Friday, April 22, 2011

Masa itu telah tiba

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Bismillahir rohmair rohim,Selamat petang buat teman-temanku yang amat aku rindui semua.Harap semua dalam keadaan sihat walafiat di samping family dan orang tersayang.

Posting ini sebernanya ingin dilampir pada 2 hari lepas.Oleh kerana masa kosong aku yang tak menentu,Sempat aku mengSAVEkan dahulu sahaja post ini.Syukur alhamdulillah,Saat ini dapat juga aku berkongsi pengalaman dengan kalian di luar sana.Mudah-mudahan ada faedah disebalik posting ini.

JEMPUTAN SYUGAWI

Nah,Ini dia suasana sebenar yang kami lalui pada
Hari Rabu (17 Jumada al-uula/20 April),Nama
Tempat Zullah al-Fatimiyyah, Jami' al-Azhar as-Syareef ,tepat pada
Jam:9 pagi ...Kalian pasti kagumkan?..Aku yang hina lagi tidak punya apa-apa ilmu ini pun...Bila melihat terus mengigil...hati berdegup kencang..Tak tw kenapa..Mungkin sahaja,Para malaikat sedang duduk bersama dalam majlis itu,bahkan juga para malaikat sedang menjaga keamanan majlis mulia itu dengan sayap kepaknya yang tak terduga luasnya..Subhanallah..Allah maha besar.

EPISOD CUCI MATA



Mihrab dan mimbar masjid Al-Azhar.Hanya digunakan untuk solat jumaat dan solat hari raya serta majlis-majlis besar.





Mihrab Masjid Al-Azhar As-Syarif yang sentiasa digunakan untuk solat 5 waktu. Kecuali solat Jumaat.



Ketibaan ulama' yang paling disegani dan disanjungi.Untuk makluman kalian.Setelah beliau tamat memberi nasihat kepada kami,Tiba-tiba seorang arab menjerit "HASAN SYAFIE WALIYUALLAH!!" Laungan tanda hormat yang berulang 3 kali itu,Telah di sokong oleh sekalian jemaah yang hadir ketika itu..MASYALLAH!!..Bergegar majid al-azhar ketika itu.Nama penuh beliau adalah;Syeikh Hasan bin Mahmud bin Abdul Latif as-Syafi`i al-Azhari. (Gelaranya:Syeikh Hassan Syafie)



Pentas utama.Berebut-rebut manusia ingin menghampiri para ulama'-ulama' mesir.Semata-mata ingin mendapat berkat bila berada dengan tubuh yang selalu hatinya cenderung dengan sang pencipta agung.



Ternyata kopiah putih dan tudung labuh lebih ramai dan memenuhi ruang. Menandakan ramainya anak-anak Malaysia yang hadir dalam majlis ini.

Semoga bukan hanya majlis penutup ini yang kalian hadir, tetapi dalam setiap majlis ilmu di bumi barokah ini. Setiap daripada kalian Allah beri kefahaman yang berbeza, maka sama-samalah kita hadir, moga kefahaman yang lebih dapat membantu mereka yang kurang, yang kurang dapat memberikan semangat kepada yang lebih untuk terus memahamkan diri dan mereka yang kurang. Fahimtum?.

Bersatulah kita mencorakkan rakyat Malaysia tercinta, semoga negara sentiasa aman dan sejahtera dan diredhai Allah SWT.

Kita adalah cahaya-cahaya kecil, maka untuk menerangi dunia yang luas, cahaya-cahaya ini perlu kita satu dan sebarkan bagi menerangi seluruh alam.



Dicelah ribuan manusia, tidak ketinggalan para muslimah. Moga hadirnya kalian tidak membawa fitnah, tetapi membuka pintu rahmah, mahabbah dan barakah buat sekalian ummah. Kalian bakal mendidik anak-anak harapan ummah.

Ditangan kalianlah kami menaruh cita-cita, memberikan amanah agar lahirnya zuriat seperti Sayyidatina Sumayyah, Fatimah, Aishah, dan Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah.

Dan harapan itu hanya akan sempurna apabila si mujahid itu 'berusaha' menjadi pemuda yg berjiwa pemurah spt S.Abu Bakr, berani spt S.Umar, lemah lembut spt S.Uthman, pintar spt S.Ali & ikhlas spt S.Bilal. Allahu Allah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Muslimah pembangun Ummah. Pembantu si mujahid menuju jannah.





Insan yang senantiasa dinanti-nantikan kehadirannya. Fadhilatul Syaikh Dr. Ali Jum'ah Rahimahulloh wa hafizohullah.

Apa yang sempat aku tangkap daripada kalam Syeikh semalam, Syeikh mahukan ilmu dan sanad yang diberi, disampaikan pula kepada orang lain. Agar ia bukan pengijzahan semata-mata, tetapi penyampian ilmu yang berterusan. Allahurobbi. Mampukah aku?

BTW,

Sohibussamahah Mufti Hafizohulloh. Teringin sangat untuk mencium tangan beliau, walaupun seringkali terdetik dalam hati, "tidak layak sungguh tangan yang hina, kotor dan penuh dengan maksiat ini, untuk menyentuh apatah lagi mengotorkan tangan insan mulia ini." Allohurobbi.

Beliau amat payah untuk membenarkan manusia mencium tangannya. Allahurobbi. Mungkin beliau merasakan tidak layak dilayan sebegitu. Alloh.. Tawadhuknya beliau. Apabila berjalan sentiasa tangan kanannya memegang tongkat.



Hero of the Day. Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari. Selaku pengerusi majlis sekaligus menkhatamkan bacaan Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah dan menyampaikan sanad.

Syukran ya sayyidi, keranamu, seluruh syeikh Azhar turun menerangi kami yang dahagakan ilmu, menambahkan rindu dan cinta kepada Rasulullah SAW. Moga Allah swt sentiasa merahmatimu sepanjang masa.



Ya Allah, kau rahmati dan lindungi Al-Azhar dan seluruhya, agar dapat terus berbakti, menyedar, memahamkan dan benteng pertahanan ummah.

Ya Allah berilah kami kekuatan, kefahaman dan dapat terus menyebar dan mempertahan kalimah La ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah SAW.

Terbitkan dan pancarkanlah cahaya Habibuna Mustafa SAW kedalam hati-hati kami. Agar dapat kami mencintai-Mu dan para kekasihmu. Ampunilah segala dosa-dosa kami, agar dosa itu tidak menghijab kami daripada melihat nur dan hidayahmu.

Bimbinglah kami jalan menuju rahmat-mu.




Suasana semasa Majlis Khatam Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah di Masjid Al-Azhar semalam. Allahuakbar!! Ribuan hadirin memenuhi segenap ruang Zullah Fatimiyyah. Khusyuk mendengar kalam daripada Syeikh Ali Jum'ah.


Kawan aku ada berkata pada aku dalam status FB nya yang berbunyi ''Kalau saya ada wide lens, pasti lebih ramai yg masuk dalam gambar ni. Opss.. Kalau fb boleh letak gambar lebih panjang, pasti lebih besar n luas gambar ni.


p/s:

Syukran jazilan buat sahabat baik lagi tampan aku ni.Sapa lagi kalau bukan AL-AMIN HJ SALLEH (empunya nikkon).Sungguh bahagia kau dengan kamera powerMU itu.Moga-moga kamera itu menjadi bukti dakwah yang kau cuba sebarkan..Tak puas rasanya jika tak menyebut JAZAKALLAHU KHOIRAN JAZAK!!..

Syukran jazilan juga buat saudara perjuangan,SIFU TOPECT,yang telah memberi aku semangat untuk terus kekal di ruang-ruang kecil di masjid al-azhar as-syarif.Btw.Mohon doanya juga ye pect untuk terus istiqomah ke kelas "Muqadimah hadramiah'' (kelas fiqh) dan "Sunnan Imam Tirdmidzi RA (kelas hadis).

Syukran jazilan juga buat kawan-kawan yang berada di mesir mahupun di tanah air serta di mana pun dikau berada...Sememangnya kalian tak berkesempatan untuk kesini usah la dikau cemburu,Cukuplah hatimu yang berhajat ingin kesini.Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat masing-masing.Moga kalian juga mendapat faedah dari kecenderungan hati-hati kalian itu...AMEEN.

Untuk menonton majlis yang penuh barakah ini,Sila klik (disini)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

07:55 pm.Abdeen House,Egypt.

17 comments:

Izzati Hashim said...

Salam alaik. Setakat ni tak pernah lagi berkesempatan ke masjlis yg dihadiri Fadhilatul Syaikh Dr. Ali Jum'ah.

Sebelum ni pernah juga menjejakkan kaki ke kelas mingguan Syeikh Yusri, rindu nak pergi lagi.

(=

E n t o y C a i r o said...

wasalam...

i'allah ada jodoh nanti...

masya allah..patut la ayat2 mantap semua kat blog mahupun di fb..anak murid syeikh yusri rupenyer...=p

japierah said...

mengSAVEkan?? anda salah!
apitan meng-..-kan tidak boleh diletakkan kata akar satu suku kata a. Cuba anda letak perktaan BOM. Adakah perkataan yg terhasil daripada apitan tersebut, MENGBOMKAN@MENGEBOMKAN?? haaaaa. begitu juga dengan perkataan Save, satu suku kata je kan klu ikot sebutan omputeh. kan lebih senang kalau guna bahasa Melayu, menyimpan. haaa, takde lar nak kompius2 kan. blablablablablablablabla............................. Oleh itu, gunakanlah bahasa dgn sebaiknya dan sebetulnya. (wuuuuuuuuuuuuuuuuu :p)

btw, nice entry!

E n t o y C a i r o said...

hehehehe....

mampu tersenyum...

tak taw plak...ada cikgu bahasa melayu sedang blogwalking sambil membetulkan ayat-ayat apitan yang x kene...

hehehe (ketawa lagi...)

dan..tq sudi komen..

btw..blog sy..suke hati sy lah...=p

japierah said...

heh dop rok ceytong ngat eyh. owg tego tak mboh dengo. waseang cam nok nyekeh je oghang babey2 nih. bahang lembek kang! ke nok kne kepok. huh! :p KAH KAH KAH KAH

liyanahairi said...

Allahumma amiiin.. ku tgh tgk video majlis mashayikh azhar kat youtube.. syahdu boleh sheikh usamah berucap.. haiz.. apa2 pun keep updated .. :D
*haha, padahal ku jarang singgah dan baca blog org.*

E n t o y C a i r o said...

japierah:

sory...i don't understand what u say....=)

yana:

mantop kamu yana...aku pun sedang tercari2 ni..

tq for ur comment...=)

japierah said...

memang tuh pun misi dan visi ambe :D

E n t o y C a i r o said...

japierah:

pulok....

Humaira' said...

AllahuRobbi!!

Terasa getarannya meski hanya menatap sebuah catatan nan tulus dari insan bernama muhammad fahmi.. [rahmati dia & kedua ibubaoanya ya Allah..jadikan dia insan istimewa di sisiMu. amin ya Rob]

Indahnya hari ini, diizinkan Allah untuk menatap wajah insan-insan istimewa itu, meski hanya melalui ruang maya, setelah sebelumnya diizinkan untuk duduk di sebuah majlis ilmu seorang insan istimewa di sisi ALlah.

Terima kasih Allah atas segala nikmat yang kau berikan.

Subhanallahwalhamdulillahwalaila haillallahuwallahuakbar!!

E n t o y C a i r o said...

hs

SUBHANALLAH...

jujur....sy x mampu nk balas kata-kata indah kamu tu...Moga allah merahmatiMu dan seluruh ahli keluargaMU juga...Ammen..

BTW..Sy ternanti-nanti untuk membaca penulisan baruMU..(arjuk)

MakNana said...

ALLAH~~ALLAH~~~:)

E n t o y C a i r o said...

nunuBEBEH:

(buatku tersenyum)

:: cikNuurul :: said...

salam,..pernah snggah sne,..dgr klas Syeikh Yusri,.kwn ajk pegi,.hehe,.bile tgk entri ni,tringt blk kenangan 2 taon dlu,..memori sumenyer,.sykur sgt dpt jejakkn kaki ke bumi Anbiya',.

E n t o y C a i r o said...

:CIKNUURUL:

ada salah seorang pelajar di mesir juga ke?..wow..mantop sungguh anda bila ke kelas syeikh yusri hafizallah..

btw..

tq for the comment..=)

Annisa said...

Allahu Akbar..

terasa besar nikmat yang Allah bagi bila dapat mendampingi para ulama.

E n t o y C a i r o said...

alhmdulillah...segala pujian bagiMU ya robb..

moga mata anda yang jauh disana juga mendapat faedah yang sama atas kecenderungan hati yang amat dekat disini...

Related Posts with Thumbnails