Friday, July 15, 2011

DIA SEMULA JADI


Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG


Sekadar hiasan...


Hati dan perasaan adalah sama.sekadar perbezaan antara dua nama,namun kuasanya tetap satu.Hati,sesuatu yang kita boleh lihat dengan mata kasar,Tapi lain pula dengan perasaan yang hanya boleh dirasa melalui mata halus,mata sanubari yang aku maksudkan.

Sedang melayari kehidupan yang penuh ranjau ini.Manusia seringkali terkuncandang pada suatu sifat yang semula jadinya ada pada diri setiap insan.Dia melihat kau pada sesuatu yang tidak dimilikinya.Dan kau melihat padanya sesuatu yang tidak kau miliki.

Dari kesinambungan antara dua pandangan inilah akan tercetusnya suatu sifat yang aku maksudkan ini.Itulah C.E.M.B.U.R.U.Ya cemburu.Sebelum itu aku cuba mengambil inisiatif lain untuk tidak bertindak menghukum secara berat sebelah.Kerana aku tahu,dan cuba untuk mengetahui yang sesuatu perkara itu pasti ada baik buruknya.Setuju?

Sifat cemburu itu sungguh mulia bagi aku.Jika ia betul-betul kita niatkan agar ada perubahan yang baik terhadap diri kita sendiri.Misalnya,cemburu melihat seseorang yang sudah berkahwin pada usia muda.Sedangkan kita juga boleh seperti dia.Baiklah,Apa yang kita harus sedar agar ia menjadi cemburu yang mendatangkan kebaikan keatas kita?

Pertama,seharusnya kita cepat-cepat kembali kepada fitrah manusia itu sendiri.Kita sebagai hamba ada tuhan,ada pencipta,ada yang memerhati,ada yang maha berkuasa.Bukankah allah mendatangkan kepada kita sesuatu ujian itu mengikut kemampuan diri masing-masing?.Ya aku tahu terkadang ujian itu buat kita rasa ingin menangis bukan!Kerana itu juga allah tahu kau seorang yang mampu.Dalam erti kata lain.Kau seorang yang kuat!.Menangis tidak melambang seorang yang lemah menurutku!.Menangis adalah suatu kuasa luahan yang sangat suci.

Kedua,seharusnya juga kita perlu tahu bahawa adakah sesuai sifat kecemburuan itu dengan kondinasi kita sekarang.Guru aku dulu pernah berpesan"Lihatlah apa yang awak perlu dengan kedudukan yang awak berada sekarang"Dan aku tahu,Apa yang aku perlu waktu itu adalah cuba untuk mengaut seberapa banyak ilmu.Bukan mengejar kepada pekara yang lain,Seperti memiliki kereta misalnya.

JIWA-JIWA

Cemburu dengan adanya seseorang dalam hidup orang yang kita minati itu tidak wajar.(yang kita minati harap maklum).Ini kerana ia boleh membuatkan hati kita tertekan dan terasa sempitnya hidup yang luas ini.Damaikanlah hati kalian.Usahlah bersangka yang tidak baik terhadapnya.Kerana itu adalah mainan syaitan yang cuba untuk melalaikan hati dan nurani kita dari bersifat redha dengan ketentuan tuhan.Bersifat sangka buruk itu terkenal dengan sirosis hati,kehancuran hati itu dari sifat mahmudah.

Seperti mana yang kita ketahui,ramai di antara dokter-dokter cinta islam menggalakan bahawa,Jika kau meminati seseorang.Cukuplah simpan perasaan itu dalam hatimu.Ini kerana ia lebih selamat berbanding kau luahkan.Takut-takut kau memakan diri sendiri.Semaikanlah perasaan kau dan si dia dengan benih kesinambungan yang erat pada sang pencipta,agar kau terasa cintamu punyai tali penyelamat dunia dan akhirat.Maka pada allah jualah sebaik-baik kau sandarkan sesuatu.Wa allahu'lam.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:50 am.Abdeen House,Egypt.

6 comments:

Nazihah@Jiha said...

salam alaik akh.

yg sy tahu,cemburu ni byk muncul pd psgn suami isteri =)ini jg dialami para isteri Nabi dan sahabiyyah yg lain kn..

cemburu jgn smpai membutakn hati =)

entri ni 2in1 kn akh..cemburu dan jiwa2 hehe..rasa minat,suka dan mencintai itu fitrah manusia..yg pnting sndrkn ditmpat yg sebenarnya =)

E n t o y C a i r o said...

wassalam...

ya..pandai budak nagiha sorang ni ek..hehe..

jiwa2 untuk nagiha x sesuai lagi..sebab anda dibawah umur!!..hehe..jgn maraaaaaa...:)

:: Zahratu Billaurah :: said...

Assalamualaikum Akh ^_^
puitis ayatnya

Cemburu itu perlu kerana itu petanda sayang. Tetapi andai rasa itu tidak dikawal kelak akan memakan diri.

berfikir dan bertindak secara rasional bukan mengikut emosi ^_^

p/s: saya minta link Akh untuk diletakkan dlm bloglist saya ye,Jazakallah ^_^

Nazihah@Jiha said...

e'eh,adik Rabiatul dtg sini!hehe =)
setuju dgn adik Rabiatul tu=)

yes!I knw..masih bwh umur =) mmg tak sesuai hehe..

E n t o y C a i r o said...

zahratul billaurah:

alamak..adek rabiatul klw dah komen....sy senyap jelah..huhu..

terima kasih datang sini..n silakan..:)

E n t o y C a i r o said...

jiha:

guddddd....hehehe...g abiskan UMS dulu k..keep moving ya nagiha! :)

Related Posts with Thumbnails