Monday, November 29, 2010

Cebisan kata

Bismillah...

Tak terlintas didalam hati pun nak tulis post pada waktu ini (antara magrib dan isyak)..tapi sedang asyik membaca blog seorang sahabat yang alim lepasan dari Al-Azhar dan sekarang beliau berada di malaysia bersama isteri tercinta agaknya....satu bahagian teks terlihat yang membuat aku terpesona..bahagian itu adalah sebuah nasihat yang tulus dari tok guru aku sendiri yang hebat di mekah,mesir,dan indonesia...iaitu syeikh nurudin al banjari al makki...tanpa berlengah lagi aku terus copy bahagian itu untuk tontonan kawan-kawan yang rajin buka blog aku ni...semoga faedahnya besar di jiwa kita....

IRSYADAT AL FADHIL


Jangan tersilau dengan gelar PHD atau MA dan sebagainya. Penubuhan Al Maahadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda *watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.

Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.

Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.

Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan HI makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru beberkat.

Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.

Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.

Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

Sunday, November 28, 2010

Maafkanlah jika hati tak sempurna..

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday, November 24, 2010

Ya Allah ampunkan dosaKu dan Dia


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.



Thursday, November 4, 2010

Sayu itu perlu


PROLOG

Dalam suasana yang agak sepi di rumah sahabat aku ini....tiba-tiba ingin menulis satu post untuk kawan-kawan di malaysia mahupun di bumi anbia' ini...

BERMULA KISAH

ketika ini aku sedang menunggu panggilan talipon dari agen haji yang berbangsa indonesia dan juga ingin dikenali sebagai agus (nama samaran)..pada awalnya..aku diberitahu akan di jangkakan bertolak dari cairo-saudi pada 25 oktober lalu..namun..tarikh itu seperti hari-hari biasa aku di mesir..dail dan terus dail...mesej dan terus mesej..ngobrol dan terus ngobrol..namun kata putusnya...mengharap keajaiban dari tuhan yang mengetahui segalanya...

setelah seminggu aku berdiam...akhir aku dapat tahu apa masalah sebenar yang berlaku...ini adalah kerana kerajaan arab saudi telah menahan lebih kurang 600 pelajar dari berbagai bangsa asing selain bangsa mesir yang sedang menuntut di mesir ini..sungguh aku dan rakan-rakan lain setelah mendegar berita itu...namun..apa tindakan seterusnya yang perlu diambil..

diberitakan lagi..kerajaan saudi memerlukan surat keizinan dari menteri negara masing-masing agar dapat melepaskan rakyatnya yang ingin menunaikan haji di tempat asing(mesir)...kegawatan ini membuatkan aku dan beberapa sahabat lain berjumpa dengan Pemangku duta mesir Encik Saiful..dan jawapan darinya amat memuaskan...dan beliau sedia menunaikan segala permintaan dari kerajaan arab saudi itu sendiri...

Kemudia aku cuba menalipon Agus(agen haji) untuk menyatakan hasrat untuk memenuhi hasrat kerajaan arab saudi itu..namun...jawapan dari agus agak menguji lagi perasaan aku saat itu...jawapanya adalah..surat yang dihantar oleh menteri dari indonesia juga masih tidak di layan oleh kerajaan arab saudi...oleh itu nasihatya pada aku.."usah la ustad..membuat surat atau sebagainya...kerana semua itu percuma...apa yang penting banyakkan doa agar tuhan memudahkan segalanya..."

keluarga dan sahabat baik dari tanah air dan tanah berkat ini sering bertanya kapannya mau berangkat..sudah jelas jawapan aku "tengah menunggu pangilan dari agen"...fuhh...mengeluh??..letih??..tidak sama sekali i'allah...kerana aku tahu semua itu ada rahsia yang sengaja tuhan sembunyikan dari aku dan sahabat-sahabat lain...

KULIAH TETAP KULIAH

Kuliah tetap di teruskan...atas salah seorang sahabat aku yang tak habis-habis push aku suruh pegi kuliah...dan push itu amat bagi makna bagi aku bila aku mengenakan amanah yang cuba aku pikul setelah hampir setengah abad di bumi mesir...dalam hati saat ini mula berbisik ''apa yang telah aku baktikan pada diri aku sendiri???"...ohhhhh...hurmmmm...





Related Posts with Thumbnails