Sunday, October 30, 2011

RAHSIA TUHAN


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG
sekadar hiasan..


MENGAKU NAIF

Masyallah..haza fadlu min robbina.( ini semua kelebihan dari tuhan kita) Salam 10 hari pertama zulhijjah...

Aku bukan berniat untuk membuat kalian semua tertunggu-tunggu dengan posting terbaru.Hanya waktu dan kesempatan saja yang dapat membela aku dari rasa bersalah atas kehadiran kalian tiap-tiap hari.(totaly ayat perasan!) ok abaikan. :)

Waktu ini jam menunjukan pukul 07:36 pm.Baru saja 30 minit yang lepas aku pulang dari mesjid dari menunaikan solat isyak.Huh!! Padahal jika di malaysia waktu-waktu sebegini para jemaah masih lagi berzikir.Begitulah perbezaan waktu tanah air dan tanah pasir (mesir).

TAQDIR ILAHI

Hari ini aku cuba menalifon emak di kampung.Ternyata ada berita tergempar.Ini semua gara-gara sebuah kereta dan 3 penumpang di dalamnya.Mereka membawa hajat suci buat anak daranya.

Oh,Aku mula diberi pilihan.Ternyata tuhan menduga aku dengan ke-egoisan aku pada suatu ketika dulu.

''Aku takkan berhajat melainkan orang lain yang berhajat!'' (ada reason sendiri kenapa status ini boleh wujud)

Sound belagak kan? Nah,Tuhan bagi tunai!.Sungguh pun hajat yang datang itu berniat ikhlas lagi merendahkan diri,Namun itulah yang paling di sukai oleh Allah S.W.T. Apabila sunnah nabi mula di praktikan.Aku mula jadi kelu.

Emak sengaja merahsiakan siapa puteri malang itu.Aku kelihatan diriku semakin berpeluh.Ya robb.Aku tidak mampu bercerita lebih panjang.Hanya Allah saja yang tahu apa kata hati.Mohon doanya teman-teman.

TUKAR TOPIK

Alhamdullilah,hari ini aku masak asam pedas yang paling terbaik punya dari hari-hari sebelum ini (hahaha).Mana tidaknya,daun kesum aku masukan dua gengam sekali gus!(perlu habiskan cepat sebelum ia layu)hehe.Alhamdulillah,Beras 5 pot pun lincin!Malaslah nak cakap lebih-lebih.Takut riak melebihi batas pula.Sikit-sikit sudah.(JOKE) abaikan kisah ini.Alhamdulillah.Oh lupa...No sugar anymore....(hehe)

Terima kasih teman semua kerana sudi membaca sampai habis :) Salam 10 hari pertama zulhijjah (gandakan amalan ok) :)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:02 pm.Abdeen House,Egypt.

Thursday, October 27, 2011

MULA MENULIS

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



Sekadar hiasan..

Bismillah,Dah tiba masanya aku menyusun langkah-langkah yang wajib aku lakukan buat sesi baru ini.Sebuah udara baru bagi aku,juga buat teman-teman yang sentiasa bersama-sama aku tika susah dan senang.Terima kasih kawan!

Suara emak masih berlegar-legar di ruangan luar telinga,Mengingatkan tentang tingkatkan kesungguhan dalam menuntut ilmu.Itulah yang wajib aku sadar.Moga tuhan selalu ada bersamaku.

Dua hari sudah aku dilamun kerisauan pada insan yang jauh di bumi tercinta.Harap kamu baik-baik saja.Dua air mata yang kau lalui dalam tempoh yang tidak kurang dari 24 jam pasti akan diberikan ganjaran yang hebat dari ALLAH.S.W.T insyallah.More keep patient.

Sedang itu,

Suasana mesir yang sudah mula sejuk buat aku jadi anak dara sementara (kuaritin) kerana di malaysia amatlah menduga perasaan lebih-lebih lagi tika saat aku berseorangan dalam kebun demi memenuhi hajat akan emak yang ingin kebunya kelihatan seperti padang bola sepak.(sedikit melawak)Dan aku berjaya buat emak tersenyum akan keberhasilan kerja cincaiku.

Di sinilah bermulanya kehidupan yang agak teratur bagi laman Buatku Tersenyum.Oh aku mula menulis.Moga tuhan restui hobi yang tidak di tuntut ini.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:22 pm.Abdeen House,Egypt.

Tuesday, October 25, 2011

BAHRAIN AGAIN!


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...

Bukan niat ingin menunjuk-nunjuk atas penulisan aku buat kali ini.Sekadar ingin melakar sejarah sendiri buat anak kampung yang jarang-jarang berada di negara orang.

Teringin berceloteh lebih rasanya waktu ini,Namun bateri laptop usang berkala hijau tua klasik ini sedang berkongsi tenaga bersama handphone black pudar.(terlupa nak charge dari rumah)

Buat teman-teman di malaysia sana,Mohon maaf jika aku tak sempat nak buat panggilan widaq (selamat tinggal).Mohon doanya sekali ya temen-temen (versi endon!)

Buat teman-teman di mesir sana,Mohon maaf,aku tidak dapat membawa bungkusan milo,oligo,nestum,apatah lagi hohoholicks ya mama!(lol).Sekadar daun kesum,bunga kantan,serai,daun limau purut,pucuk ubi, yang aku hadiahkan nanti (this is reality dude's!)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

03:26 pm.Bahrain International Airport.


Friday, October 14, 2011

AKU DI CHELSEA




Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



Sekadar hiasan

Bercuti di kota london bukanlah sesuatu yang aku ingin dari kecil.Bahkan hidup matiku di kampung halaman adalah sebaik-baik tempat yang aku dambakan.

Kata orang berpengalaman"Jika mahu kenal negara sendiri,Pergilah merantau di negara orang"Ternyata ayat itu betul-betul buat azimat kepada sang pengembara seperti aku.

Negara orang itu indahnya bila kita melihat dari JAUH.Begitu juga negara kita sendiri,indahnya bila kita lihat dari tempat yang JAUH!.Nah,Tiada bezanya bukan antara kita dan dia?Setiap tempat adalah sama keadaanya,cuma keberhasilah kita dalam mengambil faedah dari tempat tersebut saja yang kurang.

Maka,hargailah negara sendiri.we love malaysia is it? :)



Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:23 pm.Teratak Ayahnda Maryani,Johor Bahru.


Tuesday, October 4, 2011

IRON MAK!

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Hahaha...Ingat boleh tahan ketawa nih! hahahahaha..Jom lihat apa yang aku dapat memalam buta hari ini.hahahaha.











































P/s:Banyak ketawa boleh mengelapkan hati taw!heeeeee je tak pe..hahahahaha!
Mode:Iron Bang @ Iron La coming soon k! heeee.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:43 Am.Teratak Ayahnda Maryani,Johor Bahru.

Monday, October 3, 2011

LEPASKAN HAJAT


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...


Subhanallah,Lama sudah aku meninggalkan laman ini.Apa entah agaknya yang telah berlaku pada aku.Aku sendiri kabur dalam memahami keadaan diri ini.

Apa khabar kawan-kawan aku sekalian?Harap semua berada dalam sihat wal afiat.Dalam diam-diam,dah hampir 3 bulan aku di bumi tercinta ini.Apa aku buat?Tepuk diari tanya tulisanlah.

Gayanya tampak aku selama ini saja meninggalkan ruangan menulis ini.Lebih kepada laman sosial yang kini sudah popular dengan adanya lagu "Cinta muka buku".mungkin bertitki tolak dari situlah,aku mula mencari teman-teman yang sudah bertahun-tahun tidak ku temui.Alangkah syukurnya aku bila dapat berkumpul semula dengan mereka-mereka yang aku cari.

Mohon maaf jika ada yang terdetik di hati masing-masing yang aku seolah-olah sudah melupakan dunia menulis ini.Secara jujurnya tidak langsung untuk aku melupakan dunia penulisan ini.Hari demi hari,Ada saja yang sudi melawat disini. kau buat aku jadi malu!(perasan ada pengunjung setia)hehe.

Sejak awal bulan oktober hingga aku bakal balik untuk akhir bulan ini.Sungguh padat hujung minggu aku.Habis aku buat program sendiri untuk tidak ketinggalan bila dah pulang nanti.Namun,bonda aku pula yang susah mahu bagi aku keluar.hehe.(anak mak lagi nih).Mengade!!

Mohon maaf kerana tidak berapa elok ayat-ayat aku kali ini.Hanya sebagai lepaskan hajat buat korang.Baiklah,Setakat ini.emak aku dah panggil suruh makan pula.Chubby mode la jawabnya nanti.hehe.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:31 pm.Teratak Ayahnda Maryani,Johor Bahru.
Related Posts with Thumbnails