Friday, February 4, 2011

R2:Minggu Muzoharat

Kebiasaanya selepas selesai sahaja fatrah imtihan,siswa siswi akan merancang sesuatu yang bermakna dalam masa cuti selepas imtihan,namun segalanya jadi musnah gara-gara apa yang telah berlaku pada 25 januari hingga ke hari ini 4 febuari...sudah 9 hari aku dan kawan dalam keadaan ketakutan dek rusuhan seluruh warga arab mesir terhadap kepimpinan kerajaan mereka..

Apa yang mereka mahu adalah..ingin tuanku husni mubarak turun dari tahtanya,yang telah di duduki selama 30 tahun lamanya.."CUKUPLAH SUDAH SELAMA 30 TAHUN KAU MEMERINTAH KAMI!!APA LAGI YANG KAU MAHU??".Ini adalah salah satu luahan dari jutaan perusuh arab mesir yang aku dengar dan lihat di telivesyen pada hari pertama rusuhan berlaku.

Pada hari kedua 29 januari pula,aku bersama salah seorang rakan rapat sejak di bangku sekolah menengah al-attast lagi telah menuju ke iskandariah untuk mengikuti rombongan sambil belajar ke semenanjung sinai.Dalam kotak fikiranku,rusuhan semalam mungkin biasa-biasa sahaja,tapi rupanya tidak.Setelah 2 jam perjalanan dari kota kaherah menuju ke iskandariah dengan menaiki keretapi,lagi dua jam lagi kami akan sampai ke destinasi,kami di dikejutkan dengan perintah oleh askar-askar arab mesir untuk perjalanan keretapi menuju ke iskandariah di batalkan..ya allah!!! aku mula panik..dalam masa itu juga aku dapat melihat pelbagai keadaan manusia di dalam kabin keretapi,ada yang menangis-nagis...ada yang menjerit-jerit minta bantuan..ada yang terdiam sambil mulutnyer terkumat-kamit seperti berdoa kepada tuhan...dan macam-macam lagi...

Dalam 1 jam setegah kami semua di hentikan,syukur alhamdulilah..kami diizinkan kembali untuk meneruskan perjalanan ke iskandariah...setiba sahaja disana..kami disambut oleh beberapa rakan baik dan 2 orang arab mesir juga sebagai guard bangunan MARA di Iskandariah..dalam perjalanan ke bangunan mara,apa yang aku dapati..hampir kesemua orang arab mesir berpegang kayu semata-mata untuk menjaga keamanan orang awam di sekeliling,kerana pada masa ini...seluruh banduan di mesir telah terlepas,maka dengan itu semua orang harus berhati-hati dengan mereka..Lagi balai polis habis musnah terbakar..pondok-pondok polis habis di pecahkan...kereta dan lori polis usah dicakap...semua terbakar...dasyat sungguh kejadian ini...




Bermula 29 januari hingga 2 febuari aku terpaksa menginap di bangunan MARA dan rumah kawan baik aku yang telah berkahwen disana..rombongan yang bermula 30 januari itu telah dibatalkan atas faktor keselamatan yang tidak menentu...dalam waktu ini...kami semua diperintahkan untuk berkurung di rumah masing-masing dari pukul 4 petang hingga 8 pagi keesokanya..makanya kami hanya boleh keluar selepas jam 8 pagi...masa inilah kami manfaatkan betul-betul untuk membeli keperluan dapur,barang mandi,kad topap dan lain-lain yang penting untuk di gunakan...Itulah rutin kami setiap hari hingga ke harini..







Semalam 3 febuari,aku dan rakan-rakan lain..telah pulang ke kota kaherah,dengan alasan lebih mudah berlepas ke jeddah dari tempat sendiri berbanding tempat orang,kerana ada beberapa barang lain yang mugkin kami terlepas pandang untuk diselamatkan sebelum bertolak ke jeddah i'allah,Dan semalam juga,Dua buah bas telah membawa sebilangan pelajar-pelajar untuk trip pertama berlepas ke jeddah...semoga semuanya aman disana..3 febuari juga adalah tarikh yang bermakna buat ibu dan ayahku di kampung,kerana mereka berdua dapat mendengar suara serak basah aku di corong talipon mereka.Tak bosan-bosan asyik mengulangi ayat "ALHAMDULILLAH SYUKUR KO SELAMAT"(hehe).Sebelum mengakhiri perbualan yang hampir 1 jam lebih,mereka memberi nasihat dan terus mendoakan aku moga selamat senantiasa.

Hari ini 4 febuari,aku masih di rumah abdeen yang hampir betul dengan tempat rusuhan di kaherah.keadaan di luar semacam tenang,mungkin berkat hari jumaat untuk hari ini...pasar-pasar sayur,ikan ,dan ayam masih berjalan seperti biasa..cuma kedai-kedai lain masih tertutup rapi.itu pasal la aku cari kedai topap tak jumpa-jumpa...=)..sebelum terlepas pandang,kalau jumaat lepas orang mesir mengelarkan hari itu adalah hari kemarahan dan jumaat hari ini telah di gelar adalah hari penghalauan untuk tuanku husni mubarak,aku pasti hari ini ada pekara lagi dasyat yang bakal berlaku..cukup la untuk hari-hari sebelum ini yang telah mengkorbankan 38 nyawa dan 1033 yang tercedera.Makanya perinta berkurung pada hari ini kami diberitahu bermula selepas selesai solat jumaat hingga pukul 8 pagi keesokan hari.

akhir penulisan untuk waktu ini,saya mohon kalian mendoakan kami semua selamat dari pekara yang tidak diingini berlaku.

la illa ha ill allah muhamdarosuluallah
abdeen house,egypt
11:17 am

10 comments:

ulfa said...

seronoknye dapt rase suasane mcmtu....insyallh Allah melindungi kalian semua...

E n t o y C a i r o said...

seronok???...atas dasar apa agaknye ulfa gunakan untuk berkata secara demikian...ekceli...tq sudi komen..dan mendoakan kami disini..lama x nmpk ulfa update..maklumlah..taat pada suami lebih utama dari penulisan di blog..go on ulfa!!

saeedah yafi'ah said...

masyaAllah..kau berjuang...teya jgk berjuang...aku kat cni hanya mampu doakan kalian selamat...insyaAllah...

E n t o y C a i r o said...

mumtaz!!...terima kasih for all..robbuna yuhafizuk..(may allah protect you)

saeedah yafi'ah said...

=) ko ade kat mane skrang? sehat?
bile nak balek malaysia?

E n t o y C a i r o said...

aku ada di umah cairo lagi..alhamdulilah sehat...
buat waktu ni..aku cuba bertahan di sini..mudah-mudahan semuanya akan kembali pulih dengan cepat...amenn..mumtaz....tolong dapatkan berita ttg atteya lagi..please..

saeedah yafi'ah said...

insyaAllah maken ok la..ko x balek malaysia ke? bkn ke maken mruncing kat sane? em..klw ko nk tau..stiap hr aku kol hp dia..ak nk kol pa ayah dia..tp ak x branila..kne speaking lg nnt..ko x dpt emel dr aku ke? ade bnda yg aku nk gtw..tp susah gtw kat cni.

E n t o y C a i r o said...

terima kasih mumtaz..
aku dah tgk emel..cuma x sempat nk balas...
setakat ni x balik dulu..
nnti klw aku balik..aku inform kat ko i'allah..
doakan aku ye..

ulfa said...

maksud seronok disitu, dapat kenangan "manis", mcm berada di medan jihad, orang kat malysia susah nk dapt pengalaman mcm tu, banyak kenangan dan ikhtibar daripada pengalaman tersebut...

E n t o y C a i r o said...

Terima kasih atas segala pengertianya..=)

Related Posts with Thumbnails