Wednesday, January 5, 2011
Kau harus terima
Kenapa tiba-tiba pagi ini buat aku merasakan sesuatu yang berat untuk berfikir..hurm...Setelah selesai solat subuh dan diakhir dengan bacaan surah yasin..langsung membuka laptop usang ini semata-mata mahu mendengar tazkirah pagi dari ulama' indonesia yang aku simpankan didalam folder khas yang tertulis "HABAIB"..di dalam folder itu telah tersenarai beberapa nama alim ulama dan para cendiakawan lain yang aku minati sekali pada alunan kata dalam betuk ceramah mahupun berdzikir yang menyeru hati kepada tuhan yang maha berkuasa...Tapi malangnya hard disk itu telah di pinjamkan kepada kawan aku yang semalam bertandang kerumah dengan kata janji akan memulangkanya pada hari ini...
Keinginan untuk mendengar tazkirah pagi tidak terhenti disitu..lantas aku terus membuka browser mozzilla firefox untuk ke link youtube...kerana disitu terdapat juga apa yang aku inginkan untuk santapan rohani pagi ini...Cuba untuk memilih tazkirah yang bertajuk 'IKHLAS'..hasil dari 3 part video itu amat membuatku tertarik untuk mencari tazkirah lain yang agak aku perlukan waktu ini..maka aku taip tajuk tazkirah 'REDHA'...diantara dua tajuk ini sangat ada kesinambungan makna yang tersendiri...
Maksud ikhlas itu tidak memerlukan pujian untuk terus berbuat kebaikan dan bila dia di cela tidak pula mematahkan semangatnya untuk terus berbuat kebaikan...itulah hakikat seorang yang ikhlas..terus menerus memiliki sifat mulianya tanpa teremosional dengan kata-kata manusia. Apa yang dia harapkan adalah...pandangan dari Allah S.W.T yang maha membalas kebaikan dan keburukan..Aku cuba menyeru kepada teman-teman sekalian..yang dipandang nanti dalam banyak-banyak amalan adalah hati yang ikhlas kepada Allah S.W.T...Mudah-mudahan selepas ini kita mampu untuk menjadikan diri ini seorang yang ikhlas kepadaNYA...amen..
Maksud redha pula amat besar jika ingin dihuraikan..bahkan disebalik 5 huruf itulah terkandung rahsia dunia dan akhirat..kisah ini mungkin sahaja masyhur dikalangan umat islam sekarang tetapi jika dihayati kisah ini ada kaitan dengan syiar islam perlu teladani..''Bermula perintah Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim as untuk meninggalkan istirinya yang dicintai siti hajar ra bersama gendongan anak yang masih kecil lagi tidak berdaya di kawasan lapang dan disirami pancaran sinaran terik matahari di bumi hijaz yang sekarang dikenali sebagai makkatul mukarramah...Sebelum siti hajar ra ditinggalkan berdua di tempat gersang itu...maka bertanya lah dia kepada baginda Nabi Ibrahim as "adakah ini semua perintah dari Tuhan kita?" maka jawab Nabi Ibarahim as.."ya"...maka jawab berkata lagi siti hajar ra "jika begitu aku redha dengan ujian ini...walaupun susah sampai mati sekalipun..kerna aku percaya...tiada disisi perintah allah sekalipun yang sia-sia!!!'' lantas Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua dengan rasa sedih dan berharap agar tuhan membantui mereka...
Ujian yang dialami telah bermula...si anak kecil itu tidak dapat menahan rasa dahaga yang amat sangat..sehingga meronta-ronta dengan laungan tangisan yang mengegarkan hati sang ibu untuk mencari setitik air...lalu Siti hajar berlari-lari diantar bukit-bukit yang ada...bila ia berada di bukit A...dia akan nampak di bukit B seolah-olah ada sinaran air yang mengalir..malangya bila ia di bukit B..di bukit A pula terlihat seakan-akan ada air yang sedang mengalir arus...begitulah tabah Siti hajar ra kehulu dan kehilir,dari bukit A ke bukit b sehingga 7 kali pusingan yang ia lakukan sehinggalah beliau penat dan rehat seketika di atas bukit berkenaan..tangisan anak kecil terus mengundah gulakan perasaan si ibu..takut-takut dia akan mati akibat kehausan..
Namun denga izin Allah S.W.T yang maha pengasih dan maha penyayang...dengan satu hentakan kaki anak kecil itu yang terkena pada batu yang berada di hadapanya... terpacutlah air yang mencurah-curah...lalu Siti hajar ra amat merasa bersyukur lalu memberi minum kepada anak kecilnya itu...kemudian..akibat air yang terkeluar itu tidak mahu berhenti-henti..maka Siti hajar membuat suatu empungan air agar air tidak melimpah ke kawasan lain..kata ulama terdahulu berkata "jikalah Siti hajar ra tidak membuat empungan itu..nescaya bumi hijaz ini akandi tenggelami dengan air"..masya allah maha pemurah nikmat tuhan yang dikurniakan itu..
Untuk penjelasan lagi..bukit A dan B itu adalah bukit soffa dan bukit marwa...dan anak kecil yang suci itu adalah Nabi ismail as...bumi hijazz itu adalah tanah haram (mekkah) dan air itu pula adalah air zam zam...mungkin dizaman moden ini...kita cuma mengetahui tentang nama dan faedahnya sahaja..tapi bila dapat merasai setiap asal usul yang dikerjakan pasti amat kita hargai...
Justeru hiduplah dengan penuh keIKHLASan dalam diri dan belajarlah untuk terus REDHA dengan ketentuan Allah dalam segala perintahnya..
Begitulah sedikit perkongsian yang aku dapat untuk harini...Jikan ada salah fakta mahupun keterangan..silalah tegur..kerana diri seorang manusia itu tiada yang pernah sempurna..ku titipkan post ini buat yang memerlukanku..dan aku akan sedaya upaya membantui diri kamu...dan juga buat teman-teman lain yang sudi membaca..
p/s~harapan orang lain lebih penting dari harapan kamu itu sendiri,belajarlah untuk mengalah pasti tuhan akan memenangi hatimu untuk suatu perkara yang lain~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment