Monday, January 17, 2011

Pemilik cintaku


Dalam keadaan ingin menenangkan diri tadi..ada seseorang mem'BUZZ' aku di YM (yahoo messenger)...rupanya seorang teman yang sudah lama tak berborak di YM (padahal baru je beberapa jam)...dalam ber'chating-chating' tersentuh pulak bab cinta cintun ni....lemah betul aku dengan bab ini..sensetif pun ada...(agak mengade-ngade ye disitu)..di samping itu aku mula teringat akan seorang yang berada di malaysia...dia pernah bilang ingin memberi novel ''pemilik cintaku selepas allah dan rasul" itu sebagai hadiah...(yang terasa jangan buat-buat lupa eaa) hehehe...dan aku mula mendapat satu ilham tentang cinta-cintun ini....


Di saat dunia yang semakin parah dengan budaya ikhtilat yg menyusup melalui virus – virus hedonism, Siapa yang masih peduli untuk ‘mempertahankan’ Cinta pada Allah dan Rasul (solallah alaihi wasallam) ?

Hebatnya penghargaan Allah kepada kaum Adam, ‘para – para’ suami – yang mana Allah menjadikan ketaatan mutlak sang isteri adalah pada mereka, selepas Dia dan RasulNya ! ( Tapi perlu diingat privillege comes with responsibility. Higher post means higher responsibility la kan.. ?)
Sungguh, cinta itu adalah kepatuhan. Cinta itu ada undang – undangnya, ada prinsipnya. Cinta itu setulusnya lahir dari kesempurnaan tanggungjawab ( Er..betul ke mutazawwijin ? )

C.I.N.T.A - bukannya sekadar untuk bersuka-suki dan berasyik - asyik. Bukanlah cinta jika sampai lahir anak tak tahu bapa, Bukanlah cinta jika sampai mengenepikan orang tua, cinta itu bukanlah mempertaruhkan syariat hingga tak kisah dosa pahala. Itu semua bukan lah cinta ! Tapi bala - yang mengundang murka

Lihatlah pada mereka yang melanggar undang – undang cinta Allah. Kononnya waktu bercinta dunia ini bagaikan mereka yang punya. Apa – apa yang haram semuanya menjadi halal kerana suka sama suka. Teman, cinta itu bukannya ‘Tuhan’. Apakah dikira Allah tidak melihat saat mereka berpapasan dan berpelukan. Apakah dikira Allah tidak cemburu saat mereka berpegangan tangan di atas muka bumi Milik Nya (selagi syariat tidak menghalalkan)? Adakah dikira Allah tidak melihat tangan yang Dia ciptakan digunakan sebegitu angkuh untuk melawan hukum dan ketentuan Nya. Jika perkara haram sanggup diredah atas nama cinta, itu sebenarnya menempah tiket ke neraka. Bagaimana diharapkan barakah dan rahmat Allah akan mengiringi perjalanan sebuah rumah tangga, andai hukum Nya kita pandang sebelah mata . (Kata nak bercinta sampai syurga ?)

Semaklah di dalam firman cinta Nya di dalam surah Az – Zukhruf – Dimana teman – teman karib pada hari itu ( kiamat) sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain kecuali mereka yang bertaqwa.

Kata sebuah kumpulan nasyid :
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa ?
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bungakan layu
Cintakan manusia - akan pergi..

Orang – orang yang cuba lari dari undang – undang cinta Nya, pasti suatu saat nantinya dia akan pulang juga mengharap dan mendamba cinta Allah dan juga cinta Rasul Nya, kerna tiada yang lebih menyelamatkan, tiada cinta yang lebih meyakinkan – melainkan semuanya akan kembali pada hadrah Cinta Nya.

Cinta sesama manusia, mudahan-mudahan hanya lah menjadi alat dan bukannya matlamat. Alat untuk sama-sama memperteguh taqwa, alat untuk sama-sama mengecap nikmat syurga, alat untuk sama-sama menggapai Redha Nya kerana destinasi cinta kita pastinya bukan sekadar bersenang-senang di dunia. ( Kata orang, praktikal tak semudah teori. mohonlah pada Nya.. )
Sesungguhnya hanya Cinta Allah dan Rasul Nya saja yang dapat memberi kesejukan - saat cinta dunia dan cinta pada manusia meronta kehangatan ! :)

~Allahumma inna nas’ aluka hubbak wa hubaan man yuhibbuka~




4 comments:

mumtaz said...

salam..
saya mumtaz, kwn atteya..
saya suke post awak kali ni..
atteya crita mcm2 ttg awak, and..
saya nk ucapkan bebanyak terime kasih sbb byk ubah atteya..
saya berkwn dgn dia nak dkat 7 thn pn, x mampu utk bawa dia smpai ke tahap ni..
saya pasti, awak tahu keadaan atteya mcm mana skrg kn, sama2la kte sbg shbt dia doakan yg terbaik utk dia..wassalam...

abb alhaiqal said...

wasalam mumtaz..
terima kasih atas segalanya..
ingat atteya dah x dapat baca lagi...
rupanya ada orang lain yg sudi meng'emelkan entri-entri kosong sy ni...(hehe).
lamanya 7 tahun...mostly awak arif sgt ni ttg atteya...
alhamdulillah sy masih mampu dapat berita dari mulutnya sendiri..
i'allah..moga dia dalam rahmat tuhan..
senantiasa...assalamualaikum..

mumtaz said...

mmg btul la atteya kate, awak ni suke sgt mrndah2 diri ~_~
saya mule2 rase annoyed jgk disuruh dek atteya utk send sume entri awak..hehehe..tp lame2 ade bgus jgk, sbb saye sndiri boleh tntut ilmu drp belog awak ni..
btw, mmg saya da lame knal atteya, tp ad byk hal lg yg saya x tau psl dia..lbeh2 lg dia blaja nun jauh sane..n awak msti tau kn...dia golongn mane, sy ni rakyt biasa je..^_~ tp atteya x sama dgn mama n papa die..siyes ckp..

(korg bdua ni, nmpak serasi btol ni...wah2...hehehe)

abb alhaiqal said...

ish...ada2 je mumtaz ni.atteya mmg geja cakap sy camtu..sy besa2 jelah..
asal pon dari kampong..huhu..
mmg golongan kita x sama sekali dgn dia..sbb itu sy nk katakan lagi..x yah la buat andaian sy ni serasi dengan dia..(huhu)..serasi teman maya x pe..(huhu).
lagipun kan sekarang dia tgh cuba nk buka hati dia untuk org lain..
klw boleh..mumtaz bagi la dia semangat untuk itu ye...(besar harapan papa dia..hurm...)
apa-apa pun..tq sudi balas..suatu ruang info terbaru untuk sy..=)..

Related Posts with Thumbnails