Thursday, May 5, 2011
Siti bufday
Wednesday, January 12, 2011
Awak.....
Wednesday, September 22, 2010
Happy bufday for arwa
Sanah helwa buat saudara saya mahu juga saya gelarkanya sahabat baik sejak dari form one di madrasah al-attas johor sehinggalah melanjutkan pelajar ke peringtkat ijazah di negara yang sarat dengan debu dan pasir..
Utusan dari kami untuk dikau wahai sahabat yang disayanggi..semoga umur yang semakin meningkat dengan deras,waktu yang hilang sepantas kilat,dapat dikau manfaatkan dengan sebaiknya..bila dikatakan siapa yang mahu berjaya..semua akan mengatakan ''ya sy mahu berjaya''..namun berjaya tidak akan datang melainkan dengan berusaha..
pesanan peribadi dari aku terhadap kau "tertawalah dengan segala rintangan,terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kejayaan" (sama-sama beringat k)
.................................................................................................................
Tepat pukul 9:40 semua hidangan dirumah arwa telah siap untuk dimakan..alwie dan abang telah memask sesuatu yang best dan pedas..sampai x bernafas aku dibuatyer..tq ye..selain dari itu..kek yg telah dibeli oleh aku sndiri di bawabah thaniah,bersama manisan mesir seberat 1/4 kilo..yang dapat meraikan hanya 4 org shaja..but itupon dah cukup kecoh dibuatyer ditambah dengan karenah abg alwie yg happening selalu..majlis dimulakan dengan doa selamat untuk arwa aka azzer..kemudian sesi pergambaran ringkas..kemudian upacara menyuap sampai ke hidung..credit untuk arwa..hehe..kemudia majlis diteruskan dengan pengisian perut dengan segala yang ada di atas meja..hehe...
pada kawan-kawan rapat yang x dapat hadir.atas alasan sakit,jauh,malas (hampeh)...kami hanya dapat kirimkan cerita soseh-soseh ini sahaja...sekian..wasalam..
Sunday, August 22, 2010
Erti persahabatan
Bukan mudah untuk kamu memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu. Ikuti tips berikut, ternyata ia dapat membantu kamu dalam mencari seorang teman sejati!
1. Boleh berkongsi apa saja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.
• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.
2. Memahami
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa... 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri mu sahaja!
3. Profesional
Sedang kamu mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;
• Dia bijak mengawal emosi mu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!
4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:
• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu...
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!
Hindari diri darinya!
1. Teman yang menjatuhkan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Gemar mencari kesalahan orang lain.
• Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.
• Dia tidak memiliki ramai kawan!
2. Teman yang memiliki pengaruh negatif
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
• Dia mengajak kamu melakukan sesatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
• Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!
3. Teman yang mempergunakan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan mu.
• Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepenuh perhatian padanya.
• Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindakbalas.
4. Teman yang tikam dari belakang
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Apa yang kamu miliki, akan turut dimilikinya sama.
• Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan mu.
• Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri mu.
5. Teman yang suka meniru kamu!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lain juga sama dengan mu.
• Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
• Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Kamu bagaikan KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.
Saturday, August 21, 2010
Beruntung dikau wahai wanita.
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya.
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuann lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
p/s:be strong..
wallahua`lam
Wednesday, August 26, 2009
Dah Lama Kan??
SAYA HARAP DENGAN PELUANG MERASAI KEMANISAN DI BULAN MULIA INI DAPAT KITA MANFAATKAN DENGAN AMALAN-AMALAN YANG DI REDAI ALLAH S.W.T.....
RASANYA ITU SAHAJA YANG DAPAT SAYA SAMPAIKAN,MOGA KITA HIDUP DIREDAI DAN DIBERKATI.
Tuesday, June 23, 2009
pendedahan tentang faisal bin idris
apa-apa hal kepada sang jepon...moga ko happy kat sana..jgn suka hilangkan diri je dgn kereta baru eh..entah tetiba dah kat singapore plak kang..hihi....ops terlebih sulah...tp kalau ke al attas x pe.
semoga selamat pergi dan pulang i'allah..kim salam kat your parent eh..aku taw..diorang mesti tgh tgk sekali blog aku ni kan? hihi..hye mak cik,hye pakcik..hye semua..kabare?hihi
buat pengetahuan ko pon..lutfi benar2 rindukan ko pon..haha..begitu juga dgn abg ko sorang ni ..pezal el sabhon...x abes2 sebut2 nama ko..sedih dier x dpt antr ko kat airport..dan klw ko nk tw..bila aku balik dari antar ko..pezal terus tumbuk aku...nasib baik aku mengelak..maka kene la cermin ko..maka......berkecai la cermin ko sudah...hihi..
x da la aku gurau je...haaaaaaaa takut....takut...aku jaga baik barang ko kat sini i'allah..tp sweater ko kat bilik air tu camana..hihi
lastly ni sebagai balasan kerana kau menghantar mesej kat aku yang berbunyi" bye2 cairo"hihi..makan dalam beb..hihi.
pulang ke malaysia on axxer and bard
aduhai...sorang2 hilang dari pandagan mata aku..kali ni kawan baik aku dari al attas telah kabur dari mata buat seketika..
ala kulihal jaga diri elok2 ok..alahamdulillah dah sampi mereka berdua kat sana..alhamdulillah..
tp yang aku geram tu..siap antar mesej kat ym...bestnyer malaysia..hihihih...kureng ko wah...tp x pe..kita yang kat sini..rilex2 je la kan....dah dewasa...x kan nk merenggek plak kot..hihi..kata lelaki sejati..(aceh)..
bard ngan axxer bertolak dari kaherah pada pukul 4:30 petang..dan telah transit di dubai dan kemudian terus ke tanah air..
p/s:jumpa disana eh..hihi
selamat jalan buat macha dan din
pergi jua akhirnya bagi dua orang ahli baitku...iaitu salahuddin dan mohd ridwan untuk menunaikan umrah...beruntung korang berdua yer...aku ni ntah bila mahu dapat menyahut seruan itu..sabar adalah jawapan yang perlu aku ungkakpkan pada waktu ini...
kisah mereka ini..mereka berdua bertolak dari mahattoh abassiah kaherah menuju ke nuaibaq dengan menaiki bas yang berhawa dingin dan menuju ke salah satu lagi destinasi dengan menaiki kapal laut..kemudian mereka menaiki lagi sebuah kenderaan untuk menuju ke tempat betul2 bandar jordan atau ordun dari bahasa arabnya kerana disana kawan2 meraka telah menungguinya..dan dari sanalah mereka bertolak menuju ke saudi arabiah(makkah)..
timbul la persoalan..kenapa x bertolak ke umrah dari kaherah sahaja(mesir)...sbb jiika anda mahu ke saudi arabiah,mereka tidak menjual tiket kapal terbang secara one way sahaja.nak tak nak mesti kene beli secara return..sama seperti negara-negara lain seperti united kingdom.
so mereka pada awalnya mereka merancang mahu pergi ke jordan kemudian ke syria kemudian ke makkah kemuadian akhir sekali ke yaman..kira mahu jamak semua tempat la kiranya..tp ada banyak muskilah yg berlaku terhadapa mereka berdua..dan salah satunya ,muskilah dia atas ni.. lantas mereka memilih bertolak dari jordan dan bila pulang nanti kembali ke jordan semula dan terus ke syria dan tempat2 lain yang mereka mampu pergi la..
tapi apa yang aku sampaikan pada korang semua..x tw lagi terjadi ke tidak..sama2 la yer mendoakan mereka agar dapat mengapai impian mereka dan agar dapat merasai kemanisan beribadah di rumah allah yang suci itu..
doaku untukmu wahai temanku..semoga kau selamat pergi dan pulang membawa sinar hidayah yang baru terhadap kami disini..
Dari kiri:macaha,lutfi,dan din at mahattoh abassiah kaherah.
Tuesday, May 5, 2009
dah boleh jadi ummi dah
- semoga allah memberkati umurmu itu...dah semakin dewasa dah ni..jangan main-main sangat dalam kehidupan,lagi pun ummu dah boleh jadi sebaris dengan para ibu dah..hihi..i'allah jodoh akan datang,x pelah itu kerja tuhan,kerja kita hanya berdoa dan bersabar..
- apa-apa pon do the best of this year and year-year akan datang..saya di sini mendoakan yang terbaik untuk segala urusan dan pilihan yang ummu buat..
- jika kau sedih,sedar lah cepat-cepat....kerna allah itu selalu disampingmu,maka mengadu la padanya,jika kau bergembira,sedar la cepat-cepat,adakah tuhan setuju dengan kegembiraan ini,maka bertaubatlah..wa allahu a'alam..
Sunday, April 12, 2009
bersama-sama???
lalala...Buat kali pertama semua ahli bait aku keluar membeli barang dapur di city star,sebelum ni ahli bait aku x perbah cukup..ada je alasan yg diberi..tp x mengapa,lalala..dan kali ni kami pergi bersama-sama dengan penambahan seorang lagi ahli bait baru kami iaitu..mohamkairo...lalala hihihi..(mohd salehuddin bin ibrahim)beliau merupakan mahasiswa tahun dua,dalam pengkhususan usuluddin kaherah,amik ko din aku promote ko..lalalala.berbalik pada kisah di city star...total-total harga barang yang telah dibeli adalah sebanyak le 161:83...ok la tu kot..
sebagai pembalas segala keletihan,RIDZ CAFE menjadi tempat pegisian perut kami..hihi..
ada lagi sorang ahli bait aku ni..gambar dier sedang di hiddenkan dulu atas kes panas yang berlaku sebelum ni..hahaha...lalala..
Saturday, April 11, 2009
selamat lagi
disamping itu,moga allah memayungi keluarga baru ini..
Saturday, January 31, 2009
Jejak 'MEMBERS' -Part one
tgk..Arrrggghhh...last2 aku buat kptsn yg aku mesti gak p MUHAFAZAH.. (umah MEMBERS2 aku)..mula la aku dan arwa mencapai segala alat yg perlu dibawa...Namun aku pyer beg lagi KEMBONG dari arwa..kureng ko arwa...kih kih kih..nk ringan2 je ko...X pelah kata orang ''pekara pertama itu mengajar pekara kedua''and then pekara kedua itu mengajar pekara ketiga,pekara ketiga itu mengajar pekara keempat,pekara keempat itu mengajar pekara kelima,bla bla bla.....klw x mengajar2 gak..korang cuba la sampi pekara tu dapat mengajar korang..kih kih kih.........BerSAMbung...
pitc takes from:ezoegypt
(hahahaha)
Monday, January 26, 2009
Sunday, December 7, 2008
YASINAN &TAHLILAN
p/s..jauhilah dari mengumpat org.lain..haram hukumnya..
Friday, October 31, 2008
Khas untuk anak Pakcik Omar
Ana ingin berkongsi sedikit tips sebelum melangkah masuk ke dalam medan peperiksaan,Walaupun hakikatnya ana ini bukan yg terbaik untuk diberi kepercayaan dalam berkongsi tips atau sebagainya,Namun sebagai sahabat yg baik,kita saling memerlukan nasihat antara satu sama lain.
Ape yg ingin ana sampaikan hanya ringkas sahaja,iaitu:pergilah meminta maaf dan memaafkan insan yg selalu kita bergaul..hatta kita ini yg hakikatnyer tidak bersalah..cb yer...
Semoga berjaya ya mushohibi
setelah berusaha,
doa,
dan tawakal
Monday, October 27, 2008
mimpi dari hadralmaut
Buat julung kalinya....si mimpi datang tanpa di duga...kami semua tidak menyangka dgn kehadiranya...namun kami harus terima dgn takdir ini.terima la....
''Betul ke dier nk dtg?"sampuk aku.''iyer...aku pon x sangka ni ha"Yaban membalas.."ok la ..esok kita siapkan bilik dier..skang ni aku ada kelas la beb"..aku lantas bersiap untuk ke kelas formalku..
Lagi memeranjat kami..ibunya juga turut datang kesini..tp x lah terperanjat sgt..sbb kami ada bilik yg selese untuk mereka...hanya ape yg kami risaukan adalah..rumah kami tinggi awi..tingkat 5,no 502.tetapi setelah mereka datang...kami bernasib baik kerana ibunya masih ada kemampuan untuk naik turun kerumah kami..
Selama 14 hari si mimpi bersama aku..segala suka dan duka..kami merasai bersama...sehinggalah satu hari tu... si mimpi tiada sehari bersamaku..si mimpi ketika itu bersama kawan-kawan baru mengahadir haflah perkahwinan sahabat aku ditanta..aku dirumah keseoarangan sambil melayani iternet..niat hati mmg nk ikut p tanta..tp aku pyer visa dah tamat plak(berhati-hati la konon kan).
Malam tu aku call dier,sbb asal x balik pada waktu yg ditetapkan..si mimpi cakap kat handphone"aku balik esok pagi la toy..bebudak tgh lepak agaknye skang ni.." aku pon lega bila dier kata camtu..aku bukan ape,entah tetiba aku rasa risau sgt kat si mimpi ni satu macam jer..tp aku x rasa yg ada benda yg bakal berlaku..cuma yg aku risaukan adalah..si mimpi tu baru je sampi mesir..x kenal dgn suasana kat sini..dalam kesunyian didalm bilik...aku pon cuba membayangkan dier bagaimana sewaktu mana si mimpi melanjutkan pelajaranya di mukala,hadralmaut,yemen.sampai la aku terlena di ulit angin yg sejuk dimalam hari di bumi barakah ini..
P/S :jika anda mahu kisah selanjutnya,datang la umah saya.
..sewaktu bersama ketika dahulu..