Monday, December 17, 2012

MENERIMA DIA SEADANYA


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Sebelum beberapa jam resepsi majlis perkahwinan aku dengan isteri,Malam itu seorang ibu saudara belah emak bersungguh-sungguh menarik aku di ruangan meja sambil memberi sedikit nasihat.

Aku tahu,segala yang di ceritakan dari seseorang,pasti dia sendiri pernah mengalami atau dia menjadi saksi dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.Ibu saudaraku itu seorang yang solehah menurutku.Cukup saja melihat telatah anak-anak yang dibawah jagaanya.Pekerjaanya juga sebagai seorang ustazah lagi.

'' Dalam menjalani hidup bersama orang tidak pernah kita hidup selama 24 jam lamanya,harus ada sifat dalam diri masing-masing untuk MENERIMA DIA SEADANYA.Insya allah,dengan merasa kesyukuran atas kekurangan dan kelebihan pada pasangan,akan Allah menambahkan lagi kelebihan dari sudut yang kita tak disangka-sangka"

Moga dengan perasaan menerima dia seadanya ini.Aku berharap akan aku kenal apakah kekurangan yang aku perlu perbetulkan.

Doakan kami sahabat dan keep smiling

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:13 Am.Hayyu Sabiek,Cairo.


Monday, December 10, 2012

KESEKIAN KALI


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sebagai hiasan

Bismillah.Ok dah 2 bulan aku tak menghadap laman ini.So excited kadang-kadang  bila hendak mula balik,but tak cukup tangan pula bila ingin menaip.Maklum sajalah sudah bertambang tanggung jawab.Hehe.

By the way,alhamdulillah dengan kehidupan baru yang telah aku lalui amat membuatkan aku lebih rasa sedikit kelakian berbanding zaman bujang dulu-dulu.Ya maksud aku adalah sifat yang lebih matang itu tetiba wujud dalam diri.Biasalah tu.

Ok cukuplah setakat ini dulu,walaupun macam-macam cerita dalam kepala ni mahu ditulis.Memandangkan azan subuh baru saja berkumandang,elok sangat kita bertemu di lain ruangan nanti ye? insya allah.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:25 Am.Hayyu Sabiek,Cairo.
Related Posts with Thumbnails