Sunday, May 1, 2011

oh ikan makarel

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Pagi ini,Tepat pukul 9:30 pagi,Aku cuba mengayuhkan pedal basikal powerku menuju ke pasar abdeen.Ikan makarel adalah sasaran utama untuk aku jadikan santapan tengahari ini dan selamanya.hahaha (rumah aku memang top dengan segala masakan ikan makarel).

Aku:"Izaiyak? (Pe cer?)

Ammu:"ehh habibi..alhamdulillah...amil ea?tamam?..(eh kau..kekasih

ku...aku sehat naaaa...ko pe cer?ok eh arini?)

Aku:"kher alhamdulillah..err..makarel musy maughud wala eh?"(ok je..aku sehat.emm..ikan makarel tak da ke?)

Ammu:''aaaaa...(tanda meng"iyakan pertanyaanku)....tigi kaman nus sa'ah ya beyy.."(kau datang lagi setengah jam k)

Aku:"mesyi habib.."(ok beb)

Amacam..sempoi tak aku maknakan..haha..lebih kurang la tu maksudya.kang skema-skema kang.geli korang nak baca..haha..


KECEWA

Lantas mengundurkan basikal dan menuju pula ke gerai surat khabar.Misr el-youm dan al-ahram adalah dua surat khabar yang biasa aku beli.(like utusan harian dan metro la if kat malaysia).

Wahh class gitu. haha


Kemudian ingat nak chill kat kedai kopi.Dapat seteguk dua "syai fatla we sukar barraoh" best gak,Sementara menunggu nus sa'ah tu..(setengah jam).Namun,Hati ini enggak mau-mau turun dari basikal walaupun sudah ratusan kedai yang aku lewati.(penipu!!)hehe.

DSLR!!

Akhirnya kayuh punya kayuh..Sampailah aku ke satu destinasi yang dinamakan ''SAIDAH ZAINAB".Betul-betul 100 kali kayuhan dari pasar abdeen ke kawasan saidah zainab.(ye ye o je aku kira semua tu) hehe.Sememangnya kawasan itu memang tidak jauh pun dari rumah aku.

Dinamakan kawasan itu saidah zainab atas kerana ada sebuah masjid yang tersemadinya maqam cucu nabi Muhammad S.A.W iaitu Saidah Zainab R.A.Beliau adalah anak kandungnya fatimah az-zahra' al bathul R.A dengan imam ali abi tholib K.W.

Masjid saidah zainab bte imam ali bin abi tholib uqailah bani hasyim by "kitab masajid misr wa auliya'uha as-solihun-juzuk awal"


Maka beberapa gambar telah aku tangkap mengunakan DSLR lama aku (wah class gitu)..tak dalah..dengan hp nokia e72 buruk aku je..hehe..Dalam ruih rendah yang agak membinggitkan telinga aku,Alhamdulilliah..Sempat juga aku berdoa di luar kawasan masjid tersebut untuk papa mama,akak abang,kawan-kawan,guru-guru,dan seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W.Semoga tuhan menerima segala doa-doakau td.Allahumma ameen..

GOTCHA

Usai berdoa dan berfoto-fotoan..tetiba teringat kat kawan blog sorang ni ha (DOCTOR IZZATI)...Dikatakan rumahnya dekat-dekat je dengan masjid syaida zainab.Apa lagi sekodengla kononya...opss..bukan sekodeng la...Usha-usha je,Mana la tw ada milo terjatuh dari bangungan 10 tingkat itu.haha.Last-last dapat gak ku temuI rumah itu.(mewahnya rumah!!).Namun aku buat dek je.Cukup la bau ikan masin yang tengah di goreng itu dapatku hidu..hahaha..(gurau je dr.zati oiii).


Sebagai bukti (ceeewah)


Setelah setengah jam.Aku pun balik ke pasar dan terus ke kedai tadi.Alhamdulillah...Timbul jugak ikan makarel manja aku tu..hehe..

TAMAT

p/s:

hari ini :Ikan makarel masak singang+sambal petai mak-mak+sayur kubis ikan bilis = sedapnyerrr..

harini:1 ringgit malaysia = 2 genih mesir !!!...wow..shopping2...tettt (duit plak kering)

harini:cuti satu dunia..sekian....tettt..=)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:25 pm.Abdeen House,Egypt.



Tuesday, April 26, 2011

Ciri-ciri wanita solehah

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.

PROLOG

Apa khabar teman blogger sekalian?ada senyum tak arini?(kopipes dari AMOI kecit).Hope health wif ur parent n ur sweetheart too (yang halal ok!!)..

actually,Pagi ini kawan baikku dari terengganu telah memberi santapan rohani baik punya untuk aku,Bila tengok je tajuk video ni,Terasa disakat pon ada...diperli pon ada...Maklumlah ramai peminat..(perasannntan!!)
hehehe...Siapalah.. nak kat ceq bangla ni yang tak habes-habes study lagi ni...hohoho..(sedih x? sedih x?).Apa-apa pun aku terima dengan hati yang lapang agar ada faedah dengan perkongsian yang ditujukan oleh beliau buatku dan kawan-kawan lain..

Ayuh kita luangkan masa sekitar 10 minit ye?sekejap je....

What? tak boleh? Y...? ala... tengok maharaja lawak berminggu-minggu tak peeee pooonn...

Hehehe..jom layan jap..pasti anda tersenyum simple not simpul....zaman dah berubah
ok!...hehe

V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

PUTARKAN LAGU

Impian kasih

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanyaBisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realit

Kasih kusedari kekurangan iniKasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

( 1 )
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

( 2 )Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

( ulang 2 )
( ulang 1 2X )

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsanaKupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan


P/S:

Moga teman-teman bloggerku semua mencapai martabat diri yang tinggi dan sempurna selepas ini insyallah...

Sebelum terlupa nak ucapakan "SANAH HELWA" buat ahli bait aku (Housemate) Mohamad Aizuddin bin Jarkase pada 24 april lalu,Begitu juga dengan Ayu Najwa Syafiqa bte Azlan yang lahir pada hari yang sama..Semoga kalian berdua di limpahi rezeki yang melimpah ruah dan hidupnya senantiasa diberkati...amen..amen...


-Musolla APJ Rabaah-
Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:13 am.Abdeen House,Egypt.

Friday, April 22, 2011

Masa itu telah tiba

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG

Bismillahir rohmair rohim,Selamat petang buat teman-temanku yang amat aku rindui semua.Harap semua dalam keadaan sihat walafiat di samping family dan orang tersayang.

Posting ini sebernanya ingin dilampir pada 2 hari lepas.Oleh kerana masa kosong aku yang tak menentu,Sempat aku mengSAVEkan dahulu sahaja post ini.Syukur alhamdulillah,Saat ini dapat juga aku berkongsi pengalaman dengan kalian di luar sana.Mudah-mudahan ada faedah disebalik posting ini.

JEMPUTAN SYUGAWI

Nah,Ini dia suasana sebenar yang kami lalui pada
Hari Rabu (17 Jumada al-uula/20 April),Nama
Tempat Zullah al-Fatimiyyah, Jami' al-Azhar as-Syareef ,tepat pada
Jam:9 pagi ...Kalian pasti kagumkan?..Aku yang hina lagi tidak punya apa-apa ilmu ini pun...Bila melihat terus mengigil...hati berdegup kencang..Tak tw kenapa..Mungkin sahaja,Para malaikat sedang duduk bersama dalam majlis itu,bahkan juga para malaikat sedang menjaga keamanan majlis mulia itu dengan sayap kepaknya yang tak terduga luasnya..Subhanallah..Allah maha besar.

EPISOD CUCI MATA



Mihrab dan mimbar masjid Al-Azhar.Hanya digunakan untuk solat jumaat dan solat hari raya serta majlis-majlis besar.





Mihrab Masjid Al-Azhar As-Syarif yang sentiasa digunakan untuk solat 5 waktu. Kecuali solat Jumaat.



Ketibaan ulama' yang paling disegani dan disanjungi.Untuk makluman kalian.Setelah beliau tamat memberi nasihat kepada kami,Tiba-tiba seorang arab menjerit "HASAN SYAFIE WALIYUALLAH!!" Laungan tanda hormat yang berulang 3 kali itu,Telah di sokong oleh sekalian jemaah yang hadir ketika itu..MASYALLAH!!..Bergegar majid al-azhar ketika itu.Nama penuh beliau adalah;Syeikh Hasan bin Mahmud bin Abdul Latif as-Syafi`i al-Azhari. (Gelaranya:Syeikh Hassan Syafie)



Pentas utama.Berebut-rebut manusia ingin menghampiri para ulama'-ulama' mesir.Semata-mata ingin mendapat berkat bila berada dengan tubuh yang selalu hatinya cenderung dengan sang pencipta agung.



Ternyata kopiah putih dan tudung labuh lebih ramai dan memenuhi ruang. Menandakan ramainya anak-anak Malaysia yang hadir dalam majlis ini.

Semoga bukan hanya majlis penutup ini yang kalian hadir, tetapi dalam setiap majlis ilmu di bumi barokah ini. Setiap daripada kalian Allah beri kefahaman yang berbeza, maka sama-samalah kita hadir, moga kefahaman yang lebih dapat membantu mereka yang kurang, yang kurang dapat memberikan semangat kepada yang lebih untuk terus memahamkan diri dan mereka yang kurang. Fahimtum?.

Bersatulah kita mencorakkan rakyat Malaysia tercinta, semoga negara sentiasa aman dan sejahtera dan diredhai Allah SWT.

Kita adalah cahaya-cahaya kecil, maka untuk menerangi dunia yang luas, cahaya-cahaya ini perlu kita satu dan sebarkan bagi menerangi seluruh alam.



Dicelah ribuan manusia, tidak ketinggalan para muslimah. Moga hadirnya kalian tidak membawa fitnah, tetapi membuka pintu rahmah, mahabbah dan barakah buat sekalian ummah. Kalian bakal mendidik anak-anak harapan ummah.

Ditangan kalianlah kami menaruh cita-cita, memberikan amanah agar lahirnya zuriat seperti Sayyidatina Sumayyah, Fatimah, Aishah, dan Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah.

Dan harapan itu hanya akan sempurna apabila si mujahid itu 'berusaha' menjadi pemuda yg berjiwa pemurah spt S.Abu Bakr, berani spt S.Umar, lemah lembut spt S.Uthman, pintar spt S.Ali & ikhlas spt S.Bilal. Allahu Allah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Muslimah pembangun Ummah. Pembantu si mujahid menuju jannah.





Insan yang senantiasa dinanti-nantikan kehadirannya. Fadhilatul Syaikh Dr. Ali Jum'ah Rahimahulloh wa hafizohullah.

Apa yang sempat aku tangkap daripada kalam Syeikh semalam, Syeikh mahukan ilmu dan sanad yang diberi, disampaikan pula kepada orang lain. Agar ia bukan pengijzahan semata-mata, tetapi penyampian ilmu yang berterusan. Allahurobbi. Mampukah aku?

BTW,

Sohibussamahah Mufti Hafizohulloh. Teringin sangat untuk mencium tangan beliau, walaupun seringkali terdetik dalam hati, "tidak layak sungguh tangan yang hina, kotor dan penuh dengan maksiat ini, untuk menyentuh apatah lagi mengotorkan tangan insan mulia ini." Allohurobbi.

Beliau amat payah untuk membenarkan manusia mencium tangannya. Allahurobbi. Mungkin beliau merasakan tidak layak dilayan sebegitu. Alloh.. Tawadhuknya beliau. Apabila berjalan sentiasa tangan kanannya memegang tongkat.



Hero of the Day. Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari. Selaku pengerusi majlis sekaligus menkhatamkan bacaan Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah dan menyampaikan sanad.

Syukran ya sayyidi, keranamu, seluruh syeikh Azhar turun menerangi kami yang dahagakan ilmu, menambahkan rindu dan cinta kepada Rasulullah SAW. Moga Allah swt sentiasa merahmatimu sepanjang masa.



Ya Allah, kau rahmati dan lindungi Al-Azhar dan seluruhya, agar dapat terus berbakti, menyedar, memahamkan dan benteng pertahanan ummah.

Ya Allah berilah kami kekuatan, kefahaman dan dapat terus menyebar dan mempertahan kalimah La ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah SAW.

Terbitkan dan pancarkanlah cahaya Habibuna Mustafa SAW kedalam hati-hati kami. Agar dapat kami mencintai-Mu dan para kekasihmu. Ampunilah segala dosa-dosa kami, agar dosa itu tidak menghijab kami daripada melihat nur dan hidayahmu.

Bimbinglah kami jalan menuju rahmat-mu.




Suasana semasa Majlis Khatam Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah di Masjid Al-Azhar semalam. Allahuakbar!! Ribuan hadirin memenuhi segenap ruang Zullah Fatimiyyah. Khusyuk mendengar kalam daripada Syeikh Ali Jum'ah.


Kawan aku ada berkata pada aku dalam status FB nya yang berbunyi ''Kalau saya ada wide lens, pasti lebih ramai yg masuk dalam gambar ni. Opss.. Kalau fb boleh letak gambar lebih panjang, pasti lebih besar n luas gambar ni.


p/s:

Syukran jazilan buat sahabat baik lagi tampan aku ni.Sapa lagi kalau bukan AL-AMIN HJ SALLEH (empunya nikkon).Sungguh bahagia kau dengan kamera powerMU itu.Moga-moga kamera itu menjadi bukti dakwah yang kau cuba sebarkan..Tak puas rasanya jika tak menyebut JAZAKALLAHU KHOIRAN JAZAK!!..

Syukran jazilan juga buat saudara perjuangan,SIFU TOPECT,yang telah memberi aku semangat untuk terus kekal di ruang-ruang kecil di masjid al-azhar as-syarif.Btw.Mohon doanya juga ye pect untuk terus istiqomah ke kelas "Muqadimah hadramiah'' (kelas fiqh) dan "Sunnan Imam Tirdmidzi RA (kelas hadis).

Syukran jazilan juga buat kawan-kawan yang berada di mesir mahupun di tanah air serta di mana pun dikau berada...Sememangnya kalian tak berkesempatan untuk kesini usah la dikau cemburu,Cukuplah hatimu yang berhajat ingin kesini.Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat masing-masing.Moga kalian juga mendapat faedah dari kecenderungan hati-hati kalian itu...AMEEN.

Untuk menonton majlis yang penuh barakah ini,Sila klik (disini)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

07:55 pm.Abdeen House,Egypt.

Monday, April 18, 2011

What the meaning of OMG

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh,

Para temanku sekalian.


PROLOG


Kembali menemani korang lagi.Baru je tadi aku terjumpa satu posting dari rakan-rakan luar yang menceritakan tentang perkataan OMG,OOO M.G.HOMAIGOD,and etc.


Tetiba terdetik di hati..Adakah layak kita mempelbagaikan nama tersebut,Sedangkan kita ini hambanya...ciptaanya...DIA itu siapa?? (jawab sendiri) Justeru perkataan tuhan dalam bahasa arab adalah ROB.tiada pula yang berani sebut aaaaallllllaaaahhh @ haaallllaaahhhh @ rrrroooobbb @ ghobbb @ etc..


Jika niat untuk mempersendakan nama itu..sudah terang-terang kalian semua mencari bala.So sebagai muslim dan muslimah yang baik.Berhati-hatilah bila mengunakan perkataan yang boleh menganggu sensetifviti agama.


Bukankah jika kita menyebut atau menulis dengan perkataan ''YA ALL
AH" itu tampak lebih jujur akan sesuatu perasaan yang ingin di luahkan.Tepuk dada tanya iman.


Bukankah juga dengan mengingati allah itu,hati ini akan tenang?..BTW..I'm man full of shortcomings.Sapa nak tegur silakan.no body perfect in de world.Aku cuma lontarkan apa yang aku rasa janggal saja.


Mood:RINDU BONDA DI KAMPUNG!!RINDU JUGA DENGAN SESEORANG YANG TELAH PERGI!!

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

10:40 am.Abdeen House,Egypt.
Related Posts with Thumbnails