Wednesday, March 2, 2011

Keghairahan berjoging

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Rutin pagiku sejak kebelakangan ini agak berbeza dari waktu sebelum ini.Tidak di jangkakan,selesai sahaja solat subuh dan membaca mathurat-mathurat pribadi.Keghairahan yang memuncak untuk berjoging amatlah terasa di jiwa.Jika sebelum ini,aku akan terus melayangkan diri ke katil,Tapi kali ini tidak.Pada awalnya aku bersama seorang lagi kawan untuk berjoging,namun kini jika aku seorang sahaja pun,aku sangup!..hehehe..dasyat sunguh perasaan ghairah yang di lalui ini.

SURAT KHABAR

Haaa..ni lagi satu rutin yang aku rasa janggal sangat-sangat..tetiba pula aku suka beli surat khabar,bacanya pun tak la sangat,apa lagi nak menghayati tentang isi kandunganya yang isunya yang sedang hangat-hangat ni...huhu...BUT aku hanya suka pada sudut-sudut tertentu,contohnya pada bicara ilmiah dan lawak-lawak buduh yang diorang lampirkan,so funny!!...hehehe...(seyes tak tipu).Sambil aku membeli surat khabar selepas penat berjoging,aku pasti membeli tisu kecik yang di jual oleh mak cik-mak cik miskin di tepi jalan.Siap mak cik tu kenal aku dah...asal pukul 7:30 pagi je,aku pasti datang ke arah dia untuk membeli tisu.Aku beli pun bukan guna sangat,just nak bantu dia mana yang mampu je.

TERINGAT

Tetiba teringin nak minum jus buah-buahan segar,tapi aku rasa under pukur 8:00 am ni,kedai-kedai pun belum buka,mata bebudak sekolah yang banyak terbukak ada lah...hehe...ramai giler tadi aku berselisih dengan bebudak sekolah..(nasib baik tak kene ngorat)..haha.Berbalik pasal jus tadi..Bukan teringin sangat pun..cumanya aku teringat kat sesorang yang suka minum jus ketika dalam hayatnya...erm...hurmm....ermm....(mula dah ni sebak)..Al-fatehah!!..

TUKAR TOPIK

Alangkah terkejutnya aku dengan adanya pack kecil untuk membuat teh tarik segera.Jika sebelum ini kalau nak buat kene guna teh yang banyak..susu yang banyak dan gula yang banyak..BUT now...everything is very simple,faster and easy (poyo sey cakap bi)..Aku yang sangat teruja terus membuat dan aku mula jadikanya air minuman yang sentiasa menemani di meja serabutku...hehehe...btw..semua yang aku dapat pack-pack segera ni dari bantuan makanan asasi dari kerajaan Malaysia....so puas hati la dengan bantuan yang di hulurkan...terima kasih..ALHAMDULILLAH!!


~meeehh secawaaaaa~



~Baru je dapat dua hari lepas~


~yang dulu pun tak habes lagi..alhamdulillah..huhu~

Cukup setakat ini,kepala aku dah denyut-denyut ni..nak melayang jap...hehe...mohon maaf ye jika ada yang tak kene dengan segala posting lalu dan kini..hanya ingin melawak sesama kita je,tiada lebih dari itu..

Keep smiling!

La ila ha illallah Muhamadarosuluallah,

10:11 am.Abdeen House,Egypt.

2 comments:

Ibn Haji Salam said...

ek eleh....tu yg pgi tdi baca mathurat kuat2x..cehhh

E n t o y C a i r o said...

buang jin betina milik pedek la...asyik follow aku je..hahaha..

Related Posts with Thumbnails