Wednesday, January 26, 2011

SANAH HELWA AZIM

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:00pm.Abdeen House,Egypt.

Saturday, January 22, 2011

Life is about choice




Pilih yang mana
Hidup ini dibentangkan dengan pilihan – pilihan.Setiap hari, sama ada sedar ataupun tidak, kita akan berdepan dengan pilihan . Dari perihal rutin seharian seperti ‘ hari ni nak makan apa? ’, ‘nak pakai baju yang mana ya? ’,’ nak pergi shopping di mana?’, ‘nak beli yang mana? ’, ‘ nak baca buku apa? ’, ‘nak pilih warna apa? ’ atau pun ‘ nak pergi mengaji ke,nak rehat di rumah saja? ’. Dari perihal rutin yang nampak simple, sehinggalah kepada hal – hal yang besar dan complicated di dalam kehidupan seseorang. Ada tentang jodoh, tentang kerjaya,tentang cinta ( ups! ), tentang cita – cita, atau tentang apa saja. Ternyata, semuannya adalah pilihan – pilihan yang menuntut keputusan.


Keputusan yang akan dibuat pula bergantung kepada cara kita melihat pilihan – pilihan tersebut.Ia berbalik kepada nilaian peribadi atau pun inner value dalam diri seseorang , yakni berdasarkan neraca apa dia menimbang pilihan yang terbentang di depan mata. Adakah keputusan itu dibuat di atas neraca taqwa ataupun nafsu dulu yang berbicara ?

ISTIKHARAH & ISTISYARAH

Agama kita mengajarkan supaya keputusan yang hendak dibuat haruslah melalui istkharah dan istisyarah. Sungguh, tidak lengkap istikharah tanpa istisyarah ataupun sebaliknya. Istikharah tidak dapat berjalan secara tunggal tanpa diapit oleh istisyarah. Di situ ada pergantungan kepada Khaliq dan hubungan dengan makhluq. Menurut para ulama’, jawapan kepada istikharah pula tidak mutlak melalui mimpi semata - mata. Petandanya mungkin saja melalui gerak hati, kecenderungan atau pun dipermudahkan jalan – jalan kepada urusan tersebut. Boleh jadi juga, jawapan istikharah ada pada istisyarah. Perbincangan demi perbincangan akhirnya sampai kepada satu titik jawapan. Pastinya istikharah tidak sekali – kali dikesampingkan kerana istikharah dan istisyarah ibarat irama dan lagu. Jika kurang salah satu, maka pincanglah ia. Istisyarah tanpa istikharah pula seolah – olah kita lebih mengutamakan pendapat makhluq daripada Sang Pencipta. Jelas di situ akan terjadi kepincangan kerana ‘pendapat’ Allah dibelakangkan.

Di Malaysia, pada sesetengah orang, istikharah hanya relevan untuk urusan jodoh sahaja. Istikharah hanya untuk urusan nikah kahwin. Doa istikharah pula wujud dalam pelbagai bentuk dan versi. Ada juga yang saya jumpa berbunyi begini ‘ Ya Allah, andainya dia telah ditetapkan untukku, maka dekatkanlah dia kepadaku, permudahkan urusan Ya Allah.. tapi seandainya dia bukan untukku, bawalah dia jauh dari pandanganku dan tunjukkanlah kelemahan dan keburukannya ‘. Allahu.. rangkap pertama di dalam doa tersebut, InsyaAllah bisa saja diamalkan cuma rangkap yang terakhir, mudah – mudahan bukannya pilihan. Apa perlunya kita meminta supaya Allah membentangkan keburukan dan kelemahannya kepada kita ? Bukankah kelemahan dan aib sendiri lebih banyak untuk diselidiki. Permintaan sebegitu hanya memakan diri, dan kalau pun Allah membuka aibnya di depan mata kita, apa faedahnya? Apa yang kita akan dapat ? Melainkan kita akan terus berburuk sangka dan menganggap ‘aku lebih baik dari dia, dia tidak layak untukku kerana keburukan dan kejelikan – kejelikannya’


Ya Salam… Menganggap orang lain buruk dan kita sahaja yang baik sebenarnya merupakan perangai setan. Oh, bunyinya mungkin agak kasar. Renungkan firman Allah :

“ (Allah) berfirman ‘Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.” ( Al A’raf : 12)

Bahaya kan virus “ Aku lebih baik dari dia ” ? kerana disitu ada bibit – bibit riyak dan takabbur, sifat makhluq penentang Tuhan. Cukuplah kita memohon, ‘andai dia bukan untuk ku, berilah petunjuk Mu ’. Cukup sekadar itu. Mungkin ‘petunjuk’ Nya adalah sukarnya urusan, ataupun calon tersebut tidak dipersetujui oleh ibu bapa kita kerana beberapa faktor lain dan sebagainya. Bukannya meminta agar disingkap segala aib – aibnya. Macamlah kita tidak punya aib…


Allah akan memberikan yang terbaik kepada kita. Itu benar. Seandainya seseorang itu bukan ditaqdirkan untuk kita, maka dia bukannya yang terbaik untuk kita dalam konteks ‘kesesuaian’ dan ‘keserasian’. Kesesuaian dan keserasian itu pula akan berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. Misalnya, Jika dia orang yang beragama, boleh jadi dia bukannya orang yang serasi dan sesuai dengan kita dari sudut fikrah , mungkin tidak sesuai dengan kerjayanya, mungkin cita – cita tidak sama, mungkin, mungkin…. Pelbagai kemungkinan.Hanya Allah yang tahu.


Apa yang jelas ingin dikatakan disini, jika dia bukannya yang terbaik untuk kita, bukannya bermakna dia orang yang tidak baik atau pun kita lebih baik dari dia. Ukurlah dengan neraca agama. Si dia yang Allah pilih untuk kita adalah orang yang paling serasi dan terbaik untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui keadaan dan diri seseorang. Apa yang bukan menjadi pilihan maka janganlah disertakan dengan kebencian, atau pun buruk sangka yang bukan – bukan, kerana sebenarnya apa yang diinginkan dari hidup ini adalah redha Tuhan. Hakikatnya, pilihan dalam kehidupan akan terus berlaku sehingga hari kiamat. Selagi mana jantung berdenyut, haq dan batil akan terus berlawan. Minta dipilih menjadi teman. Maka di situ pastikan neraca taqwa memainkan peranan. Bagaimanana cermin pandang kita kepada pilihan – pilihan tersebut. Ada individu yang menangisi kematian As Syahid Syeikh Ahmad Yasin, Bapa Intifadha Palestin yang dibunuh dengan kejam di atas kerusi roda. Ada juga yang “memilih” untuk menangis tersedu sedan ketika dafi @ ikin tersingkir dalam pusingan Akademi Fantasia sia - sia. Menangis adalah suatu perkara yang biasa, cuma apa dan kenapa yang membuatkan kita “ memilih” untuk menangis, berbalik kepada ‘neraca’ apa yang kita guna, agar air mata kita yang tumpah tidak sia – sia disisi agama.


Dan akhirnya, di akhir perjalanan hidup kita, Pilihannya cuma dua. Tidak ada yang ketiga. SYURGA atau NERAKA. It’s your choice.


la ila ha illallah muhamdarasuluallah..
3:20 pm,
abdeen,cairo.

Friday, January 21, 2011

B.A.H.A.G.I.A.???

Dalam kerisauan jiwa terhadap seorang teman yang sedang menjalani rawatan chemo di Marquette General Cancer Center...Aku langsung tidak buleh duduk diam selagi mana postmen aku tak menngirimkan berita untuk hal selanjutnya..(terima kasih mumtaz).Alhamdulilah selepas beberapa waktu... Aku telah diberi kekuatan hati dari allah melalui sebuah perbualan yang amat ringkas namun pengertianya sungguh mendalam untuk kehidupan seharian kita....dengan itu terimalah......

Hari itu, seorang gadis bertanya pada gurunya

“Wahai guruku...bahagia itu apa menurutmu?”

“Adakah seronok itu tandanya bahagia, sedang duka itu tandanya sengsara?” Gadis itu bertanya lagi.

Gurunya lantas menjawab.

“Ya Binti....tanyalah pada hatimu...”

Gadis itu lebih penasaran.

“ Bahagia itu ada pada hati yang lapang wahai anakku” Guru itu meneruskan bicara.

“Hati yang lapang itu pula umpama air lautan yang luas, sedang hati yang sempit umpama air di dalam segelas balang”

“Cuba direnungkan nak...”

“Andai setitis najis dimasukkan ke dalam segelas balang yang menakung air itu, apa akan terjadi?” Giliran guru itu bertanya.


“Oh, pastinya air di dalam balang itu juga akan bertukar menjadi najis” Jawab gadis itu.

“Nah anakku...benar katamu, sedang setitis najis tadi tidak akan sedikit pun mempengaruhi air samudera lautan yang luas”

“ Anakanda…begitulah bahagia yang kau cari. Bahagia itu ada pada hati yang luas. Sedikit masalah tidak akan membuat hatimu jadi gundah ..Sedang hati yang sempit tempat menyimpan penyakit. Secebis masalah yang menimpanya sudah cukup membuatkan fikirannya terbeban. Jiwa dan akalnya bisa jadi tak keruan...
“Lapangkan hatimu ya binti...nescaya disana akan kau temui bahagia”

Gadis itu mengangguk–angguk. Matanya bercahaya.

“ Apabila hati menjadi lapang, suka dan duka tetap akan membahagiakanmu kerna kedua-dua itu datangnya dari Tuhan-Mu”


Guru itu akhirnya merangkul bahu anak muridnya dan berkata.

“ Anakku.. Masukkan yang besar-besar di dalam hatimu supaya ia bisa luas dan lapang”

“ Apakah yang besar itu wahai guruku yang mulia?”

Guru itu tersenyum sambil menjawab:

“MASUKKAN ALLAH KE DALAM HATIMU.”

Laila haillallah muhamdarosuluallah,

7:39pm,
Abdeen,cairo,
For Ann Arbor patient...keep smiling...


Wednesday, January 19, 2011

Love home


Teman,

Kuingin kongsikan denganmu sebuah hadith yang kubaca tadi, yakni hadith riwayat Ibnu Majah dari Saidatina Aisyah (radhiyallahu anha)

Di dalam hadith itu, telah kutemui khazanah-khazanah berharga.

Kutemui…adab berdoa yang diajarkan rasul kepada kita, umatnya yang dikasihi.
Kutemui…kemustajaban doa itu perlu disertai dengan menyebut nama-namaNya yang agung (ismul a’zom)

Kutemui… sabarnya seorang suami mulia dalam meladeni belahan jiwanya, Sayyidatina Humaira’..

Kutemui pula... bijaksananya ummul mukminin kecintaan kita memuliakan imamnya dalam bicara dan tindakan. Bersungguh-sungguhnya Sayyidatina Aisyah menuntut ilmu dan mengejar hasanah demi redha Allah.

Begini ditintakan hadithnya:

Rasulullah (solallah alaihi wasallam) bersabda:

“Wahai Aisyah, adakah kamu tahu, sesungguhnya Allah telah menunjukkan kepadaku sebuah nama yang bila disebut dalam doa pasti doa itu diperkenankan?”

Aisyah menjawab:” Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah tolong ajarkan kepadaku..”

Nabi solallah alaihi wasallam bersabda: “ Perkara itu belum layak untukmu wahai Aisyah..”

Aisyah Berkata: Maka aku pun menjauhi dan duduk beberapa ketika.

Kemudian aku bangkit dan kucium kepala beliau, lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah…tolong ajarkan kepadaku…”

Beliau kembali menjawab: “Perkara itu belum layak untukmu. Belum saatnya aku mengajarkannya kepadamu wahai Aisyah, kerna nama itu tidak layak kamu gunakan untuk meminta perkara duniawi”

Aisyah berkata: Maka aku pun bangkit dan mengambil wudhu, lalu aku solat dua rakaat. Setelah itu, aku berucap, “ Ya Allah, aku menyeru-Mu dengan nama Allah, menyeru-Mu dengan nama Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), menyeru-Mu dengan nama Al-Barr Ar-Rahim (Yang Maha Dermawan, Yang Maha Penyayang) Aku juga menyeru-Mu dengan semua nama-nama-Mu yang baik yang ku ketahui dan yang tidak ku ketahui, agar engkau mengampuniku dan merahmatiku...”

Aisyah berkata: Maka Rasulullah solallah alaihi wasallam tersenyum dan bersabda:

“Sesungguhnya nama itu ada dalam nama-nama yang kamu ucapkan tadi.”

(HR Ibnu Majah dari Saidatina Aishah (radhiyallahu anha)

Subhanallah walhamdulillah. Indahnya akhlaq dan rumah cinta Rasulullah (solalallah alaihi wasallam).Usai membaca hadith ini. Saya juga tersenyum seperti anda.
Teman, Selamat berdoa.

Lailahaillallah - Muhammad Rasulullah,

7:42 pm,
abdeen,cairo.

Tuesday, January 18, 2011

Antara jauhari dan manikam

Detik demi detik, saat berganti saat. Umur semakin beranjak, bergulir bersama waktu. Hari dirasakan sungguh pantas berlalu. Sedangkan banyak juga lompong-lompong masa yang tidak terisi sebaik-baiknya. Masih ada, saat-saat dan hela nafas yang diisi dengan bermain-main dan lalai leka. Banyaknya detik waktu yang pergi meninggalkan… dan mustahil dijemput kembali. Modal umur kurniaan Pencipta ini, apakah nanti akan menjadi saksi yang menggembirakan diri atau justeru mencelakakan?

Waktu yang bersilih ganti, menandakan diri-diri yang menghuni dunia semakin dekat dengan janji Ilahi. Hakikatnya sekarang kita sedang bermusafir dan permusafiran di alam dunia ini sudah pun ditempuh dalam sekian–sekian jarak (umur), bukankah itu bermakna destinasi akhir semakin dekat menghampiri? Dan pastinya destinasi akhir itu adalah negeri akhirat yang kekal abadi.

Anak-anak dunia VS anak-anak akhirat

Barangsiapa yang thabat di hatinya keyakinan pada akhirat, betapa negeri akhirat itu lebih baik dan kekal, maka hiduplah dia seperti ‘anak-anak akhirat’, yang mana memakmurkan dunia dengan cita-cita akhirat, akan tetapi barangsiapa yang rakus menghirup keseronokan dunia dan merasa akhirat hanyalah sebuah cerita rekaan, (na’uzubillah) maka jadilah dia ‘anak-anak dunia’ yang menjadikan hidup di dunia sementara ini sebagai matlamat dan tujuan akhir kehidupannya. Sungguh rugilah mereka. Mereka itulah yang berada dalam siksaan dan kesesatan yang jauh. Begitu firman Allah Yang Maha Agung di dalam surah Saba’ ayat 8.

Dan temanku, adapun orang-orang yang bertaqwa, mereka meyakini dengan sesungguhnya bahawa negeri akhirat itu adalah tempat kembali yang kekal dan lebih baik berbanding dunia sementara. Wal akhiratu khairun limanittaqa (An-Nisa:77),

Merekalah seumpama jauhari yang mengenal manikam. Hanya tukang batu permata yang dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Hanya tukang emas yang dapat menilai emas manakah yang asli dan palsu,ia berbeza walaupun kilaunya mungkin tampak serupa. Hanya para solihin dan para muttaqinlah yang lebih mendamba kenikmatan kehidupan akhirat, berbanding nikmat dunia yang terlalu sedikit itu. Fahamilah wahai diri.


Seorang murabbi pernah memberikan tamsilan yang cukup simple, aku mengakui kadang-kala tamsilan yang simple begitu ada kalanya lekat di hati… mudah mudahan.. InsyaAllah.. begini ni…
cuba kita bayangkan, kita keluar dari rumah untuk ke suatu tempat. Mungkin tempat itu adalah pasar, shopping complex, kedai runcit, sekolah, pejabat, hospital atau kuliah ilmu. Mahukah kita berlama-lama di tempat tadi? Dalam erti kata lain inginkah kita terus bermukim, berehat, berlama-lama dan tidur ditempat itu? Walau tempatnya secanggih shopping complex, pasti yang bermain di fikiran “Aku sekadar singgah untuk menyelesaikan beberapa urusan dan selepas selesai, aku nak balik rumah”. Rumah dibayangkan sebagai tempat perlindungan yang selesa. Ada isteri, suami, anak-anak, ada tv, ada katil, ada air cond, ada makanan, ada jus, ada.....ada....ada...... pendek katanya segala keperluan kita tersedia lengkap di rumah.

Jadi, begitulah perumpamaan mereka yang merasakan alam dunia ini hanyalah tempat bermusafir sebentar cuma. Dunia ini hanyalah check point persinggahan. Mereka tak ingin berlama-lama kerana di dunia ini bukannya tempat berehat, bersenang-senang dan tempat tidur yang sebenarnya. Mereka rindu kepada ‘mahligai’ yang kekal di negeri abadi sana dan terlalu ingin untuk melihat segala bentuk ‘perhiasan’ dan kenikmatan di mahligai tersebut dari pahala solat, pahala puasa, pahala qiyamulail, pahala sedekah, pahala zakat, pahala jihad, pahala zikir, pahala selawat, pahala membaca al-quran, pahala cinta (pada yang haq), pahala sabar dan sebagainya. Bagaimana ya rupanya? Mereka terlalu rindu kepada negeri akhirat dan tergiur dengan kenikmatan syurga.Syurga yang mana kenikmatannya tidak pernah dilihat oleh mata. tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati.

Termaktub di dalam firman-Nya:
“ Di antara kamu, ada yang mengkehendaki dunia dan diantara kamu ada (pula) yang mengkehendaki akhirat…” (Ali Imran: 152)

Bagaimana wahai diri? Bagaimana dengan kita?


Fahamilah hanya jauhari yang mengenal manikam.


Doakan untuk aku... wahai para jauhari, agar seperti kalian yang bisa mengenal manikam. Jazakumullah kher...

9:09 pm,
abdeen,cairo.
for ann arbor pantient..

Monday, January 17, 2011

Pemilik cintaku


Dalam keadaan ingin menenangkan diri tadi..ada seseorang mem'BUZZ' aku di YM (yahoo messenger)...rupanya seorang teman yang sudah lama tak berborak di YM (padahal baru je beberapa jam)...dalam ber'chating-chating' tersentuh pulak bab cinta cintun ni....lemah betul aku dengan bab ini..sensetif pun ada...(agak mengade-ngade ye disitu)..di samping itu aku mula teringat akan seorang yang berada di malaysia...dia pernah bilang ingin memberi novel ''pemilik cintaku selepas allah dan rasul" itu sebagai hadiah...(yang terasa jangan buat-buat lupa eaa) hehehe...dan aku mula mendapat satu ilham tentang cinta-cintun ini....


Di saat dunia yang semakin parah dengan budaya ikhtilat yg menyusup melalui virus – virus hedonism, Siapa yang masih peduli untuk ‘mempertahankan’ Cinta pada Allah dan Rasul (solallah alaihi wasallam) ?

Hebatnya penghargaan Allah kepada kaum Adam, ‘para – para’ suami – yang mana Allah menjadikan ketaatan mutlak sang isteri adalah pada mereka, selepas Dia dan RasulNya ! ( Tapi perlu diingat privillege comes with responsibility. Higher post means higher responsibility la kan.. ?)
Sungguh, cinta itu adalah kepatuhan. Cinta itu ada undang – undangnya, ada prinsipnya. Cinta itu setulusnya lahir dari kesempurnaan tanggungjawab ( Er..betul ke mutazawwijin ? )

C.I.N.T.A - bukannya sekadar untuk bersuka-suki dan berasyik - asyik. Bukanlah cinta jika sampai lahir anak tak tahu bapa, Bukanlah cinta jika sampai mengenepikan orang tua, cinta itu bukanlah mempertaruhkan syariat hingga tak kisah dosa pahala. Itu semua bukan lah cinta ! Tapi bala - yang mengundang murka

Lihatlah pada mereka yang melanggar undang – undang cinta Allah. Kononnya waktu bercinta dunia ini bagaikan mereka yang punya. Apa – apa yang haram semuanya menjadi halal kerana suka sama suka. Teman, cinta itu bukannya ‘Tuhan’. Apakah dikira Allah tidak melihat saat mereka berpapasan dan berpelukan. Apakah dikira Allah tidak cemburu saat mereka berpegangan tangan di atas muka bumi Milik Nya (selagi syariat tidak menghalalkan)? Adakah dikira Allah tidak melihat tangan yang Dia ciptakan digunakan sebegitu angkuh untuk melawan hukum dan ketentuan Nya. Jika perkara haram sanggup diredah atas nama cinta, itu sebenarnya menempah tiket ke neraka. Bagaimana diharapkan barakah dan rahmat Allah akan mengiringi perjalanan sebuah rumah tangga, andai hukum Nya kita pandang sebelah mata . (Kata nak bercinta sampai syurga ?)

Semaklah di dalam firman cinta Nya di dalam surah Az – Zukhruf – Dimana teman – teman karib pada hari itu ( kiamat) sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain kecuali mereka yang bertaqwa.

Kata sebuah kumpulan nasyid :
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa ?
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bungakan layu
Cintakan manusia - akan pergi..

Orang – orang yang cuba lari dari undang – undang cinta Nya, pasti suatu saat nantinya dia akan pulang juga mengharap dan mendamba cinta Allah dan juga cinta Rasul Nya, kerna tiada yang lebih menyelamatkan, tiada cinta yang lebih meyakinkan – melainkan semuanya akan kembali pada hadrah Cinta Nya.

Cinta sesama manusia, mudahan-mudahan hanya lah menjadi alat dan bukannya matlamat. Alat untuk sama-sama memperteguh taqwa, alat untuk sama-sama mengecap nikmat syurga, alat untuk sama-sama menggapai Redha Nya kerana destinasi cinta kita pastinya bukan sekadar bersenang-senang di dunia. ( Kata orang, praktikal tak semudah teori. mohonlah pada Nya.. )
Sesungguhnya hanya Cinta Allah dan Rasul Nya saja yang dapat memberi kesejukan - saat cinta dunia dan cinta pada manusia meronta kehangatan ! :)

~Allahumma inna nas’ aluka hubbak wa hubaan man yuhibbuka~




Takkan ku menyerah kalah

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

-By:-api-pelita-
(dengarkanlah wahai teman)
Mood:seriously so happy (alhamdulilah)
1:29 am abdeen,cairo.



Sunday, January 16, 2011

Habib albi


~Hargailah air mata.. Setitis air mata yang jatuh kerana KEINSAFAN adalah 1,000 kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan, sesaat bersedih kerana REDHA dengan Allah adalah lebih mulia daripada seharian bersedih kerana CINTA MANUSIA, sejernih WUDUK yang sempurna lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata, sesuci HATI KERANA ILLAHI itulah hakikat CINTA SEJATI...La Tahzan!!



An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I’m all alone
The rooms are getting smaller
I wonder how
I wonder why
I wonder w
here they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And a
ll my love
We’re holding on forever
Reaching for the love that seems so far

Chorus
So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas g
o coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

I tried to read
I go to work
I’m laughing with my friends
But I can’t stop
To keep myself from thinking

Oh no
I wonder how
I wonder why
I wonder wh
ere they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We’re holding on forever
Reaching for the love that seems so far

Chorus
So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see y
ou once again

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You’re all I’
m thinking of
Reaching for the love that seems so far

Chorus
So …So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where th
e skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love
See you in a prayer
Dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields
are green
To see you once again my love


Indi hasas suwaiyah

Bismilahirohmanirohim....aku mulakan posting untuk hari ini...

fuhhhhhhhhhh...sebelum tu aku nak beri senyuman yang paling manis untuk korang yang still baca blog entahapahapantah aku nih ('',) mmmm.......(hehehe)...ok la tu eh....yang mana tengah sedih-sedih tu...meh sini luangkan masa sikit dengan kata-kata aku ni...Dalam al-quraan ada menyebut mafhumnya "Tidaklah tuhanmu itu membebani hamba-hambanya kecuali yang mampu baginya". nah...usahlah merunggut terus-menerus...kerana itu tu bisikan syaitan yang suka anak-anak adam ini terus bersifat bongkak....takabur...lupa diri....putus asa...dari ujian tuhan yang bersifat sementara ini...oleh itu cuba la secara perlahan-lahan mengikis perasaan sedih itu...kalaulah gunung yang tinggi itu di toreh-toreh setiap hari....nescaya akan rata juga akhirnya..

Pada kawan-kawan yang sedang gumbira tak sudah-sudah tuh...aku cukup senang sekali dengan kalian...tetapi pernahkah kalian merasa kegembiraan itu boleh jadi itu adalah ganjaran kita ketika bersabar dengan ujian allah dulu,Dan boleh jadi perasaan gembira ini mahu memberi kekuatan pada hati untuk menjalani sesi ujian seterusnya..masya allah....selagi kita bernyawa...selagi itulah kita hanya bermain-main dengan ujian allah yang tak akan sesekali putus..

Jika kita sudah tahu hukum dunia..buat apa lagi kita mahu sedih dah berduka sepanjang masa...ayuhlah teman..aku menyeru pada diriku dan diri kalian...sama-samalah kita berlapang dada...berlapang rasa....berlapang segala-galanya ,agar diri tidak dibelenggu dengan masalah hina ini ...robbuna mustaan.....

3:15 am
abdeen ,cairo.

Saturday, January 15, 2011

Bicara hati

Baru je post lepas aku menyuruh orang untuk belajar senyum..kerana senyum itu sesuatu yang abstrak di mata manusia dan kemuliaan disisi sang pencipta...namun apa yang aku alami untuk hari ini..betul-betul aku sendiri kene praktikan senyum itu kerna suatu ujian telah menimpa pada diriku.Ia amat membuat anak mataku jauh masuk kedalam..mata putihku kian berubah menjadi merah dan kelopak mataku mula menjadi sebuah takungan..lalu aku cuba pejamkan mataku sendirian dan cuba merapatkan hati yang terasa disiat-siat pedihnya...

Allah.....pedihnya jika dipendam....Allah...malunya jika di bicarakan.....

Aku cuba kuatkan diri dengan kesucian niatku atas apa yang berlaku...aku hanya manusia biasa...yang ada hati dan perasaan...memang aku peduli dengan orang kata...memandangkan hidup terlalu singkat..aku cuba nyahkan perasaan sakit ini dari kekal terus kedalam hati...buat apa aku ingin pendam-pendam?...apa faedah yang aku dapat?maka dengan itu aku hanya mampu berdoa...agar suatu hari...hikmah allah akan memberikan kepuasan pada diri ini....

Senyumlah.....senyumlah wahai kawan....biarkan allah sahaja faham niat murnimu dari manusia yang sering bangga dengan bayang-bayang dunianya sendiri...

Ya Allah....ampunkan dosaku!!!



12:53 am,
abdeen,cairo.

Thursday, January 13, 2011

Senyum la sayang

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"



Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.



Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.



Rupa mukanya berseri. Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.



Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wednesday, January 12, 2011

Lumrah kehidupan kita


Lumrah kehidupan manusia adakalnya di atas,adakalanya dia bawah. Hidup
tanpa cabaran ibarat masakan tanpa garam..serba kekurangan. Manusia seringkali menyangka bahawasanya ujian keperitan yg menimpa diri mereka adalah bala dan bencana,padahal tidak semuanya begitu. Ujian2 sebegini boleh menjadi sebahagian
ibadah kita pada ALLAH TAALA. Bagaimana?

SABAR!!

Menurut seorang guru, dlm sebuah kitab karangan Imam Al Ghazali, ada
dinyatakan: Apabila seseorang hamba ALLAH itu kurang dr segi amal ibadahnya (solat,puasa dan sebagainya), maka ALLAH TAALA akan menaikkan darjanya dengan ujian kepahitan. Jika dia berjaya,InsyaALLAH layaklah dia mendapat ketinggian darjat disisi NYA, jika sebaliknya, maka rugilah.

Apabila hati redha dan tabah menghadapi segala dugaan yg ditimpakan ke atas
diri, InsyaALLAH akan ada baginya ‘hadiah’ yang tidak pernah terlintas di hati untuk memperolehinya. ‘Hadiah’ teristimewa dari Yang Maha Pencipta.

Subhanallah!!

Semoga ujian kepahitan yang menimpa diri dapat mendidik hati betapa
sayangnya ALLAH TAALA pada hamba2 hinggakan dia memberi peluang2 lain supaya hamba2nya itu memperoleh pahala dan dinaikkan tingkatan darjat di akhirat kelak.

“Sesungguhnya ALLAH TAALA tidak sekali2 menganiaya (seseorang) sekalipun
sebesar zarah. Dan tidak pula (amal yg sebesar zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya.” (An Nisa: 40)

Oleh itu, janganlah berputus asa dari rahmat ALLAH TAALA
.

Awak.....


The glory of friendship is not the outstretched hand ,nor the kindly smile ,nor the joy of companionships it is the spiritual inspiration that comes to one when he discovers that someone else believes in him and is willing to trust him with friendship...

Monday, January 10, 2011

Always be there


Allahuakbar...[8x]

If you ask me about love
And what to know about it
My answer will be...

It's everything about Allah
The pure love to our soul
The creator of you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There's no way to turn
As He promised
He will always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promised
He will always be there

He's always watching us, guiding us
And He knows what's in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promised
He will always be there...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it'll all be over
And we'll be in His heaven
And we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As He promised
He will always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promised
He will always be there
He's always watching us, guiding us
And He knows what's in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He'll always be there

Allahuakbar [12x]


p/s : Sabar yer teman...

Sunday, January 9, 2011

An awesome a today

Teringat pertanyaan makcik aku belah mak (adek mak aku) masa raya 2009 yang lalu.ketika itu dia buka topik pasal malam lailatul qadar "fahmi tahu tak cemana kita nak tahu malam itu malam lailatulqadar?"aku yang dianggap baik la kononnyer kerana telah bergelar pelajar dari universiti al-azhar mungkin sahaja dapat menjawab soalan cepu emas itu.Lalu aku mulakan menjawab "tak tahulah cik lin"aku yang cuba melawan perasaan malu terus mengaku dengan selamba,kerana aku tahu amanah ilmu (jawab jika tahu-senyap jika sebaliknya).Aku cuba melontarkan pertanyaan itu kepada makcikku kembali...Dia yang cuba menjawab dengan menyangka-nyangka jika malam lailatulqadar itu mungkin saja...seseorang itu dibangunkan oleh allah dengan perasaan yang senang hati,mengambil wudhuk dengan perasaan gembira,solatnya dengan perasaan khusyuk,dan doanya pula terasa panjang.

Sambung makcikku lagi "kita tahu kita kadang-kadang tak mampu hendak bangun malam tahajud,apa yang kita mampu adalah azam dan berdoa,nescaya tuhan akan bantu.tapi jika kita sambil lewa untuk mengejar kebaikan,pasti tuhan akan sambil lewa pada kita,nauzubillah.."Nauzubilah!! sambut aku dan ibuku yang berada disitu juga.makcikku terus menyeloroh "kita ni kalau tuhan tak beri sedikit kemampuan untuk hidup,nescaya sebatang jarum pun takkan mampu untuk kita mengangkatnya!!"..dalam hati aku mula berbisik "nasihat ini macam pernah aku dengar dulu,tapi bila dah lama tak dengar,rasa lain macam je"..aku yang berada betul disebelahnya amat merasai apa yang ingin cuba disampaikan..sebagai orang muda..aku mendengar dahulu dan membiarkan orang tua lain yang menyambut kata-kata keramat itu tadi...ibuku yang disisinya pun mula mengaturkan bicaranya "betul tu lin,aku iki yang wes tuak kok,dino-dino doa' kan angger kuat wae la.." (sila cari kamus)..aku yang selalu 24 jam dengan ibu hanya mampu menganggukan kata-katanya.aku tahu sekali apa yang dia kerjakan untuk setiap hari...

Apa yang ingin kusampaikan pada kalian mungkin sudah terasa di hati masing-masing...oleh itu sama-samalah mengejarkan kebaikan untuk saham kita di akhirat kelak..jika sekarang kita bergelar seorang anak,sudah pasti imbuhan (pahala) itu akan diberi juga kepada orang tua kita,dan jika kita telah bergelar ayah dan ibu tidak mungkin imbuhan itu akan dirasai oleh anak-anak ,melainkan kita yang mengajar mereka untuk itu (beramal soleh)...Renung-renungkanlah untuk masa depan kita bersama...

*****

Pagi hari ini adalah pagi yang sangat bermakna sekali bagi aku,kerana seorang kawan telah mengajak aku bersolat subuh di mesjid yang selama dua tahun ini aku mencari dan berhasrat untuk pergi ke sana...namun pagi harini dengan izin allah,aku yang hanya berjalan kaki hampir satu setengah kilomiter dapat untuk menuju kesana,itulah mesjid sultan syamsudin hanafi,masjid lama yang masih utuh dan mengekalkan ciri-ciri lukisan tamadun silam.Masjid yang terkenal didalamnya ada dua keistimewaanya...Satu:maqam sultan syamsudin hanafi(seorang ulama' yang terkenal di mesir pada tahun 1341).Dua:telaga air yang rasanya persis air zam zam (ada kisah menarik tentang telaga dan rasa air suci ini).ALHAMDULILAH!!syukur!!..akhirnya aku dapat menziarahi kembali....JAZAKALLAHUKHOIRAN KATHIRA AI...kredit untuk kamu!!

*****




~Maqam~

















~Telaga~







-9january2011-06:12am-cairo-




Saturday, January 8, 2011

Tajdid cinta


Setiap yang hidup samada tidak berakal atau sebaliknya,pasti ada undang-undang tersendiri.cuba la kita perhatikan ciptaan allah yang sekecil semut itu,jika kita perhatikan mereka bergerak seakan-akan beratur walaupun disebelah kanan dan kirinya tiada gunung-ganang,bukit bukau,semak samun dan macam-macam lagi yang mungkin bagi sang semut tidak boleh untuk potong line teman-teman dihadapanya..kenapa dan mengapa sang semut tetap mengikut galur-galur yang dihadapanya bukan dari arah lain???...siapa tahu sila angkat tangan.....(dah agak dah...sorang pun tak mampu nk bagi jawapan)..hampeh....

Mungkin jika aku menanyakan soalan yang sama pada kanak-kanak sekolah rendah dan mereka pasti akan menjawab..."semut mana ada akal cikgu!"(sesekali berangan jadi cikgu)..jika di soal pada anak-anak pula "semut ikut emak ayah diorang kot papa"(sesekali lagi berangan jadi seorang ayah mithali pulak) jika disoal pula pada cucu-cucu "hanya mampu tersenyum kambing sambil mengangkat kedua-dua belah bahu''(tak payahlah nak cakap aku nak jadi atok,calon isteri pun tiada lagi).

Baiklah teman-temanku sekalian...

Bagi aku yang faqir ini mungkin sahaja jawapan aku sama dengan cucu-cucu tadi...dalam erti kata lain "Wallahu A'lam" .Tuhan pencipta lagi maha arif dalam semua benda yang diciptanya,pasti ada makna tersendiri.Sepertimana ingin aku kuatkan ingatan kembali pada kalian dalam posting-posting sebelum ini yang Tuhan itu maha mengetahui dan jauh dari sunah-sunnahnya yang sia-sia belaka.

Begitulah juga dengan kehidupan seharian manusia,sudah jelas kita sebagai khalifah harus mengikuti segala undang-undang yang di perintahkanya.Apa dia perintahnya???adakah kalian ingin aku menyoal lagi mengikut tahap-tahap tumbesaran manusia seperti turutan diatas???...Aku pasti dan yakin kalian maha tahu apa yang diperintahkan pada kita di muka bumi ini.Dalam al-quraan ada menyebutkan bahawasanya ''Tidaklah aku (allah)menjadikan manusia dan jin,melaikan untuk beribadah" dan ditambah lagi oleh para ulama dalam hidup ini allah menjadikan kita untuk ''Berlajar".Makanya apalagi yang kita tidak faham?,sangat faham bukan?oleh itu cuba la sedaya upaya untuk mengikuti undang-undang kehidupan sebelum di bicarakan di mahkamah akhirat kelak...

Ada betulnya kata seorang sahabat aku yang mahu di gelar SB (stalker blog)..telingga yang mendengar,mata yang melihat,pasti dekat dengan mulut yang berbicara.Maksudnya...orang yang memberi nasihat itu must be in line with his words...demi mengelak penyakit riak dan sombong..marilah kita sama-sama tajdid(memperbaharui) kesanggupan diri dengan undang-undang yang allah telah dipertangung jawabkan kepada kita!!!..(jika kita boleh tajdid cinta dengan teman-teman...mengapa tidak dengan robbul alamin ini???)


2:52 am,
12°c,
abdeen,cairo.

Friday, January 7, 2011

Angin exam

Bangun subuhku pagi ini amat liat sekali...mungkin sahaja malam tadi aku tidur lewat atas keluar lewat malam dan balik pon lewat malam..semata-mata ingin cari angin segar di luar rumah..kira-kira dalam pukul 12 setengah malam hingga 2:10 pagi ..aku yang di temani oleh ai pada waktu itu hanya berjalan kaki sahaja,aku yang sekadar bersweater nipis dan bejubah lama tambahan pula berkain kombang amat merasai kesejukan malam tadi...memang amat sejuk (kesal dalam hati tak sudah-sudah)..

Sedikit bermakna aku titipkan pada perutku ini (hehehe)...ai yang cuba menunjukan restoran fathira yang best lagi tip top di kawasan dekat-dekat dengan area rumah aku..dan rasanya..mema
ng mabeles.....walaupun tunggu lama sedikit...dan hampir-hampir buat aku nak sound je mamat arab tu (eksyen la konon)...mujur saja ada segelas juzz mangga dihadapanku yang boleh ku hirup perlahan-lahan sementara menunggu' fathira musyakkal bil luhum el italia' aku siap!!...

Pagi hari jumaat ini...ku cuba menghabiskan masa dengan surah kahfi dan bacaan ilmiah yang ada di folder "ILMIAH"ku...sebelum mata ingin tidur sunat sebelum jumaat (qoilulalh)...terusik pula emosianal aku pagi-pagi ni setelah mendengar kawan sebelah bilik ni asyik memutarkan berkali-kali lagu dari nyayian aizat "PERGI".huhuh..moga dia baik-baik sahaja...(mybe kawan aku jiwa kacau kot)....=D....




Related Posts with Thumbnails