Sunday, July 3, 2011

KAU ASINGKANLAH SENDIRI

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

Temanku sekalian.

PROLOG

Sekadar hiasan...


Pilihan adalah suatu pekara yang amat berkait rapat dalam kehidupan seorang manusia di alam ini.Tanpa membuat pilihan yang baik akan mendatangkan kepada kita suatu masa yang kita akan terus rasa menyesal.

Pagi ini sebuah ceramah ringkas telah disampaikan oleh seorang tabligh di masjid econsave.Saja aku gelarkanya econsave sebab masjid tu ada 2 aircond dan 12 buah kipas yang di buka khas untuk para jemaah yang hadir.Memang khusyuk.khusyuk tidur yang aku maksudkan.heh..

Walaupun econsave yang aku gelarkan ini tiada menjual barangan yang seperti mana yang ada pada pasaraya econsave di malaysia,Namun disini ada menjual barang untuk bekalan di akhirat kelak insyallah.

Menceritakan tentang rezeki itu amatlah luas bila hendak di huraikan.Seoalah-olah tiada kata putus untuk menamatkan cerita tentangnya kerana ia adalah sebuah cerita yang dikarang khas oleh tuhan untuk setiap jiwa,Begitu juga yang dengan karangan khas yang lain seperti maut,jodoh,bahagia ataupun sengsara dalam kehidupan.

Sebut pasal rezeki.Pasti ada sedikit kaitan dengan surah al-waqiah.Memang jika seseorang itu ingin memiliki rezeki yang lebih,bukan sahaja dengan usaha luaran saja yang perlu ditingkatkan,malah yang dalaman itu juga pun harus dipertingkatkan lagi agar seimbang antara kedua-duanya.

Pekara ini yang ramai dikalangan umat sekarang terlepas pandang.Kadang-kadang rezeki sudah melimpah ruah pun terasa sedikit dihati.Tapi ada orang rezekinya hanya cukup-cukup saja,Namun terasa dunia ini dia yang punya.Cara untuk mendapat perasaan yang sentiasa cukup itu amatlah mudah,Perbanyakanlah membaca surah waqiah walaupun sekali sehari,Mudah-mudahan ia mendatangkan ganjaran yang setimpal mengikut keikhlasan kita untuk beramal.

Anis pernah menegur aku suatu ketika dulu tentang bertapa ajaibnya kuasa surah al-waqiah bila dibaca setiap hari."rezeki tu kan cik..akan datang pada kita tanpa kita sangkakan jika kita kuat baca surah ini"

Bila mendengar saja teguran itu.Aku jadi malu pada diri.Masih sempat lagi aku dengan perkara lain sedangkan al-waqiah itu harus ada di didalam jadual harian aku sendiri.Allahu allah.

Peringatan pada diri.Sama-sama bermuhasabah.Aku bukanlah seorang yang layak untuk menasihati kalian.Aku adalah seorang insan yang banyak khilaf dimasa lalu.Aku hanya mampu menulis tentang kisah itu,baik buruk kau asingkanlah sendiri.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:45 am.Abdeen House,Egypt.

4 comments:

Nazihah@Jiha said...

salam alaik,sy komen dulu...

Astaghfirullah..terasa bah..jrg sungguh baca surah tu..masa kat asarama hari2 bc,itu pun sbb diwajibkn..huhu

moga kita dlm klgn hambaNya yg bersyukur kepadaNya diatas kemurahan dan nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan..ameen

nasihat menasihati amalan mulia :)

E n t o y C a i r o said...

wassalam ya ukhti shogir!! =)

amin amin amin..

tersangat mulia ya nazihah =)

Humaira' said...

thanks u achik pami..
syukran ya Rabb..

E n t o y C a i r o said...

humaira:

thank for god too :)

Related Posts with Thumbnails