Thursday, November 4, 2010
Sayu itu perlu
PROLOG
Dalam suasana yang agak sepi di rumah sahabat aku ini....tiba-tiba ingin menulis satu post untuk kawan-kawan di malaysia mahupun di bumi anbia' ini...
BERMULA KISAH
ketika ini aku sedang menunggu panggilan talipon dari agen haji yang berbangsa indonesia dan juga ingin dikenali sebagai agus (nama samaran)..pada awalnya..aku diberitahu akan di jangkakan bertolak dari cairo-saudi pada 25 oktober lalu..namun..tarikh itu seperti hari-hari biasa aku di mesir..dail dan terus dail...mesej dan terus mesej..ngobrol dan terus ngobrol..namun kata putusnya...mengharap keajaiban dari tuhan yang mengetahui segalanya...
setelah seminggu aku berdiam...akhir aku dapat tahu apa masalah sebenar yang berlaku...ini adalah kerana kerajaan arab saudi telah menahan lebih kurang 600 pelajar dari berbagai bangsa asing selain bangsa mesir yang sedang menuntut di mesir ini..sungguh aku dan rakan-rakan lain setelah mendegar berita itu...namun..apa tindakan seterusnya yang perlu diambil..
diberitakan lagi..kerajaan saudi memerlukan surat keizinan dari menteri negara masing-masing agar dapat melepaskan rakyatnya yang ingin menunaikan haji di tempat asing(mesir)...kegawatan ini membuatkan aku dan beberapa sahabat lain berjumpa dengan Pemangku duta mesir Encik Saiful..dan jawapan darinya amat memuaskan...dan beliau sedia menunaikan segala permintaan dari kerajaan arab saudi itu sendiri...
Kemudia aku cuba menalipon Agus(agen haji) untuk menyatakan hasrat untuk memenuhi hasrat kerajaan arab saudi itu..namun...jawapan dari agus agak menguji lagi perasaan aku saat itu...jawapanya adalah..surat yang dihantar oleh menteri dari indonesia juga masih tidak di layan oleh kerajaan arab saudi...oleh itu nasihatya pada aku.."usah la ustad..membuat surat atau sebagainya...kerana semua itu percuma...apa yang penting banyakkan doa agar tuhan memudahkan segalanya..."
keluarga dan sahabat baik dari tanah air dan tanah berkat ini sering bertanya kapannya mau berangkat..sudah jelas jawapan aku "tengah menunggu pangilan dari agen"...fuhh...mengeluh??..letih??..tidak sama sekali i'allah...kerana aku tahu semua itu ada rahsia yang sengaja tuhan sembunyikan dari aku dan sahabat-sahabat lain...
KULIAH TETAP KULIAH
Kuliah tetap di teruskan...atas salah seorang sahabat aku yang tak habis-habis push aku suruh pegi kuliah...dan push itu amat bagi makna bagi aku bila aku mengenakan amanah yang cuba aku pikul setelah hampir setengah abad di bumi mesir...dalam hati saat ini mula berbisik ''apa yang telah aku baktikan pada diri aku sendiri???"...ohhhhh...hurmmmm...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment