Thursday, April 26, 2012

AWAK BERALAH SAYA BERMADAH

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh


Temanku sekalian.


Sekadar hiasan..

Sememangnya menginginkan pasangan yang mudah untuk bertoleransi dan sangat memahami adalah suatu yang sukar untuk di cari.Sebelum itu,izinkan aku untuk memberi satu ungkapan yang boleh buat kita semua duduk akur atas segala perbicaaran kali ini.

'' APA YANG KITA DAPAT ADALAH DARI SESUATU APA YANG KITA TELAH BUAT ''

Jika kalian memikirkan masa silam atau masa lalu dengan apa yang kalian buat,pasti ia akan di terima pada saat ini.Contoh mudah :Jika belajar bersungguh-sungguh tika umur remaja membuatkan kalian lebih cergas dan bersistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam pada umur dewasa.

Begitu juga dengan kehidupan seharian.Adanya kais pagi,adanya jua makan pagi.Adanya kerja adanya upah.Saling berbalas bukan? saling bersangkut paut bukan? Nah,Jika kita mahukan pasangan kita lebih memahami mahupun mudah bertoleransi sesama kita,maka sematkan dalam diri ''AKU HARUS MEMBERI  YANG TERBAIK AGAR KELAK AKU AKAN MENERIMA SESUATU YANG BAIK"''.I'allah.

Apa yang aku cuba ingin ketengahkan lagi adalah pada satu sifat ini.Itulah sifat mudah beralah.Merasa untuk beralah adalah suatu aset yang tidak ternilai dengan mata wang dinar.Hanya ganjaran dari maha kuasa saja mampu membayar semua ini.Kerana dalam beralah,kau telah mewujudkan sifat adil dalam diri,dan bila keadilan jelas terpancar,pasangan yang berada di samping kita akan mudah untuk memberi tindak balas dengan apa yang kita harapkan i'allah.

Moga tuhan memberika kita semua pasangan yang mudah untuk bertoleransi dan sentiasa memahami.Tidak sama sekali aku menolak suatu persepspi yang mana,jika tuhan berkehendak untuk sesuatu yang mencabar dan merumitkan,maka pekara itu tetap juga akan berlaku walaupun kita telah sedaya upaya untuk mengelaknya.Namun itu bukan suatu titik nokhtah untuk merialisasikan sifat mahmudah ini,Bahkan itu adalah sebuah jawapan yang hebat bagi orang yang berakal lagi beriman.Apa yang aku maksudkan adalah tuhan mahu kita semua berusaha sehabis daya dan bertawakal setebal-tebal iman dalam mencipta sesuatu.

Aku akhir posting ini dengan serangkai mafhum ayat quraan "Jika manusia punyai perancangan,Allah juga ada perancangan,dan sesungguhnnya Allah jualah sebaik-baik perancangan! ''

p/s Terima kasih buat cikgu bertudung labuh.Allahu yubarik fik :)



Keep smiling!


Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:48 am.Abdeen House,Egypt

4 comments:

♥e'in♥ said...

kitorg mmg selalu mengalah.. ;p

E n t o y C a i r o said...

alhamdulillah...lepas ni sama2 beralah dgn tuhan taw...hehe

khairunnisa ♥ said...

sorang api, sorang mesti jadi air :) bestnya if dua dua air~

E n t o y C a i r o said...

x leh juga dua2 air...lemas tengelam kang!...biarlah dua2 berlainan sifat namun mudah untuk berinteraksi..

Related Posts with Thumbnails