Thursday, May 3, 2012

HIKMAH CASH

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...
PROLOG

Teringat suatu ketika dahulu ketika aku di suruh untuk menyampaikan sedikit pesanan atau nasihat buat orang-orang kampung di mesjid.Atas permintaan spontan dari ayahnda sebelum menunaikan solat magrib,aku terpaksa menerima dengan hati terbuka walaupun ketika itu aku memang tak tahu nak cakap apa.Dan apa yang aku ingat ketika ucapan ringkas yang aku ucapkan adalah '' Wahai pakcik dan makcik yang saya sayangi,pergilah ke mesjid jika mempunyai masalah kerana bla bla bla''.

PERMULAAN KISAH

Apa yang berlaku hari ini adalah sangat bertepatan dengan kata-kata aku pada suatu ketika dahulu.Mujur saja aku teringat,jika tidak,mungkin allah kurang beri perhatian terhadap aku.Alahai...sedihnya jika allah kurang beri perhatian pada hamba-hambanya.Jauhilah akan ia ya Robb..

Petang hari ini aku agak merasa lemah dan hilang semangat,padahal peperiksaan bakal di tempuh tidak beberapa lama lagi.Aku cuba melangkah ke mesjid walaupun jemaah sudah kerakaat kedua.Apa yang ingin aku kongsikan bersama disini adalah:Alhamdulillah secara tidak sengaja allah anugerahkan kepada aku seorang pakcik yang sangat kuat tubuh badanya walaupun kelihatan umurnya dalam lingkungan  80 tahun dan juga seorang imam di mesjid yang aku kebiasaanya bersolat.Sebenarnya aku sudah kenal lama,cuma mungkin hari ini aku dapat hikmah cash dari tuhan.Alhamdulillah

SIAPA DIA

Keberadaanya di mesjid menjadi batu loncatan dan penawar bagi aku untuk terus kekal solat fardhu di mesjid itu.Atas anugerah ini alhamdulillah setiap kali aku bersalaman,aku di hadiahkan doa darinya dan memang aku tanamkan niat jika hendak bersalaman dengan beliau hanya ingin meminta doa dan ingin sentiasa didoa darinya.

Alhamdulillah,mungkin dengan berkat doa yang ikhlas dari beliau,aku kembali bertenaga tidak semena.Tiba-tiba mode study datang tanpa di duga.Perasaan lemah tidak berdaya berganti cekal dan kuat.Mudah-mudahan perasaan ini kau lindungi dari bisikan syaitan ya allah!!..Bersyukur terhadap semua ini.Semoga allah memanjangkan usiamu Haji Mahmud berserta keberkatan hidup sepanjang hayat.Allahumma amin!

EMAK DAN KAKAK

Jika dulu awal-awal keberadaan aku di mesir,hanya emak dan kakak tempat aku memulihkan semangat.Namun atas faktor umur yang kian meningkat lagi beberapa helaian rambut kiat memutih,segan rasanya ingin teresak-esak di ganggang talipon seperti dahulu.Syukur saja tuhan anugerahkan Haji Mahmud dalam hidup aku saat ini.

KHATIMAH

Cerita ini bukan ingin mendabik dada atau menaikan nama,sekadar ingin kalian tahu yang bertapa ada beribu-ribu rahsia jika kita senantiasa ke mesjid.Memang hidup ini sentiasa ada masalah,ditambah pula bisikan syaitan yang selalu menghinakan kita.Maka aku cuba kongsi di ruangan ini.Agar dapat membantu hati-hati yang ingin mencari kedamaian yang abadi.Wallahu a'lam.

Ku harap keampunan mu ya Robb...juga doa dari kalian semua di luar sana....

Lagu belakang tabir: Surgamu by Unggu.



Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:53 pm.Abdeen House,Egypt

4 comments:

MakNana said...

Bagus Entoy~ ehem3 sapa la nih? hahaa! kesian..punye takde semangat sampai putih mata tu~

tenang2 selalu :)

E n t o y C a i r o said...

alhamdulillah bak nana...

huhuhu...memang down gila la semalam..tu mata putih abis!! ngekkk punya nana!!!ngadeeee...

cik kesom kebabom said...

"ya ampun..kambinn ade atas bumbung ni..sapa nk turunkan..turun sendiri ea..aku x berani nk panjat ni..mak!apak!bantuin aku dong" monolog Entoy cairo
Kikikikiki

E n t o y C a i r o said...

Hamboi ko kesommmmm!!!

ala cakap muka mak comel kan senang..
sayang sgt nk cakap! hehe

Related Posts with Thumbnails