Thursday, March 31, 2011

Rahsiaku bocor!

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Aku cuma mahu kongsi sedikit latar belakang aku kat kalian semua.So selepas ini tidak perlu lah kalian rasa lain dengan aku,SEGAN KE,MALU KE.Just biasa-biasa sudah ok?.PROMISE?.Aku juga manusia yang maha lemah.

Bismillahirohmanirrohim....Kliks lah link dibawah.Aku janji aku tak tipu korang...

www.this-is-my-story.com/v/Q5L01MME6S22

So,Pada sesiapa yang teringin mahu buat rahsia cerita dia sendiri..Klik disini

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

07:09 pm.Abdeen House,Egypt.

Dilema seorang askar (lucu)

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

4 hari lepas seorang kawan aku telah melarikan sekotak makanan tentera dari kota bersih lagi indah Alexandria (Bubudak alex jangan nak hidung tinggi plak!).Dalam kotak yang sepanjang 1 meter dan selebar 2 kaki itu telah memuatkan 5 buah bungkus makana segera seperti di bawah.



Dalam kiraanku,satu plastik sahaja sudah memakan seberat hampir 3 kilogram.Apatah lagi 5 bungkus.Kali la sendiri!.Dalam hati terdetik"cemana la mamat ni boleh nak bawak ke cairo?".Sangup betul!Namun tanpa di tanya mesti aku dah tahu apa yang dia akan jawab nanti,mesti camni bunyinyer"ehhh...ni aku punya la..bukan untuk ko!".hahaha...Daripada aku terkena baik aku diam-diam.Last-last,dapat gak sebungkus,penat aku mengayat!.(padahal memang dia nak bagi)hehe.

MAKANAN UNTUK SEMINGGU

Dalam tu ada macam-macam!.Ayam masak merah! daging masak kurma!sambal sotong!ikan masak kari!paceri nenas kari!bubur kacang hijau!sirap betik!sirap nenas!teh uncang!bubur gandum!biskut padat!gula pasir!,garam!tisu!dan macam-macam ada..hehe..Sesuai sangat la kalau duduk dalam hutan tu.hehe.Nasib baik duk abdeen tak sama cam kat hutan tuh!..hehe..

TESTING!



Tadi baru je aku cuba masak fastfood ni.Sory bukan masak ye.Just didihkan air panas dahulu kemudian rendamkan packet-packet tadi sampai melembung.Perghhhh...mudah weh...Tinggal ngaappp je!!..(sumber google!)..haha..maaf tak sempat nak ambik yang asli!janji korang kecur!.




Tapi kalau sirap nenas ke,Usah panaskan.Just letak kat frezzer then ngaappp..PERGHHHH...jangan kecur weh..hehe...nak letak pic sikit la..bagi korang-korang kecur.(dengki amalan aku!)haha..(sumber google!)..haha..maaf tak sempat nak ambik yang asli!janji korang kecur!.

P/S
:Usah mengata aku jika korang dah tertelan air liuk korang tuh!hehe
:Sapa yang nak rasa..tinggalkan no phone kat comment bawah ni.(cara nak mengurat!)
:tq pendek! bagi BONTROT yang terbaik ni.hehe..
:syukur alhamdulilah atas nikmatnya yang terus menerus.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

03:30 pm.Abdeen House,Egypt.

Gadis gedik (Tak selera)

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Selamat menonton!




Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:31 pm.Abdeen House,Egypt.

Tuesday, March 29, 2011

BONTROT (usah mencarut ! )

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG


Semalam ada sorang ustad lama yang empunyai dua cahaya mata baru balik dari maalaysia.Dia memang rapat dengan housemate aku semua,Actly dengan kucai (one of us).Ustad ni memang masyhur dengan satay sedap dia.Sampai orang-orang kedutaan pun pergi tempah dengan dia if ada annual or majlis-majlis besar.Aku pun ada simpan niat,Ingat sebelum dia balik habis nanti,Nak cedok habis-habisan dia punya resepi maut dia tuh!..hehe...By the way,Dia memang sporting punya orang.

Kenapa tetiba nak citer pasal dia ni?..hehe..Sebenarnya aku mahu ucapkan berbanyak terima kasih la kat dia atas permberiaan yang amat mengejutkan dari dia.hehe..apa dia yang dia bagi malam semalam?.

NAK CITER LA NI!

Hehe..aku citer kat korang ni..korang jangan kecur-kecur pulak!.Adalah sikit dia jamu kami berdua ni (aku ngan kucai je)sekadar satay panas!,daging masak cili api!buah pisang montel!asam jeruk!(paling best),dan buah-buah lain.Memang kaw kaw malam tadi kami melantak!.Alhamdulilah sangat-sangat.Kalau dah rezeki,Usah di tolak!.hehe..



(sumber Google!.Maaf tak dapat nak ambik pic yang asli,Sebab terlupa!,mybe terlalu teruja bila dapat makan satay free.Hahaha.jangan marah! sian sey korang dapat tengok je.Tak pe ke?haha)




(Pisang montel!.Seyes aku plak pastu yang mentel lepas makan pisang ni.Eh silap!.MONTEL la.hehe)



(Tu dia..dah lama tak pekena asam-asim ni.Tyme makan tu dah macam orang PREGNANT je rasa.Hahaha)


THE BEST PART

Last-last masa nak out dari umah ustad tu.Ada pulak BONTROT!.Dalam tu ada macam-macam,Ada perencah kurma,kari,santan,belacan,gula melaka,biskut-biskut,serbuk kopi,serbuk minuman halia,magie-magie malaysia,dan banyak lagi la.Sumpah best gila ustad ni.Tu yang kucai sayang sangat tu.hehe.(mintak-mintak dia tak baca)By the way,korang tahu ke BONTROT tu hapa?..hahaha..(Mesti nak kata aku tengah mencarut!)..BONTROT tu maknanya OLE-OLE @ BUAH TANGAN.BONTROT asal istilah dari Bahasa Jawa...Kata anak jawa!.hehe..Korang-korang yang bapaknya dan emaknya JAWA,tapi korang sendiri tak taw,Memang rugi la.HEHEHE...

Tak pasal-pasal korang terbelajar satu kalimat dari bahasa jawa.HEHE..Haisshh ni yang aku rasa nak buka kelas ni.Income gak dari NUFFNANG tuh!.hehe..(berangan)..entah sapa ntah orang pertama yang akan daftar untuk masuk kelas bahasa jawa aku nanti.hahaha.

P/S,

:Ceq midah! Sila dipercepatkan dalam mengemaskini blog anda.(nak tahu entry terbaru)
:Ceq nadia! Robbuna yasfik! (sian kawan kita demam panas)
:Ceq Mum! Usah hilang madu,Sepah di buang! (x jengguk blog aku pon arini =( )
:Sifu topect! Aku sedih tak dapat nak pujuk kucai untuk menemani kau makan Mee ayam.
:Jepon! Blog kau dah bersawang!.Taw la poket tengah penuh! hehe.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:31 pm.Abdeen House,Egypt.

Hanya Ingin Kau Tahu

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG





Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

07:31 pm.Abdeen House,Egypt.

Sunday, March 27, 2011

I like timun

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG



"


Gambar ini aku curi-curi saat aku ingin membelikan tiket kapal terbang untuk kawan aku di Malaysia.Terkejut aku dibuatnyer!.Kecik-kecik dah di ajar makan timun.Selera tua agaknya ataupun masyarakat arab mesir sudah terbiasa di didik sejak kecil dengan timun.hehe.Namun mengikut kiraanku,Bukan setakat timun sahaja yang masyarakat Mesir selera makan begitu sahaja.Termasuklah bawang merah,bawang putih,lobak merah,lobak putih,gargir (sejenis ulam paling masyhur) dan lain-lain lagi la.Sebab tu orang-orang arab badannya mereka kussss semangatt(asyik makan yang fresh-fresh)..hehe...Tu yang selalu kalau mahu beratur ke,mahu berasak-asak ke,Mesti orang melayu seperti aku ini dah awal-awal tercampak ke tepi (teruk sangat tu tipunya sampai tercampak) paling-paling pun aku terketepi la.Maklumlah,Orang jawa yang lembik.hehe.Abih mak aku suh makan Petai ngan jering aku lari,tu yang tak power kot.hehe.(nonsense!).Maaf mak,I gurau je.I love u mak!.(petang ni nak kol la orang kampung) *wink* *wink*

PENAMBAHAN

Alhamdulilah.syukur.Kelmarin telah cukup bilangan FOLLOWERS aku ke 40 orang.Aku dah agak dah.Mesti dia si gadis.Yerlah,mana ada lelaki suka blog purple aku ni.Eh!! aku awww ke? ke Nyaaa?.hahaha.Tak selera aku dengan gelaran semua tu.Mohon di jauhkan ya Allah!.So mahu ucapkan AHLAN WASAHLAN kepada adek AIN ATIQAH.(adek ke? i'm get olders is it?) Selepas ini,rajin-rajinkan mengemaskinikan blog anda ye.Saya mahu curi kata-kata power dari anda i'allah.BOLEH tak?.hehe. Tak lupa pada pengFOLLOW-pengFOLLOW yang lain.Aku amat hargai kalian dalam kesudian untuk berkogsi minda yang di catatkan dalam blog masing-masing.Aku sayang korang lebih la!.hehe.

NUFFNANG!

Terima kasing di ucapakan kepaada salah sorang FOLLOWERS aku iaitu ceq midah oi ceq midah.hehe.Yang sudi tunjuk ajar dalam mengAKSESkan akaun NUFFNANG ni kedalam blog purple aku ini.(nak belanja tapi jauh!).hehe.Dan tak lupa pada mastermind aku Ceq mum(dialah yang suh aku buat semua ni)hehe.Anyway kalaw dapat duit nanti.Aku postkan kat kau je ok!.hehe.Untuk ceq izzati pula,Baik-baik mahu tanyer about NUFFNANG,Tetiba teralih topik pada "siapa siDIA" pula.hehe.Siapalah si DIA itu yeee?.(huhu)


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:39 pm.Abdeen House,Egypt.

Your LOVE

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Sebuah perkongsian lagi yang aku terjumpa dan terima dari seseorang yang aku sayangi lagi aku rindui (my kakak siti murni bte samsuri).walaupun dia tujukan video ini pada anak-anaknya bukan pada aku,namun sebagai adik,aku juga mengerti yang dia juga mahu aku turut melayari perasaan hati,seorang ibu dan ayah.

Sumpah aku sedih bila tegok video ni!.Bila mengenang bonda dan ayahnda yang sudah melangkau jauh ke usia 70 an.Aku yang selalu di anggap anak-anak kerak oleh mereka berdua sepatutnya sudah pantas menjaga mereka tika waktu umurku kini.Namun,Aku masih disini!......ribuan batu dari mereka! Maafkanku bonda.....ayahnda.....

YOUR LOVE MUM N DAD

Video ini cuba memaparkan pesanan bonda kepada anak kesayangan mereka.Adakah wajarkah kita sebagai anak untuk melupakan segala pengorbanan yang telah diberikan?.Pasti tidak bukan?.Ayuh mari kita memperkuatkan lagi ikatan kasih sayang terhadap kedua-dua insan yang terlalu banyak mengalah demi keselesaan dan ketenteraman kita hingga dewasa.




Yang hidup entah bila akan mati,

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:50 am.Abdeen House,Egypt.

Friday, March 25, 2011

Kamikaze!

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Cemana lah tangan ni boleh gatal nak masukan video ni untuk posting terbaru...haaiiisshhh..(mengeluh sungguh ni)



PERGI SELAMANYA

Malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
sebab kau dan aku
sayangnya kau tiada disisiku

masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
mengubah yang tersurat dalam hidupmu
kau pergi tak kembali selamanya

c/o
walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh
di alam abadi di pusaramu

hanya doa yang ku iringkan
dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga dalam hidupku

segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
takdir telah tertulis untuk diriku

ulang c/o

hari kian silih berganti
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kepekatan malam ku
ku lihat lambaian mu dari syurgawi
memanggilku

P/S:Abaikan mood aku untuk kali ini!


Yang hidup entah bila akan mati,

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

03:29 pm.Abdeen House,Egypt.


Wednesday, March 23, 2011

Korbankan sedikit waktu

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Youtube ilmiah ini telah dikirimkan khas dari seorang teman rapatku yang berada di UPM serdang.Katanya video ini tak pernah memualkan mata pabila di ulang tayang kembali,Kerana ada part-part yang sedikit terusik di hatinya.Maka tanpa aku lewati,Aku cuba melihat apa yang berlaku dalam video ini demi ingin merasa apa yang dia rasakan.

Nah!ternyata yang dikatakan itu betul! air mataku secara mendadak tiba-tiba penuh di kelopak mata saat detik-detik terakhir video ini.Apakah yang berlaku disana?.Marilah sama-sama kita tonton sebentar video ini.Mungkin saja anda dapat lebih benda baru dariku!.

SAHABAT PALING MULIA



TERIMA KASIH

Actly yang bagi video ini is mumtaz binti bohari...pandai dia alihkan perasaan rindu ini.Jazakallahu khoiran kathira ya bintt!! (mesti kau dah fed up nama ko asyik naik je).

MY MYSTERY

Dalam selalu menghapdet-hapdet ni,Aku sedang menunggu seseorang yang agak misteri la juga.Siapalah geranganya yang akan menjadi FOLLOWERS aku yang ke 40 itu(tu pun nak kecoh ke?). Saja aku menunggunya sebab dengan angka 40 ni,Aku pasti akan teringat akan keislamanya seorang Amirul Mukminin,Saidina Omar RA yang telah melengkapkan 40 jiwa umat islam pada awal kemunculan islam pada suatu ketika dahulu.(memang tak de kene mengena pun dengan blog ni).As long as,jika anda seorang pengkaji angka 40,Pasti anda akan temui lagi rahsia-rahsia yang ada pada angka tersebut.(tak caya sudah!) hehe.

P/S:Sory mum...aku keliru la dengan p dan k tu..hehe..(baru lepas kene sound kat mesej td pagi)..hehe.

Keep smiling!

Yang hidup entah bila akan mati,

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:04 pm.Abdeen House,Egypt.



Tuesday, March 22, 2011

Be a strong muslim

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Pagi tadi seorang sahabat aku telah mempelawa ke sebuah masjid yang bukan calang-calang untuk tidak dikenali oleh masyarakat setempat kaherah dan pelajar-pelajar Al-Azhar di mesir.Pelawaan itu disusuli dengan kata-ka
ta semangat dari seorang lagi teman yang bakal akan bersama kami berdua."jom lah toy amik berkat solat subuh disana,boleh cuci-cuci hati sikit kat maqam imam syafie nanti"kata kawan aku.Sebut saja pasal cuci-cuci hati ni,hati aku dah rasa lain macam dah.Tersenyum sendiri aku di buatnya.Manis kata-kata dia sebentar tadi.Alhamdulilah pergi juga aku akhirnya.Moga tuhan mendengar jeritan hajatku ketika bertawasul di tepi maqam Imam Syafie RA tadi.


P/S:The awan nano song must be remove coz one is ianya dah mula memekakkan telinga aku!..tak suka.tak suka.tak suka!!!! and coz two is actly to remember atteya not to be awan nano song but be surah fatihah for her!.so don't judge me anything if u all don't know what i feel right now (please..i want to the back normal)


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:55 pm.Abdeen House,Egypt.

Friday, March 18, 2011

Polisi masuk dewan kuliah

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

THIS IS FIRST ENTRY

Entri kali ini aku cuba muatkan di bawah lebel buatku tersenyum i'allah.Sememangnya entri-entri seperti ini sudah lama ingin aku kongsikan bersama kalian sejak akhir tahun 2010 lagi.Namun atas aral yang banyak melintang,aku cuba skipkan dulu entri-entri yang agak lucu@ lawak @ sebagainya menurutku sendiri.So ini adalah pic yang ketiga selepas pic yang pertama dan kedua.Malangnya pic pertama dan kedua itu,tak sempat aku nak ambil.

PIC ONE

Pic pertama yang buatku tersenyum adalah pic tulisan kat dinding sekolah,yang bermaksud "ANJING KENCING DISINI,YANG KENCING DISINI ADALAH ANJING''hahaha...(tapi dia tulis dalam bahasa arab la)...mmg so funny..malangnyer aku tak sempat nak ambil gambar tu...seribu kali sayang buatku..hehe

PIC TWO

Pic kedua adalah...sewaktu malam selepas aku pulang bermain futsal..aku tertoleh sebuah kereta yang mana lampu depan dan belakang adalah sama warna..hehe...putih belaka depan belakang..memula aku terkejut jugak la..ingat kereta tu macam nak menghala ke kami,namun kami semua tertipu..hahaha...so funny syuuut..Pun tak dapat nak ambik pic tu..grrr..

PIC THREE

Ok..ni adalah yang the latest la...waktunya semalam masa aku di dewan kuliah..boleh plak mamat endon ni pakai baju bertulisan''POLISI MILITERI"..haha...ketawa sensorang aku dibuatnyer..kebetulan dia duk depan aku..apa lagi...SNAPPP!! lah..hehe..pastu aku cuba tegur dia(citer benar ni)..."erm pak ustad...kamu polisi yaa?"..dia langsung tersenyum sambil menunjukan giginya yang kurang tersusun itu...hahahaha..so funny syuuutt..last-last aku ngan pak ustad tu jadi teman.Maka terjadi la perbualan antara pak endon dan pak bangla...haha...sumpah aku bebual sama dia seperti mendengar kokokan ayam dan kokokan itik..haha..(Ada ke kokokan itik)..nonsense ko entoy!!..



SUDI-SUDILAH KIRANYA

By the way...tunggu la dengan entri-entri buatku tersenyum yang lain ye...if ada somebody nak kongsi pic ngan ceq..habaq la kat ceq nooo...dont malu-malu...ok..take a good care for ur self..

Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

10:50 am.Abdeen House,Egypt.

Thursday, March 10, 2011

Hidup tanpa wanita


Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Alhamdulilah segala puji bagi ALLAH SWT yang telah memberi kesempatan ini untukku kembali menulis untuk post-post yang agak ilmiah dan berfaedah untuk semua temanku sekalian i'allah.Seusaiku solat subuh dengan suasana yang amat dingin lantas aku mula kembali membaca mathurat-mathurat yang telah kutinggalkan 3 hari berturut-turut atas faktor kesihatan yang agak terganggu sedikit.Ala kulli hal alhamdulilah.Terima kasih pada kengkawan manjaku yang tak putus-putus mengkirimkan doa tulusnya itu buatku,Macam-macam aku dapat dari depa.Antaranya adalah nasihat yang amat berguna,dan memberi website-website yang amat diperlukan untukku mengenal pasti ketidakstabilan sebahagian tubuh ini..semoga kalian semua di bawah lindungan makfirahNYA..ameen..summa ameen.Sayang korang!(cam pompuan daaa) nak buat cemana..anak manje..ehehe..

Apa yang mahu di kongsikan pada pagi ini (8:32 am-egypt time) hanya sekadar apa yang aku baca sebentar sahaja tadi..untuk maklumak kalian,Dalam laptop usang lagi buruk aku ini,ada aku simpan sedikit artikel-artiket ilmiah yang sangat berguna.Jika ada kelapangan yang lebih,akanku baca mengikut tajuk mood yang aku alami ketika itu..dan pagi ini mood aku agak bersemangat pada something..so aku pilih tajuk ini.."Hidup tanpa wanita"..Marilah kita hayati artiket hebat ini..aku sudah...anda bila lagi?..hehe...dah macam apa dah..Terimalah...

HIDUP TANPA WANITA

Jangankan lelaki biasa , Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , hati , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya . Apa lagi yang tidak ada di syurga , namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu , isteri atau puteri . Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki , tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus , tak mungkin mampu nak meluruskan mereka . Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah , kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Mereka.Didiklah mereka dengan panduan dariNya .

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA , NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR .
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA .

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah . Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal, disitulah suisnya

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA , KUATKAN DENGAN IMAN . PERASAAN SELEMBUT SUTERA , HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan .
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka , walaupun tidak jadi ratu cantik dunia , presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator . Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan . Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan , kerana rahim wanita yang lembut itulah yang Mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan , jutawan dan " wan-wan" lain .

TIDAK AKAN LAHIR SUPERMAN TANPA SUPERWOMAN

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya , pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan .
Tanpa ilmu , iman dan akhlak , mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH
PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH
LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan . Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri , apalagi mengenal lelaki.Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary , bahkan anak pun akan kehilangan ibu , suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita derhaka dunia akan huru-hara.Bila tulang rusuk patah , rosaklah jantung , hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah.

PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.

Jinakkan diri dengan Allah , nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

p/s:Amacam??..pasti anda tersenyum bukan...sama seperti saya!


Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

09:03 am.Abdeen House,Egypt.

Tuesday, March 8, 2011

Peneman baru

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG


Teman baru kekasih baru.i means..cups baru and perisa air baru.cup tu ada org hadiahkan..ermm ramai betul bagi aku hadiah...padahal tarikh besday dah berlapuk..hehe..dan perisa baru iaitu nestum CEREAL..mmg real la...hehe..campuran antara bijiran khasiat (gandum) dan coklat segar dari kilang..hehe...jom...meyyy secawaaaa...=P


Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

09:20 am.Abdeen House,Egypt.

Sunday, March 6, 2011

Ada apa dengan CINTA

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG


Still bertatih dengan adobe OUT aku nih..tapi tadi masa aku tengah main-main adobe ni...kawan aku terus berseloroh..."pergh...kencang ko toy...kau taw tak..apa yg ko buat ni....dah macam belajar adobe peringkat DIPLOMA taw..."....hahahaha..."aku ketawa sambil cakap kat dia.."agak-agak la klw nak hina aku camti sekali oittt"...hehe...tapi dia balas balik..."eh betul dowh...seyes..tak tipu bro!"....dalam hati cakap membalas balik.."topek topek...ye ye o je kau ni"...

Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

02:29 pm.Abdeen House,Egypt.

Friday, March 4, 2011

Zayyan atif kami

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Tetiba aku tengok anak abang atas aku ni,aku rasa tenang je.Tak tahu kenapa,mybe tuhan turunkan aura ketenangaNYA pada anak kecil ini.Sungguh pun aku tak pernah melihatnya secara face to face apatah lagi ingin mendokongnya.



NO SAD AGAIN!


Dia buatku hilang rasa sedih

anak sulung my bro (zulkifle)

Terima kasih zayyan!



Binuhibak zayyan atif@kami menyayangi kamu zayyan atif

Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

02:29 pm.Abdeen House,Egypt.


Thursday, March 3, 2011

My dear sister

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Baru je pas balik berjoging,tetiba teringat kat akak manja aku sorang ni...maka dengan rakusnya aku terus mengADOBE gambarnya dengan anak sedaranya (aisyah humairah+5 bulan+5 kilo suda..)Makan apa ntah budak kecik ni sampai berat camtu..apa yang penting,aku tak sabar nak syium-syium dierr....hehe..(maklumlah tak ada adek).



APA YANG KU LIHAT


~siti murni binte samsuri~
~umur:40+~
~anak sulung sisi mak~
~seorang guru geografi di smk benut,pontian~
~4 orang cahaya mata~
~seorang yang:~
berjiwa besar~
~amat memahami~
~penyayang~
~murah hati~
~baik hati~
~ketua dalam keluarga~
~idea yang bernas~
~paling cerdik~
~berfikiran jauh~
~suka mencabar seseorang~
~gemar berlandskap~
~memilih~
~gedik~
~suka menyanyi~
~rajin masak nasi lemak~
~anak kebanggaan mak~

~terima kasih kak!
luv u so much...


Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

10:48 am.Abdeen House,Egypt.



Remember that dude!

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG


Kadang-kadang...Apa yang kita fikirkan.....tak sama dengan fikiran orang lain.

Apalagi tentang perasaan diri.

Kenyataanya:Aku bukan jiwang@jiduit@jifulus,akulah penyimpan memori.(gedik la plak)


Keep smiling!


La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

05:07 am.Abdeen House,Egypt.

Aku si BANGLA.

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG





Arghhh...tiada keje...boringyer kuliah tak start lagi..(ayat poyos)


Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

01:43 am.Abdeen House,Egypt.

Wednesday, March 2, 2011

Keghairahan berjoging

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Rutin pagiku sejak kebelakangan ini agak berbeza dari waktu sebelum ini.Tidak di jangkakan,selesai sahaja solat subuh dan membaca mathurat-mathurat pribadi.Keghairahan yang memuncak untuk berjoging amatlah terasa di jiwa.Jika sebelum ini,aku akan terus melayangkan diri ke katil,Tapi kali ini tidak.Pada awalnya aku bersama seorang lagi kawan untuk berjoging,namun kini jika aku seorang sahaja pun,aku sangup!..hehehe..dasyat sunguh perasaan ghairah yang di lalui ini.

SURAT KHABAR

Haaa..ni lagi satu rutin yang aku rasa janggal sangat-sangat..tetiba pula aku suka beli surat khabar,bacanya pun tak la sangat,apa lagi nak menghayati tentang isi kandunganya yang isunya yang sedang hangat-hangat ni...huhu...BUT aku hanya suka pada sudut-sudut tertentu,contohnya pada bicara ilmiah dan lawak-lawak buduh yang diorang lampirkan,so funny!!...hehehe...(seyes tak tipu).Sambil aku membeli surat khabar selepas penat berjoging,aku pasti membeli tisu kecik yang di jual oleh mak cik-mak cik miskin di tepi jalan.Siap mak cik tu kenal aku dah...asal pukul 7:30 pagi je,aku pasti datang ke arah dia untuk membeli tisu.Aku beli pun bukan guna sangat,just nak bantu dia mana yang mampu je.

TERINGAT

Tetiba teringin nak minum jus buah-buahan segar,tapi aku rasa under pukur 8:00 am ni,kedai-kedai pun belum buka,mata bebudak sekolah yang banyak terbukak ada lah...hehe...ramai giler tadi aku berselisih dengan bebudak sekolah..(nasib baik tak kene ngorat)..haha.Berbalik pasal jus tadi..Bukan teringin sangat pun..cumanya aku teringat kat sesorang yang suka minum jus ketika dalam hayatnya...erm...hurmm....ermm....(mula dah ni sebak)..Al-fatehah!!..

TUKAR TOPIK

Alangkah terkejutnya aku dengan adanya pack kecil untuk membuat teh tarik segera.Jika sebelum ini kalau nak buat kene guna teh yang banyak..susu yang banyak dan gula yang banyak..BUT now...everything is very simple,faster and easy (poyo sey cakap bi)..Aku yang sangat teruja terus membuat dan aku mula jadikanya air minuman yang sentiasa menemani di meja serabutku...hehehe...btw..semua yang aku dapat pack-pack segera ni dari bantuan makanan asasi dari kerajaan Malaysia....so puas hati la dengan bantuan yang di hulurkan...terima kasih..ALHAMDULILLAH!!


~meeehh secawaaaaa~



~Baru je dapat dua hari lepas~


~yang dulu pun tak habes lagi..alhamdulillah..huhu~

Cukup setakat ini,kepala aku dah denyut-denyut ni..nak melayang jap...hehe...mohon maaf ye jika ada yang tak kene dengan segala posting lalu dan kini..hanya ingin melawak sesama kita je,tiada lebih dari itu..

Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

10:11 am.Abdeen House,Egypt.
Related Posts with Thumbnails