Monday, December 17, 2012

MENERIMA DIA SEADANYA


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Sebelum beberapa jam resepsi majlis perkahwinan aku dengan isteri,Malam itu seorang ibu saudara belah emak bersungguh-sungguh menarik aku di ruangan meja sambil memberi sedikit nasihat.

Aku tahu,segala yang di ceritakan dari seseorang,pasti dia sendiri pernah mengalami atau dia menjadi saksi dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.Ibu saudaraku itu seorang yang solehah menurutku.Cukup saja melihat telatah anak-anak yang dibawah jagaanya.Pekerjaanya juga sebagai seorang ustazah lagi.

'' Dalam menjalani hidup bersama orang tidak pernah kita hidup selama 24 jam lamanya,harus ada sifat dalam diri masing-masing untuk MENERIMA DIA SEADANYA.Insya allah,dengan merasa kesyukuran atas kekurangan dan kelebihan pada pasangan,akan Allah menambahkan lagi kelebihan dari sudut yang kita tak disangka-sangka"

Moga dengan perasaan menerima dia seadanya ini.Aku berharap akan aku kenal apakah kekurangan yang aku perlu perbetulkan.

Doakan kami sahabat dan keep smiling

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:13 Am.Hayyu Sabiek,Cairo.


Monday, December 10, 2012

KESEKIAN KALI


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sebagai hiasan

Bismillah.Ok dah 2 bulan aku tak menghadap laman ini.So excited kadang-kadang  bila hendak mula balik,but tak cukup tangan pula bila ingin menaip.Maklum sajalah sudah bertambang tanggung jawab.Hehe.

By the way,alhamdulillah dengan kehidupan baru yang telah aku lalui amat membuatkan aku lebih rasa sedikit kelakian berbanding zaman bujang dulu-dulu.Ya maksud aku adalah sifat yang lebih matang itu tetiba wujud dalam diri.Biasalah tu.

Ok cukuplah setakat ini dulu,walaupun macam-macam cerita dalam kepala ni mahu ditulis.Memandangkan azan subuh baru saja berkumandang,elok sangat kita bertemu di lain ruangan nanti ye? insya allah.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:25 Am.Hayyu Sabiek,Cairo.

Thursday, September 13, 2012

FIGHT FOR YOUR SELF


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sebagai hiasan...


Masyallah,lamanya aku meninggalkan laman yang sentiasa jadi tempa aku melepak's dulu-dulu.Dua bulan sungguh lama.oleh kerana diri yang di sebokkan dengan perkara yang agak remeh.Maka inilah jadinya.Kawan blog pun entah ada lagi atau tidak sekarang ini.Hope everyone is fine. :)

Just nak post satu gambar aku baru saja aku lihat tadi.Dan aku setuju dengan kata-kata yang ada tertulis disitu.Adapun kita sedar apa yg di tulis itu adalah benar,namun kita seringkali lupa,dan terus lupa.Hope dengan posting ringkas ini dapat membantu aku dan kalian untuk kembali sedar atas perbuatan kita selama ini.Adakah perjalanan hidup kita ini sudah betul?tepuk dada tanya iman. 

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:26 Am.Teratak MaryamMaryani,Pontian.


Friday, July 13, 2012

KEPENATAN KETERLALUAN


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Allah letihnya badan.2 hari 3 malam dah aku beradu di kampung.Tidur dah cukup rasanya,tapi still rasa penat yang teramat sangat.Lagi-lagi selepas bangun tidur.tak tahulah kenapa.

Untuk kawan blogger yang masih menyelinap masuk ke ruangan ini.Sudi-sudilah doakan sesama kita ok.Tak rugi,makin sayang kat korang adalah! heh!.

Ok sekadar melepaskan mood ingin menulis saja ni.Semoga bertemu kembali.Weh bunyi durian jatuh la!!! hehe.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:00 pm.Teratak Kumasi Murni,Pontian.

Wednesday, July 4, 2012

FAHAMI USAHA AKU


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Seminggu aku berdiri di luar rumah.Mencari sedikit wang dan pengalaman untuk lebih mematangkan diri.Apa orang mahu cakap,cakaplah.Memang aku bukan orang susah mana,tapi aku ingin berusaha untuk menjadi seorang yang bergantung pada diri sendiri,bukan pada orang lain i'allah!

pepatah arab mengatakan  ''  قال الشاعر :
ليس الفتى من قال أبي بل الفتى من قال ها أنا " 

Maksudnya''Bukanlah seorang pemuda itu bila mengatakan,ini semua dari hasil ayahku, tetapi seorang pemuda itu akan mengatakan,ini semua dari hasil titik peluhku

Aku harap kau faham wahai sahabat!Mohon doanya....Maaf jika ada nada egois di sini...itu semua sekadar semangat dalam aku tiada mengena dengan sesiapa.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:30 am.Abdeen House,Egypt

Friday, June 22, 2012

PERCAYAKAN MONOLOQ


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Setiap perkara ada bicara khusus untuknya.Terkadang mudah untuk mencari lafaz bahagia,namun susahnya untuk mengawal  lafaz sengsara.Syukur tuhan memberi hati,kerana manusia suka berbual sendiri.Hati adalah peneman dikala lara.

Ketidakpuashatian terhadap sesuatu perkara sebenarnya adalah suatu pantulan diri kepada kita.Selain ia di gelar ujian demi mengharap rahmat ilahi,tidak lari juga untuk menguatkan diri untuk terus hidup di masa nanti.

Aku cuba kuatkan hati dan percaya semua ini ada seribu pengajaran dan hikmah buat diri.Dosa pada tuhan tidak sekali pernah sunyi pada diriku..apalagi ingin berkira dengan segala kesempatan yang telah di lalui hingga saat ini.Ya tuhanku..La hau la wala quw wata illa billah......Mohon doakan aku teman..kupunya masalah.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:20 am.Abdeen House,Egypt

Wednesday, June 13, 2012

HATI MULA BERKENAN


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan..

Aku just ingin post cupcake yang aku rasa sangat cantik dan rasanya pasti enak! Berkenan betul hati makninak!.If kakak aku yang di kampung itu hebat membuat bahulu tradisional lalu dia olahkan sedikit texture bahulu dia kepada ala-ala cupcake like this! Seriously kak! aku berani tempah 500 biju untuk minggu first syawal 1433H ini.Heh!..

Ok saudariku,Usah cemburu dengan pilihan mak ok! U just drive ur car dengan penuh berhati-hati bila balik raya nanti ok? (ok nampak sendang senyum tu,paham bebenor la harapnya) :)

Ok,aku syok sendiri pula ketika ini.Maklumlah exam telah ditangguhkan  untuk seketika bagi memberi laluan kepada pilihanraya prisiden mesir bagi tahun 2012 ini.Hope segalanya berjalan dengan aman.Orang mesir pantang bergaduh,Orang malysia pula pantang memaki! betul tak?haaa...ubahlah semua itu dari diri sendiri.Insyallah semua akan berubah secara beransur hendaknya.

Doakan aku ya teman....Jujur kalian sentiasa ada dalam doaku untuk hari-hari seterusnsya.:)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:05 am.Abdeen House,Egypt

Monday, June 4, 2012

JIKA ENGKAU MINTA


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan

Saat sepi tanpa kiriman berita,Aku cuba berlapang dada agar hal ini jadi sebagai penahan rasa sebelum meletupnya sebuah cerita.heh! Agak kritikal juga maskulin aku ini.Kadang hebat bila menutur kata,namun aku saja yang tahu tahap derita.hehe.

Kelmarin ada 2 panggilan yang tidak sempat untuk dijawab.Melihat nombor +9665839++++30,rasanya seperti si saudari yang cuba untuk call..''tak pelah.nanti dia mesti call balik'' pujuk aku.Baru nak lepaskan handphone,tiba-tiba terdengar suara yuna '' jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu.. " Oh itu nada dering untuk pesanan ringkas!

''Salam cik abang bangla!.Alhamdulillah saya dah sampai mekah semalam dan baru saja selesai buat umrah :) .Dah makan? "

Bertapa buat sedikit gembira bila dapat tahu serba sedikit about si saudari waktu ini.But aku pula yang kacau,because kredit aku habis.Mahu topap pun,segan mahu cerita pasal duit.hehe.Hope si saudari dapat rasa kenapa aku tak dapat nak balas.hehe.By the way,perasaan ini sedikit tenang juga bila dapat SMS seringkas itu.:)

Ok esok exam BI.So please doakan ye cik saudari dan kawan-kawan.bye!heh..

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:40 pm.Abdeen House,Egypt

Tuesday, May 29, 2012

SERIKANDI SAUDARIKU

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh


Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Saudariku...
Tiada kata ingin di bicarakan...
Tiada suara ingin di lunakan...
Sekadar berharap pada kebaikan...

Saudariku...
Tempat itu amat mulia...
Pasti disana kau bahagia...
Sesaat kau...
Berjuta tahun ku...
Jika ada yang tertulis...
Hati-hati dari terguris...

Saudariku...
Didoakan selamat pergi dan pulang...
Moga doaku ini tuhan pandang...

Salam hijrah ke kota suci...Serikandi Saudariku :)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:31 pm.Abdeen House,Egypt

Sunday, May 27, 2012

AWAK PILIHLAH DIA

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.



Sekadar hiasan...

Nafsu hendak menulis di ruangan percuma ini amatlah membuat aku tak mampu untuk fokus study dengan selesa.Memang cukup poyo ayat ini.heh.

Malam tadi aku sedang belek-belek kitab tentang hukum-hukum dalam kekeluargaan.Dan aku terlihat satu perenggan yang agak menarik bagi aku.Maka aku cuba kongsikanlah sedikit buat kalian yang dah lama menunggu posting terbaru dari aku ini.heh.(cukup poyo again!)

''Pabila sepasang mempelai mengikut anjuran yang disarankan dalam islam,maka berkekalanlah mereka berdua di dalam suasana yang penuh dengan mawadah dan rahmah...''. Anjuran islam buat si isteri '' Pilihlah calon suami dikalangan lelaki yang berakhlak mulia dan penganut agama islam yang baik''. Anjuran islam buat si suami pula '' Pilihlah calon isteri dikalangan wanita yang baik agamanya dan masih dara '' So..choose it !!

Aku tersenyum bila habis membaca perenggan ini.Ya...moga allah menemukan kita dengan pasangan yang soleh dan solehah hendaknya.Apa pun,perbaikilah diri lebih ke arah positive human.Sekian :)

Doakan aku ye teman-teman :) terima kasih.



Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:46 pm.Abdeen House,Egypt
Related Posts with Thumbnails