Sunday, February 6, 2011

R4:Semakin reda

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Para temanku sekalian,

PROLOG

Genap 3 hari sudah,aku tidak keluar dari rumah semata-mata kurang selesa dengan tahap keselamatan dan keamanan di luar sana,walaupun perintah berkurung sudah ditetapkan bermula dari waktu sekian ke waktu sekian.Alhamdulilah perasaan boring tu sukar untuk dirasa.Barangkali dengan adanya perkhidmatan internet,perkhidmatan talifon mudah alih,perkhidmatan saluran tv yang banyak,dan perkhidmatan lawak jenaka dari kawan-kawan yang membuatkan hari ini seperti hari-hari biasa sahaja (hehehe).

-Dari kiri sekali adalah musuh ceq SELSEMA,ceq DEMAM,ceq BATUK- =)


Selama 3 hari ini juga,tahap kesihatan aku semakin pulih alhamdulilah.Namun hanya batuk kung-kang saja yang masih steady bersamaku...Ya Allah...sakitnyer dada ini bila ber'kung-kang kung-kang'..Sorang kawan ni dah bising-bising dah suh aku pegi klinik.Alahai..malasnya hai (hehe).

KAWASAN RUSUHAN

Keadaan di tempat rusuhan semakin reda,dan tadi aku terlihat di kaca tv,Ada sekelompok orang ramai sedang membersihkan jalan raya dengan mengunakan tangkai tua buah kurma,yang mana kawasan disitu telah di hujani dengan batu-batu kecil dan juga seakan-akan batu krikil.Pihak Al-Azhar juga telah mengarahkan anak-anak buahnya untuk pulang dari menyertai rusuhan itu,kerana Al-Azhar telah menyatakan haram hukumnya menganggu ketenteraman awam!!.Maka disini,aku dapat melihat...berbagai-bagai pihak mencuba untuk menamatkan hari rusuhan di Mesir..

PUJUKAN TELAH DI LAKUKAN

Pagi ini,sekitar di bawah rumahku telah dipenuhi dengan orang-orang awam mesir,aku tidak mengetahui apa yang berlaku di bawah sana,apa yang dapat aku lihat,Mereka seolah-olah menandatangani sesuatu di atas kertas yang mereka miliki.Tidak lama kemudian,3 orang teman aku telah keluar untuk mencari barang dapur.Setelah mereka pulang ke rumah sahaja,Mereka telah membawa jawapan terhadap pengumpulan beramai-ramai di bawah aku pagi tadi...Rupa-rupanya pihak kerajaan Mesir cuba memujuk perusuh-perusuh agar tidak membuat rusuhan lagi dengan jaminan SUBSIDI yang berbagai-bagai bentuk,Contonhya:Sebuah rumah ekonomi,Dan segala makana asasi.(semoga jadi kenyataan....kesian jika tidak ditunaikan)

-Betul-betul dibawah rumah aku-



-Bangunan di dalam tembok itu ada salah satu Majlis Daerah di Mesir-


SAYANGKAN AL-AZHAR

Bagi aku dan teman-teman lain hanya berharap agar Negara Mesir cepat reda dan aman dari segala jenayah,kerana misi kami semua masih belum tertunai."Ya Allah Ya Tuhan kami,Sesunguhnya kepadamu sahaja untuk kami berharap agar dapat menyelesaikan segala masalah yang berlaku di Ardu kinanah ini"."Kami sayangkan Al-Azhar kami!!!"


-Gambar Al-Azhar dari atas@The latest pitcure-

Lailla ha ill allah...muhamadarasuluallah
12:15 am,
abdeen house,egypt.




Mood:Allahuma yasfi marodhoha!!!

4 comments:

Bob Janggut said...

janji kerajaan mesir; sebuah rumah ekonomi dan etc.
janji kerajaan malaysia semasa BERSIH; harga minyak diturunkan. seminggu lepas itu. minyak naik semula.

HA.ha

E n t o y C a i r o said...

eddie...hahahaha...
biasalah tu..
POLITIK habes diorang ni..
apa pulak janji kat JORDAN nanti ye?
hehehe

Bob Janggut said...

kalau tahu info tentang Jordan khabar kan ye.
risau pula pada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yg berada di sana.
HA.ha

E n t o y C a i r o said...

eddie...eddie....hehehe....
i'allah...

Related Posts with Thumbnails