Sunday, June 26, 2011

UJIAN KASIH YANG DIBERIKAN


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


sekadar hiasan...


Hati mana yang tidak sunyi apabila ditinggalkan oleh orang yang kita amat sayangi.Lebih-lebih lagi seseorang yang kita harapkan dapat bersamanya dalam setiap perkara yang kita lakukan.Sebagai anak perantauan yang jauh dengan ahli keluarga dan sahabat handai di kampung halaman.Seharusnya ada sifat untuk melepaskan sesuatu.Ya,disini aku di uji semua itu.

Lelaki ini bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang pernah dimiliki namun mudah pula untuk yang pernah di genggami.Dimiliki itu bermaksud,hati tertarik bersama naluri suci.Tetapi yang digengami pula bermaksud,hati tertarik atas dasar nafsu kotor.Bukankah bahasa gengam itu kadang-kadang bersifat kejam dan kasar?

Seorang wanita pada azalinya seorang yang begitu halus dan sensetif.Aku mengenali wanita melalui emakku sendiri.Cukuplah setiap kali emak terpandang kanak-kanak yang sedang memakan aiskrim malaysia,pasti emak menepuk bahu aku sambil menghulur duit.Emak tidak mahu anaknya hanya menjadi seorang penonton setia acara itu.

Emak bapakku pernah kehilangan orang yang disayanginya.Bagi emakku seorang suaminya yang tercinta.Bagi bapakku seorang isterinya yang tersayang.Akhirnya aku hadir dalam dunia mereka berdua setelah mereka disatukan.Mungkin apa yang pernah aku alami pada sejarah 15 febuari lalu,Buat aku kuat untuk menjiwai hati kedua orang tua aku hari ini yang sulit untuk melupakan hal itu.Ajaib bukan?.Ujian itu hanya bermain lari-lari anak dalam kitaran hidup kami sekeluarga.Allahu Allah..

Seorang yang baik tidak mudah untuk kita lupakan.Begitulah apa yang aku rasakan saat ini.Hidup hanya dua pilihan,samada kau mahu teruskan atau kau mati dalam bernafas.Soal terima atau tidak itu tiada dalam kamus kehidupan sebenarnya.Lagikan pula adakah kau pernah diberi peluang untuk menanyakan kenapa kau dipilih untuk menjadi manusia?

Aku anak yang pernah merasai kehilangan itu.Sangat sulit untuk melupakan seorang yang pernah aku kagumi.Bukan aku memuja dan memujinya tanpa mengunakan akal sedarku,namun dia hanya seorang teman yang sedang menunggu disana.Begitu juga dengan apa yang dirasai oleh bekas suami dan isteri orang tuaku sewaktu ketika dahulu.Kehilangan tidak bererti tidak akan menemuinya kembali!.

Al faatihah...

p/s:

Kasih Allah tetap sejati bersama hamba-hambanya,walaupun hambanya kerap melupakanya.Astagfiruallahal azzim.


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:49 am.Abdeen House,Egypt.

8 comments:

Nazihah@Jiha said...

entah mengapa jari jemari easy shj nak komen pd ruangan ini.

Ujian kasih yg diberikan buat hamba-Nya yg dikasihi.

belum merasa, rasa kehilgn insan tersyg, bagaimana rasanya?{pertanyaan pd diri}

E n t o y C a i r o said...

keberadaan anda tidak pernah di ragui.apa yg di harapkan agar ada komentar yang berguna untuk anak ini.terima kasih.

setiap orang pasti akan merasa kehilangan orang yang tersayang.

:) bah..

Ardini Humaira said...

salam...


model tudung swirley fest tu adalah pemilik adorablemuslimah... dni bukan jual tudung2 tu. dni iklankan tudung yang dua jual sahaja :)

E n t o y C a i r o said...

dni:

oh yeke..
terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya...

cik dila said...

lame tidak mengomen di sini...
apa khabar kamu??
smoga sntiasa brada dibwh kasih syg Allah sentiasa...aminnn..

E n t o y C a i r o said...

dila:

lama sangat cik dila oi!
hehe..
ok.alhamdulillah..
sehat sama cam cik dilla gak..
semoga selesa bertugas di tempat orang..

mesti dah g cameron hinglands!!!..lol

cik sweet said...

tersentuh hati saye bile bace prolog ni,lagi2 yg bahagian mk tepuk bahu dan bagi duit untuk beli ice-cream malaysia... bile bace part tu.. makin betmbah rindulh sy kat mummy sy.. hurmm... (tbe2 zmn kanak2 dulu tergmbar di balik...) :)

E n t o y C a i r o said...

cik sweet:

alahai...syahdunyan...heh..
setiap orang ada memori terindah yang mereka rasai.

Related Posts with Thumbnails