Thursday, June 30, 2011

TANGAN JANGAN GATAL

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan..


Information for all my readers.Please looking for the other links at this moments.I was stuck right now actually.Begini ceritanya...

Tak sangka.sedang berseronok dengan lama sosial yang telah lama aku tinggalkan ini suatu ketika dulu telah membawa padah ke atas blog kosong aku tadi.

Sedap je tangan ini menekan butang delete pada gambar-gambar lama yang tidak lagi aku terujai itu.Tidak lama kemudian aku cuba buka blog aku.haaaaaaaaaaa...kenapa tetiba jadi huru-hara semacam ni,tetiba ada sticker flickr free di sisi kanan blog.Ya allah.apa aku dah buat nih!

Nak reffer kat kawan aku yang pernah mengendalikan blog aku suatu ketika dulu pun dia dah di tanah air.Tak tahu nak reffer kat siapa.bocorlah rahsia yang aku ini hanya pandai menaip tapi buta diatas taipan yang aku tulisi sendiri setiap hari.

Tak pelah.Mungkin ada hikmahnya.sebab dulu pun aku pernah terlintas di hati untuk menukar sedikit background yang aku punyai ini.Hurm..apa buleh buat nyahh...langgar je lah.

Jadi perlu diingatkan sekeras-kerasnya pada diri,Lainkali tangan jangan gatal!.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:30 pm.Abdeen House,Egypt.

SEDIKIT LETIH


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...

Beginilah kehidupan seorang pelajar yang dalam musim-musim peperiksaan.Tidak semua perkara boleh dicapai dalam satu masa.Aku mahu menaip dan aku mahu membaca.Tak mungkin aku dapat merealisasikan kedua-duanya dalam satu masa.Akak kata."setiap sesuatu perkara itu ada kepentinganya tersendiri dan perlu bijak untuk kita lebihkan pada mana yang paling bererti untuk diri".

Ya,Hidup itu memerlukan kepada pengorbanan.Tanpa pengorbanan apalah erti kebahagian yang dicapai saat ini.

Mengulangkaji yang semakin keras,online yang semakin invisible and ever,tidur yang semakin kurang nyenyak dek gementarnya perasaan untuk menghadapi hari esok.Wish me luck ya.

Sedikit letih ini aku hadiahkan untuk kamu walaupun tiada isi untuk dikongsi,hanya gambar pengubat lara di hati heh..(perasan sendiri)Terima kasih.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:20 am.Abdeen House,Egypt.

Sunday, June 26, 2011

UJIAN KASIH YANG DIBERIKAN


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


sekadar hiasan...


Hati mana yang tidak sunyi apabila ditinggalkan oleh orang yang kita amat sayangi.Lebih-lebih lagi seseorang yang kita harapkan dapat bersamanya dalam setiap perkara yang kita lakukan.Sebagai anak perantauan yang jauh dengan ahli keluarga dan sahabat handai di kampung halaman.Seharusnya ada sifat untuk melepaskan sesuatu.Ya,disini aku di uji semua itu.

Lelaki ini bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang pernah dimiliki namun mudah pula untuk yang pernah di genggami.Dimiliki itu bermaksud,hati tertarik bersama naluri suci.Tetapi yang digengami pula bermaksud,hati tertarik atas dasar nafsu kotor.Bukankah bahasa gengam itu kadang-kadang bersifat kejam dan kasar?

Seorang wanita pada azalinya seorang yang begitu halus dan sensetif.Aku mengenali wanita melalui emakku sendiri.Cukuplah setiap kali emak terpandang kanak-kanak yang sedang memakan aiskrim malaysia,pasti emak menepuk bahu aku sambil menghulur duit.Emak tidak mahu anaknya hanya menjadi seorang penonton setia acara itu.

Emak bapakku pernah kehilangan orang yang disayanginya.Bagi emakku seorang suaminya yang tercinta.Bagi bapakku seorang isterinya yang tersayang.Akhirnya aku hadir dalam dunia mereka berdua setelah mereka disatukan.Mungkin apa yang pernah aku alami pada sejarah 15 febuari lalu,Buat aku kuat untuk menjiwai hati kedua orang tua aku hari ini yang sulit untuk melupakan hal itu.Ajaib bukan?.Ujian itu hanya bermain lari-lari anak dalam kitaran hidup kami sekeluarga.Allahu Allah..

Seorang yang baik tidak mudah untuk kita lupakan.Begitulah apa yang aku rasakan saat ini.Hidup hanya dua pilihan,samada kau mahu teruskan atau kau mati dalam bernafas.Soal terima atau tidak itu tiada dalam kamus kehidupan sebenarnya.Lagikan pula adakah kau pernah diberi peluang untuk menanyakan kenapa kau dipilih untuk menjadi manusia?

Aku anak yang pernah merasai kehilangan itu.Sangat sulit untuk melupakan seorang yang pernah aku kagumi.Bukan aku memuja dan memujinya tanpa mengunakan akal sedarku,namun dia hanya seorang teman yang sedang menunggu disana.Begitu juga dengan apa yang dirasai oleh bekas suami dan isteri orang tuaku sewaktu ketika dahulu.Kehilangan tidak bererti tidak akan menemuinya kembali!.

Al faatihah...

p/s:

Kasih Allah tetap sejati bersama hamba-hambanya,walaupun hambanya kerap melupakanya.Astagfiruallahal azzim.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:49 am.Abdeen House,Egypt.

Saturday, June 25, 2011

WANITA HARUS DI HORMATI


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



MULIANYA HATI SEORANG ISTERI MUJAHID!

akan datang..

Keinginan untuk terus menulis itu sangat kuat pula pada waktu ini.Namun batas waktu dan keupayaan tidak mampu untuk dilawan.Seharusnya aku menunggu waktu yang sesuai agar dapat menulis dengan iringan hati yang bening.Maafkan aku untuk saat ini.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:08 pm.Abdeen House,Egypt.

Gusar tentang jodoh?


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

sekadar hiasan...


Adakah betul jodoh tidak perlu dicari?
Allah menyuruh manusia berusaha.

Perempuan hanya perlu menunggu?
Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasuluallah s.a.w.

Perempuan tiada banyak pilihan,Namun lelaki sebaliknya?
Perempuan berhak memilih.

Pasangan yang banyak perbezaan tidak kekal dalam perhubungan?
Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi.

Perlu bercinta sebelum berkahwin?
Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal.Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.

Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'SMS' dan berjumpa?
Selagi belum bekahwin,Syariat membataskan hubungan anatara pasangan.Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber'SMS' sehingga melalaikan.

Janji manis pasangan harus dipercayai contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya,"I tidak ada harta,tetapi I ada cinta"?
Lelaki demikian tidak bertanggung jawab keranatidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasanganya.Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerkukan belanjawan.

KOMEN

Cakap mudahlah saudara.Memang aku tak cakap pun.Aku hanya menulis.kongsi peringatan.Sebab aku tahu.Bukan mudah untuk menjadi insan yang terbaik disisinya.Namun kita semua harus sedar,Bahawasanya tuhan tidak ciptakan kita dengan serba kekurangan sebenarya.Lengkap semua yang diberikan keatas kita.Maksud aku,Tuhan telah mengurniakan kita kekuatan dan keupayaan untuk merubah nasib diri kita sendiri.Jadi?mahu tidak mahu saja kita ingin kearah itu.

Tolong ingatkan aku,bila terlihat jauh menyimpang dari landasan reda ilahi.Aku anak yang mudah alpa.Dulu dia mendekatkan aku dengan allah.Kini giliran kalian pula mengambil alih.Maksud aku,bantu membantu,ingat mengingat.Bukankah begitu wahai saudaraku semuanya?Terima kasih.

*Modal by Majalah solusi isu 31 (NEW!)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:00 am.Abdeen House,Egypt.

Friday, June 24, 2011

Hilangnya fida aisyah umairah


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

sekadar hiasan...(kim hyun joo)

ku awali hariku dengan mendoakanmu
agar kau selalu sehat dan bahagia di sana
sebelum kau melupakanku lebih jauh
sebelum kau meninggalkanku lebih jauh

pria inilah yang kan selalu mengintaimu
pria inilah yang jatuh hati pada tulisanmu

mungkin kau takkan pernah tahu
betapa mudahnya kau untuk dikagumi
mungkin kau takkan pernah sedar
betapa mudahnya kau untuk dicintai


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:30 pm.Abdeen House,Egypt.

Thursday, June 23, 2011

Anak dara is Aku?


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan


Dalam sedar tidak sedar.Telah lama aku jadi anak perantauan,yang jauh dari bumi tercinta Malaysia.Kehidupan yang berlainan adat dan resam disini banyak mengajar aku erti kecekalan dalam hidup.Lebih-lebih lagi soal keredhaan yang telah di taqdirkan.Pahit manis semua aku dapat rasa sendiri.

Saat membayangi wajah emak di ruang mindaku yang kosong ini.Bukti terlalu rindu pada emak,begitu juga pada bapak.Kedengaran siaran ulangan apa yang bisik tadi pagi "Kuatkan hati demi untuk menjadi insan yang cemerlang kelak" Namun lain pula apa yang di katakan oleh bapak tadi pagi "Doa dan sangu (duit poket) yang bapak mampu berikan" Tapi kedua-dua itu amat berkait rapat bagi aku.

Bapak aku bukan orang kaya tapi seorang yang dah penat dengan apa yang telah di upayakan untuk anak-anaknya sejak masa mudanya dulu.Itulah beberapa bidang tanah yang sarat dengan pokok kelapa sawit yang dia miliki.Oh kebun sawit itu.

Kebun sawit itu telah lama sunyi tanpa keluhan anak-anak yang sangat akur akan membantu bapaknya pergi mencari rezeki untuk setiap 2 minggu sekali.Air kopi dan air teh yang diisi dalam bekas botol air minuman berkabonat itulah yang menjadi nyawa dalam setiap lelahan yang dirasai.

Suatu lagi lebaran sejarah yang aku alami dalam waktu-waktu emas itu.Ketika itu waktu pagi.Tempat di kebun sawit.Abanglah yang mencipta sejarah.Haritu dia cuba berlagak ngeri dengan bapak.Dia cuba menghilangkan diri sewaktu bekerja.Makanya dengan aku sekali yang dia cuba hilangkan.Alasanya,dia terlalu penat dan sakit perut.Memang penat pun.Maklumlah masih budak-budak.Tak lama selepas itu.Petang itu juga sebelum magrib seingat aku.Tali lembu yang biasanya di ikat pada leher lembu sampai ke punggung abang.Perghh..

Aku adik.Aku terselamatlah,sebab aku tak tahu apa-apa.Tapi bila mengenang kejadian tu memang kelakar.Sebab abang aku memang gentel.Jika nak diikutkan lagi.Ada abang yang sulung tu lagi gentle.Tak sia-sia lah bapak ikat kau kat pokok rambutan yang banyak dengan kerengga tu.hehe.

Alahai...itu semua mimpi semalam.Seronok bila di ingat-ingatkan kembali kenangan ini.Bapak yang sudah mencapai ke peringkat usia 70 an dan emak yang sudah mencapai ke peringkat usia 60 an hanya mampu mendengar kisah-kisah yang di ungkit oleh anak-anak pada setiap malam lebaran.Tak sabar rasanya nak tunggu malam lebaran itu di malaysia nanti.

Bapak..Walaupun pernah dulu kau menampar aku ketika aku salah membaca al-quraan sehingga songkok aku yang lembut itu bisa terbang jauh.Aku ingin sekali mengucap terima kasih yang teramat sangat.Kerna aku tahu betapa besarnya peranan penampar yang kau berikan.hehe.

Harini cerita tentang bapak.Sebab bapak aku tadi pagi buat lawak.Boleh dia kata kat aku " balik ni jadi anak dara kejap ye.emak nak rehat tu ".hehe.So,anak darakah aku selepas in?.Nonsense!!


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:44 pm.Abdeen House,Egypt.

Tuesday, June 21, 2011

kau babak pertama

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

sekadar hiasan...


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

kau babak pertama
al fatehah untuk kamu
wahai gadis kanser
yang selalu di hati

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:23 pm.Abdeen House,Egypt.

Monday, June 20, 2011

Bila di tanya soal pilihan hati


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG



sekadar hiasan...


Dari abduallah ibnu mas'ud RA,Rasuluallah SAQ bersabda pada kami" wahai genarasi muda,barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaklah ia kahwin kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.Barangsiapa belum mampu hendaknya dia berpuasa.sebab ia dapat mengendalikanmu.(mutafaq alaihi)

Seorang sahabat aku telah berkongsi pandanganya terhadap wanita dan lelaki zaman sekarang.Actually dia menfokuskan tentang aurat dua kaum ini.Kebetulan pula dia sedang mencari pasangan hidupnya ketika ini.Wow! sound greats right?.

Beliau seorang student yang belum habis belajar lagi,Namun begitu pihak keluarganya rata-rata bersetuju dengan pekara ini,walaupun pada awalnya agak berat untuk mengizinkan permintaan seorang sahabat aku ini.(gentelmen!!).Bagi aku,pekara ini harus di fahami antara kedua-dua pihak,iaitu si anak dan si orang tua.

Sahabat aku ini seorang yang simple.Ada rupa,Ada pelajaran,Bijak mengurus wang ringgit,dan paling penting seorang yang taat pada ibu dan bapa.

Sambil belajar ini dia juga sedang mencari seorang wanita yang cukuplah pada dirinya itu berpakaian yang sopan dan sejuk mata memandang.Tidak semestinya yang berniqob itu sejuk dimata.begitu juga dengan tudung yang labuh.Namun bagi dia.Kadang-kadang semua itu hanya sebuah lakonan semata-mata.Dan dia percaya,Bukan semua wanita-wanita ini berlakon,Ada juga yang ikhlas demi mencari redha allah.Apa-apa pun kembali kepada niat.Aku tidak mahu berat sebelah dalam hal ini.Kalian ada hati dan agama.Kalian tanyalah iman kalian.

Didoakan sahabat aku itu berjumpa dengan pilihan hatinya yang dititipkan oleh allah.nasihat aku.Jika kita sudah berkenan dengan seseorang,Kita hanya perlu berdoa seikhlas-ikhlasnya.Kemudian mintalah restu ibu bapa.Bagi aku restu itu sebuah anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh allah kepada orang tua kita.Hmmm...Ada lagi ke zaman sekarang manusia mementingkan amalan restu itu?.

KAJIAN SENDIRI

Rata-rata juga bila aku menanyakan tentang pilihan wanita pilihan kepada setiap golong lelaki maka jawapanya nombor satu adalah dari segi aurat,kerana aurat itu suatu asas hukum agama dalam islam.Jika yang asas sudah di abaikan.Apakah yang lain akan di jaga dengan sempurna.Begitu juga aku dapat rasakan dengan golongan-golongan wanita juga menginkan seorang lelaki yang menjaga auratnya dengan baik selain seorang yang tidak merokok.

Pernikahan itu amat indah.Maka laluinya dengan sifat kasih dan sayang.jangan jadikan pernikahan itu sebuah matlamat yang dicari,Tetapi jadikan ia sebuah jalan untuk mencapai matlamat yang hakiki iaitu mencari keredaan Allah S.W.T.

Alamak...cakap macam orang dah bernikah je hehe.Rasa-rasa mahu kenal tak dengan sahabat aku ni?.hehe..Amboi laju angkat tangan eh.Dan aku bila di tanya soal pilihan hati..Aku pasti menyoal kembali..adakah kau rela dimadukan?.hehe.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:39 am.Abdeen House,Egypt.

Saturday, June 18, 2011

Di mana dia di hatiku


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan...

Ajaibnya cinta.Kerana kita suka pada seseorang maka kita akan mudah menuruti apa sahaja nasihat orang itu.Sekali beritahu saja sudah cukup sebab kita nak menggembirakan hati orang yang kita suka..Tapi kalau tak suka,Berbuihlah mulut syarah sepanjang hari pun.Pahitlah sikit nak ikut.

Tetiba ingin memiliki novel "Dimana dia di hatiku" karangan Pahrol mohd juoi.Konklusinya mungkin novel islamik itu bisa menjawab persoalan yang ada pada diri.Aduh.Tak sabar rasanya nak turun mph batu pahat!.(kawan yang berada di batu pahat tu tolong teman saya eh nanti)


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:40 pm.Abdeen House,Egypt.

Friday, June 17, 2011

Tak perlu kata apa-apa

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan..

Terima kasih pada semua yang sudi menge'wishkan'' besday aku untuk tahun ini!.Harap maaf.Aku terlalu letih sangat tika ini.Tak ada kekuatan hendak mengomel tentang apa yang berlaku.Esok-esok aku cuba kongsi cerita ye.ok lah..nak ngorok dulu.Selamat pagi.heh...


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:47 am.Abdeen House,Egypt.

Sunday, June 12, 2011

Erti kasih



Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan....

Semalam...

Ada jemputan tertutup buat kami serumah.Tak sangka pula semua housemate nak join.Actually memang susah kami semua nak keluar secara beramai-ramai.Sebabnya,Masing-masing ada kerja sendiri,Tambahan pula dalam tempoh peperiksaan fasa ke dua buat kami yang menuntut ilmu disini.

Zainuddin bin ariffin @ atau dengan pangilan mesra cik zai adalah orang yang telah menjemput kami semua untuk hadir ke rumah tumpangan sementaranya sebelum pada keesokan paginya akan bertolak ke jeddah untuk menunaikan ibadah umrah bersama istrinya yang tercinta.Di doakan Moga ibadahnya di terima oleh Allah S.W.T.Ameen.

Beliau adalah salah seorang tetamu kami (Di Rumah abdeen) pada 10 oktober tahun 2010 yang lalu.Dimana ketika itu beliau sedang menguruskan anak perempuanya yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedukturan.Di doakan semoga anaknya berjaya dengan cemerlang,Ameen.Cik zai juga seorang ramah dah mudah didekati walaupun seorang yang berpangkat besar dalam TM (Telekom Malaysia).Perkenalan kami sangat singkat namun kemesraan itu terasa sudah lama kami berkenalan.

Di kesempatan ini.Saya mewakili seluruh ahli rumah abdeen ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas undagan yang di berikan.Di doakan semoga keluarga cik zai semuanya hidup dalam keberkatan di dunia mahupun di akhirat.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:20 pm.Abdeen House,Egypt.

Friday, June 10, 2011

Terima kasih pengujung


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

sekadar hiasan...


Niat untuk menulis itu ada.Namun ilham tidak turun-turun jua.Penat mencari idea yang bagus untuk di kongsi bersama,Namun hanya hangat-hangat tahi lalat sahaja.Mungkin kadang-kadang berdiam diri dari menulis itu suatu mata pelajaran yang aku harus pelajari.

Aku cuba menulis ini kerana....

Bila melihat pengujung keluar masuk dalam blog aku.Tetiba rasa kasihan.Kasihan pada yang selalu datang tapi dia tidak menemui sesuatu yang baru dalam blog aku yang secara amnya terkenal dengan coretan anak kejauhan sahaja.

Untuk setiap penulisan yang terkesan biasanya ayat-ayat mereka itu ajaib sekali.Pernah aku terbaca dan aku jadikan rujukan sehingga sekarang mengenai apa erti kehidupan itu sendiri melalui penulisan Dr.pahrol juoi.Klik sini.

Ada banyak lagi blog yang aku temui.Namun cukup la Dr.pahrol juoi aku kenalkan pada kalian.Jujur,Aku sadar atas kelemahan diri yang tidak empunya nilai ayat seni yang bagus bila ingin menyampaikan sesuatu perkara,Dan menurutku,Ayat seni itu teramatlah sangat penting.Bukankah ramai orang terkesan dengan sesuatu penyampaian,Dari tersusunya ayat-ayat seni lagi lembut dan boleh diterima oleh akal dan hati?.

Oh l'm man full of shortcomings.sory dear friend.

Makanya,Maafkan aku teman.Aku tidak empunya ayat seni itu untuk kalian jamah setiap hari.Aku anak kosong,Tidak empunya apa-apa melainkan hanya anugerah senyuman manis di bibir ini.

Oleh itu,Entri yang mengenai hakikat kelemahan diri ini,khas untuk kalian.Aku sayang kalian.Terima kasih pengunjung.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:38 pm.Abdeen House,Egypt.


Tuesday, June 7, 2011

Jawapanya adalah

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

"KAWAREK GAM''
hehehe

Dengan ini aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis-finalis yang sudi untuk membuang masa dengan meneka menu yang aku anjurkan buat julung-julung kalinya.hehe.(oh pleaseee)

Dalam banyak-banyak jawapan,Hanya ada 2 orang sahaja yang jawapanya hampir tepat,Namun keciwa sangat.Sebab masih tak tepat selepas mencuba untuk ke sekian kalinya .(jelir lidah).Tidak mengapalah.."No body is perfect right?".hehe. (pujuk)

So,untuk dua orang yang menjawab hampir tepat ini.Si Nana dan Si Izaty.Mohon seribu kemaafan la ya.hehe.Tapi jangan risau,hadiah untuk saguhati telah disediakan.So,Kami nak minta alamat umah masing-masing la ye.Alamat umah di malaysia!.

Dan tak lupa pada yang sudi meneka walaupun tak mampu untuk meneka.hehe.Tolong berikan alamat umah anda kepada kami.Kerana hadiah untuk setiap penyertaan telah disediakan juga.hehe.(kaya betul mak jemah).

Terima kasih kepada yang lain:IUDDIN-JIHA-AMOI-E'IN- Kerana sudi mencuba nasib.hehe.(nasib baik sikit,save duit mak jemah)hehe.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:02 pm.Abdeen House,Egypt.

Sunday, June 5, 2011

Siapa tahu menu ini?

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


bukan sekadar sup...

Amboi makcik-makcik..cepat betul meng'klis ke blog saya ini.heh..(perasan..)

Andakah anda tahu menu apakah ini,Inilah menu yang telah berjaya kami jadikan santapan seawal jam 3:05 pagi tadi?.Siapa yang tahu,memang dia seorang yang bertaraf intersionalee lah.heh..

Berbulan-bulan rasanya kami menunggu untuk menikmati menu istimewa ini.Terima kasih daun keladi buat ustad putera 30,ustad qusyai 28,dan ustad aizuddin 25 yang telah menghempas pulas membuat menu sahur untuk 3 rejab.

Huh?apa dia?Tuanya?Standart la.Dalam dunia mengejar ilmu memang macamni.Tak kira tua atau muda untuk meneruskan pelajaran mereka.Sememangnya mereka semua sudah bergelar si suami pun.Korang risau ke?.Jangan lah risau.Aku sorang je belum lagi.heh..(jelir lidah..)

So,Siapa yang tahu,tekalah.Aku mahu nama saitifiknya,yang selalu orang arab mesir gelarkan,Dan untuk jawapan menu di atas akan aku beritahu selepas 2 hari nanti insyallah.

Oh lupa.Untuk hadiah bagi jawapan yang tepat,akan menerima souvenir ikhlas dari aku yang kebetulan akan pulang ke tanah air tidak lama lagi.haa apa lagi...(ye ye o je kan..)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:55 am.Abdeen House,Egypt.

Friday, June 3, 2011

Layan YB not FB

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

sekali housemate aku dah tagged aku daa..heh..(kantoi)

Padahal aku dah kurang dah layan facebook..CEKONON! (kopipes ayat HS suda).Tapi tak pe..hapdet blog still line clear..hehehe..harap cik mumtaz tak perli aku dalam emel nanti.LOLz.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:48 pm.Abdeen House,Egypt.

Thursday, June 2, 2011

Nikmat persaudaraan

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG




عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَن
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akansempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Ya allah... kau hidupkanlah hati kami yang hampir mati ini dengan penuh kesedaran terhadap kesengsaraan yang di alami oleh saudara kami di palestin sana! Aku bermohon dengan sebenar-benar pohonan terhadapMU ya allah!

Al fatehah...

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:16 pm.Abdeen House,Egypt.


Related Posts with Thumbnails