Thursday, March 10, 2011

Hidup tanpa wanita


Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Alhamdulilah segala puji bagi ALLAH SWT yang telah memberi kesempatan ini untukku kembali menulis untuk post-post yang agak ilmiah dan berfaedah untuk semua temanku sekalian i'allah.Seusaiku solat subuh dengan suasana yang amat dingin lantas aku mula kembali membaca mathurat-mathurat yang telah kutinggalkan 3 hari berturut-turut atas faktor kesihatan yang agak terganggu sedikit.Ala kulli hal alhamdulilah.Terima kasih pada kengkawan manjaku yang tak putus-putus mengkirimkan doa tulusnya itu buatku,Macam-macam aku dapat dari depa.Antaranya adalah nasihat yang amat berguna,dan memberi website-website yang amat diperlukan untukku mengenal pasti ketidakstabilan sebahagian tubuh ini..semoga kalian semua di bawah lindungan makfirahNYA..ameen..summa ameen.Sayang korang!(cam pompuan daaa) nak buat cemana..anak manje..ehehe..

Apa yang mahu di kongsikan pada pagi ini (8:32 am-egypt time) hanya sekadar apa yang aku baca sebentar sahaja tadi..untuk maklumak kalian,Dalam laptop usang lagi buruk aku ini,ada aku simpan sedikit artikel-artiket ilmiah yang sangat berguna.Jika ada kelapangan yang lebih,akanku baca mengikut tajuk mood yang aku alami ketika itu..dan pagi ini mood aku agak bersemangat pada something..so aku pilih tajuk ini.."Hidup tanpa wanita"..Marilah kita hayati artiket hebat ini..aku sudah...anda bila lagi?..hehe...dah macam apa dah..Terimalah...

HIDUP TANPA WANITA

Jangankan lelaki biasa , Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , hati , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya . Apa lagi yang tidak ada di syurga , namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu , isteri atau puteri . Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki , tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus , tak mungkin mampu nak meluruskan mereka . Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah , kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Mereka.Didiklah mereka dengan panduan dariNya .

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA , NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR .
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA .

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah . Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal, disitulah suisnya

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA , KUATKAN DENGAN IMAN . PERASAAN SELEMBUT SUTERA , HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan .
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka , walaupun tidak jadi ratu cantik dunia , presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator . Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan . Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan , kerana rahim wanita yang lembut itulah yang Mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan , jutawan dan " wan-wan" lain .

TIDAK AKAN LAHIR SUPERMAN TANPA SUPERWOMAN

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya , pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan .
Tanpa ilmu , iman dan akhlak , mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH
PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH
LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan . Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri , apalagi mengenal lelaki.Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary , bahkan anak pun akan kehilangan ibu , suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita derhaka dunia akan huru-hara.Bila tulang rusuk patah , rosaklah jantung , hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah.

PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.

Jinakkan diri dengan Allah , nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

p/s:Amacam??..pasti anda tersenyum bukan...sama seperti saya!


Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

09:03 am.Abdeen House,Egypt.

4 comments:

saeedah yafi'ah said...

=)
nak kopipes ea..hehe




p/s: cam pompuan daaa...hakhakhak

E n t o y C a i r o said...

kopipes la guru besar kemal oiii..hehe..ops....(sory)

mmg cam pompuan...kesian kat makkk..hehe

E'in said...

wwwwaaaahhhh.....

Unknown said...

ngeee....

Related Posts with Thumbnails