberkatan hidup sepanjang hayat.Allahumma amin!

EMAK DAN KAKAK

Jika dulu awal-awal keberadaan aku di mesir,hanya emak dan kakak tempat aku memulihkan semangat.Namun atas faktor umur yang kian meningkat lagi beberapa helaian rambut kiat memutih,segan rasanya ingin teresak-esak di ganggang talipon seperti dahulu.Syukur saja tuhan anugerahkan Haji Mahmud dalam hidup aku saat ini.

KHATIMAH

Cerita ini bukan ingin mendabik dada atau menaikan nama,sekadar ingin kalian tahu yang bertapa ada beribu-ribu rahsia jika kita senantiasa ke mesjid.Memang hidup ini sentiasa ada masalah,ditambah pula bisikan syaitan yang selalu menghinakan kita.Maka aku cuba kongsi di ruangan ini.Agar dapat membantu hati-hati yang ingin mencari kedamaian yang abadi.Wallahu a'lam.

Ku harap keampunan mu ya Robb...juga doa dari kalian semua di luar sana....

Lagu belakang tabir: Surgamu by Unggu.



Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:53 pm.Abdeen House,Egypt

Related Posts with Thumbnails