بسم الله الرحمن الرحيم
Pendapat peribadi untuk kawan saya yang berada di singapura ke atas satu masalah yang dikemukakan terhadap saya semalam..ingin saya katakan disini kepada saudari..ini adalah sebagai satu perbincagan yang ingin di kongsi bersama dan bukan sebagai niat untuk mengajar pada sesiapa,kerana saya bukanlah orang yang layak dalam mengajar sesiapa sahaja dimuka bumi ini,saya masih belajar.
Begini…
Bagi soalan pertama:adakah perlu kita berdoa selepas solat?
Jawapanya:Adalah sangat perlu untuk kita sebagai hamba allah yang sering membuat kesalahan agar berdoa selepas selesai solat kerana ia adalah sunnah yang amat digalakan oleh Rasuluallah S.W.T.Walaupun kita tahu bahawa solat itu sahaja maknanya adalah doa dari sudut bahasa,namun rasanya kurang lengkap untuk diri kita jika doa selepas solat tidak dilakukan.Bukan sahaja doa sahaja,zikir juga turut memainkan peranan yang penting untuk melengkapkanya.dan dari situ juga akan terhasil pahala yang terlalu banyak sepertimana yang di janjikan oleh allah s.w.t.
Sebagai dalil:
Saya ada membaca kitab yang bertajuk ‘soheh sifat solat nabi s.a.w’.dan di situ saya dapati hadis dari Saidina Umamah R.A.berkata kepada Rasuluallah S.A.W”Doa apa yang paling didengarI oleh ALLAH S.W.T?.Berkata Rasuluallah:”ketika di tengah-tengah malam dan ketika selepas solat fardu’’.
Maka rugi sangat la terhadap hamba-hamba yang tidak mengambil kesempatan ini.
Ingin saya selitkan lagi tetang berzikir selepas selesai solat juga adalah sunnah yang di galakan oleh rasuluallah s.a.w.Bukan sahaja dikurniakan pahala,bahkan di hapuskan juga dosa-dosa kita.
Sebagai dalil:
Dari saidina abu hurairah R.A.:barangsiapa yang bertasbih(سبحان الله) selepas selesai solat sebanyak 33 kali,dan bertahmid(الحمد الله) sebanyak 33 kali,dan bertakbir(الله اكبر)sebanyak 33 kali,maka bilangan semua itu adalah 99,dan berkata rasuluallah:cukupkan seratus dengan:
لا اله الا الله وحده لا شريك له الملك,وله الحمد وهو على كل شيء قدير.
Maka diampunkan dosa-dosanya walaupun dosanya itu sebanyak buih-buih di pantai.
غفرت حطاياه وان كانت مثل زبد البحر
Jelas disini bahawasanya setiap pekara yang dilakukan selepas selesai solat seperti berzikir dan berdoa adalah sesuatu pekara yang tiada sia-sianya.Bagi contoh lain untuk perbuatan sunnah selepas selesai solat fardhu adalah mendirikan solat sunat ba'diah.kata ulama'(اركعو و اركعوا)maksudya:solatlah sunnat,dan dengan solat itu dapat menampal apa yang lobang(lalai)ketika kamu solat fardhu tadi.
Sebagai penutup perbincangan kali ini.ingin saya nyatakan bahawa saya tidak pernah dengar lagi bahawasanya baginda Rasuluallah S.A.W.tidak berdoa selepas selesai solat.oleh itu,ini sahaja yang saya mampu jelaskan untuk anda,sesungguhnya yang baik datang dari allah,dan yang buruk dan cacat cela dari kelemahan saya sendiri.moga segala kebaikan dapat kita rasai bersama.wa allahu a’lam.
*sekodar je syai*
No comments:
Post a Comment