Tuesday, February 8, 2011

R5:Gagak putih di mesir

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

Seronok betul perasaan ini bila dapat keluar umah setelah sekian hari membatukan diri di dalam rumah.Bagai tiada beza di antara siang dan malam.Apa yang terasa adalah,perut yang semakin membesar je (hehe)..

MENERIMA BANTUAN MAKANAN

Sungguh tak disangka-sangka,kami serumah telah mendapatbantuan makanan seperti:beras,sernding daging,biskut marie,milo packet,nescafe packet,nestum packet,dan magie cup dari pihak atasan yang dibekalkan oleh kerajaan malaysia.Setahu saya,bantuan makanan ini adalah untuk pelajar-pelajar disini,namun kebanyakkan pelajar-pelajar sudah berada di negara jiran,jeddah.Adakah pihak kerajaan ada membekalkan bantuan makanan lain untuk mereka-mereka di jeddah sana,Sedangkan banyak gile bantuan makanan kat sini.Apa-apa pun kami beryukur sangat-sangat atas bantuan yang diberikan,Alhamdulilah.Terima kasih PM.

-sebahagian bentuk makanan-


TERUJA DENGAN SESUATU

Dalam perjalan diantara rumah saya ke rumah malasyia abbasiah (ARMA),Sempat saya melalui depan kawasan imegeresen cawangan bu'ut,dan saya dapati pejabat keraajan ini telah mula berjalan seperti biasa.Dalam hati saya terdetik sesuatu "waaa sabtu ni mesti student malaysia tak ramai,boleh la aku dapatkan cop visa tanpa beratur berjam-jam lamanya" hehe...Serius saya katakan,jika di hari-hari sebelum ini..masya allah...seawal 6 pagi sahaja saya harus berada di sana bagi memastikan saya akan mendapat cop visa menjelang pukul 10 pagi nanti..bayangkanlah..berapa lama yang saya perlukan untuk mendapatkan cop visa itu...kremm kaki aku beb!!!! (cerita atas dasar pengalaman)

SEPERTI GAGAK PUTIH

Selepas mengambil barang bantuan,saya dan seorang lagi rakan ingin mengeluarkan duit di HSBC 'abas aqad' (sebuah tempat dimana kebanyakan pelajar-pelajar malaysia keluarkan duit).Setelah itu,Hajat di hati ingin makan di city star,tapi boleh pulak shopping complex yang paling terbesar di cairo ini ditutup...so annoying sangat-sangat..(bapa milion dolar dah mereka kerugian agaknya)Cuba mengganti rancangan dengan menuju ke arah salah satu restoran fast food fast die iaitu KFC....aiseyymen...kfc lagi.....macam dah takda tempat lain yang lagi best je.Kemudian,sanggup tak order air semata-mata nak minum kopi di costa cafe...haish hantu kopi betul kawan aku sorang ni...Giant` la tuh.

-Salah sebuah kawasan pintu masuk dikawal oleh pihak tentera perisik-


-terima kasih ya muhamak!!-

Dalam perjalanan ingin pulang ke abdeen,sempat saya pusing-pusing ke kawasan hayyu sabik dan sekitarya,Masya allah...susahnya mahu jumpa kelibat pelajar melayu,kalau ada melayu pun melayu dari singapura...subhanallah...susahnya seperti mencari gagak berwarna putih sahaja di muka bumi ini..(hehe).Saya tahu,Gagak putih semua itu ada dimana...hehe....teettttt....

La illa ha illa allah muhamdarosuluallah,

06:01 am,
Abdeen house,
Egypt.

8 comments:

E'in said...

dh reda ke keadaan kat sna??

Humaira' said...

alhamdulillah..~
tumpang rasa lega!
tidak perlu bersesak2 di Jeddah (",)

E n t o y C a i r o said...

ein:
alhamdulillah...
semakin beransur...
berkat doa kau ni ein..
ehehe..
terima kasih la layan citer sengal ni sampai habes...
hehe..


humaira':
alhamdulillah juga =)...

terima kasih atas keprihatinan yang dirasai (perasan sendiri)..hehe

haah...kesian kawan2 kat jeddah sana...
ada yang kata dah cam pelarian la,
asyik makantido-makantido la..

maklum la..duk dalam asrama x boleh keluar pagar...huhu..sadis sungguh diorang..

apa2 pun,diorang beruntung sgt2,dapat solat dan berdoa di bumi berkah dan hmpir dgn tanah suci..(cemburunya)..

Ezo said...

hahaha..macam2 ko..

saeedah yafi'ah said...

ptotnya krajaan msia kene bekalkn penimbang jgk la..utk plaja kat sane tmbang berat hr2.. =P

E n t o y C a i r o said...

mumtaz...
aku melawak je pun..
habes ko perli aku ea..
hehe...
selagi aku mampu tersenyum dgn keadaan camni...
selagi tu la...
aku cuba menulis,agar dapat mententeramkan jiwa2 yang sedang gelisah..huhu
btw..doakan aku mum!!..
jazakallahu khoiran!!

saeedah yafi'ah said...

hahaha...jgn terase bro~
klw on ym buzz aku. ade bnda nk tanye..adiosszzz..

E n t o y C a i r o said...

mumtaz:aku pon JOKE je..
baik bos!!..=D..

Related Posts with Thumbnails