Waktu yang bersilih ganti, menandakan diri-diri yang menghuni dunia semakin dekat dengan janji Ilahi. Hakikatnya sekarang kita sedang bermusafir dan permusafiran di alam dunia ini sudah pun ditempuh dalam sekian–sekian jarak (umur), bukankah itu bermakna destinasi akhir semakin dekat menghampiri? Dan pastinya destinasi akhir itu adalah negeri akhirat yang kekal abadi.
Anak-anak dunia VS anak-anak akhirat
Barangsiapa yang thabat di hatinya keyakinan pada akhirat, betapa negeri akhirat itu lebih baik dan kekal, maka hiduplah dia seperti ‘anak-anak akhirat’, yang mana memakmurkan dunia dengan cita-cita akhirat, akan tetapi barangsiapa yang rakus menghirup keseronokan dunia dan merasa akhirat hanyalah sebuah cerita rekaan, (na’uzubillah) maka jadilah dia ‘anak-anak dunia’ yang menjadikan hidup di dunia sementara ini sebagai matlamat dan tujuan akhir kehidupannya. Sungguh rugilah mereka. Mereka itulah yang berada dalam siksaan dan kesesatan yang jauh. Begitu firman Allah Yang Maha Agung di dalam surah Saba’ ayat 8.
Dan temanku, adapun orang-orang yang bertaqwa, mereka meyakini dengan sesungguhnya bahawa negeri akhirat itu adalah tempat kembali yang kekal dan lebih baik berbanding dunia sementara. Wal akhiratu khairun limanittaqa (An-Nisa:77),
Merekalah seumpama jauhari yang mengenal manikam. Hanya tukang batu permata yang dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Hanya tukang emas yang dapat menilai emas manakah yang asli dan palsu,ia berbeza walaupun kilaunya mungkin tampak serupa. Hanya para solihin dan para muttaqinlah yang lebih mendamba kenikmatan kehidupan akhirat, berbanding nikmat dunia yang terlalu sedikit itu. Fahamilah wahai diri.
Seorang murabbi pernah memberikan tamsilan yang cukup simple, aku mengakui kadang-kala tamsilan yang simple begitu ada kalanya lekat di hati… mudah mudahan.. InsyaAllah.. begini ni…
cuba kita bayangkan, kita keluar dari rumah untuk ke suatu tempat. Mungkin tempat itu adalah pasar, shopping complex, kedai runcit, sekolah, pejabat, hospital atau kuliah ilmu. Mahukah kita berlama-lama di tempat tadi? Dalam erti kata lain inginkah kita terus bermukim, berehat, berlama-lama dan tidur ditempat itu? Walau tempatnya secanggih shopping complex, pasti yang bermain di fikiran “Aku sekadar singgah untuk menyelesaikan beberapa urusan dan selepas selesai, aku nak balik rumah”. Rumah dibayangkan sebagai tempat perlindungan yang selesa. Ada isteri, suami, anak-anak, ada tv, ada katil, ada air cond, ada makanan, ada jus, ada.....ada....ada...... pendek katanya segala keperluan kita tersedia lengkap di rumah.
Jadi, begitulah perumpamaan mereka yang merasakan alam dunia ini hanyalah tempat bermusafir sebentar cuma. Dunia ini hanyalah check point persinggahan. Mereka tak ingin berlama-lama kerana di dunia ini bukannya tempat berehat, bersenang-senang dan tempat tidur yang sebenarnya. Mereka rindu kepada ‘mahligai’ yang kekal di negeri abadi sana dan terlalu ingin untuk melihat segala bentuk ‘perhiasan’ dan kenikmatan di mahligai tersebut dari pahala solat, pahala puasa, pahala qiyamulail, pahala sedekah, pahala zakat, pahala jihad, pahala zikir, pahala selawat, pahala membaca al-quran, pahala cinta (pada yang haq), pahala sabar dan sebagainya. Bagaimana ya rupanya? Mereka terlalu rindu kepada negeri akhirat dan tergiur dengan kenikmatan syurga.Syurga yang mana kenikmatannya tidak pernah dilihat oleh mata. tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati.
Termaktub di dalam firman-Nya:
“ Di antara kamu, ada yang mengkehendaki dunia dan diantara kamu ada (pula) yang mengkehendaki akhirat…” (Ali Imran: 152)
Bagaimana wahai diri? Bagaimana dengan kita?
Termaktub di dalam firman-Nya:
“ Di antara kamu, ada yang mengkehendaki dunia dan diantara kamu ada (pula) yang mengkehendaki akhirat…” (Ali Imran: 152)
Bagaimana wahai diri? Bagaimana dengan kita?
Fahamilah hanya jauhari yang mengenal manikam.
Doakan untuk aku... wahai para jauhari, agar seperti kalian yang bisa mengenal manikam. Jazakumullah kher...
9:09 pm,
abdeen,cairo.
for ann arbor pantient..
No comments:
Post a Comment