Saturday, July 16, 2011

AKU AKURI DIA


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...

Aku jadi bimbang bila tidak dapat melihat suasana ini lagi.Suasana selepas hujan yang amat mendamaikan hati.Kepulanganku hanya untukmu ibu!Tiada yang dapat aku lawani melainkan kata-kata orang tua itu.Lewat malam ini,Aku cuba kuat untuk menyebut nama ibu demi melawan perasaan bimbang yang aku tidak ingini sama sekali.

Mesir,Kau buatku tersenyum sejak aku mendapat surat tawaran menyambung pelajaran di tempatmu.Lebih tersenyum bila aku dapat rasai sedikit pengetahuan dari dada para alim ulama'mu disini.

Aku begitu berat untuk melangkah pulang untuk kali ini berbanding 2 tahun lepas.Kotak fikiran aku jadi kacau.Selawat saja aku jadikan lawanya.Ibu! jika kau mengerti ayatku ini.Pasti kau sedar betapa rumitnya di ruang mindaku hari ini.Namun demi ibu yang satu,Aku korbankan rasa gusar ini demi rindumu terhadap anak kerakmu yang sentiasa mendoakan dan mengingatimu selalu.

Malaysia,Pendirianku masih belum kukuh untuk berdiri lama ditempatmu.Bukan lupa diri,Tapi itulah kenyataan yang harus aku hadapi.Kesian kau wahai diri,kesian lagi orang yang sangup menanti diri ini.Maafkan aku.

Sesekali ingin aku menjerit kalimah ini "Tak nak balik!"Maafkan aku emak.Aku terpaksa jujur namun aku tetap akur dengan kehendakmu.Ya allah..Mulutku begitu redha,kau redhakanlah juga hatiku ini.Kawan doakan aku...

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:15 am.Abdeen House,Egypt.

16 comments:

Humaira' said...

hari ini kita mengalah pada seorang emak/ibu/mama/mommy/cek @ apa saja gelaran pada insan yg mlahirkan... esok2, kita akan menang dan menang dan menang..sehingga puncak itu mjadi milik kita..redha Allah, atasnya redha ibu khususnya.. wallahua'alam

E n t o y C a i r o said...

humaira:

Mudah-mudahan..ameen...
kamu adalah anak yang selalu taat pada ibu dan bapa...
jazakallahu khoiran ala kalimatik..ya anisa..

iqa chan said...

padahal orang tu memang homesick pun kann.weheheee :P

E n t o y C a i r o said...

padahal x padahal la..hehe..dengki je anak taiwan ni! :)

cik chinbi ^^ said...

entoyy...!!knp tamo balik...syg mesir ke?? hhehe.. pulangla...buat hati ibu gembira..pasti bahagia,,,=]]

E n t o y C a i r o said...

amoi:
syg sgt2 la amoi..cemana ni??heh..
ya..pasti si ibu amat bahagia..:)

Nazihah@Jiha said...

saja nak komen2:)

cik chinbi ^^ said...

oouw,,antoy nk tinggalkn terus ke?? ni last pengajian?

E n t o y C a i r o said...

giha:

thumbs!!heh..

E n t o y C a i r o said...

amoi:

i don't know...so complicated to say..doakan sy..sy nk belajar di sini lagi!!..

cik chinbi ^^ said...

always..amin!!!

mizzapple said...

pulang lah walaupun sekejap.
biar hati kecil ibumu merasa bahagia tatkala menanti kepulangan anaknya. :)

E n t o y C a i r o said...

amoi:

terima kasih!! :)

E n t o y C a i r o said...

mizzapple:

gamaknya kene balik gak..lagipun nk tgk awak kawin lagi..hehe..jemput taw!!

mizzapple said...

insyaallah sahabat. :)

E n t o y C a i r o said...

mizz apple:

terima kasih! :)

Related Posts with Thumbnails