Tuesday, March 27, 2012

MY PHONE

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

Sekadar hiasan...

Dugaan datang tanpa di duga.Hambik kau!. Kehadiran dia hanya memudahkan sebahagian urusan dalam hidup aku.Ketiadaanya tidak lah terasa kosong tapi keralatan juga bila teringat pada dia.Oh my phone,selamatlah dikau dengan labu-labunya.

Tidak mengapalah,benda memang sudah mahu jadi,R&R saja lah.(rilexs & redho) Bukankah dalam al-quraan ada menyebut yang ertinya "Tidak akan allah menguji seseorang melainkan dia mampu untuk menghadapinya" so senyum sabar saja la. (ayat penyedap)

Terima kasih pada seseorang yang dah bersedia mahu bagi aku samsung galaxy tab bila balik malaysia nanti.hahaha.Hantaran lain ok!sekian.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:40 a
m.Abdeen House,Egypt

Saturday, March 24, 2012

LORONG LAMARAN

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

Sekadar hiasan...


Hidup tidak semestinya bersikap jujur tapi harus bersikap menerima sesuatu.Tuhan tempat sandaran utama,nafsu yang datang hanya hamparan duka.Manusia ini terus mencuba untuk menerima,apakah salah bila menyukai sesuatu yang selorong dengan arusan diri?

Ketika hidup mula memberi makna,hati jadi lebih kental untuk berusaha.Kalam-kalam teman menjadi kiraan disisi,samada benar ataupun menjaga reputasi.

Memang benar,susah untuk memadam apa yang telah tertulis.Tapi sebagai hamba perlu ada sikap 'hauqolah'.Dengan sifat mendiamkan diri pada yang tertulis itu lebih enteng dari berteriak.Kekuatanku hanyalah semangkuk doa dari bekas tapak tangan yang hina.Sudilah kiranya kau tuhan,berikan aku sedikit kepuasan.

Aku tidak mahu bulan bicara sendiri.Aku tak mahu bulan menjadi saksi.Ku mohon cerita aku tetap dihati.

Petang ini ramai orang datang kerumah.Selain bersilaturahmi,ada yang juga sekadar menumpang solat dan meneruskan perjalanan kembali.Suasana begini amat biasa di rumah kami.Namun pun dah rumah Johor lama abdeen.Memang orang senang jadikan rumah ini sebagai rumah R&R. heh!

Moga yang datang membawa rahmah dan kembali membawa magfirah. :)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:43 p
m.Abdeen House,Egypt

Thursday, March 22, 2012

DEAR DIA

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.



sekadar hiasan...

Aku minta maaf pada seseorang yang sentiasa ada untuk aku.Rupanya ada yang kisah dengan penulisan aku selama ini.Sungguh aku tidak berniat begitu wahai teman.Aku bertulis atas dasar untuk diri ini sahaja.

Aku menulis kerana aku sadar,tiada siapa yang mampu mendengar keluhan dihati berjam-jam lamanya dan aku juga tidak ingin sekali menyusahkan kamu.Dengan itu aku menulis untuk mencari semangat diri dan jika bernasib baik,akan ada manusia yang sudi mencurahkan penanya di laman balas bawah.

Selain menulis,luahan ini aku seru pada bonda di kampung.Ya,anak bongsu lagi manja.Bonda saja yang dapat tahan dengan luahan ini.Robbuna yu addiki sehhah ya mama!

Kau teman juga separuh hidup aku.Andai perasaan itu terkisah di hati,maafkan aku sekali lagi.

P/S:Please send some message on my whatapps to wake me before fajar :) TQ.Lailah saed ya ikhwani jami'an :)


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:05 a
m.Abdeen House,Egypt

Thursday, March 15, 2012

PENYEJUK HATI


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.



Sekadar hiasan...

Bila api cinta kian membara,ramai manusia mudah terleka.Yang pahit semua jadi manis.Yang busuk semua jadi wangi.Yang benci semua di sukai.Yang haram semua jadi halal ! (Nauzubillah)

Dalam ketika pulang dari saha yaman,tiba-tiba hati kecil aku menyusun perbualan antara seorang hamba yang patuh pada agama dengan kenalan rapatnya.

Awak dah solat?

Awak dah mengaji?

Awak study cemana?

Awak puasa isnin khamis?

Awak,sama-sama jaga hati ye.

Awak,usah sakiti hati orang lain ye.

Awak,biarlah orang buat jahat pada awak.

Awak sudah talipon orang tua di kampung?

Awak,rajinkanlah diri solat tengah malam ye.

Awak,sudikah kiranya mendoakan sesama kita?

Awak,jika rindu itu datang,bisiklah pada DIA,insyallah saya dengar :)


Sangat bertuah si adam atau si hawa yang memiliki teman yang sentiasa mengingatkan insan yang dikasihnya sentiasa dalam keadaan rahmat dan keampunan ilahi.Allahu Rabbi.Tuhan tautkanlah cinta dihati berpadu iman dalam permulaan cinta.Doa rabitah......


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:47 a
m.Abdeen House,Egypt

Wednesday, March 14, 2012

ADA UNTUKMU

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

sekadar hiasan...

Ketika mimpimu yang begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah..

Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything's gonna be ok..

*Bondan Prakoso & Fade To Black - Ya Sudahlah*

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:39 p
m.Abdeen House,Egypt

DOAKAN

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

اللهم انك تعلم ان هذه القلوب قدجتمعت على محبتك والقت على طاعتك وتوحدت على دعوتك وتعاهدت على نصرة شريعتك فوثق اللهم رابطتها وادم ودهاواهدها سباهاواملأها بنورك الذي لايخبو واشرح صدورها بفيض الايمان بك وجميل التوكل عليك واحيها بمعرفتك وامتهاعلى الشهادة في سبيلك انك نعم المولى ونعم النصير, اللهم امين.وصل اللهم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:01 a
m.Abdeen House,Egypt


Tuesday, March 13, 2012

IHSANKAH AKU?


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Hanya sekelumit yang ingin aku kongsi disini.Itupun jika kalian ingin membacanya,dan jujur aku tidak terasa hati jika ada yang tidak hadap dengan semua ini.Hidup kena smile! kata seorang siswi kecil usm (jangan marah bah!).

Sebentar tadi baru saja aku dan housmate telah mengadakan mesyuarat rumah yang sentiasa ada pro dan kontra dalam membincang sesuatu masalah.Tapi bukan aku mahu cerita tentang apa yang kami bincangkan tadi.Hanya ingin berkongsi tentang bertapa pentingnya perasaan ihsan kepada semua orang yang berada disekeliling mahu pun di benua lain. :)

Apa itu ihsan? berkemungkinan kalian lebih arif dari aku.So,Marilah kita pinang sifat ihsan untuk hati.Nescaya hati akan hormoni dengan cara tersendiri.i'allah. :)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:33 a
m.Abdeen House,Egypt

Sunday, March 11, 2012

HAMBIK KAU!


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Seringkali diri merasa sudah cukup dengan apa yang ada,Padahal ada suatu perkara yang kita harus rasa sampai semuanya masih belum cukup!

Eh bau apa ni? (Ya Allah !!!! aku tengah panaskan minyak kat dapur!!).Sekali tengok kat dapur dah semacam rumah hantu di melaka dah! berasap! terbakar periuk aku! hehehe .Sory teman.I'm speechless right now! lol. Belum beruban lagi dah jadi begini.(kena kahwin cepat jari manis ni kot!) heh.

Baru nak cerita erti usah mengelamun,dah diri sendiri yang kena dulu!.Padan muka! heh..

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:10 a
m.Abdeen House,Egypt

Saturday, March 10, 2012

AKU TETAP SAMA

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

Sekadar hiasan...

Bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada setiap insan yang berada di sekeliling kita.Hanya DIA saja yang mampu memenuhi kehendak hamba-hambanya.Memang itulah cabaran dan dugaan yang harus di lalui untuk kita semua.

Aku insan kerdil lagi lemah untuk menanggung semua ini.Harusnya ada disisiku seorang yang kuat untuk mengalah dan membiarkan aku berlalu pergi.Aku bukan bacol bila mengatakan sebegitu,Bahkan aku turut melawan dengan segenap kemampuanku atas apa yang telah di taqdirkan.

Sesungguhnya takrif manusia itu sendiri adalah : "saling memerlukan antara satu sama lain".Memerlukan segala-galanya.Sama-sama beralah,sama-sama berdoa.

Marilah kita fahami hati masing-masing bersandarkan ayat ilahi.Mudah-mudahan segalah hikmah akan terungkai dan kita mampu menyedari segalanya-galanya itu milik DIA.

Salam sayang buat semua sahabat yang pernah aku kenali.Hubungan ikhlas yang lagi erat ini tidak akan aku putuskan melainkan aku menemui Sang Pencipta.Sahabat,kita semua ibarat satu badan,jika kau sakit,aku juga turut sakit.Ana uhibbukum fillah! :(

Aku sama seperti dulu.Darah manis tetap darah manis,kerana aku memang manis pun orangnya :)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:22 p
m.Abdeen House,Egypt

Wednesday, March 7, 2012

SIKAP PALSU

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

Sekadar hiasan...


Setahu aku,sesuatu yang ditinggalkan itu pasti ada beberapa perkara yang menghalang untuk kita membuat sesuatu.Contohnya tidak boleh solat,mungkin-mungkin saja dia sedang uzur (bagi kaum wanita) ataupun dalam keadaan junub (bagi kaum lelaki) ataupun dia telah kembali rahmatuallahi jalla wa ala (bagi kedua-duanya sekali). *hanya contoh*

Itulah yang aku ingin katakan.Aku kian menjauh dengan penulisan jujur seperti dulu-dulu.Melepaskan huruf demi huruf tanpa bersikap jujur dan harmoninya rasa di hati.

Sedetik yang kita rasa ingin dikongsi bersama,pasti dapat habuan yang lumayan.Tidak kiralah bagaimana ia datang,yang penting kita tahu siapa dia yang berhati seorang sahabat yang sentiasa ada tika itu.

Sebenarnya,ada sesuatu yang baru ingin aku catit disini.Kerna aku tahu,kawan-kawan aku disini lebih jujur dan arif dengan diri aku berbanding kawan-kawan di facebook.Mungkin untuk lain waktu yang tidak berapa lama lagi akan aku catitkan kembali.

Maafkan aku kawan,terima kasih teman. :)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

79:09 a
m.Abdeen House,Egypt
Related Posts with Thumbnails