Monday, April 11, 2011

Alhamdulilah

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Bersyukur kehadrat ilahi yang telah mengurniakan nikmat islam dan beramal dengan ajaran kekasihnya Rasuluallah S.A.W di saat keadaan dunia yang sedang melanda perlbagai tragedi yang amat menakutkan oleh seluruh penduduknya.Namun dengar berkat para wali-wali allah yang masih ada inilah dapat kita semua menumpang sedikit keamanan dari mereka yang senantiasa di awasi oleh tuhan yang maha berkuasa.allahu akhbar!!.

MENGAMBIL PELUANG

Setelah puas bercuti hampir 2 bulan lamanya.Cukuplah bagi aku untuk bersantai-santai selama ini.Musim masuk kuliah sudah bermula sejak 3 minggu lalu.Lagi dengan kelas-kelas tambahan dalaman dan luaran semakin laju di laksanakan.Siapa yang strugle..dapat la lebih..Namun aku yang dah tua ini,Hanya mampu mengikuti mana yang mampu sahaja lah.Moga tuhan kuatkan hatiku untuk terus beritiqomah hendaknya.Ameen...

Salah satu kelas luar yang aku ikuti adalah kelas ini.Wait!!Mohon maaf jika aku terlambat berpesan,Aku cuma mahu berkogsi sedikit hal-hal aku sahaja dalam post kali ini dan ingin memPROMO kelas sekaligus pada masa yang sama,Namun bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk bahkan mahu berkongsi sahaja.(wal iya zu billah!!) mohon dijauhkan dari niat kotor itu!.

IKLAN YANG DI TEMPA KHAS UNTUK RAKAN-RAKAN




WAJAH SYEIKH YANG MENGAJAR

Ya Allah... aku menangis dalam doaku, semata-mata takutkan azab dan murka-Mu dan mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.


SEKITAR DALAM MASJID AL-AZHAR

Masjid Al-Azhar As-Syarif. Dimimbar atas itulah seorang Panglima dan Khalifah Islam bernama Salahuddin Al-Ayyubi pernah menjejakkan kakinya dan menyampaikan khutbah. Allahuakbar.. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk berada ditempat beliau berpijak.


SUNTIKAN SEMANGAT RAMADHAN UNTUK TAHUN INI


Masjid Al-Azhar As-Syarif yang sudah berusia ribuan tahun ini telah menjadi saksi kelahiran ribuan bahkan jutaan Ulama' dan Umara'.

Teringat kata-kata Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki suatu ketika dalam pengajiannya, menegur para ikhwah pada bulan Ramadhan yang hanya bersolat tarawikh di Hostel sahaja. Beliau mengatakan, mengapa kalian tidak merebut peluang untuk bersolat dimasjid tua yang ratusan tahun umurnya. Disana, para sahabat pernah bersolat, awliya'illah pernah beribadat. Jutaan para malaikat telah mendoakan keampunan dan kerahmatan buat pengimarahnya sejak daripada mula ia dibina.

Kalau kalian hanya solat di rumah, di asrama. Berkat siapa yang kalian dapat? Berkat mereka yang banyak tidur? banyak makan, banyak menonton filem, mereka yang gagal? Mereka yang mumtaz? Allahurobbi..


TUMPANG MARKET

Sahabat aku daripada Johor yang bersama-sama mengikuti sejak daripada awal pengajian Kitab Syamail Muhammadiah di Anjung Al-Atrak, Masjid Al-Azhar oleh Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari. Semoga dia sentiasa diberikan oleh Allah kekuatan dan kesihatan untuk terus istiqamah mengikuti pengajian bersama Syeikh.

Btw,Beliau lah yang mengajak aku untuk mengikuti kelas ini.Terima kasih ye pect.Sayang aku kat ko lebih la..lebih dari budak jordan..TETTT..hehe.


P/S:Credit to al amin hj saleh...Jazakallahu khoiran wa zaujaka bikro..(Hehehe)
Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

04:18 pm.Abdeen House,Egypt.

11 comments:

cik dila said...

cik dila like this....

Izzati Hashim said...

(=

patutlah mcm kenal gmbr yg ustaz amin ambil tu, entoy rupanya.

E n t o y C a i r o said...

cik dila:

like je?..x nk senyum kambing ke?.hehe..

izzati aka panda:

ngade buat2 x cam ea...=p

saeedah yafi'ah said...

stiap hr, kiamat maken dkat kn..tp, bile aku g dinner smlm...aku rase sdeh x trhgga, sbb rmai yg x sdar diri... kwn2 aku sndiri, yg da 3 thn blaja bersama2... sggup memblakangkan suruhan & larangan Allah...rmai yg rase dinner tu segala2nya...ade yg b'tdung brubah m'jd tidak smata2 krn dinner...pkaian tidak spt seorg muslim...golongan yg berpakaian jahiliyah diagung2kan, tp yg mengikut acuan islam, diperlekehkan...aku rase dunia kian terbalik... nauzubillah...masyaAllah...bkn utk mengeji...tp mohon pd shabat yg brada di bumi anbiya' sana, bersama2 doakanlah agar kwn2 & diriku di cni, agar tetap iman kami...agar tak 'melatah' dek arus pemodenan...

E n t o y C a i r o said...

Masyallah..info yang amat mengejutkan..semoga saudari mumtaz di tetapkan iman yang kuat ye.

Begitulah anak muda sekarang ini.Islam hanya tinggal pada nama.Bangunlah wahai anak-anak islam!!Sedarilah apa yang kamu miliki.

cik dila said...

Mumtaz!betol sgt apa yg awak cakap..mnusia sekarang lebih kisah dengan apa kata orang sekeliling..tapi tak pernah nak kisah dengan ayat-ayat Allah..lebih takut bila dikatakan kolot oleh member2 tapi tak pernah gerun dengan azab Allah..Ya Allah..minta dijauhkan dari segala keburukan tu..(-_-)

@entoy: bila ckp soal ni dah xmampu nak senyum2 kambing lagi dah..takut!

E n t o y C a i r o said...

masya allah cik dilla...awesome comment!!

tq for everything..=)

Humaira' said...

nota: sy sedang tsenyum ikhlas di sini. Allahurabbi..

totally agreed with mumtaz n cik dilla..~yes indeed... people changed regards to their environment.. :(

ramainya kwn2 kesayangan sy yg telah melupakan jati diri mereka.. tiada lg bertudung, berpakaian/ btudung tp "telanjang" .. Allah beri mereka nikmat utk belajar di menara gading, tp nikmat itu dicampurkan dgn perkara2 subhah dan haram... nauzubillah!

sama2 kita bdoa ya, semoga sahabat2 kita itu sentiasa dlm peliharaanNYA..

ampunkan dosa2 kami ya Allah.. kami ini manusia, yg selalu alpa akan laranganMU..

ampunkan dosa-dosaku ya Allah..aku tidak bniat utk mhina makhluk kejadianMU..aku kasihkan mereka..aku simpati pada mereka.. tunjukilah kami selalu jalan yg benar ya Allah..

ampunkan kedua ibubapa kami..ampunkan guru2 kami yg mdidik kami ke jalanMU..

ameen..ameen..ameen, ya Robbal'alameen

E n t o y C a i r o said...

masya allah HS...great comment like cik dila n mumtaz..

nota:terkesan dgn doa yg cukup tulus itu!!..(ameen ameen ameen)

jazakallahukhoiran ya anisa....allahu yunawir alaik!!

si baik hati said...

masya allah.cantikknya tempat ni..

E n t o y C a i r o said...

awatiffaziz:

memang lawa!!

klw musim bercuti,meh la sini..btw.strawbery mesir lagi sedap dari kat cameron hingland tu..hehe..

Related Posts with Thumbnails