Bismillahirrahmanirrahim
Allah telah menciptakan pelbagai perhiasan hidup utk manusia. salah satu nya
ialah wanita. sesuai dengan fitrah dan sifatnya setiap manusia cenderung
kepada perhiasan. namun Al-quran mengingatkan bahawa segala bentuk perhiasan
adalah ujian. dengan itu manusia diuji samaada mampu beramal soleh atau
sebaliknya. firman Allah bermaksud: 'sesungguhnya Kami telah menjadikan apa
yang ada dibumi mereka sebagai perhiasan baginy, agar Kami menguji mereka
siapakah di antara mereka yg terbaik perbuatannya' (Al-Kahfi 7)
Al-quran telah menjelaskan bahwa wanita adalah perhiasan dunia. Al-quran
juga telah mengarisakan cara2 penampilan diri yang sewajarnya. Allah
menjelaskan di dalam firmanNya yg bermaksud ' Hai Nabi, katakanlah
isteri2mu, anak2 permepuanmu dan isteri2 orang mukmin, hendaklah mereka
menghulurkan jilbabnya keseluruh tubuh badan mereka. yang demikian itu
supaya mereka untuk lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka itu tidak
diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lahi Maha Penyayang' (Al-Ahzab 59)
Wanita berhias untuk siapa? ia adalah soalan yang penting dan amat menarik.
sesekali kita mengamati kenyataan yang ada, menampakkan bahawa wanita
rupanya 'milik semua orang'. adakah wajar sedemikian? Berhiasan bagi wanita
adalah lumrah. wanita yg primitif pun mempunyai cara yg tersendiri dalam
penampilan diri. Islam menegaskan bahawa kebersihan adalah pokok kepada
kecantikan. sehingga keunggulan rupa seseoraang itu tertakluk kepada
kebersihan dirinya. saba Rasulullah SAW ' Menjadi bersihlah kamu, kerana
sesungguhnya Islam itu bersih' . berhias wanita dewasa ini hanya untuk
menyenangkan pandangan mata dan bukanya untuk mententeramkan hati.
Bahkan cita2 yang serong itu juga tidak mustahil mendorong mereka untuk
berbuat sesuatu yang tidak wajar. 'Dilaknat perempuan2 yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah'. Apa yang jelas
wanita lebih cenderung berhias apabila keluar rumah.namun ketika berada di
hadapan suami, ayah atau keluarga yang terdekat, mereka membiarkan diri
mereka selekeh. rupa yang menawan, anggun dan mengancam, hanya untuk lelaki
jalanan , pejabat dan di pasar raya.Mengikut sabda Nabi SAW " sesiapa saja
perempuan yang memakai wangi wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka perempuan itu dianggap berzina".
Hadis yang diriawayatkan oleh Abu Hurairah mereka menegaskan bahawa, wanita
yang berpakaian tetapi telanjang, tidak layak memasuki syurga Allah. Syurga
itu seluas langit dan bumi namun golongan ini tidak berhak untuk dapat
mencium baunya, apatah lagi untuk menghuninya.
maka dengan itu ketahuilah wanita-wanita itu harus berhiasa secara bersopan dan tidak keterlaluan hingga menjadikan kaum lain(lelaki)tidak tenteram denganya.
No comments:
Post a Comment