Saturday, April 11, 2009
terjawab sudah
alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat dan kurnianya yang telah memberi aku kesihatan yang sempurna selepas aku terlantar di tiga buah hospital selama empat hari secara kasarnya,akibat dari tubuhku yang tersalah menerima makanan(keracunan makanan la :p ).pada awalnya penyakit ini memberikan tanda-tanda aku berasa keletihan dan dan kurang bermaya..dan keesokan paginya selepas solat subuhku yang aku anggarkan separuh khusuk,mulalah tekak memberi respon yang amat loya..perut bak menendang-nendang..akhirnya terkapai-kapai aku di ranjang sendiri..
hospital pertama yang aku lewati adalah hospital rabba'ah(swasta)kemudian hospital ain syams(kerajaan)kemudian hospital peribadi(katilku sendiri la).perjalanan untuk menuju ke hospital memang sungguh memualkan aku..x kira dimana sekalipon..jika ada rasa mual..ha kat situ la jadi mahhalnya(tempatnya)..dan nasib baik ada kawan manja aku..klw x ..tiang-tiang jalan tempat aku berpaut..
macam-macam ubat yang aku diberikan...banyak la juga kos yg aku kene tanggung..nk buat camna deh..nasib baik duit mak bapak aku bekalkan aku wang saku yang banyak lagi terlebih..syukur alhamdulillah.
apa-apa pon teringin sangat aku nk ucapkan jazakallah khoiran jazak pada ahli bait aku dan yang sudi bantu aku ketika aku dalam ujian yang aku tidak menjangka akan berlaku...itulah kelemahan manusia yang sangat jelas..tapi masih ada lagi riak dengan kelebihan diri sendiri..cukup la saudara-saudaraku..kadang-kadang sahaja apa yang kita perolehi bukan la semata-mata untuk kita..tetapi untuk sesama hamba allah yang lain..
syukran awie kepada:lutfi,jepon,,macha,din,alwie,faizal,fuad,dokter izairi dan kawan-kawan lain yang mendokan aku dari jauh (malaysia dan mesir) ceh...cam sakit teruk sangat je...hihih dan juga kawan-kawan yang x kenal nama tu.. hanya allah sahaja yang layak membalas jasa perngorbanan kalian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment