Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,
para temanku sekalian,
5 januari adalah hari ke sebelas mimpi ngeri buat tuanku mubarak dari rakyatnya sendiri,perintah berkurung dijalankan seperti biasa dari pukul 5 petang hingga ke 8 pagi keesokanharinya..5 januari juga adalah hari kesebokan bagi mahasiswa-siwa malaysia untuk berpindah sementara dari mesir ke jeddah sebelum terus dihantar ke tanah air tercinta,Malaysia.Jika tidak silap,hari ini juga telah berlakunya kebakaran yang sangat dasyat di planta simpanan gas terbesar di Arisy,Mesir.Menurut berita lagi,terbakarnya disebabkan kebocoran di saluran gas yang menghala ke negara israel.
SEBAB-SEBAB CUBA BERTAHAN
Keadaan aku disini seperti biasa..bekalan makanan masih mantain malah lagi speceal dari hari-hari biasa,bekalan wang poket pun alhamdulilah,masih tak banyak bernganjak ke angka 3 digit,namun tahap keselamatan masih berjaga-jaga kerana di luar sana penuh dengan askar-askar yang sentiasa membuat pemeriksaan terhadap kenderaan dan orang awam yang berlalu-lalang ketika perintah berkurung..
Pihak Al-Azhar telah mengumumkan berita tentang pengajian fasa kedua akan bermula seperti biasa lagi dua minggu akan datang,Malah perdana menteri baru Mesir,Ahmad syafiq yang menggantikan Dr.Ahmad Nazif turut menjanjikan sesuatu untuk mencuba sedaya upaya bagi jumaat akan datang11 febuari,'MUZOHARAT' atau 'RUSUHAN' akan kami redakan dengan cara ''turun padang''..Berita di ambil dari saluran telivesyen al arabiah.
PERIBADI
Alhamdulilah,hari ini tahap kesihatanku semakin pulih,yang selama 4 hari lepas aku mengalami ketidak sedapan badan atau dikenali sebagai demam ngada-ngada menurutku (sesuka je buat andaian sendiri)hehehe..mana taknya...sekali demam ngada-ngada ni datang,dia bawa dengan geng seperjuangan mereka sekali untuk menguji ketahanan mentalku....itulah dia,batuk kungkang-kungkang,selesema slurp-slurp,pening kepala kepialu..hehehe...anyway now everthing getting healthy i'allah..
Di rumah johor abdeen ini aku tidak berseorangan,malah bersama rakan-rakan lain yang terdiri dari seorang mahasiswa master cairo universiti,2 orang mahasiswa al-azhar, dan 3 orang housmate termasuk aku sendiri dari al-azhar juga.
SUKA DUKA TEMAN-TEMAN
Ada salah seorang temanku yang sudah selamat sampai di rumah penginapan sementara yang dikenali sebagai kediaman jemaah haji ketika musim haji menjelma di jeddah,Katanya di dalam facebook "
4 comments:
all bless!!
for u and Teya indeed..
jazakallahu khoiran ya humaira...
may allah more protect u..
moga selamat di sana.
eddie:syukran..=)
Post a Comment