Dari segi bahasa adalah:saling mempelajari antara satu sama lain.Dari segi istilahnya pula adalah: Belajar dalam satu kumpulan bersama seorang guru yang pakar dalam bidang itu..
Bila menyebut perkataan tadarus,mesti tadarus berkaitan dengan al-quran..memang sudah jadi adat orang malaysia yang beragama islam akan bertadarus dengan al-quran bermai-ramai.Boleh juga saya gambarkan tadarus al-quran itu seperti kita study group dengan kawan-kawan...disitu kita boleh mengetahui kekurangan ilmu kita selama ini.
Apa motifnya kita melakukan semua ini?
Biasanya apabila kita mengaji bersendirian, kita perasan semua sebutan kita betul belaka. Bagaimana pun apabila orang lain menyemak bacaan kita, barulah kita tahu kesilapan-kesilapan yang acapkali kita lakukan tanpa sedar. Contoh kesilapan yang mungkin kita terlepas pandang selain hukum tajwid ialah tersalah baris (baris atas menjadi baris bawah dan sebaliknya), tersalah huruf (ta menjadi ya atau nun) dan menambah atau mengurangkan huruf (lazimnya huruf wau).
Perlu diingati matlamat bertadarus bukanlah untuk cepat-cepat mengkhatamkan Al Qur’an tetapi untuk membiasakan diri kita membaca Kitab Suci itu dengan bacaan yang betul.
ada pengalaman menarik yang ingin saya kongsikan disini...kisah ni ketika sy di sekolah menengah,kebetulan sy jadi ketua bacaan..x pandai mana pon,tapi dah di amanahkan,saya turutu saja la..namun apa yang jadi begini ceritanya..saya telah katakan pada kawan-kawan kumpulan sy.sebelum sy mulakan bacaan ni...jika ada salah salah..mohon tegurnya ye..maka setelah itu saya baca la...x sampai satu ayat je,telah kedengaran sahut menyahut masing-masing menegur kesilapan bacaan sy..“Woi, woi, keretapi mahu pergi mana? Mana wajibul ghunnah??? Ulang balik, ulang balik.”..dan x cukup itu saje..saya kene lagi...“Huruf qolqolah ada berapa Tok guru?” maka sy menjawab “Ada 5”.kawan-kawan sy semua menjegilkan matanya. “Pandai pun. Kenapa tadi tidak dengar Tok Guru sebut qolqolahnya?”..hehehe...erm semua tu kenangan yang x bisa sy hilangkan gambaranya.moga bermanfaat untuk sy sampai saya mati...
Kadang-kadang ramai x mahu hadirkan diri dengan bertadarus.kerana segan kerana dirinya lemah dalam membacakan al-quran..ataupun x rela dimarahi dengan tok guru yang salahnya satu..betulkan sampai berjela-jela..maka disini ada dua cadagan menurut saya..
Pertama, bagi yang kurang pandai mengaji Al Qur’an, janganlah menjauhkan diri. Masuklah kumpulan tadarus dengan berlapang dada. Sekurang-kurangnya dengan mendengar dan menyemak orang lain membaca, kita mendapat banyak pengajaran dan tips. Bawa senaskah Al Qur’an sendiri dan sebatang pensel. Sambil menyemak, tandakan di tempat-tempat yang kita tersilap baca supaya hukum-hukumnya yang betul kita boleh ingat. Jika kena tegur, usahlah ambil hati sangat kerana kita sedang belajar. Adat belajar memanglah selalu ditegur jika kita tersilap. Lagi pun ayat Al Qur'an jika tersalah baca, boleh berubah maknanya dan kita berdosa.
Kedua, bagi yang pandai mengaji, janganlah terlalu hendak menggurui orang lain. Berpada-padalah ketika menegur dan jangan sampai kedengaran seperti orang meleteri budak-budak. Memang kurang sedap didengar jika kita meleterkan rakan sebaya, apa tah lagi orang yang lebih tua. Si fulan itu baru membaca sepatuh-dua dia sudah ditegur berjela-jela dengan diterangkan bermacam-macam hukum beserta Bahasa Arabnya sekali. Waduh! Seperkara lagi, jika seorang sudah menegur, yang lain-lain diamlah. Usahlah semua sekali hendak menegur. Pening Si fulan itu nanti.
Kasihan si fulan itu. Tambah tersekat-sekat dia membaca. Jika asyik ditegur berjela-jela, sampai bilalah dia hendak berani masuk kumpulan tadarus. Elok juga jika orang yang belum pandai mengaji tidak disuruh membaca panjang-panjang dan cukup sekadar 1 muka surat sahaja setiap pusingan. Saya teringat satu babak dalam filem Anak Bapak di mana AR Tompel sebagai Tuan Mahfuz menjadi hakim dalam sebuah mahkamah olok-olok. Peguambela En. Harun (anak Tuan Mahfuz lakonan P.Ramlee) asyik membantah hujah peguamcara. Lalu Tuan Hakim berkata, “Hoi, kalau asyik engkau bantah saja, sampai bila kes ini nak habis???” (U get my point?)
~khususan ila:ezzisidra atteya~
No comments:
Post a Comment