Monday, April 30, 2012

ISYARAT TAWAQUF

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh


Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Lusa aku dah mula duduk di dewan peperiksaan.Harap anda yang terbaca posting ini.Sudi-sudilah mendoakan kelancaran pena aku ketika beraksi nanti ye. :)

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf.Pada mana-mana teman yang masih belum sudi untuk memaafkan aku. :p .Maklum saja bibir ini mudah melontar kata-kata kesat mahupun kata-kata tak terjangka.Harapa mohon ampun ye makcik pakcik :) .

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

05:35 p
m.Abdeen House,Egypt

Friday, April 27, 2012

SOLEH&SOLEHAH

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh


Temanku sekalian.



Sekadar hiasan...

Tatkala aku merasa sejenak..

Pernikahan atau perkahwinan itu,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tudak setabah Isa atau Ayub,
Apalagi setampan Yusuf,
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh dan solehan..


Pernikahan atau perkahwinan itu,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah,yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara,
Cuma wanita akhir zaman,yang berusaha untuk menjadi solehah...



Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:15 a
m.Abdeen House,Egypt


Thursday, April 26, 2012

AWAK BERALAH SAYA BERMADAH

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh


Temanku sekalian.


Sekadar hiasan..

Sememangnya menginginkan pasangan yang mudah untuk bertoleransi dan sangat memahami adalah suatu yang sukar untuk di cari.Sebelum itu,izinkan aku untuk memberi satu ungkapan yang boleh buat kita semua duduk akur atas segala perbicaaran kali ini.

'' APA YANG KITA DAPAT ADALAH DARI SESUATU APA YANG KITA TELAH BUAT ''

Jika kalian memikirkan masa silam atau masa lalu dengan apa yang kalian buat,pasti ia akan di terima pada saat ini.Contoh mudah :Jika belajar bersungguh-sungguh tika umur remaja membuatkan kalian lebih cergas dan bersistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam pada umur dewasa.

Begitu juga dengan kehidupan seharian.Adanya kais pagi,adanya jua makan pagi.Adanya kerja adanya upah.Saling berbalas bukan? saling bersangkut paut bukan? Nah,Jika kita mahukan pasangan kita lebih memahami mahupun mudah bertoleransi sesama kita,maka sematkan dalam diri ''AKU HARUS MEMBERI  YANG TERBAIK AGAR KELAK AKU AKAN MENERIMA SESUATU YANG BAIK"''.I'allah.

Apa yang aku cuba ingin ketengahkan lagi adalah pada satu sifat ini.Itulah sifat mudah beralah.Merasa untuk beralah adalah suatu aset yang tidak ternilai dengan mata wang dinar.Hanya ganjaran dari maha kuasa saja mampu membayar semua ini.Kerana dalam beralah,kau telah mewujudkan sifat adil dalam diri,dan bila keadilan jelas terpancar,pasangan yang berada di samping kita akan mudah untuk memberi tindak balas dengan apa yang kita harapkan i'allah.

Moga tuhan memberika kita semua pasangan yang mudah untuk bertoleransi dan sentiasa memahami.Tidak sama sekali aku menolak suatu persepspi yang mana,jika tuhan berkehendak untuk sesuatu yang mencabar dan merumitkan,maka pekara itu tetap juga akan berlaku walaupun kita telah sedaya upaya untuk mengelaknya.Namun itu bukan suatu titik nokhtah untuk merialisasikan sifat mahmudah ini,Bahkan itu adalah sebuah jawapan yang hebat bagi orang yang berakal lagi beriman.Apa yang aku maksudkan adalah tuhan mahu kita semua berusaha sehabis daya dan bertawakal setebal-tebal iman dalam mencipta sesuatu.

Aku akhir posting ini dengan serangkai mafhum ayat quraan "Jika manusia punyai perancangan,Allah juga ada perancangan,dan sesungguhnnya Allah jualah sebaik-baik perancangan! ''

p/s Terima kasih buat cikgu bertudung labuh.Allahu yubarik fik :)



Keep smiling!


Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:48 am.Abdeen House,Egypt

Monday, April 23, 2012

CICAHAN KASIH

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

Sekadar hiasan...

Saat mencicah kepingan biskut mewah kepunyaan saudagar besi aka roommate aku sorang ini.Aku asyik teringat mak saja.Bagaimana dia bancuh kopi dan akhirnya mengacau air kopi dengan sudu agar gula dapat larut dengan cepat dan sebati untuk di hidangkan kepada big boss aku yang sentiasa ada di depan tv waktu petang-petang begini.

Mak...aku rindu kau mak.Semoga tubuhmu sihat dan kuat pabila berbakti pada si suami.Pak...tolonglah ringankan sikit kerja mak tu..sian emak..huhu.I'allah anak dara sorang ini akan baliklah tak lama lagi.Doakan aku tabah untuk mengharungi rentetan hidup disini.

P/s:Nak ucap ''sanah helwa '' untuk anak sedara sorang ini..Semoga allah memberkati seluruh hidupmu nak ^^ .

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:33 p
m.Abdeen House,Egypt

Sunday, April 22, 2012

AINUL RAHIMAH

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Jujur dengan tuhan membuat kita jujur sesama manusia.Hati yang tidak kuat pasti mudah di tunggang oleh nafsu.Walau berkali mencuba untuk tidak mengulanginya.Ia tetap akan berlaku jika tuhan menginginkanya.Wahai Tuhan yang membolak-balikan hati,tetapkanlah hatiku ini ke atas kecenderungan agama dan taat setia kepadamu.

Pengorbanan untuk bersikap jujur adalah sangat tinggi.Kau tuhan,Pandangilah hati kami dengan pandangan rahmatmu dan keagunganmu.Ubatilah segenap hati ini dari penyakit yang berterusan.

p/s:Terima kasih lutfi atas 1.5 liter air zam-zam semalam.Alhamdulillah.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

06:20 a
m.Abdeen House,Egypt

Friday, April 20, 2012

PENA HATI

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

sekadar hiasan...


Kadang terasa kaki lemah untuk berdiri...
Namun terlihat kawan masih tegar di sini...

Andai aku jatuh suatu hari nanti...
Mengharap doa sentiasa di hati...

Segala yang hidup pasti akan mati...
Biarpun semangat kekal terus di hati...

Ku syukuri limpahan nikmat ilahi...
Memberi peluang untuk mengenali diri...

Dosa aku hanya KAU yang mengetahui...
Hina rasanya jika kau tak memperduli...

Harapan mengapai redhaMu ya Robbi...
Agar matiku nanti tidak KAU sakiti...

Astagfiruallah Astagfiruallah Astagfiruallah

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

12:19 a
m.Abdeen House,Egypt

Thursday, April 19, 2012

MEMANG AKU CEMBURU

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...
PROLOG

10:30 malam,aku baru tersedar dari tidur.Sedikit keletihan yang aku alami hari ini membuat aku terlena seketika selepas azan isyak berkemudang.
Bangun-bangun saja terus mengenakan jubah made haramain yang di hadiahkan oleh seorang sahabat yang baru pulang dari umrah.Memang 'ngam' sangat dengan susuk tubuh badan yang kian mengurus ini.hehe.Alhamdulillah,boleh buat pakaian masa nikah nanti.hehe (joke)Jazakallahu khairan ya lutfi.

ASAL USUL

Bila mata terpandang di laman maya 'facebook' Aku aminu yang berstatuskan ''
Alhamdulillah selamat sampai di rumah.." Terus aku menalipon lutfi dengan hasrat akan berkunjung ke rumah agar dapat 'ngecek air zam-zam...kurma ajwa..dll.hehe.

Alhamdulillah bila sampai saja disana,kelihatan dua orang daripada mereka yang pergi menunaikan umrah telah pun menjadi kembar mawi! tahniah aku aminu dan sopi (my cousin crazy).Sebak bila dapat berpelukan dengan kawan-kawan yang telah mengembara ke tanah suci.Cemburu itu sudah mesti.Bilalah agaknya taqdir aku untuk kesana.Ya robb...

PERASAAN

Habis cerita habis kunyah ole-ole,Terdetik di hati ''Nak kawin dulu atau pergi ke tanah suci dulu?'' hehe. Maklum saja bila terkesima mendengar cerita dari mereka.Ya allah... sayunya hati.Terasa baginda nabi ada di depan mata sewaktu mereka di kota bercahaya madinah.Terasa keagungan Allah S.W.T sewaktu mereka betul-betul berada di depan baituallah!.Lagi menakjubkan aku pabila ada dikalangan mereka dapat menunaikan 8 kali umrah dalam waktu yang sesingkat itu.Subhanallah.Semoga segala amalan diterima bulat-bulat dari Allah S.W.T hendaknya,amin summa amin.

Malam itu aku tidur semalaman di rumah mereka sambil bermohon dapat tempias berkat dari jasad-jasad yang baru pulang dari tanah suci.

BUAH TANGAN

Pagi itu sebelum aku balik,sepupu aku murah hati pula memberi aku sebotol air zam-zam.Ya Allah..gembiranya dalam hati.Hanya allah saja dapat membalas jasa baik kau sopi.Jubah dua helai,air zam-zam satu botol (1.5 liter),kurma ajwa,minya wangi,dan kayu siwak.Semua ini hadiah dari Allah.Terima kasih ya Allah kerana mengizinkan segala-galanya untuk hari ini.Love u!

Ingin pesan pada diri dan teman-teman di luar sana.Sama-samalah berdoa untuk kita semua dapat melangkah ke tanah suci sebelum ajal sampai.Duit tak cukup boleh kumpul kan?Usahlah terkejar-kejar sangat dengan gedjet-gedjet dunia ni (pesan sendiri).Semoga tuhan menguatkan hati kita bila ingin membuat pekara-pekara yang baik.

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

02:06 a
m.Abdeen House,Egypt

Monday, April 16, 2012

SABAR UNTUK MELUAH

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.



Jiwa manusia kadang-kadang ingin meronta-ronta bila tidak dapat mengecapi sesuatu.Namun ketahuilah dalam meronta-ronta itu terdapat banyak sifat negatif.So sebagai manusia yang mempunyai aqal,lakukanlah sesuatu yang bermoral.Malanglah kiranya jika kita tidak mengunakanya dengan sebaik-baik pengunaan.(aku sedang bercakap pada diri sendiri)

Solusinya,segala-galanya milik tuhan.Pasangan yang telah di pasangkan adalah sebagai tujuan,bukanya matlamat.Tidak mengapa,biar masa yang memberitahu.Aku cuba bersabar disini,walaupun disana punya sinar.

Alhamdulillah,mak izinkan untuk 20 ramadhan ini.Maafkan aku kerana sedikit kelewatan.Doakan ye mak..pak...

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

11:58p
m.Abdeen House,Egypt

Sunday, April 15, 2012

OLD AUTOMATIC GARBAGE !!


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.


Sekadar hiasan...

Tetiba teringin nak layan satu dua buah lagu dari kumpulan yang aku minat dulu-dulu.(dulu rock beb!) hehe.Baru aku perasan yang dah lama si radhi oag ini sudah lama tiada di ruang kaca tv.Rupa-rupanya dia sedang menjalani kehidupan yang lebih selamat dan harmoni di rumah pengasih.(nampak sangat rumah tak ada tv)Hope so tuhan mengampuninya dan memberi dia jalan baru untuk meneruskan kehidupan."Orang baik kita sayang,orang jahat kita kasihan" Setuju dengan permata Prof.Dr.Muhaya.Hidup orang asia genius!! (OAG)


OAG - Now Why 2 Lirik (Nawaitu)

Verse 1
Tiada terlintas langsung
Nowwhy 2 ku untuk menduakan diriMu
Suka ragaku membuka jazadmu

Verse 2
Tiada terlintas langsung
Nowwhy 2ku untuk mempersoalkan caramu
Suka ragaku buka jazadMu

Tiada yang lain melainkanNya 3x

Tiada yang maha selain diriNya
Yang maha mengasihi
yang maha menyayangi

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengerti
yang maha mengampuni

repeat verse 1 & 2

Tiada yang lain melainkannya 3x

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengasihi
yang maha menyayangi

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengerti
yang maha mengampuni

Langsung tiada tercantas
nowwhy 2 ku untuk mempersoalkan caraMu
suka ragaku membuka jazadMu

Tiada yang lain melainkanNya 3x


Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

01:2 5p
m.Abdeen House,Egypt

Friday, April 13, 2012

CATATAN CACATAN


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.

Sekadar hiasan...

Apa maksud sebenar tajuk diatas itu?jika nak tahu,teruskan membaca.pasti korang tahu kenapa boleh terlahir tajuk yang agak huduh bunyinya.Let's go..

Seolah-olah tidak mahu berengang dengan menulis pabila ada yang membalas.Naluri hati itu sangat suci.Bukan di buat-buat namun itulah hakikat sebenar.Selagi mana tidak keterlaluan selagi itu masing-masing sedang terus memahami nasib diri.

Ini bukan posting nasihat,hanya menulis berpandukan pengalaman hidup.Suatu ketika dahulu,aku pernah menerima operation kecil di tangan.Hampir separuh tapak tangan aku terkoyak dek terkena lebihan botol kaca yang pecah.(sory..bukan nak suh korang berasa ngeri..tapi memang ngeri kot!).

Sejak dari itu aku merasakan tangan aku sepatas peluru yang terkeluar dari sepucuk pistol seorang polis gerak-gerak khas di chanel tv2 setiap malam selasa.(hahaha) dah la korang.jangan layan dan jangan meneruskan lirikan anak mata ke akhir ayat ini.jika tidak anda semua akan sakit hati..hehe..

Namun tentang operation tu kisah benar ok!(ada mak kesssah??).Actually saja je aku suka-suki menaip ni.Ambil mood untuk hafal quraan la katakan.So,doakan la ya.kbai!! (jangan nak sungai lui sangat! la.)

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

08:59 p
m.Abdeen House,Egypt

HALWA SEMASA


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh

Temanku sekalian.



Sekadar hiasan...

UNGU-SURGAMU

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Reff :

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Keep smiling!

Lailahaillallah Muhammadarasuluallah,

09:08 a
m.Abdeen House,Egypt

Related Posts with Thumbnails