Sunday, December 12, 2010

Siapakah dia

Baru sahaja aku mahu menulis satu posting baru untuk tatapan sahabat-sahabat aku...tetiba mata melihat jam yang menunjukan 3 jam lagi masuk waktu untuk aku menidurkan diri..maka tanpa segan silu aku cuba ringkaskan apa yang aku alami harini...

Sebagai seorang mahasiswa...seseorang itu harus ada disiplin diri yg kuat..bila waktu belajar..harus belajar bersunguh-sunguh..bila waktu bermain...mainlah sunguh2...dan jadikan setiap hari kamu itu harus ada satu pekara baru untuk kamu ketahui..tidak kiralah apa pun yang baru asalkan ia bukan sesuatu yang membuatkan kita lemah dalam belajar...

Harini alhamdulilah aku dapat bnyk perkara baru yang selama ini aku tak pernah tahu...tak kiralah dari bacaan harian aku atau pun dari sumber kawan-kawan ketika berbual....seharusnya aku meminta maaf kerana aku tak dapat nk kongsi cerita yang ambo dapat di posting kali ini...kerana waktu untuk mengulangkaji amat cemburu sekali...(start poyo)hehe...

Tetapi kawan-kawan....bukankah kita pernah mendengar kata-kata iman al ghazali dalam karangan kitabnya yang berbunyi"jadikanlah diri kamu untuk hari ini lebih baik dari semalam","jika semalam sama dengan hari ini,maka kamu telah tertipu" dan "jika hari ini lebih teruk dari semalam,maka kamu telah dibisikan oleh syaitan yang di rejam"...semoga kita dijauhkan dengan amalan yang sia-sia..dan semoga kita mendapat petunjuk dari allah s.w.t di setiap masa...aminnn

Pada kawan-kawan yang setia membaca di halaman blog aku ni...DAN seorang pakcik yang terlalu baik pada anknya kerana sudi meng-emelkan setiap posting-posting sy ni..dan terimalah sebuah kata-kata yang ingin saya kongsi bersama:...


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang

mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.
Related Posts with Thumbnails