Wednesday, August 25, 2010

Alhamdulillah



I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.


~bahagianya saat ini~

Tuesday, August 24, 2010

Di antara dua pilihan


SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz


Berjuang menempah susah

Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

MODE:tak berapa gembira

Attention for ''NENEK''

(gambar hiasan,tiada kene mengena lagsung ngan nenek cute ini)

Seorang nenek berusia 65 tahun telah melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


(hahahahahahaha)

Sunday, August 22, 2010

Erti persahabatan


Bukan mudah untuk kamu memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu. Ikuti tips berikut, ternyata ia dapat membantu kamu dalam mencari seorang teman sejati!


1. Boleh berkongsi apa saja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.
• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.


2. Memahami
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa... 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri mu sahaja!


3. Profesional
Sedang kamu mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;
• Dia bijak mengawal emosi mu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!


4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:
• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu...
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!



Hindari diri darinya!

1. Teman yang menjatuhkan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Gemar mencari kesalahan orang lain.
• Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.
• Dia tidak memiliki ramai kawan!


2. Teman yang memiliki pengaruh negatif
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
• Dia mengajak kamu melakukan sesatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
• Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!


3. Teman yang mempergunakan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan mu.
• Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepenuh perhatian padanya.
• Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindakbalas.


4. Teman yang tikam dari belakang
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Apa yang kamu miliki, akan turut dimilikinya sama.
• Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan mu.
• Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri mu.

5. Teman yang suka meniru kamu!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lain juga sama dengan mu.
• Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
• Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Kamu bagaikan KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.

Saturday, August 21, 2010

Beruntung dikau wahai wanita.

19 Hadis nabi mengenai wanita



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya.
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuann lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

p/s:be strong..

wallahua`lam

rahsia itu ada pada dirimu sendiri

Teruja mendengarkaNYA


Bismilallah...
subhanallah...dalam diam-diam sudah sebelas hari ramadhan bersama kita...harap2 semua dapat puasa dengan sempurna la hendaknya... x kan nak memalukan umur masing2 lagi kan..yang york yang york tu dulu boleh la..ni umur semua dah boleh jadi bapak org pon...x kan x mantain beb..x bujang la klw x mantain...he3..

arini aku cam biasa la cam ari2 sblmnya...dari sahur ke sahur arini camtu je...tapi arini ada citer best..saje nk kongsi la ni..cerita panas la jugak..ish...klw di hayati..mmg panas beb...he3..camni citer dia..arini aku g kelas syeikh nurudin al banjari..korang kenal kan syeikh ni...alamak budak usim...budak uia..budak upsi..budak insaniah..budak kuis..budak etc..jgn buat malu la klw x kenal..=D..arini dia buat pengajian kitab khusus..tajuk kitabnya " iqomah hujjah "(peneggakan bukti)..aku cuma nk cerita la...kitab ini mengisahkan karomah-karomah (pekara-pekara ajaib) yang di lakukan oleh sahabat-sahabat,tabien,tabiq tabien,wali-wali,imam-imam,dan menceritakan bagaimana kuatnya ibadah rasuluallah itu sendiri..


Bila membacanya td..fuhh...mmg x masuk aqal...tapi itulah dinamakan karomah yg diberi dari tuhan untuk hamba-hambanya yg berlumba-lumba beramal soleh padanya...apa yang mereka harapkan sebenarya..apa yang meraka impikan untuk semua itu...apa yang membuat mereka itu khusyuk untuk terus beribadah....jika kita amati betul-betul...mereka itu beribadah seolah-olah neraka itu wujud tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mereka sahaja...masya allah tabarakallah..adakah kita pernah terlintas dihati pemikiran yang sebegitu rupa???...tepuk dada..tanya iman...

Disini contoh nama-nama dan amal ibadah mereka yang lakukan:

Imam abu hanifah an nukman RA :(pengasas mazhab hanafi)..tak tidur selama 40 tahun lamanya ...siang berpuasa..malam bertahajud...

Imam idris as syafie RA :(pengasas mazhab syafie)terkenal dengan ibadahnya di bulan ramdhan..beliau telah mengkhatamkan alquran sebanyak 60 kali dalam sebulan ramadhan...

Imam ahmad bin hanbal RA:(pengasas mazhab hanbali) beliau terkenal dengan ibadahnya telah bersolat sebanyak 800 rakaat siang dan malam..

Imam mansur bin zadan RA:terkenal dengan ibadahnya di bulan ramdhan yang telah menghatamkan 2 kali al-qur'an di antara waktu solat magrib dan isyak....

Imam tsabit bin aslam al banani RA: adalah seorang wali allah yang setelah wafatnya beliau...beliau tetap bersolat di dalam kuburnya...kerana ketika beliau masih hidup..beliau seoarng yang suka bersolat dan telah menunaikan ibadah tahajud selama50 tahun...setiap kali sahaja dekat dgn waktu sahur..beliau akan berdoa ''ya allah ya tuhanku...jika kau ada mengurniakan kepada salah seorang makhlukmu untuk bersolat di dalam kuburnya..maka berilah kurniaan itu padaku "

Imam fathi bin saed al musolli RA:jikalau beliau terasa pening kepala..beliau sangat gembira,kerana katanya" aku bersyukur kerana diberikan dari penyakit2 para anbia'(nabi-nabi),maka tanda aku bersyukur padanya,aku telah solat sebanyak 400 rakaat"

SUBHANALLAH...pelik bukan?dari mana mereka dapat kemampuan seperti itu...itulah hadiah tuhan pada hambanya yang sangat bangga dengan agama yang dianutinya... dan banyak lagi nama-nama harum yang terkandung dalam kitab ini..moga-moga kita semua dapat mengambil ikhtibar dengan pengorbanan mereka di dunia ini...dengan anugerah bulan ramadhan ini..kita manfaatkan lah seberapa bnyk mana yang kita boleh lakukan..bukan untuk menunjuk-nunjuk...bahkan untuk meningkatkan iman kita terhadap ALLAH S.W.T..

wa allahu a'lam.

p/s :kitab ini adalah hujjah untuk kita bila beramal pada pekara yang tiada di buat pada zaman nabi selama masa hidupnya...senang citer..hujjah untuk melawan pendapat-pendapat jengkel puak wahabi ttg isu bid'ah ...

:jika korang nk ikuti kelas syeikh nuruddin al-banjari sila layari web ini i'allah..korang boleh mengikuti melalui radio ataupun tv..lagipun ramai je pendengar-pendegar dekat tanah air..

Friday, August 20, 2010

paku di tiang

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.

Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."


Rakan yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.Wassalam.

Thursday, August 19, 2010

Apakah dimaksudkan dengan tadarus?

Dari segi bahasa adalah:saling mempelajari antara satu sama lain.Dari segi istilahnya pula adalah: Belajar dalam satu kumpulan bersama seorang guru yang pakar dalam bidang itu..

Bila menyebut perkataan tadarus,mesti tadarus berkaitan dengan al-quran..memang sudah jadi adat orang malaysia yang beragama islam akan bertadarus dengan al-quran bermai-ramai.Boleh juga saya gambarkan tadarus al-quran itu seperti kita study group dengan kawan-kawan...disitu kita boleh mengetahui kekurangan ilmu kita selama ini.

Apa motifnya kita melakukan semua ini?

Biasanya apabila kita mengaji bersendirian, kita perasan semua sebutan kita betul belaka. Bagaimana pun apabila orang lain menyemak bacaan kita, barulah kita tahu kesilapan-kesilapan yang acapkali kita lakukan tanpa sedar. Contoh kesilapan yang mungkin kita terlepas pandang selain hukum tajwid ialah tersalah baris (baris atas menjadi baris bawah dan sebaliknya), tersalah huruf (ta menjadi ya atau nun) dan menambah atau mengurangkan huruf (lazimnya huruf wau).

Perlu diingati matlamat bertadarus bukanlah untuk cepat-cepat mengkhatamkan Al Qur’an tetapi untuk membiasakan diri kita membaca Kitab Suci itu dengan bacaan yang betul.

ada pengalaman menarik yang ingin saya kongsikan disini...kisah ni ketika sy di sekolah menengah,kebetulan sy jadi ketua bacaan..x pandai mana pon,tapi dah di amanahkan,saya turutu saja la..namun apa yang jadi begini ceritanya..saya telah katakan pada kawan-kawan kumpulan sy.sebelum sy mulakan bacaan ni...jika ada salah salah..mohon tegurnya ye..maka setelah itu saya baca la...x sampai satu ayat je,telah kedengaran sahut menyahut masing-masing menegur kesilapan bacaan sy..“Woi, woi, keretapi mahu pergi mana? Mana wajibul ghunnah??? Ulang balik, ulang balik.”..dan x cukup itu saje..saya kene lagi...“Huruf qolqolah ada berapa Tok guru?” maka sy menjawab “Ada 5”.kawan-kawan sy semua menjegilkan matanya. “Pandai pun. Kenapa tadi tidak dengar Tok Guru sebut qolqolahnya?”..hehehe...erm semua tu kenangan yang x bisa sy hilangkan gambaranya.moga bermanfaat untuk sy sampai saya mati...

Kadang-kadang ramai x mahu hadirkan diri dengan bertadarus.kerana segan kerana dirinya lemah dalam membacakan al-quran..ataupun x rela dimarahi dengan tok guru yang salahnya satu..betulkan sampai berjela-jela..maka disini ada dua cadagan menurut saya..

Pertama, bagi yang kurang pandai mengaji Al Qur’an, janganlah menjauhkan diri. Masuklah kumpulan tadarus dengan berlapang dada. Sekurang-kurangnya dengan mendengar dan menyemak orang lain membaca, kita mendapat banyak pengajaran dan tips. Bawa senaskah Al Qur’an sendiri dan sebatang pensel. Sambil menyemak, tandakan di tempat-tempat yang kita tersilap baca supaya hukum-hukumnya yang betul kita boleh ingat. Jika kena tegur, usahlah ambil hati sangat kerana kita sedang belajar. Adat belajar memanglah selalu ditegur jika kita tersilap. Lagi pun ayat Al Qur'an jika tersalah baca, boleh berubah maknanya dan kita berdosa.

Kedua, bagi yang pandai mengaji, janganlah terlalu hendak menggurui orang lain. Berpada-padalah ketika menegur dan jangan sampai kedengaran seperti orang meleteri budak-budak. Memang kurang sedap didengar jika kita meleterkan rakan sebaya, apa tah lagi orang yang lebih tua. Si fulan itu baru membaca sepatuh-dua dia sudah ditegur berjela-jela dengan diterangkan bermacam-macam hukum beserta Bahasa Arabnya sekali. Waduh! Seperkara lagi, jika seorang sudah menegur, yang lain-lain diamlah. Usahlah semua sekali hendak menegur. Pening Si fulan itu nanti.

Kasihan si fulan itu. Tambah tersekat-sekat dia membaca. Jika asyik ditegur berjela-jela, sampai bilalah dia hendak berani masuk kumpulan tadarus. Elok juga jika orang yang belum pandai mengaji tidak disuruh membaca panjang-panjang dan cukup sekadar 1 muka surat sahaja setiap pusingan. Saya teringat satu babak dalam filem Anak Bapak di mana AR Tompel sebagai Tuan Mahfuz menjadi hakim dalam sebuah mahkamah olok-olok. Peguambela En. Harun (anak Tuan Mahfuz lakonan P.Ramlee) asyik membantah hujah peguamcara. Lalu Tuan Hakim berkata, “Hoi, kalau asyik engkau bantah saja, sampai bila kes ini nak habis???” (U get my point?)

~khususan ila:ezzisidra atteya~

Wednesday, August 18, 2010

Detik-detik yang begitu berharga


Bismillah

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan

kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

Bismillah

A001

A002

A003





Tuesday, August 17, 2010

Tulang rusuk kiriku...dengarkanlah


Aurat Kaum Wanita

**********************

1.Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
(menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2.Kaki ( tumit kaki )
"Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3. Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4.Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
dada-dada mereka " (An-Nur : 31)

5.Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya "
Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,
yang merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim

6.Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7.Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

8.Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9.Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya "
An Nur : 31

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu
hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya
tidak
dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10.Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)
dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi"
Riwayat Ibn Majah

11.Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) "
An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan
Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,
maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah "
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12. Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan
mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju
labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha
penyayang "
Al Ahzab : 59

13. Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

14. " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati
suaminya, segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat
dilangit ,matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya
"

Wassalam..

Monday, August 16, 2010

Apa yang aku baca hari ini

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita

...l-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.


Berbicara soal hati

AKU...
ada apa dengan aku?..
itu la yang ada pada aku..
iaitu selalu berprasangka yang tak pasti..

AKU..
ye kenapa dengan aku lagi?..
macam mana aku tak tanya pasal engkau lagi..
kau tuh dah kenapa kebelakangan nih??.

AKU..
resah la beb..
bercelaru-celari macam masak campak je..
boleh ke aku lari dari semua ni?..

AKU..
kau nk lari mana?..
tak penat ke asyik nak lari je?..
agak-agak la kan..lari kau tu dapat settle kan segalanya ke?

AKU..
hurm(tak da jawapan)..
penat la.but what i can do it..
mybe la kot..

AKU..
bukan ke semalam kau ada baca blog sorang akhwat ni?
bukan main terkesima aku tgk kau..
mana perginya terkesima kau tu?..

AKU..
astaggfirruallah...uffh..
nasib baik ko ingat kan beb..
aku rasa kene baca balik la..bagi paku sikit jiwa aku ni..

p/s :cuba mententeramkan diri (lost attitude)

Sunday, August 15, 2010

Make me realize that

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar





Mampukah aku untuk semua ini


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan

doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang

Sesuatu Yang lEbih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam

Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya

Sunday, August 1, 2010

Aku adalah bakal suami

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mem...punyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

p/s:tetiba je bagi nasihat untuk calon-calon suami ni..ada papa ke tuan umah?hehe..


Related Posts with Thumbnails