Thursday, April 19, 2012

MEMANG AKU CEMBURU

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...
PROLOG

10:30 malam,aku baru tersedar dari tidur.Sedikit keletihan yang aku alami hari ini membuat aku terlena seketika selepas azan isyak berkemudang.
Bangun-bangun saja terus mengenakan jubah made haramain yang di hadiahkan oleh seorang sahabat yang baru pulang dari umrah.Memang 'ngam' sangat dengan susuk tubuh badan yang kian mengurus ini.hehe.Alhamdulillah,boleh buat pakaian masa nikah nanti.hehe (joke)Jazakallahu khairan ya lutfi.

ASAL USUL

Bila mata terpandang di laman maya 'facebook' Aku aminu yang berstatuskan ''
Alhamdulillah selamat sampai di rumah.." Terus aku menalipon lutfi dengan hasrat akan berkunjung ke rumah agar dapat 'ngecek air zam-zam...kurma ajwa..dll.hehe.

Alhamdulillah bila sampai saja disana,kelihatan dua orang daripada mereka yang pergi menunaikan umrah telah pun menjadi kembar mawi! tahniah aku aminu dan sopi (my cousin crazy).Sebak bila dapat berpelukan dengan kawan-kawan yang telah mengembara ke tanah suci.Cemburu itu sudah mesti.Bilalah agaknya taqdir aku untuk kesana.Ya robb...

PERASAAN

Habis cerita habis kunyah ole-ole,Terdetik di hati ''Nak kawin dulu atau pergi ke tanah suci dulu?'' hehe. Maklum saja bila terkesima mendengar cerita dari mereka.Ya allah... sayunya hati.Terasa baginda nabi ada di depan mata sewaktu mereka di kota bercahaya madinah.Terasa keagungan Allah S.W.T sewaktu mereka betul-betul berada di depan baituallah!.Lagi menakjubkan aku pabila ada dikalangan mereka dapat menunaikan 8 kali umrah dalam waktu yang sesingkat itu.Subhanallah.Semoga segala amalan diterima bulat-bulat dari Allah S.W.T hendaknya,amin summa amin.

Malam itu aku tidur semalaman di rumah mereka sambil bermohon dapat tempias berkat dari jasad-jasad yang baru pulang dari tanah suci.

BUAH TANGAN

Pagi itu sebelum aku balik,sepupu aku murah hati pula memberi aku sebotol air zam-zam.Ya Allah..gembiranya dalam hati.Hanya allah saja dapat membalas jasa baik kau sopi.Jubah dua helai,air zam-zam satu botol (1.5 liter),kurma ajwa,minya wangi,dan kayu siwak.Semua ini hadiah dari Allah.Terima kasih ya Allah kerana mengizinkan segala-galanya untuk hari ini.Love u!

Ingin pesan pada diri dan teman-teman di luar sana.Sama-samalah berdoa untuk kita semua dapat melangkah ke tanah suci sebelum ajal sampai.Duit tak cukup boleh kumpul kan?Usahlah terkejar-kejar sangat dengan gedjet-gedjet dunia ni (pesan sendiri).Semoga tuhan menguatkan hati kita bila ingin membuat pekara-pekara yang baik.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:06 a
m.Abdeen House,Egypt

2 comments:

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,
nisa cemburu juga.
ada rezeki dan masih sihat, pergi la ye :)
kahwin or pergi tanah suci, mana2 pun boleh oke Fahmi..

jaga diri :)

E n t o y C a i r o said...

wasalam. :)

i'allah n mudah-mudahan nisa..
hehe..ngade-ngade je tu..usah layan..hehe..

tq nisa..barakallahu fik. :)

Related Posts with Thumbnails