Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh
Temanku sekalian.
PROLOG
Sekadar hiasan...
Perlukah menunjukan kecantikan yang kau miliki itu.Ya bagi naluri setiap perempuan pasti ingin kelihatan angun dan cantik sentiasa di mata manusia yang memandangnya.Sungguh pun aku bukan seorang wanita.Aku cuba untuk memahami sifat wanita yang satu ini.
Siapa kata untuk kelihatan cantik itu salah.Bahkan cantik itulah yang disukai oleh tuhan jika selari dengan syarat-syarat yang ditetapkan.Namun ramai dikalangan wanita suka menunjukan kecantikan mereka di mata lelaki secara umumnya.Sedikit untuk menyimpan kecantikan itu untuk suaminya.
Zaman sekarang,Duduk di dalam rumah saja pun sudah boleh melihat wanita-wanita cantik yang sedang memperagakan kecantikanya itu.Itulah kuasa alam maya dan kuasa dunia hiburan.
Wahai wanita dunia.Jangan ajar pada kaum lelaki dengan kecantikan yang kau miliki.Kelak kau pasti akan merana.Ajarlah mereka dengan sifat lemah lembutmu tanpa bisa kau terpedaya dengan pujukan nafsu liarnya.Agar mudah kaum adam ini untuk kau pilihi sebagai suamimu suatu hari nanti.
Kuasa wanita itu sangat hebat berbanding lelaki jika golongan wanita itu menggunakan segenap sifat semula jadinya kearah yang betul.Kau wanita,kau lebih arif tentang dirimu.Aku lelaki,aku lebih arif diriku.
Keep smiling!
Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,
02:05 am.Abdeen House,Egypt.
6 comments:
ok,start! komen kat sini dulu :)
Alhamdulillah,terima kasih akh untuk teguran itu,moga wanita dunia mengerti :)sy juga tidak terkecuali.
jiha:
ya.mudah-mudahan..kim salam akak jual oren tempoh lalu:)
ok akh,inshaAllah kalau p kedai tu balik..lgpun oren masih ada kat rumah ni :)
jiha:
heh..lambatnya nk habis..bak sini bagi kat sy..:)
noted & thanks u!
humaira:
el afuan..:)
Post a Comment