Saturday, March 24, 2012

LORONG LAMARAN

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

Sekadar hiasan...


Hidup tidak semestinya bersikap jujur tapi harus bersikap menerima sesuatu.Tuhan tempat sandaran utama,nafsu yang datang hanya hamparan duka.Manusia ini terus mencuba untuk menerima,apakah salah bila menyukai sesuatu yang selorong dengan arusan diri?

Ketika hidup mula memberi makna,hati jadi lebih kental untuk berusaha.Kalam-kalam teman menjadi kiraan disisi,samada benar ataupun menjaga reputasi.

Memang benar,susah untuk memadam apa yang telah tertulis.Tapi sebagai hamba perlu ada sikap 'hauqolah'.Dengan sifat mendiamkan diri pada yang tertulis itu lebih enteng dari berteriak.Kekuatanku hanyalah semangkuk doa dari bekas tapak tangan yang hina.Sudilah kiranya kau tuhan,berikan aku sedikit kepuasan.

Aku tidak mahu bulan bicara sendiri.Aku tak mahu bulan menjadi saksi.Ku mohon cerita aku tetap dihati.

Petang ini ramai orang datang kerumah.Selain bersilaturahmi,ada yang juga sekadar menumpang solat dan meneruskan perjalanan kembali.Suasana begini amat biasa di rumah kami.Namun pun dah rumah Johor lama abdeen.Memang orang senang jadikan rumah ini sebagai rumah R&R. heh!

Moga yang datang membawa rahmah dan kembali membawa magfirah. :)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:43 p
m.Abdeen House,Egypt

No comments:

Related Posts with Thumbnails