Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh
Temanku sekalian.
PROLOG
Sekadar hiasan...
Subhanallah,Lama sudah aku meninggalkan laman ini.Apa entah agaknya yang telah berlaku pada aku.Aku sendiri kabur dalam memahami keadaan diri ini.
Apa khabar kawan-kawan aku sekalian?Harap semua berada dalam sihat wal afiat.Dalam diam-diam,dah hampir 3 bulan aku di bumi tercinta ini.Apa aku buat?Tepuk diari tanya tulisanlah.
Gayanya tampak aku selama ini saja meninggalkan ruangan menulis ini.Lebih kepada laman sosial yang kini sudah popular dengan adanya lagu "Cinta muka buku".mungkin bertitki tolak dari situlah,aku mula mencari teman-teman yang sudah bertahun-tahun tidak ku temui.Alangkah syukurnya aku bila dapat berkumpul semula dengan mereka-mereka yang aku cari.
Mohon maaf jika ada yang terdetik di hati masing-masing yang aku seolah-olah sudah melupakan dunia menulis ini.Secara jujurnya tidak langsung untuk aku melupakan dunia penulisan ini.Hari demi hari,Ada saja yang sudi melawat disini. kau buat aku jadi malu!(perasan ada pengunjung setia)hehe.
Sejak awal bulan oktober hingga aku bakal balik untuk akhir bulan ini.Sungguh padat hujung minggu aku.Habis aku buat program sendiri untuk tidak ketinggalan bila dah pulang nanti.Namun,bonda aku pula yang susah mahu bagi aku keluar.hehe.(anak mak lagi nih).Mengade!!
Mohon maaf kerana tidak berapa elok ayat-ayat aku kali ini.Hanya sebagai lepaskan hajat buat korang.Baiklah,Setakat ini.emak aku dah panggil suruh makan pula.Chubby mode la jawabnya nanti.hehe.
Keep smiling!
Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,
09:31 pm.Teratak Ayahnda Maryani,Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment